Sudah menjadi kelaziman apabila terdapat penulis menulis cerita dirinya terutama yang membabitkan proses kreativitinya. Tetapi setelah karya siap. Namun aku memilih untuk menulis proses tersebut ketika aku sedang dalam proses kreativiti tersebut. Zaman sekarang tidak perlu difikirkan lagi masalah ruang. Ruang dalam talian maya sudah begitu besar dan luas. Manalah tahu entriku ini bermanfaat kepada yang membacanya.
Ketika entri ini ditulis aku sudahpun menyiapkan Kerangka Asas penulisan novel sejarahku. Namun untuk menjamin ruang TIDAK menjadi perangkap yang TIDAK disangka-sangka oleh pencipta, maka aku memilih utk menyatakan secara umum sahaja proses itu.
Umumnya apabila aku mendapat bahan yang diperlukan seputar judul dan isi penulisan maka bahan itu dibaca dan ditelaah. Biasanya pengarang berbakat alam meleihi 10 akan segera mendapat bentuk rupa novelnya dan mendapat pula BONUSNYA dengan tambahan ilham yang melengkapkan puzzle pencerekaannya. Aku mendapatnya dan juga mendapat 'rasa' dan juga memantapkan matlamat penulisanku ini. Hadkan masa, tempoh dan buatkan suatu naratif umum dahulu. Kemudian buatkan pembahagian bab dan isikan sahaja tanpa memikirkan terlalu kritikal. Bila sipa hujung-tengah dan pangkalnya maka kita pasti puas apabila melihat bentuk kerangka novel ita seolah-olah ia sudah siap. Ia merupakan suatu motivasi yang amat lumayan besarnya. Proses ini bergantung, tetapi seperti yang aku cakapkan tadi, jika ada bakat melebihi 10% dalam diri sekejap itu juga kerja naratif umum dan pembahagian bab ini selesai dalam tempoh sehari atau sejam sahaja. Dan aku mendapatkannya dalam masa sejam.
Naun jangan gembira snagat wahai diri. Ada lagi yang perlu dibuat, kajian dan bukti bahan peneritaan. Diperlukan bukti bagi karya sejarah. Walau tidak terlalu detail dan boleh dibuat dengan dasar pengagakan terutama hal yang tidak ada dinyatakan seara nyata dalam sejarah tetapi ia mesti disediakan lojik dna hujah fakta daripada sejarah yang berdampingan agar ia dapat diterima sebagai sebuah novel sejarah. Ingat novel sejarah bukan menyalahi sejarah dalam penerakannya tetapi mesti berada dalam iklim sejarah dan suasana sejarah sesuai dgn penulisan yang dibuat pada mulanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan