04 Mac 2009

Bahasa Inggeris akan Jadi Bahasa Utama Negara!Tahniah!

Terdapat 7 perakuan utama yang mendasari Akta pendidikan 1996, namun yang terpenting ialah akta ini masih meneruskan Dasar Pendidikan 1961 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam semua matapelajaran. Bahasa Melayu telah melalui fasa pengukuhan dan pemodenan dan begitu fleksibel apabila bahasa Melayu menerima lebih 126,000 istilah dalam pelbagai jurus bidang ilmu sejak dahulu hingga kini. Justeru bahasa Melayu bukan sahaja milik orang-orang Melayu tetapi juga telah menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu seluruh warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perlaksanaan PPSMI pada awal 2003 adalah tanda kiamat besar terhadap pelupusan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Inggeris sesungguhnya telah mendominasi empat bidang yang tinggi nilainya di pengajian swasta, kegiatan ekonomi, pembangunan sains dan teknologi dan profesional. Kewujudan bahasa Inggeris dalam PPSMI menandakan bahasa Melayu disisihkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa Melayu akan bersiap untuk dikapankan dalam tahun-tahun mendatang. Lalu jadilah bahasa Melayu sebagai bahasa murahan semata-mata, bahasa pelacur, bahasa sms, bahasa rojak dan bahasa kampung. Ketika itulah Perlembagaan Negara akan diubah dan bahasa Inggeris akan menjadi bahasa utama negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan