ALAM LANGIT DUNIA
Satu bahagian kecil daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planet-planet yang lain berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari. Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan
matahari hanyalah sebiji bintang di antara jutaan bintang-bintang.
Galaksi
Apabila ilmu astronomi semakin maju manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk satu galaksi . Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu juta bintang dalam galaksi yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaksi.
Ahli astronomi membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Sistem Galaksi satu pusingan. Di samping galaksi yang terkandung planet bumi terdapat pula galaksi-galaksi lain. Bintang-bintang bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaksi masingmasing.
Ada ahli astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu juta galaksi semuanya. Ukuran di antara bintang-bintang dan galaksi-galaksi tidak lagi diukur dengan kiraan batu atau kilometer, tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 186,000 batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ¼ tahun cahaya.
Setiap galaksi bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Galaksi yang dekat dengan kita lambat pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada jarak tertentu galaksi tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya tersebut sampai ke bumi.
Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana galaksi membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun cahaya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan teleskop yang paling canggih. Kesemua galaksi tersebut berada di dalam satu alam yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya. Hasil penemuan melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan galaksi-galaksi selepas batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaksi, Teragalaksi dan sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan