'Jangan ambil tahu kehidupan orang lain' adalah tulisan yang terpampang pada sebuah buku conteng seorang kanak-kanak perempuan yang ibu dan bapanya menjadi peniaga kedai makan di pinggir jalan kira-kira 100 langkah daripada rumahku.
Apabila aku lihat tulisan itu, beserta lakaran-lakaran yang tidak teratur dan comot, memandang ke wajah kanak-kanak perempuan tersebut yang memandangku sayu, memandang ke mata ibunya yang memerah menyala, membuatkan aku terfikir sejenak.
Disamping kanak-kanak itu terdapat sebuah kertas keputusan no ekor yang dicuit-cuit oleh kanak-kanak itu entah tahu entah tidak apakah no2 yang tertera pada kertas itu. Di mana ayahnya?Pun tidak kelihatan kerana selalunya ayahnya ada di sini membantu isterinya berniaga. Tiada orang di kedai walhal sebelum ini kedai mereka memang ramai pengunjung.
Apabila aku pulang, dan melihat nasi yang kupesan tadi, nasi gorenag pataya, permukaan telur tersebut sudah separuh hangus dan agak hitam. Rasa nasi tersebut begitu tawar. Tetapi aku bukanlah seorang yang cerewet cuma aku seorang yang menghalusi keadaan dan situasi. Nampaknya aku telah belajar sesuatu iaitu tentang KEHIDUPAN.
Dan
Kedua aku belajar sesuatu iaitu PEMAPARAN SITUASI PSIKOLOGI/PSIKOLOGI DIVISUALKAN dalam BABAK-BABAK DRAMA. Ia suatu yang mengujakan aku. Walaupun pada sisi yang lain, bahu itu letih mengandar takdir...
Dr.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan