Nafsu mu'mainnah yang tenang/tenteram yang merupakan keadaan diri yang dikuasai sepenuhnya oleh aspek akalnya dan menjadi diri akali yang merupakan hakikat diri manusia yang sejati yang diciptakan Tuhan. Dia tenang, tenteram dengan dirinya, dengan orang lain, dengan persekitarannya dan dengan alam seluruhnya.
Nafsu lawwamah/menempelek diri sendiri yang merupakan tahap transisi dalam perjalanan dan perkembangan dirinya iaitu maju mundur bergantung kepada sama ada akal menguasai dirinya yang memajukannya, ataupun syahwat yang menguasainya atau memundurkannya, tetapi dia sedar yang mana betul dan yang mana salah;oleh itu bisa menempelek dirinya apabila melakukan kesalahan.
Nafsu ammarah/jahat bersifat kebinatangan iaitu rakus, buas, tamak, angkuh dan egois melampau-lampau yang bermatlamat memuaskan nafsu syahwat semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan