07 Februari 2009

Penulis skrip cap selipar jamban

Semalam aku sempat menjelajah saluran Dunia Ria RTM TV 2. Apakah drama bersiri yang sedang ditayangkannya. Setelah melihat beberapa buah drama melayu tempatan, aku mengeleng kepala. Malah aku terasa mahu menghentak kepalaku ke dinding. Geram. Marah. Malu. Jengkel.Mual.
Drama asing berkualiti drama tempatan cap jamban.
RTM TV 2 memilih drama asing yang baik dan bermutu. Namun drama tempatan yang dipilih oleh RTM TV2 amatlah rendah kualitinya. Cerita tentang jururawat bercintalah. Yang amat-amat klise dan membosankan. Cerita drama polis yang berulang-ulang dia bercakap yang sama. Modus operandinya sama. Konflik dan peleraiannya dapat diagak dengan tepat. Dialog yang amat-amat klise. Aku tidak katakan drama telefilem terbaik yang disiarkan TV2 tetapi drama2 bersiri tempatan RTM memanglah kualitinya tahap jamban.
Maksudku
Aku fikir orang-orang RTM TV2 Dunia Ria tidak tahu menilai kualiti sesebuah drama. Namun dengan adanya drama seperti Mannix, High Chaparal, Dexter dan lain-lain drama atau sitcom asing aku jadi pelik. Bagaimana drama berkualiti-maksudku dari segi pembikinan drama dan cabaran kepada penonton untuk menerokai ceritanya-tersebut dapat pula panel penilai RTM TV@ dapat menilai dan menerimanya untuk disiarkan ke TV2 sedangkan drama tempatan kita yang dipilih untuk mengisi slot berada di tahap jamban. Ciri kejambanan itu sudah aku nyatakan sedikit pada baris sebelumnya. Tolong peka. Ini bukan buku teks.
Menyiasat Kemungkinan
Aku menyenaraikan kemungkinan di bawah:
Mungkin tiada proposal drama yang berkualiti yang diterima oleh RTM
Mungkin ada penerbit membolot slot. Jadi tidak kiralah proposal mempunyai cerita yang berkualiti atau tidak akan diterima saja.
Mungkin ada proposal yang membawakan cerita berkualiti yang diberikan penerbit, namun ditolak RTM yang RTM anggap berat dan tak sesuai ditonton rakyat Malaysia.
Mungkin kesan drp di atas maka penerbit menghantar proposla drama yang rendah kualiti sama ditahap selera dan pemilihan RTM.
Mungkin panel penilai RTM berpandangan drama melayu tempatan tidak boleh pergi jauh. Janganlah berlagak hebat nak terbitkan drama yang setaraf drama asing. Buat je drama tempatan mengikut acuan biasa-biasa.
Mungkin juga penulis skrip yang berkualiti sudah bosan menunggu 'perkembangan' proposal yang dikirim kepada penerbit yang penerbit kirimkan kepada RTM tersadai dimeja eksekutif tv tidak terusik.
Mungkin penulis skrip yang 'berotak' dan 'berwawasan' atau minda kelas pertama berambus mencari kerja lain lalu tempatnya di isi oleh penulis skrip cap selipar jamban!
Mungkin sudah ada penilaian tertentu dibahagian panel penilai skrip RTM yang menentukan kriteria drama tempatan mesti begini dan begini. Jangan memandai buat pembaharuan walau RTM mahukan pembaharuan dan kematangan.
Mungkin dan seribu kemungkinan lagi....
Apa yang pasti, jika salah satu berlaku salah satu saja kemungkinan di atas maka ia pasti akan berkait dengan kemungkinan yang lain yang membawa MESEJ itulah sebabnya drama tempatan kita berkualiti jamban. Skrip jamban. penulis skrip cap selipar jamban. Pada masa yang sama kualiti drama asing yang dimport jauh lebih baik-menyorot kepada kemantapan cerita dan teknik-.
NATIJAHNYA..drama melayu tempatan tidak akan ke mana-mana!
*Maksud 'jamban' ialah masuk ke dalam jamban dan berak. Kalau sembelit telan julap. Dah cirit pulak. Tapi sama saja. Sama ada sembelit atau cirit. Yang keluar tetap tahi. Disalirkan ke dalam kumbahan. Selipar jamban pula berkulat di tepi jamban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan