27 November 2008

Silaturahim dan Persaudaraan

Petang tadi aku meloloskan diri untuk menziarahi Mak Uda sebentar di Bricfields. Setibanya aku di sana, hanya ada Mak Uda dan Mak Usu. Pak Usu tidak ada. Dia berjalan2 dgn sahabat baiknya iaitu Haziman dan Latif ke Times Square bermain Bowling.

Aku sekadar mengukir senyum sahaja. Jam hampir menunjukkan 2 petang. Setelah Mak Uda selesai solat Zuhor kami bertiga makan tengahari sama-sama.

Aku agak segan makan dgn Mak Usu yang sungguh tertib itu. Sesuai dgn dirinya sebagai Hafizah Al Quran. Semuanya dgn limpah kurnia Allah semata-mata apabila seorang mualaf belajar agama lalu menghafaz Al Quran sepenuhnya dalam tempoh 7 tahun.

Mak Uda berkata jam 3 petang ini teksi Abg Anuar tiba di bawah. Teksi Abg Anuar adh teksi 'rasmi' Mak Uda untuk ke tempat kerjanya di Subang setiap hari. Namun hari ini teksi itu ditempah untuk menghantar Mak Uda dan Pak Usu ke Hentian Duta. Pak Usu dan Mak Usu balik semula ke Penang, setelah dua hari di rumah Mak Uda menziarahi Mak Uda di sini.

Aku tidak boleh ikut turut serta menghantar Pak Usu dan Mak Usu ke Hentian Duta. Ini kerana Mak Uda akan terus ke Ampang menziarahi sanak saudara di sana pula. Wah rajin betul Mak Uda menghubungkan silaturrahim. Suami Mak Ngah Zama meninggal dunia seminggu lepas dan mereka mengadakan tahlil malam ini.

Atau aku mahu tidur di Ampang juga. Em...aku menolak dgn baik. Aku baru pulih dari gastrik yang agak teruk menyerangku dua hari lepas. Gastrik yang menyerang itu akibat aku makan malam yang lewat dan mengabaikan pemakanan. Bukanlah nak berpantang sangat tetapi berpada-padalah. Ketika diserang gastrik itulah aku ingat 'dosa-dosa' aku seperti makan lambat tidak tetap waktu, makan sambal pedas dan berminyak, minum minuman berkarbonat dan makan makanan ringan.

Padan muka aku.

Keika jam 3 baharulah Pak Usu balik dr Berjaya Times Square. Tiba di rumah Mak Uda. Minum dan makan sandwich Mak Uda buat tadi sebelum berangkat.

Pulanglah aku ke rumah.

Bila aku fikir2kan kembali dlm saat sepi dan hujan begini serta sendirian begini kita membawa haluan masing-masing.

Setelah bertemu ramai, Mak Uda seorang ke Ampang.

Aku seorang balik ke rumah.

Pak Usu dan Mak Usu menaiki bas menuju ke Penang.

Kawan Mak Uda yang datang tadi pun pulang ke rumahnya.

Ah, aku hampir terlupa, abangku, Mohd Arif akan ke Kelantan Sabtu ini untuk bertugas di sana tetapi masih tidak tahu ditentukan bertugas dijajahan mana.

Begitulah hidup ini. Ada pertemuan dan ada perpisahan. Silaturrahim adh dituntunt dalam agama Islam. Dan beruntunglah sesiapa menjaganya dgn baik. Amin.

23 November 2008

Catatan Hujung Minggu-Kalimah Allah

Petang tadi seorang kenalan menghantar mesej. Mesejnya berbunyi begini:

Subhanallah. Ikan cuci cermin kat kedai kakak ada kalimah Allah kat bahagian tulang tengah bahagian tepi nampak macam ada kalimah gak tapi tak jelas.

Saya bertafakur sejenak dan kemudian saya membalas mesejnya:

Dia kasi ingatla suruh banyakkan zikir Allah. Membuktikan juga secara simbolik zikir Allah menyucikan hati.

Tidak lama kemudian kenalan saya itu membalas lagi:

Nak cuba snap ngan digi cam bahagian sisi kalimah agak panjang mungkin la ila ha illallah tapi nampak macam ada Ha Mim.

Saya tersenyum sendiri dan kemudian membalas:

Zikir je la Allah.

Ops!Mesej tidak boleh dihantar!..kerana baki kredit saya telahpun habis. Sebenarnya fenomena kalimah ALLAH pada flora dan fauna ini bukanlah sesuatu yang asing. Selain membuktikan kekuasaan ALLAH, ia juga membawa mesej dan peringatan kepada umat Muhammad akhir zaman yang lalai dan alpa ni supaya berzikir kepada ALLAH.

Renungkanlah...

Flora dan fauna pun mengingati ALLAH dengan caranya tersendiri yang pada mulanya kita pun tidak tahu bagaimana cara ingatan mereka kepada ALLAH. Sehinggalah suatu masa ALLAH berkenan untuk menzahirkan pada mata kasar kita TANDA mereka selalu mengingati ALLAH sudah tentu Allah amat kasihkan kita dan juga kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Jikalau umat terdahulu engkar sahaja tertimpalah laknat dan bala dari langit. Namun kita ALLAH masih memberikan kita peluang lagi untuk kembali kepadaNya.

Dan kepada kenalan saya itu nasihat saya banyakkan mengingati ALLAH dengan berzikir. Zikir ada banyak. Dan kalimah zikir yang paling afdhal ialah kalimah la ila hailallah. Itulah kalimah tauhid awal Islam. Dan kalimah itulah juga kalimah yang memperbaharui iman kita.

Namun dalam hadis jumlah zikir kalimah la ila haillallah adalah 100x sahaja. Jadi apa yang tersirat dengan kalimah ALLAH pada flora dan fauna?Umumnya sama sahaja.

Namun secara khususnya ingatan itu lebih kepada zikir ALLAH yakni kalimah ALLAH kerana itulah kalimah yang ALLAH memerintahkan kepada kita untuk menzikirinya seperti mana maksud Al-Quran "ingatilah ALLAH dengan suatu ingatan yang sebanyak-banyaknya..sambil duduk berbaring berdiri...ingatlah ALLAH nescaya ALlah akan ingat kamu..."

Inilah kalimah yang perlu diperbanyakkan untuk kita menzikirinya. Kalimah tauhid itu sekadar 100 x sahaja sehari dan ingatan yang sebanyak-banyak yang diperintahkan ALLAH ialah dengan menzikirikalimah Allah-yakni itulah zikir hati, zikir yang asli hidup dalam hati para rasul, nabi dan para wali serta orang-orang mukmin dan mukminat.

Setelah kita beriman-tiada Tuhan melainkan ALLAH-maka perbaharulah iman kita dengan menzikiri kalimah la ila haillallah sebanyak 100x sehari seperti yang disuruh nabi. Kemudian sesudah itu zikirlah dengan zikir Allah dnegan zikir yang sebanyak-banyaknya.

Itulah mesej utamanya kerana yang kita tuju yang kita ingat itu AKHIRNYA ialah ALLAH sahaja. Nafi itu pada peringkat awal Islam dan memperbaharui iman sahaja. Kalimah ALLAH itu adalah kalimah ingat sebanyak-banyaknya.

Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen

Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.

Usman Awang

1967

Melayu beradat, pohon beringin dan kiambang

Oleh MOHD. ARIF ATAN

Akal budi, jati diri, prinsip dan pegangan hidup masyarakat Melayu hari ini sebenarnya berdepan dengan pelbagai cabaran. Bagaimana keadaan Melayu untuk tempoh 100 tahun akan datang jika baharu setengah abad merdeka pun orang Melayu sudah alah dengan cabaran lalu terpasung akal budinya oleh penjajahan, hegemoni atau dominasi kuasa dan budaya luar?

Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang memberi takrifan Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Melayu, mengamalkan adat Melayu…” tidak bermakna jika kita gagal menangani impak budaya yang muncul daripada cabaran dari luar yang ditandai melalui fenomena dunia tanpa sempadan atau globalisasi serta cabaran dari dalam diri Melayu sendiri yang bersifat tidak ambil peduli.

Menyedari hakikat itu, orang Melayu perlu menyelongkar kembali khazanah warisan adat resam pusaka lalu dan menghidupkan kembali tradisi Melayu silam dalam segenap lapangan kehidupan kita hari ini.

Usah salah faham tentang adat. Seruan kembali kepada adat bukanlah menyuruh orang Melayu menjadi mundur. Jangan pula ada yang menganggap adat itu lapuk dan usang sehingga mesti ditinggalkan.

Ini kerana adat bukan seperti adat bersanding atau adat berinai yang diketahui umum semata-mata.

Itu semua terangkum dalam adat istiadat. Selain itu, terdapat dua aspek adat lagi iaitu “adat yang sebenarnya adat” melibatkan hukum tabii yang dicipta oleh Tuhan serta “adat yang diadatkan” berkaitan dengan peraturan hidup yang diwujudkan oleh generasi sebelum ini seperti Adat Perpatih dan Adat Temenggung. (Norazit Selat, 2001)

“Kebebalan” orang Melayu hari ini dengan tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk untuk kepentingan bangsanya sendiri baik dari peringkat pemimpin, golongan menengah sehingga masyarakat marhaen Melayu hari ini berpunca daripada gagalnya kita memahami makna dan menjiwai falsafah atau mesej tersirat di sebalik pelbagai bentuk bagasi kebudayaan atau adat resam dan budaya warisan nenek moyang kita.

Orang Melayu hari ini semakin celaru pemikiran, percakapan dan tindakannya lantaran kita tidak lagi menjadi bangsa yang berakal budi, budiman dan baik budi pekerti berlunaskan adat Melayu kita sendiri.

Akibat tidak mempedulikan adat, ada yang mahu menjadi seperti umang-umang dengan mahu meniru atau menciplak budaya bangsa lain sebagai “pakaian” dan “makanan” bagi dirinya.

Walaupun kulitnya masih sawo watang dan berhidung pesek ada yang bersikap dan berpandangan lebih Arab dari pada orang Arab. Akibatnya, segala bentuk adat, citra seni dan budaya bangsanya dianggap haram di sisi agama Islam.

Sementara itu, sebelah pihak mahu menjadi bangsa Inggeris sehinggakan begitu taksub dengan “ajaran sesat” bahawa pengajaran dan pelaksanaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bermula tahun 2003 lalu adalah satu-satunya tindakan terbaik untuk memajukan bangsa Melayu akan datang.

Bakinya pula hanyut mengikut arus sama sekali tidak membantu membina rasa bangga menjadi bangsa Melayu dengan terjebak dalam pelbagai bentuk kelalaian dan penyimpangan sosial dari membuang masa, malas membaca dan berfikir, berhibur dan bersuka ria tanpa batasan serta terjebak dalam bermacam jenis jenayah.

Apa akan jadi pada bangsa Melayu nanti jika penekanan untuk kembali kepada akar jati diri bangsa masih tidak dipeduli?

Menyedari hakikat itulah, pemikiran dan akal budi orang Melayu hari ini perlu kukuh seteguh akar pohon beringin.

Tegap berdirinya orang Melayu bersaing dengan bangsa lain sama ada di dalam mahupun di luar negara adalah berkait rapat dengan sejauh mana kita menjiwai kembali pandangan semesta (world-view) nenek moyang kita dahulu terhadap alam semulajadi.

Ini kerana pengalaman bangsa Melayu banyak dibentuk dan dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung oleh alam semulajadi. Liuk-lintuk atau tegapnya tumbuhan hijau serta gerak lincah haiwan di sekeliling hidup orang Melayu itulah yang banyak mencorak akal budi murni bangsa Melayu.

Sebagai contoh, imej pohon beringin yang sinonim dengan permainan wayang kulit ialah lambang betapa pentingnya pohon beringin diangkat kembali sebagai ‘pohon kebangsaan’ orang Melayu. Pohon yang memiliki batang yang kukuh, akar berjuntaian serta tumbuh rimbun dan rendang itu menjadi pelindung daripada panahan terik cahaya matahari dan rintik hujan. Di situlah juga habitat pelbagai spesis mergastua.

Jika dibelah buah beringin pula akan kelihatan ribuan butir biji-biji halus seperti butiran pasir halus di pantai. Gahnya pohon beringin terserlah apabila asalnya hanya bercambah daripada butiran yang begitu halus tetapi berupaya hidup tegap ‘bernafas’ untuk ratusan tahun usianya.

Betapa hebat dan pentingnya pohon beringin dalam akal budi orang Melayu dapat kita selami dari babak filem Bawang Putih Bawang Merah (1959) ketika Bawang Merah lakonan seniwati Latifah Omar berbuai di rimbunan pohon beringin sambil menyanyikan duka lara hidupnya diseksa.

Sifat pohon beringin sebagai pelindung juga ada dihuraikan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya (1979). Antara petikan puisi berseni penuh makna itu ialah:

“ratusan tahun usianya berdiri
menadah matahari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.”

Daripada sifat alami pohon beringin itulah, setiap orang Melayu hari ini perlu mencontohi nilai murni dan falsafah di sebalik rimbun dan tegapnya pohon itu dengan menjadi orang yang beradat.

Sebaliknya, Melayu yang tidak tahu adat atau tidak beradat adalah orang yang tiada tertib dan tidak berhemah tinggi.

Orang Melayu yang beradat ialah Melayu yang bertimbang rasa, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan memiliki budi bicara.

Selain itu, mereka yang bersopan santun, menghormati orang lain, bermaruah, merendah diri, bertanggungjawab serta mengutamakan kepentingan bersama atau semangat kekitaan (esprit de corp) melalui amalan muafakat dan kerjasama jauh mengatasi kepentingan diri semata-mata adalah sifat murni lagi terpuji orang Melayu yang beradat.

Dalam persekitaran atau milieu baru ini, orang Melayu mesti menerima dan mengamalkan adat nenek moyangnya sebagai perkara fundamental dalam memastikan kelangsungan bangsa Melayu di dunia ini seperti yang sering ‘dilaungkan’ oleh pahlawan Melayu Hang Tuah.

Perkembangan revolusi teknologi dan peningkatan taraf hidup masyarakat Melayu kini bukan penghalang kepada usaha untuk melihat orang Melayu menjadi lebih beradat dan memiliki daya fikir yang tinggi.

Sebaliknya, kedua-dua faktor itu adalah pemangkin untuk kita mengamalkan seterusnya mewariskan adat nenek moyang kita kepada generasi Melayu akan datang.

Potensi yang ada dalam akal budi Melayu hanya dapat dikembangkan sekiranya orang Melayu kembali kepada akar budaya tradisinya yang sarat dengan nilai-nilai murni. Nilai budaya ekspresif Melayu perlu diterapkan dalam masyarakat Melayu kini sebelum orang Melayu terutama dari kalangan generasi mudanya hanyut dalam nilai budaya asing sama ada dari Barat mahupun dari budaya kaum Cina dan India di negara ini.

Cabaran luar dengan memanfaatkan unsur positif globalisasi perlu dijadikan pemangkin untuk mengetengahkan adat resam, nilai dan cara hidup kita sama ada kepada orang bukan Melayu di negara ini juga kepada seluruh warga dunia.

Jika bukan kita orang Melayu dan jika bukan bermula hari ini untuk Melayu kembali berpegang pada adat resam dan budayanya, jadilah bangsa Melayu kelak sebuah bangsa tidak beradat, lupa diri, goyah dan punah dek kelalaian kita hari ini tidak peduli untuk menyanjung tinggi dan mangamalkan adat resam nenek moyang kita lagi.

Kesimpulannya, orang Melayu mesti menjadi pohon beringin yang tegap dan kuat akarnya menjadi pasak bumi bukannya pohon kiambang yang hanyut dibawa arus dek tidak jejak akarnya ke bumi.

***

PPSMI tak capai matlamat 'sesat' & aniaya anak bangsa!

Oleh MOHD. ARIF ATAN

Di sebalik meraikan kejayaan 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang memperoleh gred A untuk semua mata pelajaran, usahlah dilupakan nasib dan masa depan kegagalan 30,049 murid yang mendapat gred D dan E untuk semua mata pelajaran. Jumlah sebesar itu boleh memuatkan 25 buah sekolah jika sebuah sekolah menampung 1,200 murid.

Lebih memeranjatkan, angka 30,049 itu adalah peningkatan “tidak sihat” sebanyak 44 peratus berbanding UPSR tahun lalu yang mencatatkan seramai 20,856 calon tidak menguasai tahap minimum untuk semua subjek. Jika diperincikan lagi, jumlah “murid kurang upaya” bagi tahun 2007 itu pula meningkat 4.5 peratus daripada tahun 2006. Ini bermakna bermula dari tahun 2006 sehingga tahun ini jumlah mereka yang gagal meningkat secara mendadak.

Apa makna semuanya ini? Selama enam tahun di bangku sekolah sebahagian daripada mereka masih gagal menguasai aspek literasi yang berkait rapat dengan kemahiran kognitif dalam membaca, menulis dan aritmetik. Bagaimana dengan gahnya pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), masih terdapat puluhan ribu murid “merangkak” membaca, menulis mahupun mengira? Jumlah seramai itu belum termasuk lagi mereka yang memperoleh gred C iaitu gred atas pagar atau sekadar nasib.

Tidakkah kelompok murid ini akan berdepan dengan tekanan yang lebih dahsyat apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah nanti sehingga terdorong terjerumus kepada pelbagai bentuk pelanggaran disiplin di sekolah? Sekiranya membaca pun tidak mampu tentulah mustahil untuk mereka mampu menguasai ilmu berkaitan sains dan matematik di peringkat sekolah menengah. Itu belum ditinjau daripada melebarnya jurang pencapaian antara murid kawasan luar bandar dan bandar.

Umum tahu, kadar keciciran pelajar adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar. Bagaimana pula perincian pencapaian calon-calon Melayu dan Bumiputera yang sebahagian besarnya di bangku sekolah kebangsaan? Ini kerana murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina dikira sebagai “bertuah” apabila berpeluang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris. Kembali kepada "matlamat" PPSMI, adakah sejumlah 518,616 calon UPSR tahun ini sudah fasih berbahasa Inggeris memandangkan mereka merupakan kelompok pertama melalui dasar itu sejak dari Tahun 1?

Jika benar PPSMI adalah usaha yang terbaik dan benar untuk memastikan pelajar kita menguasai bahasa Inggeris sepatutnya selepas enam tahun belajar semua calon terbabit tiada masalah dalam berkomunikasi dalam bahasa itu. Malah, mereka juga semestinya tiada masalah menjawab 100 peratus kertas Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Namun, mengapakah hanya 31 peratus dan 47 peratus calon sahaja yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

Banyak kajian linguistik dan pendidikan membuktikan pengajaran menggunakan bahasa ibunda dan dalam konteks negara ini semestinya dalam bahasa kebangsaan ternyata lebih berkesan daripada menggunakan bahasa asing. J.W. Wood (2002) misalnya berpendapat menggunakan bahasa kedua dalam pengajaran akan mengambil masa yang lama dan ini menjadi penghalang utama kepada pelajar untuk menguasai ilmu. Menyedari hakikat tersebut, keputusan UPSR tahun ini perlu dikaji daripada pelbagai segi agar masa depan modal insan puluhan ribu anak-anak Malaysia tidak sia-sia begitu sahaja. Kembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan!

21 November 2008

Antara Nasriah dan Aku

Ehem...bukan begitu sebenarnya..tetapi begini...Nasriah adalah seorang bakal pengamal undang-undang kelahiran universiti islam antarabangsa...dan Aku adalah seorang graduan pengajian Melayu yang kadangkala aku pun sukar untuk memahami diri sendiri..paranoid? maaf aku tidak mahu berfikir aku menelesuri jalan sebagai pengarang besar..ahhh!!apakah pengarang besar itu banyak karyanya menjadi mahakarya?Hemingway lebih terkenal dgn The Old Man and Sea berbanding berbelas novel dan kumpulan cerpennya....Aku? Ahh tidak dikenal melainkan sebagai seorang hamba Allah yang biasa juga....Nasriah??Dikenal sebagai penulis muda yang prolifik...ini bukan cemburu tetapi sejenis perasaan yang asing yang sukar diterjemahkan...


Nasriah bukan sahaja bakal seorang pengamal undang-undang yang aku fikir mempunyai masa depan yang amat gemilang di hari muka....malah seorang pujangga juga, penulis dan pemikir....entah..aku tidak akan mengenali gadis yang tinggi dan comel lote ini ini jika tidak aku memaksakan diriku untuk menyertai Bengkel Cerpen DBP 2006...di situ juga aku mengenali lagi beberapa nama penulis muda seperti ws rendra, zamri mohadamad, hamzah dan beberapa orang lagi....

Sebenarnya permulaan aku tidaklah sebaik Nasriah...Nasriah bermula dgn baik dan dia mendapat tempat di majalah dan akhbar...mungkin ketika karyanya dibaca di majalah..aku masih mengelamun lagi atau terus mengutuk setiap apa yang tertulis diatas kertas kosong diatas mejaku....

Dan jumlah cerpen Nasriah yang telah terbit melebihi 4 buah...yakni sudah mengalahkan aku....kalau tidak Shamsudin Othman..penyair seniour yang kian matang dan masak dgn pemikiran-pemikiran itu...kalau tidak zaharah nawawi penulis senoiur yang amat prolifik dan tidak penah lelah mendidik penulis baharu itu..tentulah aku tidak menulis apatah lagi tersiar karya-karyaku di media arus perdana....tapi itu dahulu...setahun lalu cerpen yang terakhirku terbit...aku sibuk dgn kerja asasi.....dan ini membuatkan aku tidak punyai masa untuk menulis....

Kadangkala Nasriah....kita ini terpaksa berjuang menulis dan menulis..otak kita dalam bidang kreatif ini jangan berhenti menggerakkannya walau sesaat..kerana untuk menghidupkannya setelah ia koma adalah amat payah sekali....

Dan aku kini terperangkap dalam sebuah jerangkap..bukan liang lahad..tetapi semacam lubang yang lubang itu mempunyai banyak cermin..setiap kali aku membuka mataku...aku melihat wajahku sendiri terpampang di cermin dan setiap kalilah aku merasai aku mengenal diriku..padahal tidak..tidak sepenuhnya aku kenali diriku.....
Nasriah....aku cuba keluar drp lubang ini...ini jerangkap...inilah yang membuatkan penulis koma bertahun-tahun..mandul tidak berkarya apa-apa....dalam koma itu anehnya dia masih boleh memberikan jawapan...

Mengapa kau tak menulis wahai penulis?

Mengapa kau tak berkarya wahai pengkarya?

Jawabnya:Aku sibuk.

Hahahaha. Perangkap bodoh dan lucu ini..ia menyebabkan penulis dan pengkarya koma..namun boleh pula memberikan jawapan pendek bila ditanyakan soalan begitu...mungkin kerana soalan itu amat kuat ding dungnya...menyebabkan dia menjawab walau tanpa kesedaran....atau aku mempertimbangkan pandangan ini:Kebanyakan penulis dan pengkarya itu tinggi EGOnya...ya benarlah Nasriah..semoga Nasriah tidak terperangkap seperti aku.....jangan berhenti berfikir dan berkarya....kalau tidak mahu koma seperti aku....

Nasriah...mungkin juga suatu halusinasi.. begini..suatu tangan yang diharapkan...dapat menarik drp jerangkap ini...em...mungkin ini penyelesaiannya...kerana tangan-tangan yang ada sekarang tidaklah dapat membantuku sepicing pun...dan sebenarnya benarlah kota ini terlalu kejam dan buta dengan seni seniman dan sasterawan....mereka ini tiada tempat di sini..kononyalah....atau aku hanya berhalusinasi tidak kunjung habisnya lagi..di malam-malam sunyi begini....

Nasriah....belajar tidak pernah tamat dengan peperiksaan...karya tidak pernah luput daripada sejarah....manusia penulis tidak pernah mati biarpun jasadnya telah hancur....pengarang hidup abadi dalam karyanya....itulah mungkin keistimewaan orang-orang seperti kita ini....mungkin hanya generasi yang ke seratus pada masa depan akan menghargai apa yang terakam dan tertulis dalam sebuah karya..

Antara aku dan Nasriah....Aku seorang yang koma....Nasriah seorang sedang memgimbangi dirinya...dan aku mengingatkan Nasriah...jgn disangka lopak2 yang indah ini ialah syurga..inilah jerangkap berbahaya...teruskan berjalan....dunia bukan syurga penulis..dunia ialah tempat kerja penulis....akhiratlah syurga kita..tempat rehat kita abadi selamanya....moga-moga...amin.

*Pada perenggan akhir ini aku lebih menasihati diri sendiri!




19 November 2008

Ciri Orang Melayu Menurut Adat Perpatih

1. Beragama. Melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya.

Kalau alim hendakkan doanya

2. Berilmu. Ia bermaksud mesti berakal atau dengan kata lain boleh membezakan antara baik dan buruk, yang mana puji dan keji, yang mana mulia dan hina. Ilmu-ilmu lain itu adalah bonus atau fardhu kifayah.

3. Berada. Cukup harta untuk menyara diri dan keluarga. Juga supaya dapat membantu orang yang miskin.

Kalau kaya hendakkan emasnya

Seseorang yang beragama, berilmu dan berada di sebut bagai:

nilai tali berpilin tiga-bermaksud apabila tiga utas tali dipintal menjadi satu maka akan lebih kukuh dan mantap lagi.

atau

tungku tiga sejerangan-kita tidak boleh menenggekkan periuk di atas tungku yang kurang dari dua jumlahnya, akibatnya periuk tidak stabil dan akan terbalik.

Jelasnya ketiga-tiga nilai ini melengkapkan manusia Melayu seperti kata perbilangan:

Tak beremas putus tali
Tak berakal tenggelam bumi

4. Amanah.

Kok gadang jangan melanda
Kok cerdik jangan menipu

5. Berani.

Melawan guru dengan kajinya
Melawan buapak dengan adatnya

dan

Alang tukang terbuang kayu
Alang cerdik binasa adat
Alang alim rosak ugama
Alang sefaham kacau negeri

6. Bermaruah atau harga diri atau menjaga status

Yang buta menghembus lesung
Yang patah menunggu jemuran
Yang pekak melepas bedil
Yang kurap mengandar buluh
Yang berani dibuat kepala lawan
Yang cerdik teman berunding
Yang alim hendakkan doanya
Yang kaya hendakkan emasnya

7. Sabar.

Tidak ada keruh yang tak jernih
Tidak ada kusut yang tak selesai
Kusut benang cari ujung dan pangkalnya
Kusut rambut ambil minyak dan sikat
Sesat di hujung jalan
Balik ke pangkal jalan

8. Tanggungjawab.

Kok malu membangkitkan
Haus memberi air
Litak memberi nasi
Hilang mencari
Sakit mengubat
Mati menanam

dan

Berat sama dijinjing
Ringan sama dijunjung
Sama sakit sama senang
Ke bukit sama didaki
Ke lurah sama dituruni

8. Persefahaman.

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seekor
Bulat segolek pipih selayang
Rundingan jangan selisih
Muafakat jangan bercanggah
Tuah pada sekata
Berani pada seia

9. Timbang rasa.

Yang elok dek awak itu
Setuju dek orang hendaknya
Sakit dek awak sakit dek orang
Lemak dek awak lemak dek orang

10. Berkongsi.

Jika mendapat sama berlaba
Kehilangan sama berugi
Hati gajah sama dilapah
hati kuman sama dicecah

11. Perpaduan.

Seikat seperti sirih
Serumpun seperti serai
Melompat sama apatah
Menyerudup sama bongkok
Jalan sedundun
Selenggang seayun.

12. Taat dan patuh.

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Masuk kandang kerbau menguak
Masuk kandang kambing mengembek

13. Kesetiaan.

Adat bersaudara saudara pertahankan
Adat berkampung kampung pertahankan
Adat bersuku suku pertahankan
Adat bernegeri negeri pertahankan

17 November 2008

Bahasa Melayu Adh Bahasa Dunia Timur

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa lingua franca khususnya sebagai bahasa perdagangan dan diplomatik.

Demikian banyak warkahd an surat perjanjian yang tertulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sama ada antara kerajaan Melayu dengan kerajaan bukan Melayu di Alam Melayu atau antara kerajaan di Alam Melayu dengan kerajaan atau pihak lain di luar Alam Melayu, misalnya dengan Kerajaan China dan kuasa-kuasa Barat. Warkah dan perjanjian tersebut banyak tersimpan di perpustakaan negara asing seperti di Paris, London dan Leiden yang menjadi rujukan ilmiah sarjana asing dan setempat.

Amat mengkagumkan apabila dua orang Belanda iaitu Van Linschotten dan Francis Valentijn melakukan pemerhatian terhadap keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun tinggi suatu ketika dahulu.

Van Linschotten menyatakan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja amat megah dan harum namanya di merata dunia tetapi dianggap sebagai BAHASA YANG PALING DIHORMATI ANTARA BANGSA-BANGSA DI SEBELAH TIMUR DAN BELIAU MELIHAT BAHAWA SESEORANG YANG TIDAK TAHU ATAU TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU DI KEPULAUAN MELAYU DAPATLAH DI BANDINGKAN DENGAN ORANG YANG TIDAK TAHU DENGAN BAHASA PERANCHIS DI NEGERI BELANDA PADA ZAMAN ITU.

Francis Valentijn yang banyak sekali menulis hal ehwal tentang Kepulauan Melayu pada awal abad ke-18 mencatat kenyataan berikut pada bukunya:

BAHASA MEREKA, IAITU BAHASA MELAYU BUKAN SAHAJA DI TUTURKAN DI DAERAH PINGGIR LAUT, TETAPI JUGA DI TUTURKAN DAN DIGUNAKAN DI SELURUH KEPULAUAN MELAYU DAN SEGALA DI NEGERI-NEGERI SEBELAH TIMUR, SEBAGAI SUATU BAHASA YANG DIFAHAMI DI MANA-MANA SAHAJA OLEH SETIAP ORANG, DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU ITU TIDAK UBAH SEPERTI KEDUDUKAN BAHASA PERANCHIS ATAU BAHASA LATIN DI EROPAH , ATAU SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA DI ITALI DAN LEVANT. SUNGGUH LUAS TERSEBARNYA BAHASA MELAYU INI SEHINGGA KALAU KITA MEMAHAMINYA TIDAKLAH MUNGKIN KITA AKAN KEHILANGAN JEJAK , KERANA BAHASA ITU BUKAN SAHAJA DIFAHAMI DI PARSI BAHKAN TERLEBIH JAUH DARI NEGERI ITU, DAN DI SEBELAH TIMURNYA HINGGA KEPULAUAN FILIPINA.

Demikianlah betepa hebatnya bahasa Melayu kita suatu ketika dahulu. Bahasa Melayu sejak 700 ratus tahun lampau telah menjadi usnur penting dalam pembinaan tamadun bangsa bagi seluruh umat di Alam Melayu. Bahasa Melayu digunakan dengan meluas bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Tarafnya tidak semata-mata dianggap bahasa setempat malah bahasa negara dan bahasa ntarabangsa kerana bahasa Melayu digunakan oleh pelbagai bangsa dari luar Alam Melayu termasuk dari Eropah.

Kemerosotan bahasa Melayu seiring merosotnya tamadun Melau terutama apabila Alam Melayu dijajah oleh kuasa asing. Namun setelah merdeka kita orang-orang Melayu telah berjaya memegang kerajaan dan memerintah dengan bebas dan makmur, usaha telah dibuat untuk membangunkan semula bahasa Melayu kita ini. Usaha-usaha itu nampaknya berjalan lancar pada awalnya melalui perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan, Kebudayaan Kebangsaan namun Kabinet era Mahathir tiba-tiba mencantas pertumbuhan dan usaha bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa ilmu .

Inilah bahananya, apabila orang politik membuat keputusan tentang pembinaan generasi dan tamadun bangsa mereka berfikir melulu dan secara singkat. Tunggulah saat dan ketikanya bahasa Melayu hanya layak jadi bahasa pasar, bahasa carutan, bahasa makian, bahasa pelacuran, bahasa perlecehan, bahasa rendah dan hina apabila usaha untuk membina bahasa seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dicantas dan dirobek semahu-mahunya.

Bahasa Perundangan

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa perundangan. Dalam khazanah kesusteraan tradisional Melayu, terdapat sejumlah naskah Melayu yang menerangkan tentang undang-undang. Tentu sekali undang-undang dalam naskah tersebut amat berbeza sekali dengan undang-undang common law yang digunapakai di negara Malaysia sekarang.

Dalam naskah tersebut diterangkan kuasa raja dan pembesar serta undang-undang berkaitan pentadbiran negara, undang-undang jenayah yang bercampur aduk dengan undang-undang tempatan(adat), Hinddu dan Islam, undang-undang awam termasuk dalamnya undang-undang tentang perkahwinan dan pewarisan dan adat istiadat yang biasanya diamalkan oleh raja dan pembesar.

Secara umumnya naskah undang-undang Melayu ini meliputi dua golongan iaitu undang-undang Adat Temenggung dan Undang-undang Adat Perpatih.

Dalam kumpulan undang-undang Temenggung, Hukum Kanun Melaka merupakan naskah undang-undang Melayu Melaka yang menjadi induk kepada kewujudan undang-undang Pahang dan Undang-undang Kedah.

Pada zaman terkemudian wujud pula naskah Thammarat Al-Mulhimmah yang mana undang-undang jinayat islam mendominasi.

Dalam undang-undang Adat Perpatih pula terdapat naskah Undang-undang Sungai Ujung, Undang-undang Adat dari Rembau, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Negeri Perak, Undang-undang Minangkabau.

Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin merupakan karya ketatanegaraan yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu.

Di Alam Melayu bahasanya Melayu
Di gubal undang-undang Melayu
Di Alam Melayu bahasanya Melayu
Di gubah peraturan masyarakat Melayu.

*Di lain waktu aku akan menerangkan dengan terperinci kandungan undang-undangMelayu ini dan membandingkannya dengan undang-undang common law warisan British yang Malaysia amalkan kini.

Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa ilmu. Catatan pengembara I-Cing yang singgah dan bermastautin selama 6 bulan di ibu negeri Sriwijaya di Sumatera menunjukkan bahawa pada sekitar abad ke-7 telah ada pusat pengajian agama Buddha di Sumatera dengan menggunakan bahasa Melayu.

Sesudah Islam menyinari Alam Melayu, bahasa dan persuratan melayu menjadi demikian kayanya dengan fungsi bahasa Melayu mengungkapkan ilmu-ilmu agama, ilmu kalam dan fiqah, muamalat, munkahat, jinayat, sirah, qiraat dan tasawuf. Manuskrip tertua bertarikh 1590 yang telah dikaji oleh Prof Syed Naquib Al-Attas iaitu terjemahan Aqaid Al-Nasafi oleh ulamak Melayu (mungkin Nuruddin Al-Raniri) ialah kitab yang membicarakan soal akidah atau tauhid. Selain itu, bahasa dan persuratan Melayu menjadi kaya dengan ilmu dan maklumat dalam pelbagai bidang lain. Sehingga kini, kita mewarisi ribuan karya yang mengungkapkan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran daripada tradisi ilmu hinggalah pembuatan persenjataan, perubatan dan pembinaan.

Karya-karya demikian ditulis dalam bahasa Melayu menjadi bukti wujudnya pemikir, ilmuwan, pujangga, pengarang, tukang kayu, tukang besi dan pembuat bahtera yang memerlukan seni ukuran dan pengetahuan alam tabi'i yang sangat menakjubkan.

Dalam bahasa dan persuratan nama-nama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Syamsudin Al Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Abdus Samad al-Falimbani, Syeikh Daud Al-Fatani, Syed Muhammad Arsyad al-Banjari, Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi dan banyak lagi telah diktiraf oleh seluruh peneliti dan orientalis seluruh dunia sebagai pendukung tamadun Melayu dalam bidang bahasa dan persuratan.

Demikian pula munculnya tokoh-tokoh dan karya-karya dalam pelbagai bidang menjadi bukti berdiri teguhnya pusat-pusat peradaban Melayu seperti Pasai, Melaka, Acheh, Patani, Banjarmasin, Palembang, Riau-Johor dan beberapa lagi. Prof A. Teeuw, sarjana Belanda mengakui bahasa Melayu tinggi sudah wujud ketika zaman perkembangan Tamadun Melayu-Islam lagi.

Pejuang Bahasa 'Tua' lwn Kera-kera Kerajaan

Bahasa kita sudah lama kalah, dikalahkan oleh orang-orang Melayu sendiri khususnya pembuat dasar yakni kerajaan. Pejuang bahasa dari pelbagai latar dan pendidikan telah cuba memenangkannya semula dengan pelbagai simposium, beratus kertas kerja, beratus artikel rencana, syarahan dan buku-buku diterbitkan bagi membuktikan kedirian bahasa kita.

Dan ia hampir berjaya setelah kerajaan mahu mengkajinya semula selepas pilihanraya mac lalu. Namun pejuang bahasa telah tersalah catur. Mereka tersalah bidik. Pejuang bahasa yang berunding dengan kerajaan telah menggunakan hujah dan alasan yang lemah dalam memenangkan kembali bahasa kita.

Akibatnya apa yang berlaku?Orang-orang politik menggunakan keputusan UPSR sebagai penentunya kedudukan bahasa kita. Ketika pejuang-pejuang bahasa mengeluh dan sudah nampak pertanda kekalahan bahasa kita di meja runding maka saya sudah lama mengatakan bahasa kita sudah lama kalah oleh pejuang-pejuang bahasa yang tua dan lembab serta lemah menggunakan hujah dan alasan.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan antaranya sebagai bahasa ilmu. Keputusan Kabinet era Mahathir menukar bahasa pengantar sains dan matematik daripada bahasa kebangsaan kepada bahasa penjajah telah menyebabkan fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu telah dicantas sama sekali. Usaha kita untuk membangunkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu sudah dicantas. Tunas-tunasnya telah di siram dengan racun dengan kejamnya.

Kita harus sedar bahawa bahasa keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu tidak perlu dipertikaikan lagi. Tiada suatu tamadun di dunia ini membangun dengan bahasa asing. Penciptaan dan inovasi sains dan teknologi berlaku dalam bahasa ibunda penciptanya sendiri bukan bahasa asing atau bahasa kedua pencipta. Pencipta berfikir dalam bahasanya. Setiap bangsa yang berjaya mengutamakan bahasanya. Bahasanya dibangunkan dengan ilmu dan penciptaan.

Fanatik dan semangat cintakan bahasa ini adalah amat penting kerana ia berhubung rapat dengan kecintaan terhadap bangsa dan negara. Bahasa kita sebenarnya masih dalam pembinaan secara bertahap-tahap untuk menjadi bahasa ilmu bahasa dalam sains dan teknologi dan ia pasti berjaya sebagaimana bangsa Inggeris menceduk ilmu-ilmu dari tamadun arab lalu menterjemahkan dan mengolahnya semula dalam bahasa inggeris.

Jadi apakah kita tidak boleh menterjemahkan dan mengolahkan kembali segala ilmu sains dan teknologi dengan bahasa kita untuk membina negara dan bangsa kita? Bahasa Melayu adalah asas kepada kewujudan tamadun bangsa Malaysia.

INILAH HAKIKAT PERJUANGAN YANG MESTI DIPERJUANGKAN OLEH PEJUANG BAHASA YANG BERHADAPAN DENGAN ORANG-ORANG POLITIK DI MEJA RUNDINGAN. HUJAH INI AMAT TEPAT DAN TIDAK AKAN DIGANGGU DENGAN ALASAN ATAU SEBAB LAIN.

MALANGNYA PEJUANG BAHASA 'TUA' (TERDAPAT PEJUANG BAHASA YANG BERUNDING DENGAN KERAJAAN SEHINGGA BERJAYA MENDESAK KERAJAAN MEMBUAT SEMAKAN SEMULA PPSMI SELEPAS PILIHANRAYA TELAH BERUMUR DAN MEREKA INI PENDUKUNG SETIA PARTI KERAJAAN) YANG BERUNDING DENGAN KERA-KERA KERAJAAN TELAH MENGGUNAKAN HUJAH YANG LEMAH IAITU 'PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SAINS DAN MATEMATIK TELAH MENYEBABKAN RAMAI PELAJAR-PELAJAR MELAYU KETINGGALAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK'.

HUJAH INI WALAUPUN DARI SATU SISI BETUL TETAPI PEJUANG BAHASA 'TUA' TERSEBUT HARUS BERINGAT, KALIAN BERHADAPAN DENGAN OKNUM POLITIK YANG PANDAI PUTAR BELIT LANTAS MENJADIKAN KEPUTUSAN UPSR SEBAGAI DASAR UTAMA PENILAIAN TERHADAP PELAKSANAAN BAHASA INGGERIS DALAM SAINS DAN MATEMATIK.

JADI USAHA KITA USAHA SEMUA PEJUANG BAHASA(MERANGKUMI SEMUA LAPISAN UMUR DAN LATAR BELAKANG SEHINGGA KEPADA MASYARAKAT BAHASA) TELAH HANCUR BERKECAI KERANA HUJAH YANG LEMAH INI.

PEJUANG BAHASA 'TUA' HARUSLAH INSAF KESILAPAN MEREKA DAN HARUSLAH LEBIH BIJAK DI MASA DEPAN UNTUK BERDEPAN DENGAN KERA-KERA KERAJAAN INI DI MEJA RUNDING. KITA HARAP SELEPAS INI PEJUANG-PEJUANG BAHASA 'TUA' MENDEGAR SUARA PEJUANG-PEJUANG BAHASA 'MUDA' YANG MANA STRATEGI BERHUJAH, BERANI DAN CEKAL MESTI DI PRAKTISKAN. JGN KITA PATAH SEMANGAT ANGGAPLAH KEKALAHAN KALI INI MEMATANGKAN KITA PEJUANG BAHASA DALAM BERDEPAN DENGAN KERA-KERA KERAJAAN YANG HANYA SEDIKIT CERDIK INI. KITA YANG CERDIK INI JANGNLAH JADI KERA YANG SEDIKIT CERDIK DAN JANGAN TERTIPU DENGAN KERA YANG MEMAKAI KOT DAN MENJADI MENTERI DAN DUDUK DALAM KABINET INI. JANGAN SESEKALI TUNDUK KEPADA SEDIKIT KECERDIKAN MEREKA MEMANIPULASIKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID SEKOLAH DALAM MEMBINA TAMADUN BANGSA DAN NEGARA!

KITA SUDAH TAHU PENGHUJUNGNYA SAINS DAN MATEMATIK TETAP AKAN DILAKSANAKAN DALAM BAHASA INGGERIS KERANA KEPUTUSAN UPSR PELAJAR MELAYU KHUSUSNYA DIGAMBARKAN MEDIA AMAT BAIK. DAN IMPIAN UNTUK MEMBINA BANGSA MALAYSIA DENGAN BAHASA KEBANGSAAN AKAN JADI CACA MARBA DAN BAHASA MELAYU AKAN JADI BAHASA PELECEHAN DAN BASAHAN SEMATA-MATA.

JUSTERU, PEJUANG BAHASA SEDARLAH KALIAN. GUNAKAN HUJAH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU MEMBINA BANGSA MALAYSIA SEBAGAI HUJAH UTAMA KITA(SPT YANG SAYA PADA PERENGGAN SEBELUMNYA) JGN JADIKAN ATAU JANGAN KITA PEJUANG-PEJUANG BAHASA MENERIMA PENILAIAN DIBUAT ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUDAK SEKOLAH. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID SEKOLAH TIDAK MENGGAMBARKAN KETAMDUNAN BANGSA KITA SERATUS TAHUN KE HADAPAN. IA BERSIFAT JANGKA PENDEK. WAHAI PEJUANG BAHASA KALIAN BERHADAPAN DENGAN KERA-KERA KERAJAAN YANG PANDAI BERKATA-KATA DAN BERTINDAK. JUSTERU GUNAKAN ALASAN DAN HUJAH YANG TEPAT DAN BIJAK AGAR DENGAN SEKALI HUJAH KERA-KERA INI TIDAK LAGI BERANI MELOMPAT DAN MEMPERMAINKAN AMANAH BANGSA!

16 November 2008

Cuti 7 Hari

Pada 13 haribulan aku pergi ke Klinik Am, PPUM. Oleh kerana aku datang awal, maka aku dapat no yang lebih awal. Sebelum berjumpa doktor, darahku diambil jururawat untuk diperiksa di makmal. Sedang menunggu giliran itu aku berbual2 dgn seorang mamat yang juga demam sepertiku. Air mukanya tampak keruh. Dia disyakki denggi dan jumlah pletletnnya jatuh saban hari. Aku pun ceritalah apa yang aku lakukan bila aku terkena denggi dahulu antaranya minum 100 Plus dan makan.

Tidak lama kemudian, no giliran aku naik di skrin. Aku segera melangkah masuk ke bilik no 9. Seorang doktor lelaki berbangsa Sikh menjemputku duduk dan dia menanyakan aku sakit apa. Demam. Jawabku spontan. Doktor angguk. Kemudian dia meneliti hasil pemeriksaan darah ku di komputer. "Chicken pox"kata doktor ringkas.

Aku merengus perlahan. Sememangnya aku tidak pernah terkena demam campak. Inilah pertama kali. Doktor bertanyakan aku lagi sejumlah soalan demi soalan sehinggalah dia memberikan cuti sakit mulai hari ini selama 7 hari.

Aku pulang dengan tenang. Malam itu baharulah aku sedar jumlah gelembung-gelembung berisi cecair hanyir di tubuhku tumbuh berkali ganda. Tubuhku mula miang dan mukaku juga tidak lepas ditumbuhinya.

Demam pula berulang datang. Kebah dan demam. Dan tubuhku sangat lemah dan letih. Aku terjaga jam 5 pagi dalam keadaan mengigil dan terpaksa mengambil paracetamol. Esoknya baharulah aku tahu betapa deritanya penyakit cacat air ini. Gelembung2 ini tumbuh hampir di seluruh tubuhku. Menjelang 3 hari gelembung ini naik sampai ke kaki dan telapak tangan. Kata Tok kalau sudah ada di kaki itu tandanya campak dah keluar habis. Syukurlah.

Namun itu tidak berakhir. Hari Jumaat itu aku rasakan mencapai puncaknya. Selain gatal dan miang, gelembung dan bintik2 cacar ini juga tumbuh di sekitar anggota kelamin dan bukan sekadar gatal dan miang tetapi AMAT MENYAKITKAN!

Ya Allah, tidak pernah aku rasa sesakit ini. Betapa bisanya kau campak!Menjelang tengahari demamku semakin teruk dan cecair dalam gelembung2 itu bagaikan mengelegak dalam kulit di seluruh tubuhku!

Bayangkanlah sampai saat aku menangis kesakitan! Keadaan ku reda hanya ketika maghrib tiba mungkin kerana cuaca malam yang beransur sejuk dan dingin. Malam itu aku dapat tidur dengan nyenyak setelah beberapa hari aku gagal tidur dengan sempurna. Pada hari Sabtu keadaan ku semakin baik walau demam masih ada. Selera makanku pulih dan aku makan habis2san. Makan makanan yang tidak gatallah. Aku beli air kelapa-baru saat ini aku dapat meminumnya-dan nasi dan sup ayam, dan aku makan jam 6 petang. Aku rasa puas dan bersyukur sekali.

Namun menjelang maghrib demam datang lagi-tetapi bukan sejuk tetapi rasa PANAS pula. PANAS sehingga aku meneguk air berulang kali disertai kencing yang berpuluh kali sehinggalah menjelang isyak demam ku sembuh terus sampai hari ini Ahad. Syukur alhamdulillah. Dalam menikmati saat2 penyembuhan ini aku mula berfikir tentang perbuatan ku masa silam. Dan aku masih ingat berapa aku selalu mengejek rakanku sewaktu zaman budak2 dahulu apabila rakan2 ku terkena campak. Aku akan mengusik mereka dan ketawakan bintik2 ruam pada tubuh mereka. Dan hari ini aku menerimanya pula. Bukannya campak biasa tetapi campak besar. Padan muka aku!

12 November 2008

Demam

Sejak hari Ahad lagi-catatan hujung minggu-aku telah diserang demam. Demam kebah demam kebah. Aku masih ingat lagi dua malam lepas aku terjaga jam 4 pagi dan aku mengigil kesejukan. Aku terpaksa ambil paracetamol. Dan hasilnya aku berpeluh lagi dan lagi sehinggakan bajuku dapat diperah. Otot kaki lengan ku terasa ngilu dan lenguh yang luar biasa. Sendi2 ku seperti patah. Timbul pula lepuh pada kulit ku pula hari ini. Dan pagi ini bila aku bangun tidur abdomen ku amat sakit-bukan senak nak buang air besar-tetapi semacam lenguh/ngilu amat sangat. Aku khuatir aku terkena DENGGI lagi seperti tiga tahun lepas dimana aku demam selama 2 minggu lebih dan dimasukkan ke PPUM. Ketika itu aku terpaksa berulang alik selama seminggu ke PPUM utk pemeriksaan darah dan hari ke tujuh aku ditahan di WAD 13 U antara WAD termewah spt hotel 5 bintang dan aku sebaris dengan pesakit krtikal lain spr jantung dan lain2 penyakit maut.

Nampaknya esok aku harus pergi jumpa doktor dan dari tempat aku hospital terdekat hanyalah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku tak tau sama ada ke bahagian RUKA ataupun ke KLINIK ENT kerana aku gagal menghadiri diri dalam ujian RADIOLOGI (akibat infeksi pada luka di tekak) pada 11.11. lepas kerana demam kuat. Ya Allah ujian engkau ni aku terima dgn redho dan ampunilah segala dosaku dan kurniakanlah daku maghfirah Mu. Amin.
Za'aba berkata dalam majalah Pengasuh hlm 1-2, 17.3.1919:

"Sungguhpun negeri Tanah melayu ini negeri yang sentiasa bertambah-tambah ramai dan bertambah-tambah kaya daripada kemakmuran khazanah buminya, akan tetapi siapakah yang sentiasa yang sentiasa beroleh keuntungan daripada kemakmuran itu? Di manakah bapa-bapa Melayu dan dimanakah anak-anak Melayu? Pada sebutan yang zahir sebenarnya negeri ini negeri Melayu luarnya dan dalamnya kerana telah berkediaman bangsa Melayu itu padanya hampir-hampir 700 tahun. Akan tetapi pada masa sekarang ini sebutan Negeri Melayu itu menepati hakikat maknanya dan daerah-dearah kampung dan ceruk-ceruk negeri yang jauh dari pekan jua. Orang Melayu telah lari ke dalam hutan dan ke tengah-tengah negeri mendiami tiap-taip lepan dan bukit bakau. Orang-orang dari luar telah datang menunggui dan meramaikan tepi-tepi lautnya dan bandar-bandar perniagaannya!Maka di tengah-tengah negeri yang jauh dari suara loceng itulah kamu akan berjumpa dengan kebanyakan Melayu. Ada pun lain daripada itu kamu akan dapati sama ada pada zahirnya atau pada hakikatnya negeri ini ialah negeri orang dari luar, pada pekerjaannya, pada perusahaannya, pada perniagaannya dan pada pemerintahannya."

Ragam Mat Tabligh-Ikut Nafsu Ammarah

Suatu ketika aku di surau kolej kediaman. Sehabis drp solat ada lah mat tabligh ni bangun kasi tazkirah. Aku dah tahu apakah matlamat akhir mat tabligh bila dia bercakap. Keluar dgn kami 3 hari. Begitulah adanya.

Kerana aku sudah tahu matlamat akhir percakapannya begitu maka aku pun tidak mempedulikan dia. Aku bingkas dan mengambil surah Yassin lalu aku duduk di suatu sudut surau. Lantas aku membacanya. Aku tak pedulikan mata kwn2 aku sejemaah yang melihat gelagat aku itu krn bagi aku ini bukan perlakuan salah ini tempat ibadat kita bisa membaca Al quran berzikir dgn masa2 kita sendiri.

Bukannya aku bawa betina ke sini....

Kemudian drp itu mat tabligh itu nyata mencerlung aku tidak suka dgn tingkah laku aku. Atau mat kau terasa telah disindir mat. Aku fikir surah Yassin ini ada kata-kata Allah dan apabila aku tidak mempedulikan kau adalah bukan salah bagi aku kerana aku lebih sedia menghayati kata-kata Allah.

Sewaktu elok damai je membaca Yassin tu, mat tabligh yang jadi jurucakap pun katalah Membaca yassin malam jumaat ni suatu bidaah.. Terganggu jugak usus aku. Aku tau dia sindir aku..kerana keegoannya sbg pendakwah kononnyalah maka dia ambil kesempatan memerli aku....tindakan aku membaca yassin sbg bidaah!

Aku rasa nak lempang sahaja mat tabligh ni atau sekurang2nya aku pulah bertabligh depannya apalah kiranya bidaah perlakuan aku itu jika aku lebih memperhatikan kalamullah berbanding kata engkau Ya hamba ALlah yang diciptakanNya drp titis mani yang hina?

Apakah nafsu ammarahmu sampai kemuncak ke dada mu untuk membolehkan kau menjadi laksana Tuhan menghukum aku sewenang-wenangnya semata-mata aku tidak mengikuti kehendak nya untuk diam dan dengar serta ikut ajakannya keluar 3 hari itu?

Allah, engkau juga ada cara menguji hambaMu dan kufikirkan ini juga untuk menguji mat tabligh itu. Sehabis aku baca Yassin, Isyak pun datang dan setelah isyak mat2 tabligh ni buat halaqah bersama kwn2 aku. Aku pun ikut sekali tanpa memikirkan sendaan mat tabligh yang perasan bagus tu kerana bagi aku mat kau juga hamba Allah yang tidak lepas buat salah. Allah Maha Pengampun.

Kemudian berlakulah perbincangan. Yang seronoknya bila mat tabligh ni cakap satu isu semua kwn aku tak berani nak lawan atau cakap atau kasi pandangan kerana mat tabligh ni boleh patahkan balik atau kasi nasi tambah sampai menampakkan kebagusan dirinya dan kebodohan kwn2 aku itu.

Bila sampai giliran aku, aku tidak kasi peluang lagi teruslah aku berhujah semualah keluar fakta wahyu hadis huraian kaitan dgn isu semasa dan pendekatan dakwah. Aku katakan tepat2 ke muka mat tabligh yang terkedu mendengar setiap patah kata2 aku itu bahawa dakwah itu bukan sahaja keluar 3 hari dakwah bukan juga sekadar dgn halaqah dan juga bertabligh serta bercakap MALAH dakwah juga dengan perbuatan atau dalam Arabnya dakwah bil hal.

Aku pun hujahlah kalau kita nak dakwah jgn pilih bulu jgn sindir org yang kita nak dakwahkan itu jgn hukum org yg kita nak dakwahkan itu. Cakap baik2 tunjukkan akhlak yang murni. Setiap pendakwah mestilah masuk dalam semua jenis orang dan tidak menjauhkan diri mrk drp orang berdosa atau berperlakukan berdosa ini-masuk rapat dan dakwahlah secara halus secara perbuatan.

Selepas aku cakap macam itu, semua mat tabligh diam. Kwn aku pun dok perati je muka selamba aku itu. Dan sewaktu nak balik itulah mat tabligh ni hulurkan tangan dan minta maaf kpd aku dan menyatakan betapa dia mengikut rasa sewaktu menyindir aku tadi.

Rupa-rupanya alasan mat tabligh tu kata bidaah aku baca Yassin ialah sebab malam itu malam Jumaat. Aku senyum sahaja. Aku pun tak ingat malam tu malam jumaat. Dan ini menunjukkan aku bukan buat bidaah sebab aku membaca Yassin bukan kerana malam itu malam ini tetapi kerana kefahaman aku sendiri tentang Al Quran serta kehendak aku sendiri untuk menghayati ayat-ayat Allah.

Apapun mat, semuga kau tetap benar dijalan kau dan mendapat hidayah Allah. Ingatlah kata-kata aku ni mat sebagai pengajaran dan buah bekal. Kerana aku pun mengingati juga apa aku cakap kerana celakalah aku kalau aku pandai cakap tetapi tidak melakukannya.

Ragam Mat Tabligh-5 Minit Sahaja

Kejadian itu berlaku semasa aku masih menuntut di Universiti Malaya dan aku waktu itu tinggal di kolej kediaman. Untuk pengetahuan kalian, aku tidaklah memusuhi mana2 mat tabligh jemaah tabligh atau mempunyai apa2 kemarahan dendam kesumat atau niat tersembunyi kpd jemaah tabligh.

Tabligh boleh dilihat pada kata tabligh itu sendiri yakni bermaksud menyampaikan yang menjadi salah satu drp sifat2 rasul.

Namun yang aku sentuh ini ialah mat tabligh iaitu mat2 tabligh yang direkrut dalam jemaah tabligh melalui keluar beberapa hari itu.

Aku tidaklah mahu mengatakan apa2 tentang mat2 tabligh yang kebanyakannya ikat serban pun belum betul dan baca hadis pun kadangkala tak kena. Tetapi kwn2 aku memang tak suka bila mereka dtg kerana apabila mereka mengetuk pintu dan mula bercakap mereka akan bertabligh tanpa henti2nya. Tanpa ada selingan dan iklan sekalipun.

Mula2 mat tabligh cakap beri masa kami 5 minit nak tazkirah namun setelah mat tabligh ni bercakap janji itu dimungkiri. Ini salah satu sifat negatif mat tabligh yg memungkiri janjinya.

Aku tidak kisahlah tentang itu kerana tiada lagi mat tabligh mampu bercakap dgn aku tanpa henti lebih 5 minit. Dgn kwn2 aku yang ya ada yang kurang penghayatan agamanya itu terpaksa mendengar sahaja walau sudah dijanjikan tazkirah 5 minit sahaja.

Sementalahan pula kawan aku itu ada yang dah bersiap nak ke perpustakaan kah ada temu janji dgn rakan setugasan kah jadi 5 minit lambat tak mengapa rasanya.

Biasalah janji Melayu.

Namun setelah kwn aku memberikan masa 5 minit itu mat tabligh ni semakin sakan bertabligh dia sentuh habis dalam luar kubur akhirat dan termungkirilah janjinya nak tabligh hanya 5 minit.

Biasalah janji mat tabligh Melayu.

Selalunya kwn aku tu garu kepala, garu telinga kuis hidung dan nak cakap pun rasa segan dgn mat tabligh yang berserban dan berjubah ni kerana figuratif dan imejnya yang islamik itu.

Akhirnya akulah yang menyelit. Terus terang sahaja aku tegur. Ni janji 5 minit tapi dah dekat 20 minit tak abis lagi cakapnya...

Selalunyalah..rona muka mat tabligh ni akan berubah jadi merah memandang aku macam syaitan gamaknya...segera aku bertawauzz dan mengharapkan bisikan syaitan terputus menggaruk sukma mat tabligh yang sudah terkena ini.

Biasanya kalau jenis terus bertahan tu menggunakan egonya makanya keluarlah dakwah2 yang bertujuan membela dirinya kerjanya dan dakwahnya. Menggunakan agama untuk menegakkan egonya.

Persoalannya, kita tidak pertikaikan perihal tabligh dakwah tetapi kita bercakap tentang janji masa 5 minit kau nak cakap mat tetapi setelah janji kau itu dipercayai mat, jauh gelincirnya kau tabligh mat sampai terpaksalah diberikan kata balas.

Biasanya gitulah aku cakap..Ni dah lebih 5 minit...janji mest ditepai..Allah tidak suka org yang memungkiri janji..sekamba sahaja aku cakap.

Kalau nak bertahan lagi aku terus cakap je...Kalau nak cakap lebih 5 minit bagitaulah awal2 supaya kwn saya tu dapat membatalkan temujanjinya dgn rakan setugasnya atau memberitahu kwnnya yang menunggu di padang futsal dia tgh ditabligh...kan molek tu...

Tiba disini tak banyak dah mat tabligh yang mampu bertahan. Kalau ada sorang dua, nak bertahan juga aku cakap kepada kwn aku tu kau pergilah biar aku pula tabligh mamat ni....Dan biasanyalah mat tabligh yang tegar tu pasti beredar....

Korang nak tahu kalau akulah yg membuka pintu dahulu (kebetulan kwn aku tiada dalam bilik) sewaktu diketuk mat tabligh apa yang aku akan katakan dulu padanya:

Mat aku mahu beraklah....Tgklah kalau mat tabligh jenis cool dia akan terima dgn penuh sangkaan baiknya jenis ni aku yang tarik tangannya masuk kedalam bilik.

Kalau jenis marah2 muka merah dan terjah terus aku, aku bukak pintu lebar2 dan sebelum dia cakap aku yg akan cakap dahulu kpdnya.

Macam2 lah ragam mat tbligh ni bila dia memungkiri janji yang dia sendiri memberikannya.

10 November 2008

Catatan Hujung Minggu-Antara Kuala Lumpur dan Masjid Jamek

Sambungan....

Tempat pertama yang mahu ku pergi ialah Puduraya. Ini amanah Mak Uda. Lagipun kalau lama2 not RM 100 dalam dompetku dikhuatiri ia akan hilang sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan.

Sepanjang aku berjalan2 itu-yeh ni juga peluang aku untuk merelakskan diri dengan senam berjalan kaki lepas dan bebas-bas Hup Hop kalau tak salah akulah namanya bas double dacker itu melintasi di depan ku. Ada Mat Saleh bual2 di puncak bumbungnya sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur.

Aku fikir, Mat Saleh ni mesti tidak merasa apa2 keistimewaannya di KL selain bangunan2 kolonial dan lama itu. Sementelah nama bas pun tak beridentiti Malaysiana, susun atur bangunan KL yang berselerak, susur jalan kaki yang tidak bertentu arah dan sikap tak makan ajar pemandu kota menjadi lukisan absurd kehidupan di kota.

Dan apabila melintasi MyDin aku bercadang untuk sianggah sebentar untuk aku membeli sandal kerana sandal yang kupakai kini boleh mentumuskan aku ke jalan dan tar bila2 masa sahaja kerana sudah haus tapak dan bunganya.

Di Puduraya keadaan tidaklah terlalu sesak dgn orang ramai. Seperti biasa ada yang sedang menunggu berangkat, ada yang beruruasan di kaunter tiket dan yang aku tertarik minah indon yang memanggil-manggil dgn lembut sekali Abg...sila nasi ayam semua ada...Feh, ada masa tu aku nyaris terikut suatu suara minah indon semerdu buluh perindu tetapi bila aku tgk chopstik dan daging panggang (babi??) aku terus buat2 tak tau sahaja berlalu.

Sudah jadi kebiasaan minah2 indon ni melayu kita yang datang ke negara kita Malaysia tercinta ini bekerja di restoran dan kedai makan cina dan mereka tidak fikirkan lagi soal haram dan soal syubhah.

Tapi apa boleh buat kehidupan menekan mereka begitu. Tetapi tidakkah Allah jua yang mewujudkan kehidupan bagi manusia?Ya benar sebab itulah manusia diberikan akal untuk memilih baik atau buruk atau berusaha mencari sesuatu yang dihalalkan ALlah baginya...sekali sekala seperti ustaz pulak aku bercakap..hehehe...

Di kaunter bas trannasional aku mengeluarkan keratan fotostat kad OKU Mak Uda. Aku merasa lega apabila mat kaunter menerimanya dan seterusnya memberikan potongan tiket kpd aku.

Balik Kampung ke Kedah 7.12.2008 dan Kembali ke KL semula 12.12.2008. Menyambut Raya Haji. Semua sekali harga tiket ialah RM110.70 sen. Kalau tak salah ingatan akulah. Setelah membeli tiket aku tidak terus ke MyDin kerana seorang muslim mesti menegakkan solatnya. Jadi aku ketingkat 2.

Bersolat Asar dan berehat sebentar di surau. Lega rasanya. Dekat sejam berdiri dan berjalan baharu dapat bersimpuh lega rasanya tubuh badan. Setelah setengah jam bertafakur aku pun keluar dan melangkah ke MyDin KotaRaya untuk membeli sandal yang ku bajetkan tidak lebih drp 50.00.

Dan aku sememangnya seorang yang cerewet walaupun terdapat berpuluh jenis sandal di MyDin yang murah dan cantik2, aku berkeliling semua tempat menjual sandal tu berkali-kali. Pekerja disitu pasti terpaksa bekerja lebih sedikit apabila aku memunggah dan memutuskan tali yang diikatkan sandal pada jaring meja pamer sandal tersebut.

Kakiku ini besarlah, jadi memang suatu yang agak rumit mencari saiz kaki aku ini melainkan aku terpaksalah berjam2 mencubanya walau hakikatnya aku sangat cerewet sampai satu ketika aku sudah menemui sandal yang aku fikir berbaloi memilikinya namun aku tak puas hati sebab ia 'cedera ' sedikit dan warnanya kurang sikit macam saudaranya yang lain maka hairanlah pekerja atau sesapa sahaja yang memantau pergerakan aku apabila melihat aku memilih sandal drp spesis yang sama kubanding2kannya dgn sungguh teliti. Walhal aku tidaklah kisah sangat tetapi secalit karbon pensel pada sandal menyebabkan aku menolaknya. Hahahaha.

Setelah dekat sejam berlegar di My Din aku pun beredar ke Masjid Jamek.

Sepanjang berjalan kaki itu-senam kaki-aku memandang wajah langit yang kebiru-biruan, beburung terbang di dada KL dan disertai tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa-aku rasakan alam ini begitu indah kpd aku seolah-olah merestui aku menuju ke Masjid Jamek.

Hati aku dipenuhi rasa keindahan maha indah Allah ta'ala yang tercermin pada alam lalu ku musyahadahkannya di dalam hatiku lantas jadi rindu-rinduanlah aku kpdNya seketika itu juga.

Kerana aku bukan nabi atau rasul atau wali maka ingatan itu suatu titipan rahmat buatku drp Allah krn rahmat Allah mana lah memilih bulu diberikan kpd sesiapa yg dikehendakiNya meski manusia merasai cemburu dan iri hati dgn kurniaan Allah kpdnya itu. Mudahan-mudahan aku tergolong dalam hambaMu yang solah dan taat Ya Allah.Begitu doaku luhur.

Di Sana aku menunaikan Maghrib dan Isyak sekaligus dan disitulah aku temui kedamaian ku. Setelah habis isyak aku berjalan lagi menuju ke Pasar Seni dan menunggu bas disitu kulihat ramai yang menunggu bas di sana. Tidak lama kemudian bas pun tiba dan aku pulang kerumah dgn sentosanya. Alhamdulillah.

Catatan Hujung Minggu-Ragam Dalam Bas Rapid KL

Jam 4 petang bas yang ditunggu untuk ke Kuala Lumpur pun tiba. Ketika itulah juga Mak Uda menelefon. Dia bertanya tentang tiket. Aku memberitahunya aku baharu saja naik bas. Dalam bas yang sesak dgn manusia itu aku mencongak-congak. Andai kata petugas kaunter Trannasional itu tidak menerima salinan Kad OKU untuk dapat harga separuh/harga kanak-kanak, duit RM 100 yang Mak Uda berikan itu pasti tidak mencukupi. Aku mencongak berapa dalam dompetku ketika ini. Dalam 30.00.

Dengan manusia yang sesak yang rata-ratanya mat dan minah indon nepal dan bangsa aku jadi pening-pening lalat. Namun ada juga minah2 melayu kita yang pakai seksi2.

Aku buat tidak peduli. Mana boleh dilayan pandang dan rasa. Nanti binasa!

Seperti biasa aku dan sejumlah manusia lain menjadi monyet bergayut pada pemegang. Apabila bas membelok ke kanan kami tertolak ke kiri bila bas brek kami tertolak ke depan. Setakat bersentuhan itu biasalah. Yang paling nisyan siapa yang dekat dekat minah2 yang seksi itu. Alahai entahlah!

Pemandu bas menjerit supaya kami masuk lagi ke dalam. Ah!Aku tidak mahu jadi ikan sardin. Apatah lagi kalau aku bergerak ke dalam lagi aku pasti terperangkap di antara celahan gunung yang segar bugar. Ah berusaha mahu elakkan. Tetapi aku teringat sewaktu aku masih belajar dahulu di Universiti Malaya.

Kerana bas yang masuk ke dalam kampus lambat sekali, aku tiada pilihan lain melainkan berebut2 dgn kebanyakannya pelajar wanita. Aduhai!Yang perempuan dan gadis2 ni satu hal. Mereka bagai hilang kemaluan sanggup berebut dan berasak2 hatta dgn seorang lelaki yang keras seprti aku ini.

Dahulu aku sentiasa mengelak akibatnya aku menunggu 2-3 jam di stesen bas sahaja. Bayangkanlah!

Jadi untuk elakkan aku solat maghrib di atas jalan raya yang sesak terpaksalah aku bersesak juga. Berjuang dan aku masih ingat suatu ketika aku diasak dgn gunung lurang dan paya aku betul2 dalam dakapan seorang wanita borneo. Cantik minah ni!

Tapi aku tidak fikir lebih2. Aku kena mengawal diri. Inilah realiti kehidupan yang perlu dihadapi!

Aku terasak dia dgn hebat sekali sehingga aku tidak tahu kalau mana2 ada gunung berapi telah aktif dan memuntahkan laharnya. Aku tidak peduli walau aku sedikit panas dgn keadaan itu.

Dan tiba disuatu stesen bas minah borneo itu memetik loceng dan dia pun turun. Sewaktu turun drp bas dia mengerling aku dan menghadiahkan aku senyuman. Fuh hampir luluh jantung aku! Namun selepas itu aku tidak lagi bertemu dgnnya.

Itu cerita 4 tahun lalu. Kini aku dalam bas lagi kali ni bas menuju ke Kuala Lumpur. Entah berapa ratus kali aku dalam bas Rapid KL ni pun aku tak tahu.

Dan aku terpandang seorang gadis Melayu. Aku yakin gadis ini masih bersekolah namun aku 'terpikat' pada kebulatan wajahnya dan comel mata dan serba serbi comelnya. Bagi aku dia gadis yang comel lote kecil tetapi nampaknya begitu berghairah dgn hidup dan jiwanya penuh yakin. Dan aku tidak mahu memandang lebih2 kerana maklumlah dia juga bergayut seperti monyet!

Masalahnya itulah. Harap-harap faham sajalah....

Bas Rapid KL menuju dgn lajunya. Dan sampai satu tahap pemandu brek mengejut. Kami semua berasak ke depan. Banyak yang menjerit malah ada yang maki. Pemandu bas menjerit akhirnya "Loceng petik sekali sahaja. Ingat saya pekak ke nak tekan sepuluh kali!!!" Yah ini situasi biasa yang aku dah lali menempuhinya. Kepada pemandui bas kalau ye pun nak tegur janganlah kau keluarkan suara jantan dan tertekan itu smapai semua orang dengar. Dan janglah memprotes cara pengganas melibatkan nyawa semua orang yag tidak bersalah. Aduhai...

Di depan aku terdapat seorang sepasang arab. Minah dan mat. Minah Arab ni berjilbab dan aku fikir dia seorang yang masih muda berdasarkan matanya dan sedikit kulit di sekitar matanya yang tegang dan kulit tangannya tegang. Minah arab ni terpaksaah membiarkan lengan bajunya melorot ke siku apabila dia terpaksa bergayut seperti kami juga!

Sebelah belakang aku ada lah minah dan mat indon. Gamat sekali mereka mengobrol. Diselang seli dgn ketawa aku kadang2 naik cemburu. Mereka ni pendatang dapat gembira keluar hujung minggu dgn kawan dan kekasih, Melayu kita banyak yang berwajah rusuh dan serba serbi rasa tak cukup dan melayu2 kita dalam bas ni banyak muka monyok. Aku fikir kawalan diri itu penting, namun sekali sekala kita perlu bergembira dgn batas2nyalah bukan main gumbira je.

Bas melintasi Bricfiedls. Berhenti di KL Sentral. Mata aku mencari bangunan lama di simpang jalan nak keluar itu. Simpang empat. Dan bangunan itu telah ditutup dgn dinding zink.

Aku tak puas hati sebab bangunan itu kalau tak salah aku bangunan lama dan ia mempunyai nilai sejarah dgn bentuk dan reka ukur yang kemelayuan. Kalau tak salah pandangan akulah.

Mengapa mesti ditutup?Mengapa kita tidak konservasi sahaja untuk tatapan umum?Sekurang2 kita tau siapa yang membuka penempatan ini!

Nampaknya manusia yang membuang sejarah adalah manusia yang tiada masa depan.

Bas terus melucur. Langit telahun mendung ketika bas tiba di Pasar Seni. Dan aku turun berjalan kaki dari situ menuju ke Puduraya..Titis -titis hujan menimpa ke wajah seorang jekaka berusia 24 tahun....bila aku dongak burung merpati lepak di wayar2 elektrik seperti melihat2 manusia kota berjejeran pada hujung minggu...

05 November 2008

Catitan Peribadi 2-Tolong Namakan Novel Aku

Aku sedang menekuni sebuah novel thriller+suspen+superhero-nantikanlah kehadiran watak superhero ke dua Malaysia.

Aku sebenarnya tidak menyukai filem Cicak Man kerana faktor cicak dan nama filem itu sendiri berbahasa rojak.

Malah cicak man juga meniru bandaraya gelap Gotham dalam filem Batman.

Aku mempunyai impian untuk membentu satu watak superhero Malaysia yang beridentiti dan tidak meniru superhero luar dari segi apapun.

Namun aku rasa penggunaan sut khas dan alatan persenjataan yang mungkin bombastik terpaksa digunakan seiring peredaran masa.

Jika CicakMan superhero yang suka lawak bodoh dan kelahirannya terjadi drp watak heroi tertelan seekor Cicak aku mencipta watak Awang daripada permulaan sikap, masa silam dan juga penambahbaikan watak dgn teknologi dan sains komputer.

Awang seorang anak kampung yg mengusahakan sebuah kebun milik ibu dan ayahnya. Ibu bapa Awang sudah meninggal dunia dan kebun Awang bersebelahan dgn Hutan Simpan yang amat semprna biodiversitinya.

Hutan itu menjadi sasaran pemburuan haram dan pembalakan haram oleh Taiko Wong dan Awang yg mempunyai beberapa kelebihan seperti harimau seringkali menggagalkan usaha pihak penjenayah rimba itu.

Awang mempunyai kebolehan spt harimau yang berani tangkas dan agresif ditambah Awang hakikatnya sebagai seorang manusia, Awang juga mempunyai akal yg dapat berfikir untuk melepaskan diri drp bahaya dalam beberapa percubaan ditangkap penjenayah terbabit

Ada watak lain iaitu watak pelajar universiti yg membuat kajian tentang harimau, menyertai konflik dan membantu watak Awang mencipta sut khasnya yang kalsi peluru tentunya dan mempunyai persenjataan yg lengkap.

Peniruan tetap berlaku namun jgnlah smapai identiti kita dihilangkan. Aku meniru plot dan perkembangan watak superhero luar juga namun aku mengekalkan identiti roh Malaysia atau Melayunya dalam novel ini.

KIni aku menghadapi masalah untuk menamakannya. Harap2 siapa boleh memberikan cadangan nama bagi novel superhero tersebut kalau aku menggunakannya apabila aku mendapat royalti nanti adalah sedikit imbuhan untuk kalian.

Catitan Peribadi-Sukar menelan.

Aku sememangnya keras kepala. Apabila aku dibenarkan keluar daripada wad, sebulan lepas, aku hanya menelan 3 butir antibiotik Augmentin 625, dan selepas itu aku berhenti walau aku wajib menghabiskannya dalam tempoh seminggu.

Akibatnya aku terima dalam dua minggu lepas, apabila aku sukar menelan, demam-demam urat dan adakalanya sakit di larinkgs. Bayangkan nasi yg lembut itu tidka mampu kutelan terasa ia bagaikan terlekat di kerongkongku.

Kawan aku menasihati aku agar berjumpa doktor, tetapi aku tidak mahu tinggal di wad lagi yang suhunya membuatkan aku terpaksa memakain 3 lapis baju, selimut dua lapis dan tidka mandi 4 hari. Hahahaha.

Tetapi hari ini aku sudah boleh menelan nasi. Mungkin kerana aku dapat mengawal stress dan tidak makan ulam yang berangin atau tea-kerana bagiku selain faktor jangkitan kuman faktor angin dan GERD juga membantu menolak apa yang aku makan ke esofagus.

Aku ada temu janji dgn doktor 11.11 ini. Dan mulanya dulu aku dah menetapkan aku tidak mahu menghadirinya, tetapi apabila melihatkankeadaan tidka terjangka ini aku kenalah pergi juga. Malah aku tak tahu adakah aku akan kena berjumpa doktor lebih awal drp 11.11 itu.

Tapi keadaan semakin baik dan aku rasa air suling membantu mebersihkan kerongkong aku. Aku melihat penapis air dirumah aku yang berkarat hitam dan pemanas air yang mana besinya sudah berkarat.

Mungkin kerana itu juga. Yep! Jadi iktibarnya

-Bila dok kasi antibiotik makanlah kasi habis-namun Augmentin itu memang antara antibiotik berkuasa nuklear dan kuat sekali menyebabkan perutaku tidak berasa selesa.

-Kawal stress

-Cukupkan tidur-aku sekarang tidur sangat lewat kadangkala berjaga sampai subuh semata kegilaan mencari maklumat dan keasyikan aku mengarang novel.-Jgn merampas waktu istirehat yg telah ditetapkan oleh Allah.