10 Jun 2008

Bisik-sibik Awang Selamat

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG cukup tertarik dengan tulisan Mohamad Radzwill Abdullah dalam muka Forum akhbar ini hari ini. Beliau yang mengambil contoh Indonesia, menulis: ‘‘...walaupun harga petrol mereka mahal, tetapi ia diimbal balik dengan murahnya harga-harga barangan gunaan pengguna.’’Kesimpulan tulisan itu ialah mengenai sikap peniaga negara itu yang tidak mengambil kesempatan atas kesusahan rakyatnya.Terus terang dikatakan, peniaga di Malaysia tidak langsung mesra pengguna. Berdasarkan rekod arkib akhbar Awang, mereka sering mengambil kesempatan di atas kesukaran rakyat.Lebih mengecewakan, syarikat-syarikat kerajaan (GLC) juga turut berlumba-lumba mahu mencatat untung berbilion-bilion ringgit. Objektif kapten-kapten syarikat ini ialah mahu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang cemerlang.Sepatutnya syarikat-syarikat utiliti, misalnya tenaga, lebuh raya, air tidak memikirkan untung sebaliknya bertanggungjawab kepada rakyat. Tapi malangnya, fungsinya telah berubah. Awang juga mahu lihat apa salahnya, ketika rakyat sedang menanggung beban, ada konsesi lebuh raya tampil memberi satu hari percuma tanpa tol, atau satu hari percuma elektrik - dan peniaga tidak menaikkan harga.Awang – Susah sama susah.***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan