26 Jun 2008

Apabila Isteri Membabikan Suami


Dalam 10 jam yang lalu...seperti biasa aku pun keluar mencari sesuatu yang dapat mengisi perutku.

Dan seperti biasa, aku singgah di kedai makan yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang selalu sahaja aku kunjungi setiap malam.
Dan aku pun memesan makanan. Aku tidak nampak pula abng yakni suami si tukang masak. Emm selalunya begitulah...hanya isteri ada dikedai melayan pelanggan..suaminya entah kemana menghilang...

Tidak berapa lama kemudian, ku lihat abang itu pun menjengah muka. Entah dari mana-mana. Aku tidak mahu sibuk sangat. Aku merangka perancangan dalam kepala aku apa yang nak buat pula selepas ini.

Biasalah. Nak hidup mestilah ada perancangan.

Abang itu kulihat terus sahaja masuk kedapur sedang isterinya sedang menyiapkan pesanan makanan kepada aku.

Tidak berapa saat selepas itu, telinganku menyambar bunyi suara jeritan dari isterinya. Ia diselang seli dengan kata yang kasar dan makian.

Sesunguhnya, aku tidak senang melihat keadaan itu. BUkannya tanda aku ini seorang prihatian sangat tentang kes percekcokan rumahtangga. Apatah lagi seorang penyibuk.

Tetapi makanan yang aku pesan sedang disediakan. Dalam keadaan yang marah-marah dan emosi yang tidak stabil, aku khuatir menjamah sebuah hidangan yang tidak berkat ataupun penuh air liur kata jerita dan makian!

Begitulah hendaknya. Rupa-rupanya tidak sekadar jeritan dan makian daripada sang isteri...kulihat..sudip ditangan sang isteri sudahpun diacungkan tinggi-tinggi ke udara.

Mahu dipantakkan ke atas batu jemala sang suami. Ngeri aku. Tidak mahu aku mendengar suara raungan dan kesakitan dari mulut sang suami lagi.

Aku dah lama makan di kedai ini. Ada di antara hari-hari tersebut terasa begitu selesa aku makan dan melayan fikiran seorang diri melepaskan segala keruwetan dan tekanan kerja.

Namun ada juga hari-hari tersebut di merupakan hari yang tidka mahu aku jenguk..yakni sebuah babak kehidupan rumahtangga...antara jerit, maki dan bahasa kasar...

Dan hari ini antara babak kehidupan sang suami-isteri tersebut.

Sang suami pasrah lalu keluar dari dapur dan menghilang dari kedai lagi dalam gelap malam. Tidak berapa lama selepas itu, hidangan ku siap.

Kulihat, kakak ini begitu sopan meletakkan hidangan dan dari riak wajahnya...aku mennyibak kedukaan seorang isteri..dapat aku lihat budinya.

Memang dia baik. Tetapi dia juga seorang yang garang. Namun garangnya bertempat. Dan aku rasa itulah pembawaan dirinya.

Namun kufikir jangan sampai sekali bertengkar dengan suami didepan pelanggan seperti aku yang sentiasa inginkan kesentosaan ini.

Aku rimas dan trauma juga. Kalaulah aku punya isteri seperti ini, sudah tentu hari-hari kami bergomol bertengkar. Ya lah. AKu pun apa kurang barannya kalau dah datang. Selisih malaikat empat puluh empat!

Aku makan dan oklay masakan kak itu tidak terjejas. Cuma dari segi berkat. Itu je. Bukankah suami itu wajib ditaati dan dihormati. Umumnyalah. Selain itu, aku tidak tahu apa punca pecekcokan antara mereka sebenarnya.

Si isteri duduk semula menikmati baki makanannya. Dia sedang makan semasa aku datang dan dia ambil pesanan aku. Pendek kata dia mengutamakan pelangganlah.

Kakak tersebut duduk semeja dengan seorang pelanggan wanita. Aku tahu wanita itu pelanggan tetap kedai makanan milik sepasang suami-isteri yang bercekcok ini.

Maka tertumpahlah luahan hati sang isteri kepada wanita pelanggan tetapnya itu. Bawak kawan-kawan masuk dan lepak ke dalam rumah sampai 10 orang. Siap kawannya bawa teman wanita sekali! Itu antara jawapan utama yang sekian lama terbenam dalam mindaku.

Sampailah aku tersedak sedikit bila isterinya menyebutkan "Dia tu babi..mana tau apo.."

Terkejut aku. Sungguh aku tak sangka akan keluar gelaran itu dari mulut seorang isteri kepada suaminya.

Aku mendebengkan telinga lagi..si isteri merungut dan terus merungut...meluahkan perasaan..wanita pelanggan tetap itu tetap sahaja menjadi pendengar yang baik...sambil terus santap.

Memang benarlah..hanya wanita yang dapat memahami wanita dengan sebaik mungkin berbanding lawan jenisnya.

Tidak lama kemudian, baliklah semula sang suami ke kedai. Isterinya terus saja menceceh. Dan berkata"babi..tu babi.."kepada suaminya...aku yakin...wanita pelanggan tetapnya itu PASTI akan terkejut..sudahlah wanita pelanggan tetapnya itu sedang menyantap...

Apa hal pula tiba-tibababi yang di dalam hutan disebut-sebut.Aduh!

Si suaminnya walau dengar apa yang dikatakan oleh istreinya terhadap dirinya, hanya dengar sahaja tanpa membalas, tanpa mengangkat wajah sedikit pun.

Aku kasihan bukan apa. Maruah si suaminya itulah. Maruah dan ego seorang lelaki dan juga ego seorang suami. Aduh!

Bagi akulah, seorang isteri pertama tidak haruslah membincangkan hal rumah tangganya kepada orang lain..sebagai satu pelepasan perasaan...bila acap kali timbul masalah dengan suami atau hidup.

Seorang isteri juga marah mana sekalipun atas tindakan suaai..selagi belum mendorong kepada perbuatan memukul sampai mencederakan, atau mendorong perlakuan luar tabii yang dipaksakan atau mendorong keluar atau langgar perintah Allah..maka selagi itulah isteri kena taat.


Dalam kes ini, suamilah yang kena mengawalnya. Suami ii kan nakhoda rumahtangga. Kalau dia sendiri gagal lagi mengawal bahteranya maka jangan hairanlah bahtera tersebut bersimpang siur tak tentu haluan di segara yang luas.

Satu lagi, isteri janganlah walau dengan apa kemarahan sekalipun menggelarkan sesuatu gelaran yang tidka baik kepada suaminya.

babi itu satu nama binatang sahaja. Namun kerana taboo dalam masyarakat melayu, maka perkataan babi serta persoalan sekitarannya itu amat sensitif. Apa tah lagi perkataan makan babi.

Sama juga, kalau kita kata kau babi. Maka ia bukan lagi kata nama am binatang, tetapi ia mebawa taboo beserta bersamanya yang mebawa penghinaan dan cercaan yang menyakiti hati orang yang digelar. Itu sudha jatuh bab mencela.

Dan ketahulilah Allah melaknat bagi setiap pengumpat dan pencela.

Semasa aku balik kerumah malam semalam..aku sekali lagi terfikir...dalam situasi yang berbeza..andai aku punya isteri begitu apatah aku akan lakukannya?

Sungguh aku tak sanggup dibabikan oleh sesiapa!

PS:HIDUP NI SEPERTI MASAKAN JUGAK. AD RASA MANIS ADA RASA MASIN ADA RASA MASAM.TANPA PADUAN SEMUA NI TAK SEDAPLAH. TETAPI KALAU 'TERLEBIH' SALAH SATUNYA PUN TAK BOLEH JUGAK.JADI PANDAI-PANDAILAH MASAK OK.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan