Kononnya seorang wanita bakal isteri kedua seorang kawanku, Z, dijagai oleh Patakong sejenis dampingan yang menjaga Cik Siti Wan Kembang yang dimiliki oleh raja-raja Melayu Kelantan yang lampau. Nampaknya Patakong ini cuba dijadikan sebab mengapa isteri Z sekarang merasa sakit dada, gelisah-rimas dan badan sakit-sakit. Walhal isteri Z juga memakai pendamping menurut seorang Tok Ayah yang tinggal di Kuang. 10 pendamping itu baik-baik belaka yang menjadi pengawal peribadi isteri Z. Namun realitinya rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Isteri Z sudah buat keputusan muktamad pilih antara dua 'i ATAU perempuan jahanam itu'. Dan isteri Z sudah pulang ke kampung. Z berdegil. Dia mahu kedua-duanya. Ajak aku jadi saksi nikahnya terburu-buru sahaja. Sungguh aku tidak dapat bekerjasama. Lantaran pendirian aku:Kau kena tegas dan membuat pilihan tepat dan jelas. Tidak boleh gantung tidak bertali. Nanti merana semua orang. Z diam sahaja. Sekarang bila aku tanya perkembangan Z diam sahaja. Aku tidak tahu dia sudah bernikah dengan perempuan tersebut ataupun belum. Adakah dia berjaya membaik-baikkan dua wanita tersebut?Sedangkan isterinya sudah melihat jampi serapah 'perempuan jahanam' ke atas kereta mereka?Sungguh aku malas nak menaip kisah rumahtangga begini. Z hilang ketokohan sebagai pekemudi. Terumbang ambing dibiarkan bahteranya belayar tanpa arah tuju. Kata hati kecilku:Inilah bahana nafsu. Mengikutkan nafsu syahwat. Tamak dan loba.
*Sudah dua minggu lebih Z tidak mendapat nafkah. Aku sangsi apakah dia dengan wanita tersebut terdaya menahan gelora?Aduhai. Dunia-dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan