26 Jun 2008
MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA
______________________________________________________________
"Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.
Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.
Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.
"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen."
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11720
Apabila Isteri Membabikan Suami
PS:HIDUP NI SEPERTI MASAKAN JUGAK. AD RASA MANIS ADA RASA MASIN ADA RASA MASAM.TANPA PADUAN SEMUA NI TAK SEDAPLAH. TETAPI KALAU 'TERLEBIH' SALAH SATUNYA PUN TAK BOLEH JUGAK.JADI PANDAI-PANDAILAH MASAK OK.
20 Jun 2008
19 Jun 2008
Memahami Hakikat Bahasa 3
Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).
Benteng Akhir
di benteng akhir
Jangan lagi setia
Jangan lagi memberi dan menerima
Tegakkanlah menara
Atas air mata
Pembunuhan
Adalah penyelesaian
Untuk nafas yang berlanjutan dalam pengkhianatan
Untuk meruntuhkan moral yang tegak atas kehancuran
Pembunuhan
Adalah tugu yang bermenara tinggi
Nikmat yang paling manis
Kemesraan yang paling bersih
Di dada anak-anak nasionalis
Bila senja tiba pasti
Saksikanlah dari puncak menara tinggi
Pesta anak-anak yang menang
Atas mayat-mayat yang bergelimpangan
Baha Zain
Aku Hanya Mahu ke Seberang
18 Jun 2008
Memahami Hakikat Bahasa 2
Seorang Ahli linguistik barat terkemuka Inggeris bernama F De Saussure (1857-1913) dalam bukunya "Head Linguistik Modern" mengatakan
"menolak bahasa sebagai arbitratri itu bermakna menolak linguistik."
Menurut Saussure lagi bahasa itu adalah arbitratri dan ia tiada kaitan dengan sebarang agama.
Sauusure seorang yang tidak beragam dan mungkin dia mengalami pengalaman yang pahit dalam beragama.
Bukan sahaja Saussure malah banyak lagi aliran pemikiran Inggeris/barat yang jadi silibus pengajaran bahasa tinggi mereka...antara
>Bahasa adalah ilmu sains...yang merupakan pemikiran yang pincang ...Ilmu ialah heuristik yakni berdasarkan usaha/pengalaman Generatif )brain-generated nerves=ada kuasa otak untuk melakukan sesuatu.
>Bahasa merupakan tranformasi generatif yakni rajah pohon semata-mata. Ini juga salah..kerana bahasa adalah lebih jauh menjangkau daripada itu...bahasa bukans etakat kau belajar tatabahasa sahaja...ia lebih jauh fungsinya..ni akan dibicarakan sebentar lagi...
>Dalam dunia wujud pemikiran Mind is Autonomy=yakni Akal manusia adalah segala-galanya. MAka wujud beberapa liran antaranya ALIRAN SYAITAN.
Syaitan membinasakan manusia dengan membisikkan suatu kefahaman bahawa akal ialah segala-galanya dan melihat agama ialah sebagai sesuatu yang tiada kaitan dengan bahasa...
ALIRAN BERIMAN pula bahasa mempunyai kaitan dengan agama dan jadi medium berbahasa dengan Tuhan..ini akan disentuh sekejap lagi...
ALIRAN SYAITAN yakni yang mengatakan otak atau akal adalahs egala-galanya adalah golongan yang melihat agama sebagai musuh.
Noam Chomsky seorang Yahudi yang dianggap Bapa Lingusitik Moden mengatakan
"language is the image of the mind"
Yakni bermaksud bahasa ialah cerminan minda...
Bagi Pr DR Sanat pula
"language ia the mirror of the heart"
Bahasa adalah cerminan hati...
Malangnya orang Melayau LEMAH PEMIKIRANNYA...
Sesungguhnya HATI mesti dibina dahulu...daripada HATI barulah AKAL dan ia membentuk perlakuan FIZIKAL yang baik...inilah bentuk pemikiran terbaik...
HATI yang dimaksudkan dengan pembinaan bahasa ialahhatis ebagai tempat menerima hidayah, nur, cahaya=iaitu sevara analogi hati mempunyai "roaming power"
Dalam Surah Al Fatihah bukankah sering kita membaca
"In dinas siratal mustaqim"
Tunjukilah daku jalan yang lurus....yang emndapat hidayah Mu...
Tidak boleh berdasarkan otak/akal semata-mata untuk berbahasa dan berilmu kerana berbhasa itu juga jalan ke arah menerima hidayah Allah asas memohon mendapat ilmu dari Allah.
Justeru ia amat bertentangan dengan KONEP BAHASA ITU ADALAH ARBITRARI IAITU BAHASA BERSIFAT SEWENANG-WENANGNYA...
Bagi pendapat Prof Dr Sanat menganggap bahasa sebagai arbitrari seperti mana yang ditulis dalam TD dan terungkap dalam konsep bahasa linguistik Inggeris boleh menyebabkan AKIDAH TERJEJAS...
Jadi apakah konsep bahasa kalau bukan arbitrari..
Untuk makluman kalian pemahaman bahasa adalah arbitrari merupakan BUKANLAH BERSIFAT falsafah semata-mata tetapi ia adalah suatu yang diterapkan dengan meluas dalam bahasa Inggeris...dan juga bahasa Melayu....
Dalam BM juga terdapat mazhabnya..ada yang bermazhabkan bahasa adh arbitarri..
Maka Prof Sanat sebagai cendikiawan Melayu-Muslim menjelaskan kepada kita bahasa bukan arbitrari tetapi bahasa adalah FITRAH...
Memahami Hakikat Bahasa
Baiklah...aku memerikan di bawah ini suatu konsep bahasa yang harus kita faham dalam bahasa termudah...
_____________________
Memahami Konsep Bahasa
Dalam takrifan yang mudah bahasa diertikan dgn lambang dan juga analogi...
Ahli lingusitsik barat secara umumnnya mengatakan bhasa ialah lambang yang bersifat arbtrari yakni bersifat dengan sewenang-wenangnya....Misal kata aku kata kepada kau...F*ck...ia tidak salah dalam sistem bahasa Inggeris..tambahan dengan pemikiran goongan liberal....
Pendek kata bahasa sebagai arbitratri yakni bersifat seweng-wenangnya itu DITOLAK OLEH PROF DR SANAT.
Bahasa ADA PENCIPTANYA. Yang dimaksudkan arbitrari itu antara lain ialah BAHASA ITU TIADA PENCIPTANYA.
Jadi fahamkah?
AHLI LINGUSITIK INGGERIS BERKATA BAHASA ITU TIADA PENCIPTANYA. IKUT SUKA KAULAH....
NAMUN AHLI LINGUISITIK MELAYU-ISLAM IAITU PROF DR SANAT MENOLAK HUJAH ITU DAN MENGATAKAN BAHASA ITU MEMPUNYAI PENCIPTANYA YAKNI ALLAH TA'ALA.
Asal Usul Bahasa
Jika ikut ALB(Ahli Linguistik barat) bahasa ialah arbitrari tetapi dalam Islam bahasa ialah anugerah Allah sepertimana yang diajar kepada Adam akan nama-nama benda.
Fungsi Bahasa
Apakah gunanya bahasa ini?Untuk dapat kerja sahajakah? Bahasa bertujuan menjadikan manusia itu lebih baik dan digunakans ebagai salah satu dakwah ke arah kebaikan. Tak kiralah dakwah itu apa isunya. Pos aku ni pun dah kira suatu dakwah juga bagi menerangkan sesuatu perkara yang kalian mesti tahu tentang bahasa.
Dari segi morfem tak payahlah aku sentuh. Nanti kalian kepeningan pula. Pendek kata seperti mana diajar di sekolah.
Apakah Itu Bahasa?
Bahasa ialah makhluk. Dan makhluk itu adalah kuat.BAhasa itu bersifat binari iaitu diantara iaitu hubungan antara Kaliq dan makhluk. Makhluk dan bukan makhluk itu pasangan yang ada kebinariannya.
Konsep Khaliq yakni makhluk itu penting dan ia tdiak terdapat dalam buku TATABAHASA DEWAN. Iaitu sepertimana ita guna pakai sekarang inilah.
Ini pandangan Prof Dr Sanat selaku cendikiawan Melayu dan Islam.
Pr Dr Sanat beri contoh. Dalam tabahasa dewan terdapat penggolongan jenis Kata Nama dan Kata Nama Khas
Dalam TD mereka ni mengkelaskan Allah sebagai Kata Nama Khas. Kata Nama Khas tidak boleh disamakan dengan ALlah. Allah tidka dapat disamakan dengan kategori yang terdapat dalam TD.
Konsep bahasa disini mesti ada skema bagi membezakan antara Khaliq dan makhluk.
Ada 2 konsep Khaliq Makhluk amat penting dalam penggolongan kata dan merupakan syahadah.
Pendek kata apabila kita mengenal bahasa kita mengenal Tuhan kita.
Khaliq ialah pencipta. Dan yang dicipta ialah Mahluk juga merupakan anugerah Allah.
Bahasa Arab adalah Bahasa Allah dan bahasa Al quran.
Namun Allah dengan kuasa dan kehendaknya menciptakan berbagai-bagai jenis bahasa atas dunia ini.
Sebelum aku menerangkan dengan lebih lanjut apa guna kita mesti pertahankan perkembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa Ilmu dan bahasa tamadun bangsa Malaysia..
Sastera, Cinta, dan tidur yang nyenyak...
Aku bagai seorang pengembara yang masih tidak sampai ke tempat tujuanku....lantas bila aku terlena di suatu hentian....aku menggantungkan seluruh cintaku di dada langit.....pada bintang yang menjadi teman tidurku..pada kesunyian yang memercik dari lidah sukmaku...bicaraku ini tidak bersambut.......cinta yang tenggelam dalam mimpi ngeri......
itu suatu ketika dahulu..kini aku menjadi orang yang bisa tahan mendepani ujian...dan aku telah yakinkan diriku..bahawa apa saja akan kuredahi..demi mencapai cintaku...yang ukugalas dipundaku sekeian lama...terus berjalan..membelah samudera poadang pasir dibawah mentari terik...atau berenang dilautan dalam ombak malam yang kelam.....
kerana aku tahu...kembaraku tidak akan terhenti...selagi nyawa terus berada dalam kolong dadaku.....yang pasti aku kian menghapiri cintaku..dengan sepenuh daya...mahu kusingkapkan ia..seluruhnya...biar kami bermuka-muka...melepaskan segala rindu.....
17 Jun 2008
MENJIWAI NASIONALISMA TUN RAZAK
Tanggal 14 Januari 2008 majlis tahlil dan bacaan Yasin telah selamat diadakan di kediaman ibu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 32 tahun pemergian mantan Perdana Menteri kita yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Ini disusuli dengan dasar-dasar kebangsaan berkaitan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.
Legasi yang ditinggalkan Tun Razak dalam hal berkaitan pengukuhan negara bangsa sentiasa relevan dan mesti dijiwai oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.
Tahniah Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan....
HSKU menyediakan hadiah wang tunai dan pengurniaan semacam skrol yang dalam nya ada sijil tertera nama pemenang dan ucapan tahniah....
Pemenang akan diraikan di hotel mewah 5 bintang dan dihadiri oleh orang kuat penganjur..Opps terlupalah pulak..yang membiayai HSKU ini ialah Exxon Mobil..sebuah syarikat minyak antarabangsa yang begitu konsisten menganjurkan HSKU ini beberapa tahun....Kumpulan Utusan tu tukang siar je karya...atau tukang terbitkan je....dianggarkan 100,00 ribu setahun Exxon Mobil beri kepada Kumpulan Utusan untuk anjurkan HSKU...
Sesiapa sahaja boleh sertai HSKU dengan hantarkan karya cerpen atau puisi anda ke Utusan Malaysia..untuk disiarkans etaip Ahad..sila lihat uangan Sudut Sastera untuk sedikit syarat....dan kemana nak hantar....emelkan sahaja...
Bila karya tersiar automatik dia akan dinilai untuk HSKU..kalau bernasib baik anda dapatlah ganjarannya dan penghargaannya di hotel mewah bersama rakan penulis....
Jgn takut kalau masih baharu..asalkan ada karya hantar saja..itu sahaja resepinya..dan bila dah keluar pasti anda rasa puas dan mahu tulis lagi..bukankah kita ni ada banyak fikiran dan idea yang mahu dilontarkan...
berkaryalah anda semua..
PS:Aku ada juga cerpen yang tersiar tahun lepas...HSKU ini setahuns ekali..maknnya bagi karya yang tersair tahun 2007 tahun 2008 baru dinilai....dan diberi hadiah....aku memikirkan jugak mengapa cerpen aku itu tidka menang..tak mengapa..bagi membantu kalian bersama menganalisis aku dengan murah hatinya akan tampalkan cerpen itu pada pos sekejap lagi..aku nak solat dna bersihkan diri....naumun dalam samar-samar dalam kepala aku secara tak rasmi aku tau mengapa cerpen aku gagal walau hadiah penghargaan....ia kerana....
Apa Itu Kebangsaan?
Jadi aku akan maknawikan kebangsaan itu dalam bahasa yang mudah.
Kebangsaan bermaksud segala sesuatu yang bersifat bangsa..dalam konteks MALAYSIA kebangsaan tidak bermaksud BANGSA MELAYU tetapi kebangsaan itu kerujuk kepada budaya bangsa Malaysia...
Kita berbilang bangsa etnik dan agama. Namun demikian secara hakikatnya orang Melayu yang pertama sekali mendirikan kerajaan di Tanah Melayu walaupun terdapat banyak hipotesis tentang kedatangan Melayu ke Tanah Melayu....
Maka secara jelasnya lagi kebangsaan itu juga merujuk kepada
1.Kebudayaan Kebangsaan
2.Sekolah kebangsaan
3.Bahasa kebangsaan
4.Bendera kebangsaan
5.Lagu kebangsaan
6.Baju kebangsaan
7.pendidikan kebangsaan
8.pejuang kebangsaan atau nasionalis
9.perjuangan kebangsaan atau nasionalis
Walaupun kebangsaan bersifat Malaysia namun kebangsaan itu ADA TERASNYA..Apakah terasnya?
TERASNYA MELAYU.
Tidak kiralah apa jua item diatas...semuanya mesti berteraskan MELAYU...
Aku bagi contoh. Sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan adalah perlaksaan kepada sistem pendidikan kebangsaan. Ia ada kaitan dengan bahasa kebangsaan. SIla rujuk perlembagaan akta 152 dimana bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu pengetahuan....
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tetap dan suatu yang amat penting dalam membina negara bangsa Malaysia....
Namun terdapat kebanyakan daripada kita telah menaggung-agungkan bahasa Inggeris seingga menidakkan bahasa Melayu sama ada secara sedar ataupun tidak....
Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua dan ia tidak seharusnya merampas hak bahasa Mekayu sebagai bahasa ilmu dalam pelajaran Sains dan Matematik.....
Atas alasan apapun..bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tidak boleh diganggu perkembangannya...dan ingatlah bahasa Inggeris hanya digunakan seperti kasut sahaja...
Jika sebelum ini aku katakan macam jamban...sekarang aku ibaratkan bahasa Inggeris ni spt kasut atau selipar sahaja...
Kalau takat kasut atau selipar hanya untuk dipakai di kaki..bukan diletakkan di kepala macam mahkota...
Masalahnya org telah letakkan kasut di kepala mereka..macam mahkota..dan ini sungguhlah pelik....
Wuargh..mengantuknya aku..baiklah aku akan sambung lagi tentang kebangsaan ini..khususnya tentang pendidikan kebangsaan..
Penerangan aku secara santai ini diharapkan difahami oleh Melayu-melayu diliuar sana..yang tidak begitu marah dengan keadaan yang menimpa bahasa Melayu sekarang ini...
Aku akan sentuh jua...
PS:Tadi aku ada siapkan satu pos tulisan yang menarik..tetapi tiba-tiba internet aku terputus...dan insya ALlah aku akan sambung lagi....secara santai memahami kebangsaan...
Fantasi Musim Cinta 2
Tentu kita tidak akan selesa dan segera mahu buka mata kan.....
Ini baru beberapa minit..tetapi mereka yang ditakdirkan ALlah menjadi buta itu seumur hidup mereka adalah suatu kienyataan yang mesti diterima dengan hati lapang..
bayangkan tiada air mata yang mengalir tatkala anda menangis..aduhai....
Bayangkan anda dapat memabntu mereka ini...berjaland an memimpin....anda menjadi suara yang menerangkan keindahan buanga, taman, suangaid an langit yang biru...aduhai tentu gembiara mereka kan....
Inilahs ebegaian babak Fantasia Musim Cinta....nanti ada masa dan mood aku akan anekdotkan lagi.....aku sekarang mengantuk benar...demi kalian yang membaca pos aku..menanti ia sentiasa baharu..nah inilah yang aku sanggup berikan dan terdaya.....
Bahasa Jiwa Bangsa dan Negara
Dalam perdaban manapun bahasa ibunda menjadi bahasa teras bahasa ilmu bahasa pertuturan bahasa perniagaan bangsa tersebut.
Carilah mana bangsa dan tamadun tersebut yang tidak guna bahasa mereka sendiri.
Nakun dunia sekarang menyaksikan hegemoni kuasa telah memmanfaatkan segala-galanya dalam menakluk dunia. Jika dahulu para penjajah Inggeris berkata mereka adalah manusia pilihan TUhan yang berkulit putih yang sempurna dan diutus khas Tuhan untuk mengajar bangsa berkulit sawo matang dan hitam....
sekarang penjajahan dalam bentuk politik itu sudah semakin hilang....yang wujud ialah penjajahan atau hegemoni=penguasaan keatas jiwa dan minda bangsa lain....
Ditandai dengan Zionis yang mahu menguasai dunia secara keseluruhannya, ekonomi dunia telah dipegang erat separuh daripada mereka ini..pemain-pemian ekonomi dunia banyaknya golongan kapitalis yahudi yang bila-bila masa membuat spekulasi menjatuhkan mana-mana mata wang negara sekelip mata.....
Hal ini amat dikesali..wang dalam bentuk kertas aalah suatu nilai yang tida stabil berbanding emas atau dinar..namun idea Mahathir ini tenggelam begitu sahaja..lantaran kelemahan negara-negara umat Islam masa kini....
Dan kita semakin menerima sistem kapitalis dan menerima teori keynes ini bulat-bulat dan kini lihatlah apa yang berlaku...ketidak tentua ekonomi dunia...kenaikan harga minyak yang melampau semuanya punca utamanya spekulasi golongan penguasa ekonomi dunia ini....
KIta Umat Islam sebenarnya amat lemah...kita tidak dapat memboikot MC donald atau KFC kerana ia telah wujud dan diterima oleh kita....selama ini..ia sudha jadi suatu budaya yang ternmasuk dalam senarai pemkanan ringan yang popular....
dan ini amatlah menyedihkan....tatkala lompang, tepung talam, seri muka, masih lagi dijual di tepi jalan yang berhabuk dengan keuntungan tak seberapa...kita ketinggalan jauh sama ada dari segi tekno atau bisnes atau tambah nilai menyebakan kita tertinggal jauh ke belakang...
aku mengimpikan kueh seri muka menjadi manakan ekslusif bertaraf 6 bintang di restoran mahal dan eklusif di tempat startegik negara..namun mampukah ia tercapai?
ah..sudha melalut benar aku ini..sebenarnya aku kecewa sahaja..daripada memikirkan soal orang melayu yang tidak jaga ketuanan Melayu hingga soal ekonomi orang Melayu.satu yang saya boleh buat kesimpulan..banyak melayu yang masih tidak sedar..leka..tdiak mau ubah nasib..masih menerima cerita Mat Jenin adalah Melayu yang berangan kosongd an merugikan...semuanya ini bergumpal menjadi pembentuk peribadi melayu yang pasif dan negatif...dan kita membiarkan sahaja graduan universiti menjadi kakitangan kerajaan semata-mata..dan jika tiada kerja kerajaan maka lebih baik duduk di kampung..tak buat apa-apa...dan membiarkan ekonomi sektor bandar dikuasai oleh Cina dan pelabur asing....
dan anak melayu kita d bandar lebih banyak jadi kuli Cina atau kuli syarikat kepada pelabur asing ini..lebih sanggup begitu daripada memikirkan mahu menjadi tuan kepada syarikat sendiri..
nampaknya cerita Mat jenin berjaya melingkupkan daya usaha Melayu mungkin ataupun salah sistem pendidikan yang kurang menekankan aspek berfikir untuk kejayaan pada masa depan..melainkan kerja mesti makan gaji dgn kerajaan..jika tiada kerja dgn kerajaan maka lebih suka duduk di kg..tunggu buah tidak jatuh.....
PS:JAm sudah merangkak ke agngka 3 pagi...tetapi mata saya masih segar....
16 Jun 2008
Tahukah Anda?
Singapura
Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak
yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada
Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan
Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada
rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal
menyedarkan rakyat dalam isu ini.
Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga
Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan
jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga
Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan,
kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia
hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand
yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada
majoriti Cina dari Singapura.
bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan
untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang
menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras
berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang
tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering
menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak
menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan
Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang
menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong
semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak
menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini
akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi
kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan
rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh
dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan
rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian
royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada
Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal
namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana
mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen?
malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah
jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara
dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos
penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak
kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia
kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia
tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang
ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan.
kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding
tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.
sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara
Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang
patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia
memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun.
inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.
lihat perjanjian tersebut .
PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada
Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000)
sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura
dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan
Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities
Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian
Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada
kapal ? kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan
seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan
Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali
sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi
tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.
tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor
setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan
dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan
minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah
semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya
separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan
hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura
iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura
3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia
mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari
rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter
minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.
3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar
minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan
dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan
Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak
berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan
menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama
dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang
kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas.
mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga
Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar
100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia
mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi
makanan.
4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.
Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan
Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya
bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup
selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia
terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga
mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi
kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan
tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan
pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan
Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun
sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu
kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini
kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini
sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang
bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura.
melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan
untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.
Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding
rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan
rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka.
kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka
berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar
pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.
15 Jun 2008
NST adalah antara penderhaka bangsa dan tanah Melayu!!!
+Akhbar NST yang menaja iklan menghina bahasa Melayu
+Pihak NST yang menjadi dalang mencetuskan idea setan menghina bahasa Melayu
+Pihak Penulis NST yang bersengkol menghasilkan skrip seperti yang diinginkan oleh pihak NST yang bersengkol dengan setan-setan penderhaka menghina bahasa Melayu
+TV3 yang bersengkol dengan NST menyiarkan iklan menghina bahasa Melayu.
Aku tidak mahu ulas panjang tentang iklan NST itu. Cukup aku katakan jika kita seorang
+Melayu
+Warganegara Malaysia
+Faham bahasa kebangsaan faham perlembagaan
+Faham kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris diklangan pelajar BUKAN KERANA BAHASA MELAYU tetapi kerana KELEMHAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN BI DI KELAS TERMASYUK SKILL PENGAJARAN LAPUK GURU BI.
+Faham bahasa kebangsaan sebagai bahasa Ilmu dan ia tiada kaitan dengan kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris itu
+Faham punca kelamahan pelajar bukan sebab membaca akhbar berbhasa kebangsaan dan bahasa Melayu
+Faham bahawa pelancong yang datang ke sini seorang yang tahu hormat adat dan menghargai bahasa tanah dia pijak dia datang berkunjung
+Faham bahawa hujah NST tu melalui iklan itu adalah suatu kesalahan hujah yang amat nyata, lari dari fakta dan bersifat provokasi dan menghina sleuruh berkaitan bahasa Melayu termausk pejuang, kedirian Bahasa melayus ebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda bahasa tempat dia lahir di atas tanah air udara orang Melayu!
+Faham bahawa NST tiada jati diri sudahlah salah memberi hujah malah diperlekeh dna dicemburui pulak ketuanan bahasa Melayu
Maka kita akan faham hakikat penyiaran iklan NST itu!
Bagi mereka yang tidak termausk golongan yang 'faham' seperti diatas aku tidak mahu melayan kerana aku tahu hujah mereka akan jadi hujah seperti NST itu terutamanya hujah bahasa inggreis itu penting....bahasa dunia...
Adakah aku menafikan pejuang bahasa nafikan hakikat itu? Aku dan kau tidak nafikan!Tetapi aku dan siapa yang memahami maka tidak akan jadi seperrti kau bersengkol dengan penderhaka ini!
Hukum penderhaka ialah bunuh!Atau berambus dari tanah melayu ini. Menghina bahasa Melayu setelah kau faham masalah yang berlaku(yakni kelemahan pelajar melayu menguasai Bahasa Melayu BUKAN KERANA MEMBACA AKHBAR BAHASA MELAYU DAN PERJUANGKAN BAHASA MELAYU tetapi kelamahan SILIBUS dan KAEDAH PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH!!!)
adalah menghina MELAYU
adalah meghina bangsa MELAYU
adalah menghina ketuanan MELAYU
adalah menghina tanah air udara langit wilayah MELAYU
adalah menghina roh pejuang bahasa MELAYU
adalah menghina seluruh gerakan perjuangan MELAYU
maka dengan ini sudah cukup membuktikan NST adalah PENDERHAKA..DAN HUKUM PENDERHAKA IALAH HUKUMAN BUNUH..
Siapakah pendekar Melayu yang berani kedepan?
PS:Bagi yang tidak memahami carilah jalan untuk memahami.Jangan cari jalan hujah lapuk seperti "Bahasa Inggreis itu penting.." Sekali lagi aku kasi jawapan kepada yang mengulang kenyataan lapuk ini "Adakah aku menidakkan...walau aku tidak menolak tetapi aku tetap pertinggikan bahasa Melayu!!!Dan aku tidak akan bersengkol dengan penderhaka-penderhaka itu!!!
Ingatlah bahasa Inggeris macam jamban. Jamban adalah tempat kita guna untuk berak sahaja.
Bahasa MELAYU ialah tuan dan rumah tempat kita tinggal ada bilik ada ruang tamu ada ruang solat. Tempat yang mulia untuk beribadat.
Takkan nak beribadat di jamban?
Maka jamban tidka sama dengan bilik solat atau bilik perpustakaan mini dirumah kita (kalau ada)
Jamban hanya tempat untuk berak sahaja
Begitu juga bahasa Inggeris.
Dalam bahasa lebih indah...bahasa Inggeris UNTUK KEGUNAAN SEMENTARA SAHAJA..yang mesti diperkembangkan dan mesti diperluaskan ialah BAHASA MELAYU...kita terima bahasa Inggris selepas itu kita kembangkan Bahasa Melayu dan sedikit dem isedikit kita mengurangkan kepentingan bahasa Inggreis dalam negara kita dan utamakan Bahasa Melayu.
DAN SOAL BUDAK MELAYU YANG BODOH MENGUASAI BAHASA INGGERIS TIDAK BERKAITAN SAMA SEKALI DENGAN
>USAHA PEMGEMBANGAN BAHASA MELAYU
>AKIBAT BURUK BACA AKHBAR ATAU BAHAN BACAAN BERBAHASA MELAYU
>AKIBAT BURUK BERKATA "BERKATALAH DALAM BAHASA KEBANGSAAN.."
Masih tidak faham atau sudah faham atau buat-buat tidak faham..itu bukan kerja aku lagi..yang pasti NST PENDERHAKA dan hukum PENDERHAKA INI DUA SAHAJA BUNUH ATAU BERAMBUS DARI MEMIJAK BERNAUNG DI TANAH AIR UDARA LANGIT MELAYU IN!!!
NST MENGHINA BAHASA IBUNDA aka BAHASA KEBANGSAAN!!!
14 Jun 2008
Oleh MOHD. ARIF ATAN
Kempen membaca sebuah akhbar berbahasa Inggeris atas nama penguasaan bahasa tersebut melalui iklan yang disiarkan di kaca TV kini sama ada disedari atau tidak mengandungi beberapa lapis makna negatif yang boleh ’meracuni’ pemikiran khalayak penonton.
Gambaran sekumpulan pelajar lelaki sekolah mempersenda seorang pelajar lain yang membaca akhbar tersebut sambil mengeluarkan dialog antaranya berbunyi ”bacalah dalam bahasa Malaysia” samalah seperti menghina bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini sendiri.
Tambahan pula, watak ’pejuang’ bahasa Melayu itu kemudiannya menepuk dahi malu sendiri kerana tidak memahami soalan yang ditanya dalam bahasa Inggeris.
Penyiaran iklan tersebut perlu dihentikan segera sebelum memusnahkan jati diri rakyat berbilang kaum terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini yang semakin hari semakin luntur.
Adakah kedudukan bahasa Melayu hanya gah dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja sebaliknya dibiarkan terang-terang dihina?
Apa yang paling dikhuatiri ialah berlakunya ’evolusi senyap’ penghapusan maruah bahasa Melayu terutama oleh sebahagian masyarakat kita yang sebelum ini memang dari dahulu lagi tidak menyenangi bahasa kebangsaan.
Selain itu, walaupun pelakon di dalam iklan tersebut nampaknya seperti berbilang kaum tetapi watak beberapa pelajar Melayu yang lebih galak mempersenda itu menggambarkan seperti generasi muda Melayu kini begitu jumud penerimaannya terhadap bahasa Inggeris.
Penghinaan terhadap orang Melayu juga jelas apabila remaja yang dipercayai adalah pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur berdasarkan pertanyaan pelancong asing yang bertanyakan arah ke Tugu Negara dengan menyebutnya National Monument dianggap oleh pelajar itu sebagai rumah Cik Maimon!
Benarkah orang Melayu bersikap tertutup atau terlalu ’bodoh’ terhadap bahasa Inggeris sedangkan hakikatnya orang Melayu sekarang inilah boleh dikatakan kaum yang paling tidak sayangkan bahasanya sendiri berbanding pemimpin dan masyarakat kaum lain di negara ini yang kuat mempertahankan bahasa vernakular masing-masing?
Timbul juga persoalan, adakah syarikat penerbitan akhbar berbahasa Inggeris itu benar-benar ’ikhlas’ dalam kempennya mahu mengajak golongan muda menguasai bahasa Inggeris? Tidakkkah ia hanya lebih kepada strategi pasaran tidak berhemah bagi melariskan akhbar mereka sehingga sanggup ’membunuh’ kelangsungan akhbar berbahasa Melayu pula?
Umum mengetahui, edaran akhbar terbesar di negara ini ialah akhbar berbahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan atau pun bahasa Inggeris. Adakah penerbitan akhbar tersebut ’takut’ mencabar saingan akhbar berbahasa Mandarin lalu yang menjadi mangsa ialah akhbar berbahasa Melayu kerana setidak-tidaknya saingan terhadap akhbar mereka dapat dikurangkan?
Dialog ”baca NST senang dapat kerja” serta terteranya ungkapan ayat di akhir iklan tersebut yang bermaksud ”bahasa Inggeris adalah berguna” boleh menghantar mesej yang sebaliknya iaitu membaca akhbar lain (pastinya akhbar berbahasa Melayu seperti dialog awal iklan tersebut) ”susah dapat kerja” serta ”bahasa Melayu adalah tidak berguna”!
Malah, benarkah membaca akhbar berbahasa Inggeris senang dapat kerja seperti yang didakwa dalam iklan TV tersebut kerana sejak kebelakangan ini pun sudah banyak iklan jawatan kosong yang sudah melampau mahukan pemohon kerja berkebolehan dalam bahasa Mandarin pula?
Oleh itu, amatlah diharapkan pengamal media termasuk para pemimpin dan segenap lapisan rakyat Malaysia bersikap ’adil’ terhadap bahasa Melayu. Biarlah apa yang dipanggil langkah ”memperkasakan” bahasa Inggeris tidak sampai peringkat ”membinasakan” bahasa kebangsaan pula. Jika situasi sebegini berterusan, tiada gunanya kita melaungkan usaha ”mengangkasakan” bahasa Melayu.
Usah bertindak seperti sudu lebih daripada kuah. Beberapa rakan penulis warga asing yang menuntut di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), China misalnya pernah menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kecenderungan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berbangga kepada bahasa Melayu.
Bagi mereka, rakyat Malaysia nampaknya begitu kemaruk mahu bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun hakikatnya pelajar-pelajar asing ini sudah ramai fasih berbahasa Melayu bahkan ada antaranya tidak fasih pula berbahasa Inggeris!
Pengamal media teutama TV sebagai antara ejen utama sosialisasi masyarakat harus memiliki rasa tanggungjawab terhadap usaha pengukuhan jati diri bangsa.
Penulis menganggap hanya TV di di Malaysia satu-satunya media di dunia ini yang sanggup merendah-rendahkan martabat bahasa rasmi negaranya sendiri.
Pemantauan penulis terhadap saluran-saluran TV antarabangsa seperti China, Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Rusia, Sepanyol, Thailand dan Vietnam mendapati siaran dalam bahasa mereka jauh lebih dominan berbanding bahasa lain. Mereka pastinya tidak memperlekehkan bahasa sendiri bahkan memartabatkan lagi bahasa masing-masing melalui pelbagai bentuk program TV. Mana-mana filem asing yang disiarkan pula akan dialihsuara bukan sekadar diletakkan sari kata yang lintang-pukang pula terjemahannya seperti di Malaysia.
Geli hati juga menonton drama bersiri Hindi yang ditayangkan di dalam salah satu saluran TV China ’bercakap’ dalam bahasa Mandarin. Malah, melucukan juga apabila melihat pelakon-pelakon terkenal Hollywood ’bertengkar’ dalam bahasa Perancis atau Rusia. Namun, itulah senario yang berlaku di dunia luar dari kepompong Malaysia yang jauh berbeza kesungguhan media mereka dalam mempertahankan martabat bahasa rasmi negara masing-masing.
TV kita juga mesti peka terhadap sensitiviti kaum tidak terkecuali perasaan dan maruah orang Melayu. Sudah beberapa kali disaksikan siaran iklan seperti menjelang Hari Raya atau Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang sebenarnya tidak lebih memperlekehkan orang Melayu dalam ’mesej’ kononnya mahu mengajak orang Melayu berubah.
Hairannya, sukar pula kita untuk melihat iklan sebegitu ditujukan kepada kaum lain atas premis ’hujah’ yang sama. Bayangkan jika ada iklan yang mahu mengajak rakyat menguasai bahasa Melayu dengan antara babaknya mempersenda watak lain membaca akhbar berbahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil. Adakah orang lain dapat menerima iklan tersebut sungguhpun hakikatnya keamanan dan kemajuan yang dinikmati Malaysia kini adalah berkat jasa bakti fungsi bahasa Melayu selama ini?
MOHD ARIF ATAN
Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), China.
***************
14 Jun 2008
Fantasia Musim Cinta 1
Walau cerita demi cerita datang sambung menyambung dalam kepalaku, aku gagal meneruskannya!
Sebetulnya dalam PC aku terdapat dua buah novel iaitu BUDI dan Fantasia Musim Cinta. BUdi aku tulis sejak aku berada di tingkatan 6 dan seperti biasa temanya lebih berlegar tentang budak sekolah dan guru serta pembelajarannya.
Pun terhenti. Dan tak lama sesudah aku sambung belajar di Universiti Malaya, aku mendapat ilham menulis sebuah novel lagi dengan tema yang lain iaitu Fantasia Musim Cinta.
FMC merupakan novel yang lebih matang daripada Budi dan skopnya lebih luas. Aku terilham menulisnya kerana ia berdekatan juga dengan hidupku masa itu.
Aku bukan anak orang kaya dan ada harta melimpah ruah. Aku anak yatim yang dijaga oleh Tok Dan Wanku seperti aku ini ditatang bagai anak mereka sendiri.
Syukur Allah yang maha kaya melimpahkan rasa murah hati mereka untuk menjagaku dari kecil tapak tangan hingga besar panjang menjadi orang. Nantilah aku menceritakan dengan lebih detail perjalanan hidupku yang bagiku amat syahdu untuk dituliskan.
Aku terilham untuk menulis FMC ialah kerana hidup aku ketika itu. Semasa aku masih berlabel mahasiswa di UM yang terletak di pusat bandar KL tentulah PTPTN itu tidak mencukupi buatku. Jangan kutuk pelajar lagi!Soal pelajar yang salah guna wang PTPTN mungkin ada tetapi banyak antara pelajar menggunakan PTPTN untuk segala-galanya dari membeli baju dan seluar yang lebih sesuai untuk kekuliah atau peralatan belajar seperti buku atau peralatan teknikal lainnya sehinggalah mengirim duit ke kampung menjelaskan kita mengapa PTPTN tidak mencukupi.
Aku tidak membeli telefon berjenama, aku tidak mepunyai motorsikal dan aku tidak mempunyai teman wanita yang boleh aku menghabiskan duitku untuk belanja dua tatkala keluar berjalan-jalan. Tidak aku tidak seperti itu.
Tetapi bayangkan..yuran kolej sahaja sudah mencecah 1 ribu lebih..jarak masa waktu makan yang jauh menyebakan perut mudah bernyanyi sebelum tiba waktu snatapan berikutnya..itu sahaja sudha perlukan 4-5 ringgit..kecuali perut aku dapat menerima maggi.
Jadi kemana duit lebihan ku?Purata kami dapat pinjaman 3000 setiap semester dan ada separuh lagi dalam bank. Jadi kemana perginya...
Aku ini gila membaca dna membeli buku. Kadang kalan aku beli sahaja baca tidak. Aku lebih tertarik kepada sipa penulisnya dan kulit luarannya. Ini kelemahan aku.
Aku menjadi terhipnotis dalam rimbunan buku yang dijual diskaun oleh DBP walau buku itu keluaran 10 tahun lepas aku membelinya kerana jualan murah. Masalahnya aku membeli sekali banyak-jadi bilikku jadi mini perpustakaan perpustakaan sudah...
Barangkali dengan asyik mengulit buku (buku aku tidak terhad kepada karya kreatif sahaja malah karya pemikiran sehinggalah buku Panduan Refleksologi!!!)
Bayangkan. Barangkali itu antara faktor aku minat menulis sama. Ketika itulah.
Jadi dengan duit yang terhad aku terpaksa kadangkala 'mengadap' Mak Uda di Bricfields untuk mendapatkan sedikit pembiayaan peribadi.
Kadangkala aku mengutuk diri sendiri. Mak Uda seorang tunanetra tetapi dia dapat membiayai aku. Maka Sungguh rezeki Allah punya kuasa dan ketentuan. Mak Uda kerja mengurut.
Dia buta. Tetapi hatinya terang. Kadangkala bila aku pergi ke rumah Mak Uda, Mak Uda akan ajak aku ke pasar malam terutama pada hari Khamis. Hari Khamis ialah cuti mak uda.
Akulah menjadi pemandunya dan mata kepada dia. Aku tidak kekok dan cuba biasakan diri. Ia bermula daripada rasa ingin mendapatkan wang tetapi sesudah itu ia bertukar kepada ihsan yang aku sendiri mendapat kepuasan bila dapat memimpin orang buta berjalan.
Kadangkala aku dan Mak Uda bertekak juga. Masakan tidak. Mak Uda seringkali bercakap denganku seperti aku ini budak kecik yang tidak tahu nak berbuat apa-apa tindakan dan keputusan.
Tetapi aku tahu kenapa Mak Uda sesekali amat kasar kepadaku. Iaitu aku menjadi pintu kepada pelepasan emosi terperangkapnya. Emosinya terperangkap dalam dunia butanya, hidupnya dan masa depannya-yakni dia belum berkahwin tatkala usianya mencecah 4o tahun.
Sebentar. Jangan cepat membuat telahan. Org buta mempunyai jodoh. Aku sentiasa bersama Mak Uda tatkala makan dan dipasar malam dan aku melihat banyak pasangan orang buta berjalan bersama-sama di pasar malam. Aku juga dapat mengenali separuh kawan-kawan Mak Uda yang juga buta dan minum makan bersama golongan mereka. Dan tiadk ada yang lebih mensyahdukan aku tatkala aku minum dan makan bersama mereka dengan anak keci yang matanya bulat memandang aku. Maha Kaya Allah! Adikku, bila besar nanti, jadilah orang yang berguna. Jadilah mata yang bersinar cemerlang buat ibu bapa yang membenihkan engkau meskipun dunia dimana kau terlempar ini dipenuhi dengan kotor daki dan tipudaya-nasihatkau jadilah kau permata yang bersinar dari celahan lumpur!!!
Aku juga sesekali membantunya menahan teksi untuk Mak Uda. Kadangkala aku perlukan duit untuk beli nota yang difotostat dan aku mengambil duit dari Mak Uda pada waktu pagi sebelum pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi Mak Uda sudah mula menahan teksi dan aku akan menolongnya bila aku ada pada masa itu.
Bayangkan tempat kerjanya di Subang Taipan. 15 ringgit sekali pergi. Tetapi Mak Uda tak kisah. Gajinya sudah mencecah dua ribu lebih. Pusat Urutnya dimilkki Cina dan ramai pelanggan Cina datang ke pusta urut dan menjadi pelanggan tetapnya.
Jadi dalam kehidupanku ada bahagian aku bersama Mak Uda. Ada bahagianku dalam dunia butanya dan sekitarannya. Ada sesekali aku bertekak dengannya itu membuahkan ilham aku untuk FMC. Cuma aku ubahlah sedikit dan tambah cerita dan reka yang babak-babak menarik.
Namun kini aku terkandas kerana aku terlalu mementingakn kesempurnaan. Walaupun dah berkali berkata kepada diriku novelku itu suatu yang popular tetapi aku cenderung hendak berestetika dan berfalsampah menyebabkan aku akhirnya terkandas dan tidak dapat menulis lagi.
Kini manuskrip novel FMC dan Budi sudah terhapus dari simpanan aku kerana aku tidak membuat 'simpanan' untuk kedua-dua novelku itu!!!
Aku benci pada virus dan kebencianku itu mendorong aku tidak mengambil satu failpun dalam PCku kerana pengalaman memberitahuku virus boleh bersembunyi tatkala fail dipindahkan dan ia akan menyerang PCku semula ketika fail itu dimasukkan lagi.
Pendek kata, aku sudah kehilangan dua anak sejak dalam kandungan lagi. Aku tidak mahu menangis kerana aku lelaki tetapi aku berikrar akan menulis semula FMC kerana aku mempunyai idea penuh tentangnya dan ia amat puitis dan syahdu kepadaku.
Aku sedang menimbang-nimbang samada untuk menulis novel on-line atau pun tulis dan terbitkan seperti biasa.
Forex yang BETUL
KLIK
http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=sentosa7
10 Jun 2008
Bebaskah Kita Dari Gempa Bumi Politik???
Oleh MOHD. ARIF ATANUM / 27 MEI 2008
SAYU di hati apabila mendengarkan 'jeritan' siren dan hon berkumandang melangit sehingga ke Tembok Besar China (Chang Cheng) pada 19 Mei lalu. Penulis turut berkongsi kesedihan dengan seluruh 1.3 bilion warga Republik Rakyat China yang bertafakur selama tiga minit bermula jam 2.28 petang hari yang sama sebagai tanda berkabung atas bencana gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan.
Serentak dengan itu, bendera merah China yang tertera sebutir bintang besar berserta empat bintang kecil berwarna kuning dikibarkan separuh tiang dengan acara rasmi yang penuh patriotik berpusat di Dataran Tian Men, Beijing. Dalam masa yang sama, aktiviti bercorak hiburan juga dihentikan selama tiga hari. Akhbar rasmi berbahasa Inggeris tempatan China Daily keluaran 25 Mei lalu melaporkan sejumlah 55,740 telah terkorban manakala 292,481 orang lagi cedera dan 24,960 masih belum ditemui.
Mungkin ratusan ribu nyawa lagi dipercayai menjadi korban di sebalik runtuhan sekian banyak bangunan yang menyembah bumi. Paling menyedihkan apabila kebanyakan murid sekolah tempatan turut terkorban di sebalik ranapnya bangunan sekolah mereka. Dicatatkan juga kira-kira lima juta mangsa terselamat yang hilang tempat tinggal memerlukan bantuan khemah sementara serta bekalan makanan.
Bekalan Tinjauan penulis di pejabat pos (China Post) sekitar Beijing pula mendapati usaha giat menyiapkan bekalan bantuan kemanusiaan seperti pakaian terpakai untuk dihantar kepada mangsa terselamat. Siaran televisyen tempatan turut melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan liputan meluas dan berkempen memohon sumbangan dan bantuan. Gegaran dalam skala kecil berulang-kali kerap berlaku walhal masih ramai yang masih terasa gegaran berukuran 7.8 skala Richter pada 12 Mei lalu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya ketabahan dan sikap tidak berputus asa rakyat China dari pelbagai pihak membuatkan mereka saling membantu meringankan beban mangsa. Kesediaan menghulurkan bantuan termasuk di kalangan komuniti sebangsa di seberang laut seperti dari Washington adalah pancaran daripada rasa perikemanusiaan dan semangat membantu sesama bangsa yang tinggi.
Apa pun, nilai patriotisme begitu terserlah di sebalik peristiwa malang '512' itu. Segenap lapisan rakyat China yang mendiami negara seluas 9.65 juta kilometer persegi itu membantu mana yang termampu. Malah, rasa perikemanusiaan juga melangkaui sempadan geo-politik apabila masyarakat antarabangsa juga menghulurkan bantuan. Semoga penghuni di wilayah Sichuan dapat segera bangkit daripada kesedihan.
Bagi rakyat Malaysia pula ada baiknya dalam kita membantu meringankan beban mangsa, apa yang tersirat di sebalik bencana ini turut dijadikan iktibar. Betapa bertuahnya kita menjadi warga di tanah air Malaysia yang dijauhkan Tuhan daripada bencana alam besar seperti gempa bumi di China mahupun ribut taufan di Myanmar. Sedangkan gegaran kecil di sebahagian kawasan Lembah Klang dan Tawau pun kita begitu khuatir apatah lagi gegaran besar yang boleh meragut nyawa dan memusnahkan harta benda.
Namun, mengikuti perkembangan sosio-politik mutakhir timbul suatu persoalan: Mengapa kita yang hidup di tanah tumpah darah negara yang kecil ini begitu cenderung mewujudkan situasi seperti 'gempa politik' yang tiada kesudahannya? Siapa yang akan berterusan menjadi 'mangsa' daripada siri-siri gempa politik yang berlaku ini jika bukan kira-kira 27 juta rakyatnya?
Sampai bila kita begitu gemar berselisih faham hanya atas rasa cauvinisme atau perbezaan pendirian politik sehingga kemakmuran dan keamanan yang ada tidak dimanfaatkan untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu-padu dan maju berasaskan acuan kita sendiri?
Kita mungkin boleh menarik nafas lega lantaran terhindar daripada bencana alam seperti gempa bumi. Namun, 'gegaran' daripada gempa politik yang begitu kerap adalah jauh lebih berbahaya untuk jangka panjang ke atas kestabilan negara bangsa Malaysia.
Dimana Bahasa Kebangsaanku???
Oleh MOHD. ARIF ATAN
Pengalaman penulis berada di Beijing sejak pertengahan bulan lalu menyaksikan betapa tingginya martabat bahasa rasmi di negara Republik Rakyat China ini. Bahasa Mandarin atau juga dipanggil bahasa Huayu atau Guoyu begitu luas digunakan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa nasional dan perpaduan bagi 23 buah wilayah/ negeri, 5 kawasan autonomi dan 2 kawasan istimewa.
Taraf bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi bukan sekadar di atas kertas dan lembaran teks buku belajar bahasa Mandarin bagi pelajar-pelajar sekolah sahaja.
Dari bangunan rasmi kerajaan, pusat antarabangsa, universiti, lokasi tumpuan pelancong seperti Tembok Besar China dan Istana Musim Panas sehingga ke kawasan kompleks perniagaan seperti di Da Hong Men, bahasa Mandarin begitu ketara terpapar di mana-mana. Jika wujud bahasa asing sekalipun saiz tulisannya lebih kecil dengan kedudukannya di bawah bahasa Mandarin.
Siaran program di pelbagai saluran TV tempatan di China lebih 90 peratus dalam bahasa mereka. Wawancara bersama pemimpin, program bual bicara bersama tokoh intelek tempatan serta program bercorak hiburan tidak sewenang-wenanggnya mencampur-adukkan bahasa mereka dengan bahasa asing. Jauh bezanya dengan di negara ini apabila perwakilan d Parlimen pun tidak fasih berbahasa kebansaan.
Di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) misalnya walaupun menawarkan hampir 50 bahasa asing seluruh dunia kepada pelajar tempatan juga dari luar negara tetapi bahasa Mandarin masih ‘memayungi’ seluruh sistem di da xue (universiti) ini. Pengumuman melalui siar raya, kain rentang dan notis di papan kenyataan semuanya dalam bahasa Mandarin jauh berbeza dengan perkembangan yang berlaku di universiti tempatan di Malaysia mutakhir ini sehingga penerangan peraturan di dalam dewan peperiksaan pun menggunakan bahasa Inggeris!
Jati diri bangsa China yang kuat berpegang pada bahasanya mungkin satu penyebab ekonomi negaranya pesat berkembang kini. Segala-gala nama asing akan ‘dimandarinkan’ termasuklah nama negara, istilah dan nama makanan. Jika mahu memperkenalkan asal negara kita misalnya, istilah Malaysia akan disebut Malaixiya. Kalau kita hanya menggantikan huruf c pada America kepada Amerika tetapi di China ia terus ditukar kepada Meiguo. Di restoran, memesan kekou kele lebih difahami daripada menyebut coca-cola. Mungkin bagi kita agak ganjil mendengar ais krim dipanggil ’kuih salji’ tetapi hakikatnya di China itulah maksud xue gao.
Bagi sesiapa yang telah menjejak premis jualan komputer di Low Yatt, Bukit Bintang tentu sedia maklum kedudukan bahasa kebangsaan yang seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan di Beijing, kompleks premis jualan komputer di sini yang dipanggil Zhong Guan Cun (Bandar Elektronik) yang jauh lebih besar dari Low Yatt tetap teguh menggunakan bahasa rasmi mereka bukannya bahasa Inggeris seperti kita. Walaupun wujud pengunjung kulit putih di pusat jualan mega komputer di sini namun bahasa perantara paling utama digunakan baik lisan atau tulisan tetap bahasa Mandarin.
Malah, perisian komputer mereka juga sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Mereka juga tidak segan menyebut komputer sebagai dian nao yang jika diterjemahkan secara langsung bermaksud “kotak elektrik”. Resit pembelian juga sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.
Jika di Malaysia, pengumuman tiba di destinasi dalam perkhidmatan LRT akan menggunakan bahasa Melayu diikuti bahasa Inggeris walaupun hanya sekadar menyebut “stesen seterusnya…”. Namun, berbeza di Beijing pengumuman tiba di destinasi di dalam bas awam sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.
Gagalnya bahasa Melayu dmartabatkan untuk menyatakan perasaan juga jelas kelihatan dalam masyarakat kita. Orang Melayu sendiri sekarang ini sudah liat mahu menyebut “terima kasih” atau “maafkan saya”. Sebaliknya, tidak rasa malu mengucapkan thanks dan sorry. Berbeza di China, mereka lebih selesa mengucapkan xiexie dan duibuqi.
Mengapa tidak kita contohi bangsa lain yang bersyukur dengan bahasa mereka dengan menggunakannya secara meluas tidak seperti kita yang seperti kufur atas bahasa sebagai nikmat pemberian Tuhan sebaliknya ’menimang’ tinggi bahasa asing pula secara keterlaluan?
Kuatnya bangsa China mempertahankan bahasa mereka walaupun mahu mencapai taraf negara maju menyebabkan bahasa mereka dapat digunakan secara meluas dan berkembang pesat dipelajari oleh orang asing seluruh dunia pula.
Sebaliknya, kita pula ’gila’ menyempitkan bahasa Melayu yang telah diiktiraf antara bahasa yang ramai penuturnya di dunia. Apalah nilai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan sekiranya dipinggirkan tidak diperkasakan dalam erti kata sebenar?
Benarkah bangsa Malaysia kini sedang bergerak mahu maju berdasarkan ’acuan’ kita sendikri jika bahasanya tidak lagi dimartabatkan dan digunakan secara meluas?
Sekian, terima kasih.
MOHD ARIF ATAN
Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China .
*Abang kepada Mohd Ali Atan.