Semasa aku pulang tadi, dalam LRT, terdapat suatu lukisan terpapar indah penuh berseni pada dinding bahagian dalam LRT. Sebelah kiri gambar Parameswara sedang melihat ke sebelah kanan dengan mulutnya dimuncungkan tetapi riak mukanya penuh takjub melihat anjing peliharaannya disepak oleh Sang Pelanduk ke dalam sungai. Lukisan itu daripada Thajuddin. Pada pintu LRT terpampang petikan kata George____ yang menulis lebih kurang terjemahnya:Seni adalah mengganggu. Manakala sains menyakinkan kita sesuatu perkara. Seni adalah sesuatu perkara yang sukar dijelaskan.
Aku tersenyum sendirian, semasa keluar daripada LRT. Walaupun penghayatanku terhadap lukisan itu terlalu pendek kurang daripada 5 minit, namun aku pulang membawa kesan dan erti. Tidak tahulah aku sama ada kaum Cina, India, Bangla, Nepal dan lain-lain manusia bukan Melayu dapat berinteraksi dengan lukisan tersebut atau sekadar pulang tanpa membawa apa-apa erti. Termasuklah gadis Melayu yang bersandar ke dinding yang ada lukisan tersebut yang nampaknya sangat perasan aku memandangnya dan amat tidak senang!
*Barangkali pelanduk itu mahu mengatakan, ini negeri aku, janganlah nak tunjuk kurang ajar..tatkala sang anjing menerkamnya. Lalu terpanalah Parameswara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan