25 April 2009

Filem Omen IV : Dajjal, politik dan kapitalis

Dajjal telah mengambil tempat yang selesa di pentas politik dunia dengan salah satu fahaman ekonomi terhebatnya ialah sistem kapitalisma. Lihatlah, dunia diporakperandakan demi untuk menggiatkan lagi manusia memuja sistem kapitalis dan membanting tulang untuk memajukan dunia dengan sistem kapitalisma. Sebenarnya aku baru selesai menonton filem Omen IV The Awakening. Filem ini merupakan lanjutan daripada filem Omen yang mengisahkan kelahiran anak syaitan atau dajjal yang mendapat tempat di kalangan manusia dan membunuh secara mistik dan misteri sesiapa sahaja yang menghalang cita-citanya ke pentas politik dunia melalui Amerika. Dalam filem ini ia terlalu menekankan tentang kemalangan-kemalangan misteri dan mistik yang berlaku ke atas penentangnya. Ia diwakili oleh watak seorang kanak-kanak yang diasuh oleh 'bapa' (bukan bapa watak manusia dalam filem atau boleh jadi juga ia) yang mungkin merujuk kepada Lucifer atau Azazil. Namun dalam filem Omen IV ia tidak begitu menerangkan sangat bagaimana permainan politik dajjal ini boleh berlaku dan menguasai dunia berbanding dengan Omen II The Final Conflict yang menunjukkan anak syaitan atau dajjal membesar dan mendapat kuasa sebagai ahli politik berpengaruh dan nyaris menjadi perdana menteri Amerika. Tetapi dia dibunuh. Dalam Omen IV anak dajjal dibuat kembali menerusi benih Damien Thorn dalam sekuel terdahulu. Apapun filem Omen IV tetap mengesankan kerana menyedarkan kita betapa politik dunia kini diketuai oleh dajjal atau setidak-tidaknya pengikut dajjal. Watak Dajjal dalam Omen IV yang diwakili seorang budak tidak dimatikan dan dia bersama dengan ayahnya. Menunjukkan filem ini memberi mesej bahawa dajjal terus wujud mencapai takdirnya di penghujung zaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan