10 Mac 2009

Jon(Watchmen), Abdullah dan Anwar



Sebenarnya aku mahu mengulas sedikit tentang filem Watchmen yang mula ditayangkan di pawagam sekarang. Namun hari ini ada berita yang menarik untuk sedikit di ulas.
Waliyullah Syeikh Mahmud al-Majzub
Khabarnya hanya Anwar Ibrahim sahaja dijemput untuk meraikan Majlis Tamat Latihan Kerohanian 40 Tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Namun kemunculan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi mengejutkan jemaah madrasah yang jauh daripada hirup pikuk dunia politik.
Usah dihairankan pertemuan yang tidak disangka-sangkakan ini. Pengetahuan manusia hanya setitis ais di medan lautan yang luas.
Allah Maha Besar yang telah mempertemukan kalian! Di antara Anwar dan Abdullah, Syeikh Mahmud menjadi pemudah cara. Hingga bersolat bersama di mana Wali Allah ini berada di antara Anwar dan Abdullah iaitu Abdullah di sebelah kanan Syeikh Mahmud manakala Anwar di sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Apa itu Majzub?
Anugerah Allah ke atas hambaNya yang terpilih mencapai makam kewalian atau darjat yang tinggi dari segi kerohanian tanpa perlu melalui amal yang banyak dan panjang. Namun demikian tentang Majlis Tamat Latihan Kerohanian 40 Tahun Syeikh Mahmud itu tidak aku ketahui sangat perihalnya. Antara hamba Allah yang majzub seperti Rabiatul Adawiyah, Ibrahim Adham dan Zun Nun Al-Misri. Sesungguhnya ramai lagi hamba Allah yang majzub cuma kita tidak ketahui sahaja siapa di antara kita mereka itu.
Kata Jon
Imej di sebelah kanan kelihatan watak 'Jon' dalam filem Watchmen. Jon dianggap 'masyarakatnya' sebagai Tuhan kerana kebolehan Jon membuat perkara yang luar biasa seperti memecahkan jirim kepada proton dan neutron dan lain-lain lagi. Setelah Jon terperangkap dalam bilik ujian fizik yang sudah disetkan waktu pengujiannya dan berubah menjadi SUPERMAN dan kemudian dianggap sebagai Tuhan.
Aku masih ingat kata-kata Jon:
"Mereka menganggap aku sebagai Tuhan. Tetapi Tuhan tidak melakukan sepertimana aku lakukan."
Paling aku ingati kata-kata Jon. Antara lain:
"Segala yang kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh kita sendiri."
*Ulasan Filem Watchmen daripada pandangan aku sendiri akan disusuli kemudian.


1 ulasan: