26 Mac 2009

Nikmatnya Letih Di Jalan Mulia

Mahfum Hadis Nabi : Maka berpagi-pagi meraka itu menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

Tiada seseorang itu menempuh jalan untuk menuntut ilmu melainkan dinaungi akan dirinya malaikat-malaikat dan turun rahmatNya.

Aku kembali sebagai pencari dan peneroka ilmu. Walaupun bidang Sastera Kreatif dan Deskriptif sudah lama ditiadakan, kini aku lihat pensyarah cuba untuk menghidupkan kembali. Aku fikir bukan sekadar mengisi kekosongan.

Letih juga kerana bergerak ke sana ke sini. Dari akademi menuju ke Perdanasiswa menuju ke Perpusatakaan Utama menuju ke Stesen LRT Universiti, Taman Jaya menuju ke Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Entah berapa kilometer aku berjalan semalam. Kadangkala idea datang kepada ku ketika aku sedang berjalan. Otakku lebih ligat ketika aku berjalan. Aneh sekali. Aku menyedarinya sudah agak lama. Dan aku mesti mengenali potensi itu dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Semua manusia ada caranya tersendiri.

Daripada judul kajian yang berbentuk Dalaman yang bersifat kualitatif berubah ke bentuk Luaran yang bersifat kuantitatif. Akhirnya aku memilih yang kedua. Dan aku sedang mencanainya seberapa yang tajam yang boleh.

Bayangkan dalam masa sehari aku tinjau kajian lalu dan buat judul disertasi. Hari ini aku hanya perlu mengemaspadatkannya. Mujur ini judul disertasi ini boleh diubah nanti bersama Penyelia. Sekarang, proposal disertasi perlu disiapkan secepat mungkin untuk dihantar ke KPT.

Letih memanglah letih. Seharian meneliti buku dan segala macam idea dan fikiran. Tetapi ia berbaloi. Letihku di jalan mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan