Demonstrasi PPSMI didalangi pembangkang: Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam. Beliau berkata berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.
"Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam. Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka. "Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi ada kalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu," katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini. Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain sebilangan peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang. - Bernama

Kata Aku:
Cukuplah Hishamuddin. Hentikan sandiwara hang tu. Hang dah tak boleh jawab isu pendidikan hang nak alihkan kepada isu politik pula. Sekarang siapa yang mempolitikkan isu ni? ISU PPSMI bukan isu baru. Sudah lama sejak Mahathir umum lagi. Mahathir pun sekarang membisu seribu bahasa apabila melihat kesan dan penentangan rakyat terhadap PPSMI.
Hang jangan dok kalih isu lah Hishamuddin. Penglibatan parti PAS sama jugak dengan penglibatan parti UMNO dalam isu raja-raja Melayu. Walhal isu raja-raja Melayu bersifat elitis manakala isu PPSMI bersifat rakyat dan kedudukan bahasa kebangsaan dan jaminan kedudukan bahasa kebangsaan di dalam Perlembagaan Persekutuan Akta Bahasa Kebangsaan 152. Jikalau perkara 153 menyebutkan tentang kedudukan raja-raja Melayu maka perkara 152 menyebutkan tentang kedudukan bahasa kebangsaan. Mengapa UMNO tidak mahu berjuang juga untuk Perkara 152?
Jikalau PAS jadi kerajaan pun dan membuat dasar seumpama PPSMI Dr Hassan Ahmad dan rakyat yang sedar dan insaf tetap akan berarak dan mendesak. Sekarang sebab UMNO jadi parti pemerintah membuat dasar PPSMI yang merosakkan ini makanya yang ditentang mestilah melibatkan UMNO sendiri. Penglibatan PAS dan parti pembangkang lain ke dalam isu bahasa bukan isu politik tetapi isu bahasa kebangsaan dan jaminan perlembagaan terhadap kedudukan bahasa kebangsaan selain menjaga kedudukan pendidikan negara kita yang dikucar kacirkan oleh tangan-tangan pemimpin politik pemerintah yang jahiliyyah dan jahula itu.
Paling penting yang mengepalai memansuhkan PPSMI ialah GMP dan NGO yang tidak berkepentingan politik yang diikuti oleh PAS dan parti pembangkang lainnya. Sekurang-kurangnya PAS mahu bersama golongan intelektual, budayawan, sasterawan, dan pecinta bahasa dan nasionalis yang faham negara dan bahasa untuk bersama GMP menyatukan kehendak rakyat untuk memansuhkan PPSMI.
Sekarang Hishamuddin, hang buat keputusan cepat. Rakyat menunggu dengan penuh harapan. Jika tidak perhimpunan akan diteruskan lagi!!!
Jangan dok melatah lagi Hishamuddin atau alih ke topik lain. Jika tidak siri perhimpunan akan diteruskan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan