29 Mac 2009

EARTH HOUR VS DOA

mengapa memilih gelap setelah datangnya cahaya janganlah dipadamkan cahaya itu dengan kegelapan kerana sudah jenuh manusia di dalam kegelapan yang mengharukan, salang khianat berlatar darah hitam!
...
sewaktu dunia yang sedia gelap sengaja digelapkan seorang hamba terang diterangi NurNya tidak terbataskan...
...
Allah Wali bagi orang beriman yang mengeluarkan mereka daripada zulmat kepada Nur Nya dan wali bagi orang yang kafir itu ialah taghut yang mengeluarkan manusia daripada NurNya kepada keZulmatan (kegelapan). Mereka semua (dalam zulmat) itu akan dicampakkan Allah ke dalam neraka kesemuanya. Dan mereka kekal di dalamnya.
...
Ya Allah Ya Tuhanku, sempurnakanlah NurMu kepadaku dan berilah keampunanMu kepadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa di Atas Segala Sesuatu.
....
Marilah menuju kejayaan!
Marilah menuju kejayaan!
...
Allahuakhbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan