Aku berjaya dalam temuduga SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera). Dan aku wajiblah menunaikan nazarku kepada Allah. Pagin ini amat dingin dengan hujan lebat sampai mendung seharian, tapi teramat indah dalam hidupku. Beberapa jam tadi kawakan sastera menelefon aku mengajak aku menjadi pengerusi dalam satu sesi program Perhimpunan Penulis Muda 2009. Nanti beliau akan maklumkan dengan lebih lanjut kepada aku dan aku akan maklumkan di sini. Mereka mungkin tidak mengajak aku untuk menjadi panel sebab karyaku sudah agak lama tidak tersiar di media arus perdana. Selepas ini, aku dapat menumpukan perhatian terhadap penulisan kreatif dan sastera. Tunggu aku datang kembali ke dunia sastera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan