15 Julai 2009

Malam

kau mau ragut malam
malam dihujung mimpiku
kau mau ragut mimpiku
mimpiku dihujung mataku
kau mau ragut mataku
mataku dihujung jariku
kau mau ragut jariku
jariku dihujung penaku
kau mau ragut penaku
penaku di hujung mejaku
kau mau ragut mejaku
mejaku dihujung balkoniku

malam bukan sandiwara
politikus peragut balkoni
para penyair dan pemikir
untuk berpidato bebas
meramahkan fikrah
dan juga idea-idea

tatkala manusia dikuasai tanggapan dan persepsi
penyair dan pemikir diragut balkoninya!

1 ulasan:

  1. kata2 yg sukar u difahami tetapi bnyk yg tersirat ...like it...

    BalasPadam