Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu.
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung.
Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan Sri di kamar waja
Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera.
meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.
Perahuku kecil,lautnya ganas.
Tenanglah laut, kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda
Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan pecah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah.
Tuhan,
Aku hanya mehu ke seberang.
Hashim Yaacob
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan