08 Mac 2009

Cikgu PPSMI Tidak Tahu Dasar Pendidikan Kebangsaan!

Beberapa bulan lalu aku berkenalan dengan seorang guru PPSMI yang sedang menjalani praktikal di sebuah sekolah rendah. Dia mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sebuah sekolah pedalaman di Sarawak. Aku berdebat dengan dia tentang bahasa. Dia mengalah akhirnya. Aku bertanya adakah dia tahu apa itu Dasar Pendidikan Kebangsaan Dia mengakui dia tidak tahu. Aku sangat hairan. Aku mempersoalkan takkanlah dalam silibus pengajaran perguruannya itu tidak diajar benda-benda yang aku nyatakan itu...Dia mengatakan tidak ada. Aku tambah hairan dan pelik. Aku pun merisik lagi. Dia menyatakan program perguruannya adalah kerjasama antara Maktab Perguruan dan dengan sebuah universiti dari Australia. Tenaga pengajar diimport dari Australia. Aku tambah pelik dan hairan. Maktab yang diselia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan universiti luar untuk program perguruan Sains dan Matematik kepada bakal guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di Malaysia TETAPI TIDAK ADA DALAM SILIBUS/BAHAGIAN TENTANG DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SEWAKTU DENGANNYA!!!
Patutlah dia tidak tahu tentang Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa pengantar dalam semua subjek kecuali dalam Bahasa Inggeris. Aku pelik dan hairan. Mengapa tidak ada subjek amat penting ini dalam program perguruan mereka ikuti ini?Dia memberitahu aku lagi yang sesinya di maktab tersebut terdapat hampir 200 orang bakal guru Sains dan Matematik sedang diprogramkan untuk menjadi guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia TANPA MENGETAHUI APA ITU DASAR PENDIDKAN KEBANGSAAN! Ada 2 kemungkinan : 1 Lanjutan daripada kebodohan menterinya. 2. Memang disengajakan! Tujuannya agar guru dapat diprogramkan semaksimum mungkin untuk MENJADI ROBOT YANG MENGIKUT APA YANG DIPROGRAMKAN SAHAJA!
Hishamuddin Sila JAWAB!
*MASIH TERNAMPAK SASTERAWAN NEGARA DATO A. SAMAD SAID DI APIT DAN DIIRING DENGAN KASAR MENUJU KE PERKARANGAN ISTANA NEGARA DAN RAKYAT DITEMBAK DENGAN BOM ASAP SEMATA-MATA MENJULANG BAHASA KEBANGSAAN DI TANAHNYA AIR SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan