Mengapa Generasi Muda Menolak BN-UMNO?
1.Meluat dengan gejala rasuah.
2.Generasi muda tidak mahu diperbodohkan dengan laporan dan ulasan sehala media yang bersifat mengampu berlebih-lebih sehingga melindungkan isu yang berlegar di kalangan masyarakat.
3.Meluat tengok sikap SOMBONG pemimpin yang suka mendendangkan isu-isu pembangunan yang dijadikan alasan mengapa rakyat perlu menyokong kerajaan. Walhal parti dan kerajaan dua perkara berbeza walau daripada sumber yang sama. Ia adalah paduan antara parti-parti yang menang pilihanraya.
4.Hairan tengok pembangunan di luar bandar masih terlalu jauh ketinggalan berbanding pusat bandar. Contohnya masih ada sekolah diperbuat daripada kayu balak dan atap zink atau rumbia. Seolah-olah berlaku sistem dualisme pada zaman penjajahan British.
5.Meluat tengok mainan sentimen keMelayuan oleh pemimpin utama BN iaitu dari Parti UMNO yang KONONNYA perjuangkan HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU tetapi sebenarnya mempertahankan kuasa-kuasa politik mereka.
6.Dan paling aneh mengakui memperjuangkan keMelayuan tetapi memijak BAHASA KEBANGSAAN dalam sistem pendidikan.
Mengapa Generasi Muda Tidak ingat Pengorbanan Generasi Terdahulu?
1. Kami tidak lupa. Masakan tidak kami semua belajar SEJARAH.Pengorbanan tulus ikhlas generasi terdahulu tidak sama dengan pengorbanan generasi kepimpinan sekarang. Generasi terdahulu berkorban demi agama, bangsa dan negara. Generasi kepimpinan sekarang berkorban demi perut, kroni dan projek. Itulah masalahnya.
2.Semangat patriotik hendaklah dibezakan dengan semangat kepartian. Selama ini kerajaan banyak menyemai semangat kepartian sahaja bukannya semangat patriotik. Jika adapun ia hanyalah TOPENG yang WAJAH sebenarnya CINTAKAN PARTI. Itulah masalahnya.
3.Kesan daripada penyemaian sikap semangat parti yang berkasutkan semangat patriotik (maksudnya semangat patriotik dianggap sama dengan semangat parti) maka apabila berlaku tidak kepuasan dan penyelewengan dalam parti orang Melayu buat protes besar-besaran dan tidak mustahil amat susah memujuk mereka kembali bersemangat parti pemerintah.
4.Cara nak kembalikan semangat patriotik ialah melalui pendidikan mestilah kerajaan bertegas mesti guna satu sahaja sistem pendidikan dan sekolah iaitu sekolah kebangsaan. Ini sudahlah patah semangat dalam memperjuangkan sekolah kebangsaan maka diwujudkan sekolah integrasilah, sekolah bestarilah, sekolah klusterlah yang akhirnya masih gagal juga menyatupadukan semua rakyat berbilang bangsa dalam satu sekolah yang sama.
5.Semangat patriotik mesti diasingkan dengan semangat kepartian apa sekalipun. Hal ini amatlah penting kerana bila ada semangat patriotik maka seseorang itu tidak akan jadi taksub dan emosional dengan sesuatu parti sehingga sanggup kedarah rasuah dan mengISAkan serta mengarah sembur rakyat dengan air kimia dan bom asap pemedih mata.
Mengapa BN jauh dengan golongan intelektual seperti pensyarah, pelajar dan pemikir?
1.Sebab menyekat pergerakan intelektual dengan begitu BODOH sekali sehingga memuakkan dan mengjengkelkan. Contohnya memaksa pensyarah dan mahasiswa ke program ampu mengampu parti politik pemerintah. Inilah bahananya.Kami bukan lembu tetapi manusia yang merdeka dan berpelajaran. Tolonglah fahami kami jika mahu kami menyokong kalian!
2.Sebab menolak bahasa Melayu. Inilah bahanya. Penat-penat kami menterjemahkan dan mengadaptasikan segala bidang ilmu dan mengembangkan ilmu dan kemahiran, kalian dengan mudah MENGHANCURKAN RANCANGAN untuk MENGILMUKAN BANGSA DENGAN BAHASA SENDIRI. Pembinaan korpus ilmu dalam bahasa kebangsaan sesungguhnya sedang berjalan dengan baik sekali. Tetepai setelah kerajaan ini tidak faham bertindak sendiri berfikiran liberal makanya usaha itu jadi sia-sia hancur berkecai maka saksikanlah bahasa Melayu hanya sekadar jadi bahasa pinggiran bahasa rojak bahasa pelacur dan bahasa rendah dan hina dina.
3.Selepas itu menghasut pula rakyat awam yang tidak nampak segala usaha intelektual seperti dinyatakan di atas dengan memutarkan hujah menyatakan kepentingan bahasa Inggeris. Walhal tiada seorang pun yang menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Yang ditegaskan ialah membina korpus ilmu dalam budaya dan bahasa sendiri dengan teknologi sendiri supaya hajat untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa pencipta akan terlaksana. Tetapi kerana urusan pendidikan diserahkan kepada orang politik kalian, maka kalian dengan jahilnya mencincang segala perancangan dan usaha serta hasil yang telah mula berputik. Tidakkah ini suatu gejala kebebalan yang amat meruncing dikalangan kalian?
4.Mengugut kalangan intelektual untuk sentiasa menyokog kalian tanpa diberikan hak untuk menegur memberi pandangan dan nasihat yang sedikit berbezapun kepada kalian. Maksudnya kalian sudahlah jahil ditambah pula dengan kesombongannya=hasilnya kami tak sokonglah kalian. Mudah sahaja.
Jika tidak ditangani hal-hal di atas maka tunggulah BN-UMNO akan lenyap di muka bumi ini. Maka bertindaklah bukan dengan menyerang tetapi memahami apa yang sebenarnya yang berlaku dan atasi dengan kebijaksanaan. Kami masih teringat kepada Tun Razak. Maka pelajarilah sesuatu daripada Tun Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan