Judul : Surat-surat Perjanjian Antara Kesultanan Riau dengan Pemerintah V.O.C dan Hindia-Belanda 1784-1909
Diterbitkan oleh : Arsip Nasional Republik Indonesia
Tahun : 1970
Tempat : Jakarta
Aku amat teruja dengan buku lama ini. Ia menjadi sebahagian bahan penelitian aku untuk novel sejarah pertamaku.
30 April 2009
29 April 2009
Pelanduk Menendang Anjing : Ini Negeri Melayu
Semasa aku pulang tadi, dalam LRT, terdapat suatu lukisan terpapar indah penuh berseni pada dinding bahagian dalam LRT. Sebelah kiri gambar Parameswara sedang melihat ke sebelah kanan dengan mulutnya dimuncungkan tetapi riak mukanya penuh takjub melihat anjing peliharaannya disepak oleh Sang Pelanduk ke dalam sungai. Lukisan itu daripada Thajuddin. Pada pintu LRT terpampang petikan kata George____ yang menulis lebih kurang terjemahnya:Seni adalah mengganggu. Manakala sains menyakinkan kita sesuatu perkara. Seni adalah sesuatu perkara yang sukar dijelaskan.
Aku tersenyum sendirian, semasa keluar daripada LRT. Walaupun penghayatanku terhadap lukisan itu terlalu pendek kurang daripada 5 minit, namun aku pulang membawa kesan dan erti. Tidak tahulah aku sama ada kaum Cina, India, Bangla, Nepal dan lain-lain manusia bukan Melayu dapat berinteraksi dengan lukisan tersebut atau sekadar pulang tanpa membawa apa-apa erti. Termasuklah gadis Melayu yang bersandar ke dinding yang ada lukisan tersebut yang nampaknya sangat perasan aku memandangnya dan amat tidak senang!
*Barangkali pelanduk itu mahu mengatakan, ini negeri aku, janganlah nak tunjuk kurang ajar..tatkala sang anjing menerkamnya. Lalu terpanalah Parameswara.
Mencerakinkan Bahan dan membahagikan bab
Sudah menjadi kelaziman apabila terdapat penulis menulis cerita dirinya terutama yang membabitkan proses kreativitinya. Tetapi setelah karya siap. Namun aku memilih untuk menulis proses tersebut ketika aku sedang dalam proses kreativiti tersebut. Zaman sekarang tidak perlu difikirkan lagi masalah ruang. Ruang dalam talian maya sudah begitu besar dan luas. Manalah tahu entriku ini bermanfaat kepada yang membacanya.
Ketika entri ini ditulis aku sudahpun menyiapkan Kerangka Asas penulisan novel sejarahku. Namun untuk menjamin ruang TIDAK menjadi perangkap yang TIDAK disangka-sangka oleh pencipta, maka aku memilih utk menyatakan secara umum sahaja proses itu.
Umumnya apabila aku mendapat bahan yang diperlukan seputar judul dan isi penulisan maka bahan itu dibaca dan ditelaah. Biasanya pengarang berbakat alam meleihi 10 akan segera mendapat bentuk rupa novelnya dan mendapat pula BONUSNYA dengan tambahan ilham yang melengkapkan puzzle pencerekaannya. Aku mendapatnya dan juga mendapat 'rasa' dan juga memantapkan matlamat penulisanku ini. Hadkan masa, tempoh dan buatkan suatu naratif umum dahulu. Kemudian buatkan pembahagian bab dan isikan sahaja tanpa memikirkan terlalu kritikal. Bila sipa hujung-tengah dan pangkalnya maka kita pasti puas apabila melihat bentuk kerangka novel ita seolah-olah ia sudah siap. Ia merupakan suatu motivasi yang amat lumayan besarnya. Proses ini bergantung, tetapi seperti yang aku cakapkan tadi, jika ada bakat melebihi 10% dalam diri sekejap itu juga kerja naratif umum dan pembahagian bab ini selesai dalam tempoh sehari atau sejam sahaja. Dan aku mendapatkannya dalam masa sejam.
Naun jangan gembira snagat wahai diri. Ada lagi yang perlu dibuat, kajian dan bukti bahan peneritaan. Diperlukan bukti bagi karya sejarah. Walau tidak terlalu detail dan boleh dibuat dengan dasar pengagakan terutama hal yang tidak ada dinyatakan seara nyata dalam sejarah tetapi ia mesti disediakan lojik dna hujah fakta daripada sejarah yang berdampingan agar ia dapat diterima sebagai sebuah novel sejarah. Ingat novel sejarah bukan menyalahi sejarah dalam penerakannya tetapi mesti berada dalam iklim sejarah dan suasana sejarah sesuai dgn penulisan yang dibuat pada mulanya.
Autobiografi:Fasa Mencari Bahan
Aku sedang membuat kajian tentang sejarah Johor Lama terutama berkaitan dengan Sultan Mahmud III dan Engku Puteri Raja Hamidah. Ini adalah projek penulisan terbaharu aku untuk Sayembara Menulis Novel Sejarah Yayasan Warisan Johor. Syukur adanya kawan aku yang sedang sambung Master 'meminjamkan' kad matriknya untuk meminjam buku-buku yang mahal dan amat sukar diperolehi di pasaran sekarang. Antaranya Silsilah Melayu Bugis, Tuhfat Al Nafis versi panjang, Peringatan Sejarah Johor (bahasa Melayu dan Belanda bercampur) dan buku-buku lain yang beredisi mewah terbitan khas. Aku buat semua ini kerana minat dan cita-cita aku untuk melunaskan janjiku menulis karya yang baik dan dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Menulis novel sejarah teruatama watak dan peristiwa sejarah yang belum dinovelkan atau dinaratifkan oleh orang lain merupakan suatu cabaran besar. Terutama dalam peristiwa yang kabur pengarang perlu melakukan penjelasan dengan mewujudkan peristiwa dan watak rekaan. Sejarah tidak semuanya lengkap menerangkan peristiwa dan watak sejarah. Jadi pendekatan tertentu wajib diambil pengarang seperti mewujudkan watak sampingan sebagai watak rekaan untuk mewujudkan perstiwa rekaan tetapi masih dalam iklim fakta dan sejarah yang benar. Kedua memerlukan panafsiran semula kerana sejarah biasanya kaku dan bias. Novel atau karya kreatif mesti hidup dan ada jiwa dengan wataknya hidup dan cergas beraksi dan berdialog. Justeru pemaparan batiniah watak melalui monolog dan deskritif pengarang terhadap watak sejarah seperti pemikiran, tanggapan dan emosinya mesti diwujudkan selagi ia tidak berlanggar dengan fakta dan sejarah yang sedia ada. Ketiga pengarang juga mesti melengkapkannya dengan latar sejarah dengan propsnya mestilah daripada sejarah sezaman bagi menghidupkan karya. Insya Allah dalam proses. Cerpen-cerpen sejarah terpaksa diperlahankan penulisannya ditambah pula bermula 2 Mei ini sesudah taklimat penulisan novel remaja PTS maka fasa penulisan projek Usahawan Cilik bakal bermula. Insya Allah. Justeru keutamaan diberikan kepada projek ini tanpa mengenepikan projek novel dan projek cerpen sejarah. Selain meneruskan pelajaran bahasa Inggerisku sebagai persedian mengambil ILETS. (Aku tidak kisah dengan surat daripada KPT yang belum diterima tetapi aku agak risau dengan penguasaan bahasa Inggerisku yang agak lemah, tetapi tidaklah terlalu bodoh untuk aku belajar bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik!)
*Semalam dan hari ini aku bertapa di perpusatakaan utama dengan buku yang dipinjam dan difotostat.
*Esok mula menyusun bahan yang diperolehi dan merangka jadual kerja agar lebih bersistematik. Semakin nyata kepada aku bahawa kerja penulisan ini adalah menjadi kerja yang amat profesional apabila ia membabitkan mata pencarian dan masa depan.
*Lusa barulah ke perpustakaan semula untuk meminjam buku (pusingan ke-3) terutama buku berkaitan sejarah johor yang khusus. Yang 1 dan 2 lebih kepada karya sastera sejarah. Kali ini karya sejarah negeri dan tokoh. Justeru kita ada dua kumpulan rujukan teks sebagai bahan perbandingan. Selain rujukan sumber lisan. Ini aku belum pastikan lagi kerana ia membabitkan mobiliti ke Johor dan bertemu orang-orang tua. Jadi diperlukan rancangan yang agak rapi, duit yang mencukupi dan masa yang tidak dapat dijangkakan.
*Ya Allah, mudahkanlah kerja-kerja penulisanku demi anak bangsa dan negaraku kerana mencari keredaaanMu Ya Allah.Amin.
25 April 2009
Cerpen:Warkah Raja Haji Fisabilillah
SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat Melayu di seluruh dunia. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allah taala. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana. Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan....untuk membaca versi penuhnya sila klik url berikut :
Alhamdulillah. Terbit juga di Berita Harian selepas dua tahun karya aku tidak tersiar. Aku hantar ke BH pada 21 April dan disiarkan 25 April. Terima kasih editornya yang peka membaca dan meneliti. Insya Allah. Manusia punya asa, Allah punya kuasa. Akan berturut dalam pelbagai media selepas ini karya-karya tentang Sesal Raja Kecil, Srikandi Engku Puteri, Pemuras Tun Kudu, Opu Daeng Lima Bersaudara, Cinta Saadong, Memburu Bota....dalam pembikinan!
Filem Omen IV : Dajjal, politik dan kapitalis
Dajjal telah mengambil tempat yang selesa di pentas politik dunia dengan salah satu fahaman ekonomi terhebatnya ialah sistem kapitalisma. Lihatlah, dunia diporakperandakan demi untuk menggiatkan lagi manusia memuja sistem kapitalis dan membanting tulang untuk memajukan dunia dengan sistem kapitalisma. Sebenarnya aku baru selesai menonton filem Omen IV The Awakening. Filem ini merupakan lanjutan daripada filem Omen yang mengisahkan kelahiran anak syaitan atau dajjal yang mendapat tempat di kalangan manusia dan membunuh secara mistik dan misteri sesiapa sahaja yang menghalang cita-citanya ke pentas politik dunia melalui Amerika. Dalam filem ini ia terlalu menekankan tentang kemalangan-kemalangan misteri dan mistik yang berlaku ke atas penentangnya. Ia diwakili oleh watak seorang kanak-kanak yang diasuh oleh 'bapa' (bukan bapa watak manusia dalam filem atau boleh jadi juga ia) yang mungkin merujuk kepada Lucifer atau Azazil. Namun dalam filem Omen IV ia tidak begitu menerangkan sangat bagaimana permainan politik dajjal ini boleh berlaku dan menguasai dunia berbanding dengan Omen II The Final Conflict yang menunjukkan anak syaitan atau dajjal membesar dan mendapat kuasa sebagai ahli politik berpengaruh dan nyaris menjadi perdana menteri Amerika. Tetapi dia dibunuh. Dalam Omen IV anak dajjal dibuat kembali menerusi benih Damien Thorn dalam sekuel terdahulu. Apapun filem Omen IV tetap mengesankan kerana menyedarkan kita betapa politik dunia kini diketuai oleh dajjal atau setidak-tidaknya pengikut dajjal. Watak Dajjal dalam Omen IV yang diwakili seorang budak tidak dimatikan dan dia bersama dengan ayahnya. Menunjukkan filem ini memberi mesej bahawa dajjal terus wujud mencapai takdirnya di penghujung zaman ini.
22 April 2009
Zaen Kasturi dan sambungan kembara pesta buku
Selain A. Samad Said, Keris Mas, Shahnon Ahmad, Zaharah Nawawi, Faisal, SM Zakir, Shamsudin Othman, Abd Talib Hassan aku juga meminati karya-karya Zaen Kasturi atau Zainal Palit. Cerpen terkini beliau berjudul Akhir Parak Siang yang begitu bersimbolis dalam bersahaja. Silalah kalian buka laman web Utusan Malaysia dan cari di bahagian sastera judul cerpen itu...Zaen Kasturi berani menongkah arus terutama teknik penulisannya yang 'canggih' dan berbeza daripada yang lain...aku tidak dapat agak sebelum karyanya diterima editor sudah berapa banyak cerpennya dibakulsampahkan. Bukan senang nak dapat tempat sebab kadang-kadang editor juga hendak tengok penulis itu cekal atau tidak menulis sebelum diberikan tempat.....
Sambung cerita pesta buku, ..Ahadiat tu BUKAN penulis Sains Fiksyen....dia jutawan novel popular cinta era 90-an....bisanya masih ada...aku tidak tahu hendak kata apa....sebab pada suatu sisi yang lain aku juga mengkagumi istiqomahnya menulis dan juga kejayannya membiayai hidupnya dengan hasil menulis..ini suatu tahap yang amat sukar bagi penulis yang bercita-cita mahu jadi penulis sepenuh masa...namun dari segi lain aku tidak setuju terutama karyanya yang sarat imej pop dan macam keropok itu....
Nampaknya novel chic-lit barat dah diterjemahkan oleh syarikat KarnaDya Solution yang pemiliknya Aini Emir yang top ten dengan kelarisan novel-novel cinta popularnya bersama karangkraf suatu ketika dahulu....aku ke boothnya..dan di rak novel chic-lit, adalah budak2 lepas SPM, perempuan, mai dok kempen dekat aku...aku buat-buatlah macam nak beli..tanya itu dan ini....dia siap terang lagi...
Aku tanya "apa pengetahuan hang dapat dik bila baca novel ini?"
Adik tu jawab "Ya bila saya baca novel chic-lit Mahkamah Cinta ini, saya dapat ilmu pengetahuan yang baru..."
Aku teruja sikit(sikit je).."ok apa ilmu pengetahuannya?"
Adik tu jawab penuh semangat dna bergetah ni semata-mata nak suruh aku beli padahal aku berlakon je lebih!) "Lepas saya baca novel ini baru saya tahu kalau di firma guaman barat..kita tidak boleh bercinta sesama rakan sefirma..suatu kesalahan...kalau nak cinta dia kena cinta dengan orang diluar firma dia bekerja...saya dapat satu pengetahuan baharu... "
Aku rasa macam nak gelak sahaja kuat-kuat masa tu..tetapi sebab dok kerling tuan punya syarikat ini dok ada..aku malas nak buat hal....itukah yang dinamakan pengetahuan dik?
Aku hanya meng OOOO kan saja....
Masa aku nak letak balik buku ke rak, sorang kawan dia yang lain sampuk
"Belilah bang, buku chic lit ni tak ada kisah-kisah sitanggang batu belah batu bertangkup....takder semua cerita-cerita itu..".
Aku rasa macam nak sepak je nyamuk yang dok ketit kaki aku...
"Dik, kisah-kisah sitanggang itu apa masalahnya?Kira dia tak bergunalah.Bila dah baca chic-lit dari barat ni kena buang lah kisah-kisah masyarakat kita? "
Adik tu terkejut..agaknya dia sedar sindiran aku dan juga dia sedar kesalahan dan kegelojohannya atau dia mahu selamatkan egonya...
"Taklah begitu bang..." kuat je suaranya..tapi takder hujah...dia tau kalau cakap lebih-lebih siaplah kena kuliah sosiobudaya daripada aku....hahaha.
Sambung cerita pesta buku, ..Ahadiat tu BUKAN penulis Sains Fiksyen....dia jutawan novel popular cinta era 90-an....bisanya masih ada...aku tidak tahu hendak kata apa....sebab pada suatu sisi yang lain aku juga mengkagumi istiqomahnya menulis dan juga kejayannya membiayai hidupnya dengan hasil menulis..ini suatu tahap yang amat sukar bagi penulis yang bercita-cita mahu jadi penulis sepenuh masa...namun dari segi lain aku tidak setuju terutama karyanya yang sarat imej pop dan macam keropok itu....
Nampaknya novel chic-lit barat dah diterjemahkan oleh syarikat KarnaDya Solution yang pemiliknya Aini Emir yang top ten dengan kelarisan novel-novel cinta popularnya bersama karangkraf suatu ketika dahulu....aku ke boothnya..dan di rak novel chic-lit, adalah budak2 lepas SPM, perempuan, mai dok kempen dekat aku...aku buat-buatlah macam nak beli..tanya itu dan ini....dia siap terang lagi...
Aku tanya "apa pengetahuan hang dapat dik bila baca novel ini?"
Adik tu jawab "Ya bila saya baca novel chic-lit Mahkamah Cinta ini, saya dapat ilmu pengetahuan yang baru..."
Aku teruja sikit(sikit je).."ok apa ilmu pengetahuannya?"
Adik tu jawab penuh semangat dna bergetah ni semata-mata nak suruh aku beli padahal aku berlakon je lebih!) "Lepas saya baca novel ini baru saya tahu kalau di firma guaman barat..kita tidak boleh bercinta sesama rakan sefirma..suatu kesalahan...kalau nak cinta dia kena cinta dengan orang diluar firma dia bekerja...saya dapat satu pengetahuan baharu... "
Aku rasa macam nak gelak sahaja kuat-kuat masa tu..tetapi sebab dok kerling tuan punya syarikat ini dok ada..aku malas nak buat hal....itukah yang dinamakan pengetahuan dik?
Aku hanya meng OOOO kan saja....
Masa aku nak letak balik buku ke rak, sorang kawan dia yang lain sampuk
"Belilah bang, buku chic lit ni tak ada kisah-kisah sitanggang batu belah batu bertangkup....takder semua cerita-cerita itu..".
Aku rasa macam nak sepak je nyamuk yang dok ketit kaki aku...
"Dik, kisah-kisah sitanggang itu apa masalahnya?Kira dia tak bergunalah.Bila dah baca chic-lit dari barat ni kena buang lah kisah-kisah masyarakat kita? "
Adik tu terkejut..agaknya dia sedar sindiran aku dan juga dia sedar kesalahan dan kegelojohannya atau dia mahu selamatkan egonya...
"Taklah begitu bang..." kuat je suaranya..tapi takder hujah...dia tau kalau cakap lebih-lebih siaplah kena kuliah sosiobudaya daripada aku....hahaha.
Menjelajah Pesta Buku 2009
Selain bersua muka dengan ribuan buku...aku juga dapat berjumpa dengan penulis mapan dan terkenal....harus diingat, aku tidak meminati penulis berdasarkan kehensemannya atau faktor luaran yang lain..tetai kerana karyanya...misalnya Faisal Tehrani..aku telah lama membaca karyanya sejak dia berada di MPR dahulu dan aku sudah menjangkakanFaisal Tehrani bakal menjadi penulis muda yang amat terang bintangnya....kepopularan penulis seperti Faisal Tehrani bukan bermula daripada hiburan kosong...tetapi bermula dengan pembinaan karya dan kekerapan karyanya mendapat tempat dan tersebar merata alam....untuk menjadi penulis yang besar memerlukan jiwa yang besar...daripada jiwa yang besar adalah pemikiran yang besar..daripada jiwa dan pemikiran yang besar adalah karya yang besar....macam mana nak bagi jiwa besar dan pemikiran besar?Mestilah banyak membaca dan menganalisis dan berfikir....kalau malas membaca atau membaca buku yang ringan sahaja seperti cerita hantu maka tidak akan berkembanglah pemikiran....bukan bermakna cerita seram aksi semua tidak boleh ditonton dan dibaca..tetapi seimbangkanlah..kalau sudah boleh beli atau tonton sesuatu yang ringan kenapa tidka boleh beli miliki buku atau sesuatu yang 'tinggi'...???Tidak semestinya membeli sebuah buku yang 'berat' maka wajib kena habiskan dalam masa sehari....Milikilah dahulu....baca sedikit demi sedikit...buat kajian..jangan smapai tidka baca langsung....lama-lama anda akan faham dan menguasai juga isi buku tersebut (fiksi atau non-fiksi)....jiwa anda akan membesar sedikit demi sedikit...macam kita makanlah...minda kita adalah apa yang kita baca...jadi bacalah....kalau pergi pesta buku...walau tidak ada bajet besar sangat hendak beli (macam aku) maka belek-belek tajuk dan selak sana sini pun dah boleh dapat sesuatu..tidka kiralah sama ada ia sesuatu ilmu atau pengetahuan....selain Faisal dan berbual sekejap dengannya..aku juag bertemu orang Bugis keturunan dari Daeng Merewah..wahh bagus sangat..apa yang dia cakap pada aku..seperti orang menuduh iaitu penjajah termasuk Melayu bahawa Bugis lanun sangat tidak disetujui oleh kawan baru aku ini....penerangannya lebih kurang sama dengan apa aku baca dan faham...cantiklah..sebab aku boleh jumpa waris tua orang Bugis hendak tahu kisah mereka ini....ia selari dengan projek penulisan terbaharu aku....aku tidak pasti hendak menulis untuk Yayasan Novel Johor ataupun tidak...kalau tidak ruang untuk aku 'menambah' dan berkreatif lebih besar dan tidak terhad..mana tahu ia menjadi sebuah karya yang meletup di pasaran..oppss...harus diingat tidka semua buku laris itu baik..ada pemikiran dan jiwa yang besar....tetapi buku yang ada pemikiran dan jiwa yang besar itu hampir ke semuanya laris....cuma jumpa atau tidak sahaja....aku jumpa penulis-penulis muda sai fai termasuk Ahadiah Akashah...juga..bersambung....
Menulis Ini suatu proses kreatif
Jadi janganlah biasakan diri anda terikat dengan apa-apa teori..walaupun teori atau pendekatan itu perlu namun untuk permulaan bebaskan diri anda....contohnya buku-buku cerita terbitan PTS mempunyai teori Surah Yusuf yang diperkenalkan Puan Ainon...kalau itu sudha syaratnya untuk menerbitkan karya/buku dengan mereka maka kenalah ikut...tetapi pada tahap awalan juga menceburi bidang sastera yang luas ini..bebaskanlah diri anda....kalau Puan Ainon boleh kemukakan prinsip penulisan kreatif berdasarkan pengkajiannya terhadap surah Yusuf aku juga boleh kemukakan teori penulisan kreatif sendiri...apa kata dengan Surah Al Kahfi?....amat bersimbolik bukan....
Kisah Pokok Mempelam
Suatu hari, semasa aku masih kanak-kanak, aku lihat Tok aku sedang tetak batang pokok mempelam....aku pun pi la terpacak tepi tok aku dan rasa pelik yang amat....apalah salah silap pokok mempelam ini sampai kena tetak....Tok pun bagitau aku....pokok mempelam ini wajar kena tetak sebagai tanda amaran kepadanya....masa ditetak dikatakan kepadanya...'Lebih baik hang berbuah kalau tidak aku tetak..aku tetak...tak! tak!tak!...kenalah 'seliang' dua...ajaibnya tidak lama selepas itu pokok mempelam itupun berbunga dan berbuah....kita ini manusia...jadi mestilah lebih baik daripada pokok mempelam...janganlah cepat patah semangat....usahalah apa jua pun bidang dan kerja....insya Allah akan berbuah juga..kalau datang malas..paksalah diri..kalau boleh 'tetak' batang tubuh anda....;)
21 April 2009
Menulis adalah kerja serius namun sesekali kenalah ketawa
Itulah realitinya...setiap penulis mesti bijak mengurus emosi..kerana dalam karya sama ada cerpen apatah lagi novel....penulis akan bergulat dengan emosi konflik dalam cerita....tahap tinggi penulisan ialah penulis 'masuk ke dalam cerita'.....di tahap beginilah biasanya karya-karya magnum opus tercipta....tandanya bila kita membacanya ia seperti air mengalir selesa walau dicelah batuan dan lekuk jeram....aku tidaklah sehebat penulis yang sudah mapan terutama Faisal Tehrani yang aku ikuti perkembangan karyanya....walaupun tidak semua yang aku setuju terutama berkaitan dengan pemaran imej-imej Syiah...itu boleh dibahaskan di halaman lain....contohnya...dalam proses kreatif aku duduk di depan komputer tiga-5 jam berturur-turut..kadang-kadang baru selesai dua tiga halaman....maksudnya yang puas hati...kita apabila menulis mesti mengkritik karya sendiri dari segi cerita, diksi dan struktur ayat....namun biarlah berpada...kerana kalau terlalu mengkritik diri sendiri nanti takut patah batu hati pula....hahahaha....langsung tidak berkarya adaah jauh lebih teruk daripada karya yang teruk...ia boleh diperbaiki..ingatlah kepengarangan iti dibina sedikit demi sedikit..atas usaha tidak jemu..hingga keterpaksaan menjadi rela..rela menjadi suka..suka menjadi cinta..cinta menjadi asyik...asyik menjadi....karya yang besar....harus diingat....karya yang agung BUKANLAH karya yang susah hendak difahami..ia mudah difahami tetapi prinsip perjuangannya..matlamatnya...besar dan murni...itulah....karya yang besar lahir daripada jiwa dan pemikiran yang besar juga.....kepada pembaca blog ini yang memang seorang penulis terutama masih baharu kenalah banyak sabar..tabah sebelum karya mendapat tempat....bila sudah mendapat tempat..ingatlah kalian akan gian menulis...gian menulis lebih baik daripada gian menghisap dadah..atau berpeleseran tidak tentu arah....syukur aku kepada Allah....apabila aku menjadi ulat buku....dan suka membaca...aku tiada masa hendak membuat perkara yang tidak senonoh....sepertimana banyak remaja termasuk dewasa yang suka kepada benda-benda mungkar itu.....bacalah, bacalah, tulislah....namun sesekali ketawalah!
Sedang menikmati Ketupat Cinta
Karya Faisal Tehrani...aku bukanlah selalu membeli Harian Metro...sebenarnya ia sebuah cerita yang disiarkan secara bersiri dalam akhbar Harian Metro setiap Selasa...keunggulan novel ini terserlah dengan mengetengahan subjek makanan orang-orang Melayu....Faisal berjaya berneonastalgia....cubalah taip ketupat cinta di enjin pencarian dan lihat lebih 90.000 carian dilakukan dalamnya....
Ketupat Cinta..juga sebuah humor....kaum wanita harus memilikinya..siapa kata gelaran orang dapur itu suatu yang menghinakan....wanita berfikiran liberal lagi cantik jika membacanya!
Ketupat Cinta..juga sebuah humor....kaum wanita harus memilikinya..siapa kata gelaran orang dapur itu suatu yang menghinakan....wanita berfikiran liberal lagi cantik jika membacanya!
Selesailah sudah
Menulis cerpen Warkah Raja Haji Fisabilillah...ia suatu proses kreatif yang agak panjang kerana berhajatkan sedikit kajian dan juga pengisian lompong-lompong cerita yang ditinggalkan oleh pengarang asal dalam versi cerita lama....
Kaedah ini bakal aku gunakan untuk karya sejarahku yang akan datang...sudah ada rancangan khusus sambil-sambil sambung Master. Masih banyak cerita sejarah yang harus diceritakan semula secara kreatif dan imiginatif....inilah lunaknya sastera....asalkan dasar cerita asal tidak diubah.....
Aku masih memikirkan di mana akan aku hantarkan WHF ini kerana cerpen Baju Lama Baju Baharu masih belum disiarkan di Mingguan Malaysia. Baru seminggu aku kirim. Biasanya tempoh menunggu 2 hingga 4 minggu. Cadanganku WHF dihantar saja ke majalah Dewan Sastera. Tetapi berapa ramai yang membaca Dewan Sastera, kerana itulah aku cenderung hantar karya ke akhbar yang jauh lebih besar jumlah pembacanya.
20 April 2009
Bugis juga Melayu
Jika Bugis adalah lanun, bukannya semua. Sepanjang sejarah orang-orang Bugis banyak menjadi tokoh yang berjasa termasuk Opu Daeng Berlima Bersaudara dan keturunannya.
*Kalau buat jahat tak kiralah Jawakah, Bugiskah, Banjarkah, sama sahaja. Yg penting jgn kerana seekor kerbau terpalit semua kerbau terkena lumpurnya. Orang-orang tua dah pesan. Ambilah sebagai iktibar.
*Kalau buat jahat tak kiralah Jawakah, Bugiskah, Banjarkah, sama sahaja. Yg penting jgn kerana seekor kerbau terpalit semua kerbau terkena lumpurnya. Orang-orang tua dah pesan. Ambilah sebagai iktibar.
18 April 2009
Tragedi Pemikiran Melayu
Oleh: Profesor Diraja Ungku Aziz
Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?
Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.
Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.
Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.
Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.
Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.
Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu, akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.
Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.
Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumahtangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.
Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.
Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.
Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
15 April 2009
HAKIKAT IKHLAS
Ikhlas ni mesti dipohon dan dimohon. Dan mintalah kepada Aku nescaya aku kabulkan doamu. Sifat2 keji itu mesti dimohon juga ditanggalkan daripada hati.Ramai yg silap apabila menyangkakan dgn banyaknya zikir mereka dapat bersihkan hati dan merasa ikhlas. Walhal sudah diketahui bukan amal itu yg membawa hamba kehampiran kpd Allah. Justeru berdoa dan berzikir suatu gandingan yang mantap. Bila mana saat mana diperolehinya ikhlas itu tiadalah yang tahu melainkan Allah sahaja. Musryid hanya tahun hint2 setakat yang diizinkan Allah jua sebagai panduan utk murid. Mursyid hanya memberikan amalan manakan sampai atau tidak murid bukanlah kerja mursyid lagi. Inilah yang dimaksudkan hadis nabi, Sesungguhnya aku kenal Allah dengan Allah jua. Allah telah berjanji bahawa barangsiapa yang dimuliakan Allah tiada sesiapa pun yg dapat menghinakannya hatta dirinya sendiri. Sebab itu walau solehin atau waliyullah sekalipun tercemar hatinya hatta sedebu sehama sekuman sekalipun dengan sifat keji spt riak dan ujub, Allah cepat2 memberikannya taufik utk dia kembali kepangkal jalan. Dan tidak sentiasa dia dalam sifat keji itu. Sifat2 keji itu hanya 'warning' daripada Allah yg berguna dalam mendidik hatinya. Cthnya seorang salik sangka dirinya sudah benar ikhlas dengan beramal ibadat secara sembunyi, misalnya, sekali Allah menguji dia berada dalam keadaan di tengah ramai, apakah dia dapat mempertahankan amal ibadatnya itu juga atau 'takut dikatakan riak'?Kalau masih berada dalam hati 'takut dikatakan riak bila ibadat depan ramai cthnya di masjid dan tempat2 umum' maka itu bukan ikhlas lagi. Spt mursyid2 yg mendidik umat dgn ilmu tasawuf dan kerohanian. Terkadang mereka akan bercakap dari segi pengalaman kerohanian mereka, apakah mereka tdk takutkan riak?Inilah rahsianya. Jikalau ada pun riak di hati tuan2 mursyid ini pun mereka dengan taufik drp Allah cepat kembali kpdNya. Itu maksudnya 'takut dikatakan riak oleh orang' bukanlah suatu penilaian jitu terhadap keikhlasan DIRI. Spt mana ikhlas itu drp Allah, ia akan pulang kepada Allah dan ia sentiasa bersama Allah.
14 April 2009
Warkah Raja Fisabilillah
Selamat sudah cerpen baju itu. Dihantar ke utusan. Sekarang aku sedang menukangi WRF. Ini adalah sebahagian strategiku untuk membuat kemunculan semua dalam dunia sastera. Cerpenku menggambarkan kemahuanku. Cita-citaku. Semangatku. Semoga generasi muda akan memperolehi sesuatu daripada karya-karyaku.Amin
12 April 2009
baju
Sudah seminggu aku peram cerpen pasal 'baju' ini. Kena buat sikit kajian dan dapatkan ilham2 yang berkualiti. Pun dah berlonggok dapat ilham. Hehe. Rancang malam ini nak teruskan. Alamat tidur lewatlah sikit.
09 April 2009
Nasib Bahasa Melayu Kini di Tangan Muhyiddin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kita tunggu dan lihat. Apabila Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, kita tunggu dan lihat apakah ORANG MELAYU YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM UMNO ini dapat menyelamatkan Bahasa Melayu yang sudah dicekik oleh Hishamuddin?Kita tunggu dan lihat. Jika tiada apa-apa perubahan juga, rakyat seharusnya mengerti isyarat yang jelas dihantar kepada rakyat!
Kita tunggu dan lihat. Apabila Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, kita tunggu dan lihat apakah ORANG MELAYU YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM UMNO ini dapat menyelamatkan Bahasa Melayu yang sudah dicekik oleh Hishamuddin?Kita tunggu dan lihat. Jika tiada apa-apa perubahan juga, rakyat seharusnya mengerti isyarat yang jelas dihantar kepada rakyat!
08 April 2009
Jangan ambil tahu kehidupan orang lain
'Jangan ambil tahu kehidupan orang lain' adalah tulisan yang terpampang pada sebuah buku conteng seorang kanak-kanak perempuan yang ibu dan bapanya menjadi peniaga kedai makan di pinggir jalan kira-kira 100 langkah daripada rumahku.
Apabila aku lihat tulisan itu, beserta lakaran-lakaran yang tidak teratur dan comot, memandang ke wajah kanak-kanak perempuan tersebut yang memandangku sayu, memandang ke mata ibunya yang memerah menyala, membuatkan aku terfikir sejenak.
Disamping kanak-kanak itu terdapat sebuah kertas keputusan no ekor yang dicuit-cuit oleh kanak-kanak itu entah tahu entah tidak apakah no2 yang tertera pada kertas itu. Di mana ayahnya?Pun tidak kelihatan kerana selalunya ayahnya ada di sini membantu isterinya berniaga. Tiada orang di kedai walhal sebelum ini kedai mereka memang ramai pengunjung.
Apabila aku pulang, dan melihat nasi yang kupesan tadi, nasi gorenag pataya, permukaan telur tersebut sudah separuh hangus dan agak hitam. Rasa nasi tersebut begitu tawar. Tetapi aku bukanlah seorang yang cerewet cuma aku seorang yang menghalusi keadaan dan situasi. Nampaknya aku telah belajar sesuatu iaitu tentang KEHIDUPAN.
Dan
Kedua aku belajar sesuatu iaitu PEMAPARAN SITUASI PSIKOLOGI/PSIKOLOGI DIVISUALKAN dalam BABAK-BABAK DRAMA. Ia suatu yang mengujakan aku. Walaupun pada sisi yang lain, bahu itu letih mengandar takdir...
Dr.J
Entri Terbuka Kepada Najib
Mengapa Generasi Muda Menolak BN-UMNO?
1.Meluat dengan gejala rasuah.
2.Generasi muda tidak mahu diperbodohkan dengan laporan dan ulasan sehala media yang bersifat mengampu berlebih-lebih sehingga melindungkan isu yang berlegar di kalangan masyarakat.
3.Meluat tengok sikap SOMBONG pemimpin yang suka mendendangkan isu-isu pembangunan yang dijadikan alasan mengapa rakyat perlu menyokong kerajaan. Walhal parti dan kerajaan dua perkara berbeza walau daripada sumber yang sama. Ia adalah paduan antara parti-parti yang menang pilihanraya.
4.Hairan tengok pembangunan di luar bandar masih terlalu jauh ketinggalan berbanding pusat bandar. Contohnya masih ada sekolah diperbuat daripada kayu balak dan atap zink atau rumbia. Seolah-olah berlaku sistem dualisme pada zaman penjajahan British.
5.Meluat tengok mainan sentimen keMelayuan oleh pemimpin utama BN iaitu dari Parti UMNO yang KONONNYA perjuangkan HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU tetapi sebenarnya mempertahankan kuasa-kuasa politik mereka.
6.Dan paling aneh mengakui memperjuangkan keMelayuan tetapi memijak BAHASA KEBANGSAAN dalam sistem pendidikan.
Mengapa Generasi Muda Tidak ingat Pengorbanan Generasi Terdahulu?
1. Kami tidak lupa. Masakan tidak kami semua belajar SEJARAH.Pengorbanan tulus ikhlas generasi terdahulu tidak sama dengan pengorbanan generasi kepimpinan sekarang. Generasi terdahulu berkorban demi agama, bangsa dan negara. Generasi kepimpinan sekarang berkorban demi perut, kroni dan projek. Itulah masalahnya.
2.Semangat patriotik hendaklah dibezakan dengan semangat kepartian. Selama ini kerajaan banyak menyemai semangat kepartian sahaja bukannya semangat patriotik. Jika adapun ia hanyalah TOPENG yang WAJAH sebenarnya CINTAKAN PARTI. Itulah masalahnya.
3.Kesan daripada penyemaian sikap semangat parti yang berkasutkan semangat patriotik (maksudnya semangat patriotik dianggap sama dengan semangat parti) maka apabila berlaku tidak kepuasan dan penyelewengan dalam parti orang Melayu buat protes besar-besaran dan tidak mustahil amat susah memujuk mereka kembali bersemangat parti pemerintah.
4.Cara nak kembalikan semangat patriotik ialah melalui pendidikan mestilah kerajaan bertegas mesti guna satu sahaja sistem pendidikan dan sekolah iaitu sekolah kebangsaan. Ini sudahlah patah semangat dalam memperjuangkan sekolah kebangsaan maka diwujudkan sekolah integrasilah, sekolah bestarilah, sekolah klusterlah yang akhirnya masih gagal juga menyatupadukan semua rakyat berbilang bangsa dalam satu sekolah yang sama.
5.Semangat patriotik mesti diasingkan dengan semangat kepartian apa sekalipun. Hal ini amatlah penting kerana bila ada semangat patriotik maka seseorang itu tidak akan jadi taksub dan emosional dengan sesuatu parti sehingga sanggup kedarah rasuah dan mengISAkan serta mengarah sembur rakyat dengan air kimia dan bom asap pemedih mata.
Mengapa BN jauh dengan golongan intelektual seperti pensyarah, pelajar dan pemikir?
1.Sebab menyekat pergerakan intelektual dengan begitu BODOH sekali sehingga memuakkan dan mengjengkelkan. Contohnya memaksa pensyarah dan mahasiswa ke program ampu mengampu parti politik pemerintah. Inilah bahananya.Kami bukan lembu tetapi manusia yang merdeka dan berpelajaran. Tolonglah fahami kami jika mahu kami menyokong kalian!
2.Sebab menolak bahasa Melayu. Inilah bahanya. Penat-penat kami menterjemahkan dan mengadaptasikan segala bidang ilmu dan mengembangkan ilmu dan kemahiran, kalian dengan mudah MENGHANCURKAN RANCANGAN untuk MENGILMUKAN BANGSA DENGAN BAHASA SENDIRI. Pembinaan korpus ilmu dalam bahasa kebangsaan sesungguhnya sedang berjalan dengan baik sekali. Tetepai setelah kerajaan ini tidak faham bertindak sendiri berfikiran liberal makanya usaha itu jadi sia-sia hancur berkecai maka saksikanlah bahasa Melayu hanya sekadar jadi bahasa pinggiran bahasa rojak bahasa pelacur dan bahasa rendah dan hina dina.
3.Selepas itu menghasut pula rakyat awam yang tidak nampak segala usaha intelektual seperti dinyatakan di atas dengan memutarkan hujah menyatakan kepentingan bahasa Inggeris. Walhal tiada seorang pun yang menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Yang ditegaskan ialah membina korpus ilmu dalam budaya dan bahasa sendiri dengan teknologi sendiri supaya hajat untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa pencipta akan terlaksana. Tetapi kerana urusan pendidikan diserahkan kepada orang politik kalian, maka kalian dengan jahilnya mencincang segala perancangan dan usaha serta hasil yang telah mula berputik. Tidakkah ini suatu gejala kebebalan yang amat meruncing dikalangan kalian?
4.Mengugut kalangan intelektual untuk sentiasa menyokog kalian tanpa diberikan hak untuk menegur memberi pandangan dan nasihat yang sedikit berbezapun kepada kalian. Maksudnya kalian sudahlah jahil ditambah pula dengan kesombongannya=hasilnya kami tak sokonglah kalian. Mudah sahaja.
Jika tidak ditangani hal-hal di atas maka tunggulah BN-UMNO akan lenyap di muka bumi ini. Maka bertindaklah bukan dengan menyerang tetapi memahami apa yang sebenarnya yang berlaku dan atasi dengan kebijaksanaan. Kami masih teringat kepada Tun Razak. Maka pelajarilah sesuatu daripada Tun Razak.
07 April 2009
Belek suku sakat
Mari belek suku sakat ini:
http://stocktube.blogspot.com/2009/04/pm-najibs-cronies-and-their-related.html
http://stocktube.blogspot.com/2009/04/pm-najibs-cronies-and-their-related.html
Aku harap mereka membuka mata
Dengan peningkatan kes-kes kemurungan dan segala masalah sosioekonomi dan politik maka bertambah meningkatlah kes-kes yang melibatkan penyakit psikologi.
Ia bukan sekadar kebarangkalian lagi, tetapi sesuatu yang pasti. Dan sudah tentunya dengan keadaan penyediaan perkhidmatan kesihatan khususnya dalam bidang psikologi dan kaunseling masih belum mencukupi dan tidak dipandang serius oleh masyarakat-tidak kira kerajaan sehinggalah masyarakat awam maka aku sebagai penulis cuba megimplemantasikan isu ini ke dalam proposal drama yang sedang dibincang dan dikirim ke stesen-stesen tv untuk mendapatkan kelulusan dan tender penerbitan.
Sesusungguhnya, jika aku memikirkan WANG dan WANG tentu aku akan menulis proposal cinta murahan, sensasi dan bersifat popular yang kebudak-budakkan. ia bukanlah sesuatu yang payah.
Namun aku memikirkan tanggungjawab dan tugas sebagai seorang penulis tidka kira dalam penulisan skrip sehinggalah karya prosa sastera tulen, aku sesekali tidka bertindka demikian.
Dalam proposal drama dr. j aku cuba sedaya upaya untuk mengangkat permasalahan ini secara santai dan separa ilmiah. Ia tetap sebagai sebuah cerita tetapi cerita yang bermaklumat, berisi dan bermanfaat untuk masyarakat. Sasarannya ialah semua lapisan masyarakat. Dan aku harap pihak berkenaan membuka mata.
*Semalam pihak ASTRO ENTERTAINMENT ada menghubungi aku tetapi aku gagal untuk menjawabnya kerana menutup telefon. Aku harap mereka menghubungi semula. Sambil-sambil itu aku mula membaca semula propsal tersebut dan mendapat ilham tambahan pula andainya dr. j dilanjutkan dari musim ke musim dengan kepelbagaianya cerita yang lebih rencam dan pelbagai. Insya Allah.
Sidang buku Kassim Ahmad
Yunus Ali
Sudah lebih 35 tahun saya mengenali Kassim Ahmad. Bermula dengan karya-karyanya, terutama puisi Tuhan Sudah Mati, dan juga naskhah Hikayat Hang Tuah yang disuntingnya – pastinyalah juga analisis beliau terhadap perwatakan hikayat tersebut yang memberikan tumpuan utama kepada Hang Jebat sebagai pemberontak menuntut keadilan.
Walaupun Kasim gagal dalam kerjaya politik, beliau sangat prolifik dalam bidang penulisan. Saya kenal Kasim secara peribadi apabila membantu beliau berkempen dalam satu pilihanraya di Trengganu pada 1974.Tulisan ini bagaimanapun bukannya berkenaan pengalaman saya dengan Kassim, tetapi mengenai memoirnya yang baru diterbitkan.
Bolehlah dianggap ia merupakan kritik, bukannya ulasan buku, terhadap Mencari Jalan Pulang: Daripada sosialisme kepada Islam.Tajuk bukunya terbaca janggal sekali, tidak kena pada tempatnya, misnomer, kata orang putih. Kalau judul buku itu Dari Materialisme kepada Islam, atau Materialisme Dialektik kepada Islam, atau Marxisme kepada Islam ataupun Daripada Atheisme kepada Islam, barulah tepat.Tidak kena pada tempatnya kerana sosialisme itu satu falsafah sistem sosio-ekonomi, yang majmuk pula takrif dan pengertiannya, yang dapat dipisahkan daripada akidah sebarang keagamaan, termasuklah Islam.
Dengan lain perkataan, Islam berkecuali terhadap sosialisme, sebagaimana Islam nuetral terhadap sistem sosio-ekonomi kehidupan puak awal pemburu-pengumpul, nomadisme, feudalisme dan kapitalisme. Bayangkanlah betapa janggalnya apabila terbaca (kalaulah ada buku) Daripada Feudalisme kepada Islam ataupun Daripada Kapitalisme kepada Islam. Sudah beribu-ribu tahun umat Islam hidup dalam dan mengamalkan sistem feudalisme, semenjak dinasti Umayyah hinggalah sekarang ini di beberapa buah negara Muslim seperti dinasti Saud dan al-Sabah. Tidak pernah pun timbul soal pertentangan feudalisme dan Islam. Begitulah juga dengan sistem kapitalisme mutakhir ini.
Tidak ada pula timbul kisah Daripada Kapitalisme kepada Islam. Jadi rumusannya, bukan sahaja misnomer, Daripada Sosialisme kepada Islam adalah usaha tersirat Kassim untuk memomokkan sosialisme. Apatah lagi buku ini dipublisitikan sebagai memoir, tetapi dimuatkan penuh dengan khutbah-khutbah penulis – didaktik sekali.
Tepatnya, buku Kassim itu sepatutnya dijudulkan Mencari Jalan Pulang: Daripada sosialisme kepada feudalisme.Kita juga boleh melihat daripada perspektif lain, walaupun sosialisme satu falsafah sosial atau sosio-ekonomi yang banyak jalurnya, namun asas prinsipnya mudah sahaja dan terdapat dalam semua agama iaitu keadilan sosial, apabila golongan miskin tidak hidup terbiar dalam papa kedana, kerana yang berupaya dan kaya mempunyai tanggungjawab untuk membantu golongan miskin itu.
Setiap kekayaan yang dimiliki seseorang anggota umat itu, sebahagiannya hak golongan miskin!Begitu juga sistem sosio-ekonomi kapitalisme, terdapat juga prinsipnya yang tidak dilarang oleh agama-agama, malah diiktiraf pula, contohnya hak untuk memiliki harta dan membuat untung dalam perniagaan. Jadi sosialisme ataupun kapitalisme itu, kedua-duanya boleh dirasionalkan dari segi keagamaan, dan sememangnya banyak buku ilmiah diterbitkan untuk itu.Bagi sistem sosio-ekonomi feudalisme ataupun budaya feudalisme, ada juga terdapat sokongannya "taatlah kepada rasul dan ketua-ketua (baca: raja, penghulu atau Yang Berhormat) di antara kamu".
Tetapi oleh kerana kapitalisme sekarang mendominasi sistem ekonomi dunia, menghegemoni pemikiran bahkan pun dianggap sebagai normal, maka ia diterima sebagai fitrah sahaja tanpa dipersoalkan lagi. Manakala sosialisme pula sering dijadikan musuh agama, yang dimomok-momokkan oleh para intelektual pro-kapitalisme -- kerana sosialisme bertentangan dengan kepentingan kapitalisme.
Usaha-usaha intelektual atau ulama menerima dan mengiakan kapitalisme boleh menjatuhkan martabat agama itu sendiri sehingga agama seolah-olah sudah dijadikan candu intelek untuk terus gian dengan kapitalisme.Fitrah, sunnatullah atau sunah alam pun ditafsirkan secara Darwinisme – kajian alam kehidupan haiwan dan tumbuhan oleh Charles Darwin yang kemudiannya dinaikkan martabatnya oleh intelektual kapitalis-kolonialis sebagai falsafah sosial yang mengiakan pengabdian rakyat Afrika serta ketuanan orang putih.
Kalau dahulu para paderi menggunakan Darwinisme untuk menopang agama Kristian mengiakan pengabdian kaum kulit hitam terhadap kaum kulit putih – Kassim pun mengikut jejak-jejak yang sama. Kalau sesuatu kaum manusia pupus, bukannya kerana dihapuskan oleh golongan lain yang zalim, tetapi menurut Kassim, itu pilihan semulajadi atau natural selection dan kelangsungan entiti yang paling layak, survival of the fittest.Secara langsungnya falsafah sosial Darwininisme yang dijaja Kassim menjunjung kalimah "kekuatan itu kebenaran"!Tersangat fobianya Kassim untuk menyebut faktor ekonomi sebagai dorongan fenomena penjajahan, jadi meraba-rabalah beliau untuk mencari jawapan kenapa Barat Eropah menjajah benua Asia, Amerika dan Afrika.
Psikologi sosial kasar orang Barat, yang dicetuskan oleh persekitaran alamnya yang kasar, membuatkan manusia yang timbul dari buminya itu menjadi ganas. Demikianlah sebabnya mereka menjajah ke seluruh dunia - itulah analisis Kassim. Kalau penjajahan itu didorong oleh faktor persekitaran alam yang kasar – ini kaedah analisis ekologi sosial - Tibet dan Bhutan lebih kasar geografinya, tetapi insan yang timbul dari bumi itu tidak pula ganas menjajah dunia!
Orang Barat juga disalahkan oleh Kassim kerana menyeleweng daripada ajaran Yahudi-Kristian, terutama kerana ia dicampuradukkan dengan politheisme Romawi, itulah sebab kononnya mereka memusuhi Islam, memerangi dan menjajah wilayah orang Islam. Tetapi tidakkah, semenjak zaman Perang Salib lagi dan juga semua peperangan, ada motif ekonomi yang tersirat di sebaliknya?
Kalau dahulu tongkol-tongkol perak, emas, juga zamrud dan berlian dirampas sebagai ghanimah, gelombang kedua penjajahan pula merampok kekayaan yang dihasilkan daripada rempah-ratus, timah dan getah. Dan kini merebut kuasa ke atas sumber minyak serta "pasaran dan perdagangan bebas".Juga bagaimana hendak menjelaskan pembunuhan, peperangan dan penjajahan Yahudi-Kristian sesat ini di benua Amerika, Afrika dan Asia yang bukan Islam?
Betapa banyak kali dalam al-Quran mengingatkan manusia supaya jangan berbuat zalim, tetapi hal ini langsung tidak disentuh oleh Kassim. Seperti saya tulis di atas, bukunya bukanlah sangat sebuah memoir tetapi khutbah-khutbah. Malangnya tidak nampak minat Kassim untuk berkhutbah menentang kezaliman, kelihatan macam Kassim mudah lupa akan kerakusan dan keganasan kuasa Dr Mahathir Mohamad.
Kassim langsung tidak kritikal terhadap penanggungajawaban Mahathir, setelah 22 tahun berkuasa, merasuah atau melacurkan sistem politik, pengadilan, kepolisan dan pentadbiran awam Malaysia.Selain itu, jelas kelihatan Kassim sudah menjadi apologis kepada akta ISA, penahanan tanpa perbicaraan, termasuklah amalan soal siasat serta penderaan, didalihkan sebagai "sesuatu mudarat besar boleh dihalang dengan melakukan mudarat kecil."
Rasional yang sama inilah diberikan oleh semua diktator terkemuka dunia, termasuklah Bush dengan penjara Guantanamonya, untuk menyeksa dan memenjara orang-orang yang dianggap menggugat kuasa mereka. Akan terus ada "tulang-tulang yang berselerakan", meminjam kata-kata Usman Awang, hasil mangsa penyeksaan tahanan tanpa perbicaraan kuasa-kuasa rakus dan zalim di dunia ini, dan pastinya juga akan terus ada intelektual seperti Kassim untuk mengiakannya.
Jadi bersesuaianlah Dr Mahathir yang menulis kata penghantar buku Kassim itu. Selain rekod kezalimannya, Mahathir juga merasionalkan pengalaman hidup Kassim itu sebagai "sunnatullah insan: masa muda berideologi kiri dan radikal, pertengahan umur bertukar centralist dan apabila sudah tua beralih kepada ideologi kanan dan konservatif".
Apakah agaknya respons arwah-arwah Ishak Muhamad, Ahmad Boestamam dan Hasnul Hadi?Yang turut menarik perhatian saya, ketegangan psikologi Kassim terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh rakan-rakan sekolahnya ketika remaja.
Jika kita menggunakan teori psiko-analisis Freud, mungkin ketegangan inilah, secara bawah sedarnya, telah mencetuskan kreativitinya yang berbusar-busar, terutama ketika mudanya.Adakalanya, saya kesampingkan sahaja isu-isu yang menjadi masalah mental Kassim itu. Antagonis beliau ialah remaja-remaja beragama Kristian, Sikh dan Buddha.
Pertamanya, persoalan mengenai mengapakah wujud hamba abdi dalam masyarakat Islam zaman Nabi? Kalau kita celik anthropologi, sistem hamba abdi bukannya khusus dalam masyarakat Islam dan di zaman nabi Muhammad. Sistem sosio-ekonomi perhambaan itu pun wujud dalam zaman masyarakat nabi Musa, nabi Isa, Buddha dan juga Guru Nanak.
Sewaktu masih budak-budak lagi, anak orang Islam telah pun dibanggakan dengan sikap Muhammad yang menggalakkan pembebasan hamba abdi. Banyaklah cerita betapa baik dan murah hatinya sahabat nabi Abu Bakar membeli dan membebaskan para hamba sahaya. Tentang cerita hamba Habshi bernama Bilal yang dibebaskan dan dihormatkan dengan memberi tugas melaungkan azan.
Apa masalahnya?Keduanya, mengapakah kedudukan wanita lebih rendah daripada lelaki dalam Islam? Saya sedar mutakhir ini banyak perdebatan dan hujah mengenai kedudukan gender dalam agama Islam, dan belum ada resolusi lagi dalam konflik tafsiran mengenainya. Namun agama Kristian pun memberikan kedudukan gender yang tidak seimbang: isteri patuh kepada suami sebagaimana kepada Tuhan, suami kepala kepada isteri sebagaimana Jesus kepala kepada gereja, sebagaimana gereja tertakluk bawah Jesus, maka biarlah isteri begitu juga kepada suaminya (5:22-24, Holy Bible, The Gedion International).
Saya mengaku jahil tentang kedudukan gender dalam ajaran kitab agama Sikh dan Buddha, namun jika kita berbalik kepada ilmu anthropologi, kita boleh tahu bahawa ada pelbagai sistem perhubungan gender dalam masyarakat manusia dan yang dominannya sistem patriarki, iaitu ketuanan lelaki. Tanpa mengira agama yang dianut oleh sesebuah masyarakat, jelas dari realiti sejarah sosial manusia, majoriti besar masyarakat manusia mengamalkan ketuanan lelaki. Perkembangan ini bukannya khusus dan unik dalam masyarakat Islam. Isu kedudukan gender bukannya masalah Islam, ia isu sejagat!Malahan pada zaman kini tiada lagi amalan perhambaan di kalangan orang Islam di sleuruh dunia(tambahan-aku)
Ketiganya, mengapakah lelaki mendapat lebih banyak harta daripada wanita dalam hukum faraid? Dalam sistem perhubungan gender, ketuanan lelaki yang wujud dalam semua masyarakat beragama Kristian, Sikh, Buddha dan juga Islam – sudah tentunyalah lelaki diutamakan dalam semua bidang, terutama dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta benda.
Di Eropah, yang berasaskan pada tamadun Yahudi-Kristian, perwarisan yang lebih tidak adil dilaksanakan: sistem anak lelaki pertama membolot seluruh harta benda bapanya (ibu tidak ada harta kerana perempuan tidak berhak!) atau si mati boleh mewariskan harta peninggalan sesuka hatinya, bahkan kepada kucing dan anjing dan sifar kepada anak dan kaum kerabatnya.Sekali lagi saya mengaku jahil tentang pengagihan aset si mati menurut ajaran Sikh dan Buddha, tapi saya tahu bahawa dalam Islam ada kelonggaran dalam wasiat.
Contohnya, arwah bapa secara lisan menyampaikan wasiatnya kepada saya seorang sahaja (lelaki) bahawa hartanah peninggalannya dibahagikan sama rata dalam kalangan balu, anak lelaki dan anak perempuannya. Apabila ibu saya meninggal, tanpa wasiat harta, semua anaknya lelaki dan perempuan juga bersetuju membahagikan hartanah dan wang simpanan arwah sama rata. Aturan faraid ini diterima dan diiktiraf oleh syariah!
Berbalik pada ketegangan psikologi Kassim daripada tiga masalah di atas, sudah tentu lama dahulu boleh terjawab secara rasional dan ilmiah daripada bidang-bidang ilmu yang "sekular". Tetapi mujurlah dalam sekitar tahun 1985 hingga 1986 baru terjawab oleh Kassim. Jika tidak, mungkin tidak akan terbitnya daya kreatif yang mengilhamkan Sidang Roh dan juga Hang Jebat sebagai pemberontak (bukan penderhaka) menuntut keadilan.
Yunus Ali adalah seorang aktivis sosial dan pemikir hal-ehwal sosio-ekonomi. Sekarang beliau sebagai pengerusi National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan reformasi pilihanraya dan pembangunan demokrasi.
05 April 2009
Tekanan Mental
PETALING JAYA: Bilangan mereka yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Hussain Habil. Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lalu, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut. Beliau menjangka jumlah ini akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lalu. Mohd Hussain berkata, perkara ini sepatutnya menyedarkan kerajaan betapa pentingnya isu berkenaan ditangani segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar. Katanya, mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.
Antara cara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu ini ialah membentuk kumpulan sokongan sebagai tempat bagi pekerja terbabit mendapatkan bantuan profesional, katanya. Beliau mencadangkan Kementerian Sumber Manusia meminta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bertanggungjawab bagi keselamatan sosial pekerja, menubuhkan klinik sokongan di cawangannya. Mohd Hussain berkata, penubuhan klinik ini tidak memerlukan perbelanjaan besar kerana ruang untuk menempatkannya sudah sedia ada dan apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan khidmat juru kaunseling, sama ada daripada universiti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, sekiranya tindakan segera tidak diambil bagi memenuhi keperluan emosi mereka yang diberhentikan kerja, negara perlu menanggung akibat yang besar iaitu dalam bentuk kekacauan sosial dan keruntuhan rumah tanggi. Mohd Hussain berkata, ini kerana seseorang yang mengalami tekanan mental boleh membawa kesengsaraan kepada anggota keluarganya dan masalah ini seterusnya akan memberi kesan buruk terhadap jiran dan masyarakat.
Secara umumnya, katanya, bagi mengurangkan kes stres akibat kehilangan pekerjaan, pekerja perlu dinasihati supaya tidak terlalu bersedih kerana dibuang kerja kerana ramai yang lain juga mengalami nasib sepertinya, berdoa mengikut ajaran agama masing-masing, mendapatkan sokongan daripada rakan, sanak-saudara dan anggota keluarga dan berusaha menguatkan semangat bagi menghadapi keadaan yang ada secara objektif serta mencari penyelesaian secara baik. Mohd Hussain, bagaimanapun, berkata keadaan ekonomi semasa memberi peluang yang amat baik kepada negara dalam usahanya melahirkan masyarakat penyayang. - Bernama
04 April 2009
Kawanku
kawanku seharusnya bagai cermin cerlang
memantulkan cermin kelemahanku di depan
tiada rasa dipendam jauh di dalam
bukan seperti sisir bergigi ratusan
menyelip, menyikat kesana kemari
menyingkap menyatakan kelemahanku di belakang
seraya berlindung mencemuhku seorang demi seorang
Jalaluddin Rumi
memantulkan cermin kelemahanku di depan
tiada rasa dipendam jauh di dalam
bukan seperti sisir bergigi ratusan
menyelip, menyikat kesana kemari
menyingkap menyatakan kelemahanku di belakang
seraya berlindung mencemuhku seorang demi seorang
Jalaluddin Rumi
03 April 2009
Motivasi
Anggaplah hari ini suatu kerugian apabila anda tidak melakukan sebarang perbuatan yang baik-Napoleon Hill-
02 April 2009
01 April 2009
Andartu
Gadis itu..gelisah. Umurnya hampir 30 tahun. Teman lelaki pun tidak ada lagi. Setelah mengetahui rakanku, F, seorang pegawai kerajaan gadis itu mula cuba berkenalan. Namun langkahnya sumbang. Terburu-buru amat. Cepat membuat hukuman dan cepat pula kecewa. Kalau kecewa betul-betul tak apalah. Ini kecewa yang menagih perhatian aku. Aduhai. Gadis ini..Diminta gambar tidak diberi. Ada peluang berjumpa tidak mahu berjumpa. Bila tidak dilayan dikatakan sombong. Jadi jenis perkenalan apakah ini?Aku teringat soalan pertama dia tanya :APA KERJA F? Ceh. Kalau memilih suami berdasarkan karier maka memanglah jadi begitu akhirnya. Berharapkan orang baik untuk dirinya. Dia tidak mahu jadi baik kepada orang lain. Aduhai. Andartu-andartu. Bak kata guru aku : Akal sejengkal berhidung tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)