07 Mac 2009

Kejayaan Pertama Mansuhkan PPSMI!

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran menyelesaikan segera isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum masalah itu menjadi lebih besar. Perdana Menteri berkata, isu PPSMI itu sudah menjadi besar dan sensitif dan banyak desakan kuat dibuat rakyat, khususnya orang Melayu, supaya tindakan segera diambil. "Kerajaan akan mengambil perhatian isu itu dan mahu Kementerian Pelajaran selesaikan segera," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Dragonfire Hammer di sini, hari ini-Berita Harian Online.
*INI MERUPAKAN KEJAYAAN PERTAMA DALAM TEMPOH 2 JAM SELEPAS RAKYAT DI TEMBAK DENGAN PELURU ASAP BERACUN DAN AIR ASID DI MASJID NEGARA DAN ISTANA NEGARA. YANG PASTI SEMUA RAKYAT YANG CINTAKAN NEGARANYA MAHUKAN PPSMI DIMANSUHKAN TERUS DRP MUKA BUMI INI DAN MELETAKKAN BAHASA MELAYU KEMBALI MENJADI BAHASA PENGANTAR DALAM SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan