Rasanya sudah lama aku tidak menulis karya sama ada cerpen ataupun puisi. Novel sudah pun kutulis tetapi ia tidak habis dan aku bukan mengalami kebuntuan idea/ilham tetapi aku menjadi terlalu amat cerewet dengan bab-bab yang lepas hingga menyebabkan aku terhenti menulis.
Walau cerita demi cerita datang sambung menyambung dalam kepalaku, aku gagal meneruskannya!
Sebetulnya dalam PC aku terdapat dua buah novel iaitu BUDI dan Fantasia Musim Cinta. BUdi aku tulis sejak aku berada di tingkatan 6 dan seperti biasa temanya lebih berlegar tentang budak sekolah dan guru serta pembelajarannya.
Pun terhenti. Dan tak lama sesudah aku sambung belajar di Universiti Malaya, aku mendapat ilham menulis sebuah novel lagi dengan tema yang lain iaitu Fantasia Musim Cinta.
FMC merupakan novel yang lebih matang daripada Budi dan skopnya lebih luas. Aku terilham menulisnya kerana ia berdekatan juga dengan hidupku masa itu.
Aku bukan anak orang kaya dan ada harta melimpah ruah. Aku anak yatim yang dijaga oleh Tok Dan Wanku seperti aku ini ditatang bagai anak mereka sendiri.
Syukur Allah yang maha kaya melimpahkan rasa murah hati mereka untuk menjagaku dari kecil tapak tangan hingga besar panjang menjadi orang. Nantilah aku menceritakan dengan lebih detail perjalanan hidupku yang bagiku amat syahdu untuk dituliskan.
Aku terilham untuk menulis FMC ialah kerana hidup aku ketika itu. Semasa aku masih berlabel mahasiswa di UM yang terletak di pusat bandar KL tentulah PTPTN itu tidak mencukupi buatku. Jangan kutuk pelajar lagi!Soal pelajar yang salah guna wang PTPTN mungkin ada tetapi banyak antara pelajar menggunakan PTPTN untuk segala-galanya dari membeli baju dan seluar yang lebih sesuai untuk kekuliah atau peralatan belajar seperti buku atau peralatan teknikal lainnya sehinggalah mengirim duit ke kampung menjelaskan kita mengapa PTPTN tidak mencukupi.
Aku tidak membeli telefon berjenama, aku tidak mepunyai motorsikal dan aku tidak mempunyai teman wanita yang boleh aku menghabiskan duitku untuk belanja dua tatkala keluar berjalan-jalan. Tidak aku tidak seperti itu.
Tetapi bayangkan..yuran kolej sahaja sudah mencecah 1 ribu lebih..jarak masa waktu makan yang jauh menyebakan perut mudah bernyanyi sebelum tiba waktu snatapan berikutnya..itu sahaja sudha perlukan 4-5 ringgit..kecuali perut aku dapat menerima maggi.
Jadi kemana duit lebihan ku?Purata kami dapat pinjaman 3000 setiap semester dan ada separuh lagi dalam bank. Jadi kemana perginya...
Aku ini gila membaca dna membeli buku. Kadang kalan aku beli sahaja baca tidak. Aku lebih tertarik kepada sipa penulisnya dan kulit luarannya. Ini kelemahan aku.
Aku menjadi terhipnotis dalam rimbunan buku yang dijual diskaun oleh DBP walau buku itu keluaran 10 tahun lepas aku membelinya kerana jualan murah. Masalahnya aku membeli sekali banyak-jadi bilikku jadi mini perpustakaan perpustakaan sudah...
Barangkali dengan asyik mengulit buku (buku aku tidak terhad kepada karya kreatif sahaja malah karya pemikiran sehinggalah buku Panduan Refleksologi!!!)
Bayangkan. Barangkali itu antara faktor aku minat menulis sama. Ketika itulah.
Jadi dengan duit yang terhad aku terpaksa kadangkala 'mengadap' Mak Uda di Bricfields untuk mendapatkan sedikit pembiayaan peribadi.
Kadangkala aku mengutuk diri sendiri. Mak Uda seorang tunanetra tetapi dia dapat membiayai aku. Maka Sungguh rezeki Allah punya kuasa dan ketentuan. Mak Uda kerja mengurut.
Dia buta. Tetapi hatinya terang. Kadangkala bila aku pergi ke rumah Mak Uda, Mak Uda akan ajak aku ke pasar malam terutama pada hari Khamis. Hari Khamis ialah cuti mak uda.
Akulah menjadi pemandunya dan mata kepada dia. Aku tidak kekok dan cuba biasakan diri. Ia bermula daripada rasa ingin mendapatkan wang tetapi sesudah itu ia bertukar kepada ihsan yang aku sendiri mendapat kepuasan bila dapat memimpin orang buta berjalan.
Kadangkala aku dan Mak Uda bertekak juga. Masakan tidak. Mak Uda seringkali bercakap denganku seperti aku ini budak kecik yang tidak tahu nak berbuat apa-apa tindakan dan keputusan.
Tetapi aku tahu kenapa Mak Uda sesekali amat kasar kepadaku. Iaitu aku menjadi pintu kepada pelepasan emosi terperangkapnya. Emosinya terperangkap dalam dunia butanya, hidupnya dan masa depannya-yakni dia belum berkahwin tatkala usianya mencecah 4o tahun.
Sebentar. Jangan cepat membuat telahan. Org buta mempunyai jodoh. Aku sentiasa bersama Mak Uda tatkala makan dan dipasar malam dan aku melihat banyak pasangan orang buta berjalan bersama-sama di pasar malam. Aku juga dapat mengenali separuh kawan-kawan Mak Uda yang juga buta dan minum makan bersama golongan mereka. Dan tiadk ada yang lebih mensyahdukan aku tatkala aku minum dan makan bersama mereka dengan anak keci yang matanya bulat memandang aku. Maha Kaya Allah! Adikku, bila besar nanti, jadilah orang yang berguna. Jadilah mata yang bersinar cemerlang buat ibu bapa yang membenihkan engkau meskipun dunia dimana kau terlempar ini dipenuhi dengan kotor daki dan tipudaya-nasihatkau jadilah kau permata yang bersinar dari celahan lumpur!!!
Aku juga sesekali membantunya menahan teksi untuk Mak Uda. Kadangkala aku perlukan duit untuk beli nota yang difotostat dan aku mengambil duit dari Mak Uda pada waktu pagi sebelum pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi Mak Uda sudah mula menahan teksi dan aku akan menolongnya bila aku ada pada masa itu.
Bayangkan tempat kerjanya di Subang Taipan. 15 ringgit sekali pergi. Tetapi Mak Uda tak kisah. Gajinya sudah mencecah dua ribu lebih. Pusat Urutnya dimilkki Cina dan ramai pelanggan Cina datang ke pusta urut dan menjadi pelanggan tetapnya.
Jadi dalam kehidupanku ada bahagian aku bersama Mak Uda. Ada bahagianku dalam dunia butanya dan sekitarannya. Ada sesekali aku bertekak dengannya itu membuahkan ilham aku untuk FMC. Cuma aku ubahlah sedikit dan tambah cerita dan reka yang babak-babak menarik.
Namun kini aku terkandas kerana aku terlalu mementingakn kesempurnaan. Walaupun dah berkali berkata kepada diriku novelku itu suatu yang popular tetapi aku cenderung hendak berestetika dan berfalsampah menyebabkan aku akhirnya terkandas dan tidak dapat menulis lagi.
Kini manuskrip novel FMC dan Budi sudah terhapus dari simpanan aku kerana aku tidak membuat 'simpanan' untuk kedua-dua novelku itu!!!
Aku benci pada virus dan kebencianku itu mendorong aku tidak mengambil satu failpun dalam PCku kerana pengalaman memberitahuku virus boleh bersembunyi tatkala fail dipindahkan dan ia akan menyerang PCku semula ketika fail itu dimasukkan lagi.
Pendek kata, aku sudah kehilangan dua anak sejak dalam kandungan lagi. Aku tidak mahu menangis kerana aku lelaki tetapi aku berikrar akan menulis semula FMC kerana aku mempunyai idea penuh tentangnya dan ia amat puitis dan syahdu kepadaku.
Aku sedang menimbang-nimbang samada untuk menulis novel on-line atau pun tulis dan terbitkan seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan