28 Julai 2009

Sejujur Mana Kata-kata



Lagu ini bukan ditujukan kpd siapa-siapa.
Kerana apa-apa.
Lagu ini sudha lama memberikan pengalaman kepada saya.
Membaca diri sendiri.
Sejauh manakah saya jujur dan ikhlas kpd manusia, alam dan Tuhan...

24 Julai 2009

Syukur

Allah Maha Kaya lagi Maha Kuasa. Syukur Allah melancarkan urusan saya pada hari ini walau siang sangat terang dimulai pagi yang berangin. Hanya satu sahaja membezakan manusia dengan manusia yang lain; iaitu PENGHAYATAN. Menghayati kehidupan adalah landasan kejayaan dunia dan akhirat. Dengan bersyukur dan berdoa dalam memilih mana yang terbaik;insya Allah, adalah cahaya unggul di depan kita!

21 Julai 2009

Pembuktian Akhbar Bukan Sumber Autoriti Yang Sah

Semalam saya berdebat dengan saudara saya seputar politik tanah air dan isu-isu sekitarnya. Saya bukan seorang yang partisan. Saudara saya membuat generalisasi bahawa media alternatif membuat fitnah dan media perdana (atau dipunyai syarikat 'perdana')semuanya betul dan sah.
~
Selain itu saudara saya juga dipengaruhi tanggapan dan persepsi umum yang tidak dapat dibuktikan keabsahannya secara berwibawa. Saya menerangkan kepada saudara saya agar membaca semua akhbar sebelum dalam menganalisis dan memberikan pandangan tentang suatu isu. Itulah yang paling mudah. Tetapi saudara saya begitu emosi sekali. Saudara saya mengatakan saya emosi apabila menyebut deretan data-data yang membuatkannya serabut lalu menuduh saya emosional. Saya pelik kerana saya tidak menuduhnya apapun sebaliknya hanya membentangkan hujah saya. Dia gagal empati sebaliknya dia beremosi dengan mempertahankan tanggapan yang rapuh.
~
Pendek kata dia percayakan media perdana (dlm isu politik khususnya) bahawa PR sering melemparkan fitnah. Saya berkata kalau Harakah memfitnah apakah isu yang dianggap fitnah tersebut?Dia gagal menjawab kerana dia sendiri tidak membaca Harakah. Persepsinya berdasarkan pembacaannya terhadap media perdana semata. Tidak boleh membuat pengitlakan terburu-buru berdasarkan tanggapan dan emosi. Dia menegakkan pandangan dia bahawa generalisasinya betul.
~
Kemuncak daripada itu, saudara saya menyamaratakan bahawa semuanya salah di akhirat nanti Allah tidak akan tanya secara terperinci sesuatu perbuatan kita. Saudara saya menganggap bahawa kita hanya akan ditimbang, mana yang lebih banyak baik maka masuk syurga dna begitulah sebaliknya.Saya tersenyum semata. Kepada saudara saya, kenapa tidak bertanya kepada yang ahli tentang tafsir ayat Al Quran yang menyatakan perihal tersebut?Mengapa hanya membaca rencana artikel?Di dalam Al Quran terdapat banyak ayat menyebutkan balasan yang khusus di atas perbuatan yang khusus pula. Dalam Al Humazah Allah menerangkan siksa kepada setiap pengumpat dan pencela. Apakah ia suatu pertentangan?Tidak. AQ perlu ditafsir dengan disiplin ilmunya bukan semata-mata kerana pembacaan rencana artikel semata-mata. Terimalah AQ semuanya jangan ambil AQ mana yang kita sangka dapat menegakkan pendapat kita yang salah itu. Jangan kita faham sedikit kita rasa kita faham semua. Jangan kita anggap apa kita faham adalah benar secara mutlak tambah-tambah tanpa merujuk sumber yang sah dan ahlinya. Jangan tafsir AQ mengikut nafsu dan kepala lutut.
~
Kepada saudara saya, saya perturunkan petikan berita dari Malaysiakini yang menyebutkan tentang kepalsuan berita media perdana yang diyakininya benar dan sah itu.
~
'Restoran berahi' tidak wujud
Jul 20, 09 8:12pm
~
Polis yang menyiasat lokasi "Restoran Berahi" seperti yang dilaporkan dua wartawan akhbar Harian Metro hanya menemui sebuah tangki air dan reban ayam di atas bumbung restoran yang dimaksudkan itu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata restoran berahi yang didakwa dua wartawan itu sebenarnya tidak wujud.Katanya polis sudah mengambil keterangan daripada dua wartawan itu dan mereka memberitahu tidak memasuki restoran terbabit sebaliknya hanya mereka-reka cerita."Dalam keterangan, mereka (dua wartawan) mendakwa kegiatan itu berlaku di atas bumbung restoran terbabit tetapi mereka tidak naik ke atas bumbung berkenaan dan hanya melawat sehingga tangga restoran."Jadi kita percaya mereka hanya mereka-reka cerita yang sensasi tetapi hakikatnya tempat itu tidak wujud dan mendapatkan gambar melalui internet," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.Beliau berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Brickfields pada hari yang sama laporan berita itu disiarkan.Kedua-dua wartawan itu yang sering memaparkan isu-isu sensasi menulis artikel mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggan semasa menjamu selera, yang disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut Sabtu lepas.Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan oleh wanita seksi hanya disediakan untuk pelanggan terpilih restoran itu pada hujung minggu tertentu sahaja.Menurut laporan itu kedua-dua wartawan tersebut berjaya menyelinap masuk antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

19 Julai 2009

Kata-kata Hikmat-Anonim-

Kata Anonim, namun keterasinganlah memberitahu aku manusia itu ada dua iaitu manusia sebenar manusia atau manusia separuh binatang separuh manusia. Dan aku bukanlah penagih impian dan perempat simpati dua jenis manusia itu. Sebab itulah aku menulis puisi kerana puisi adalah kata-kata dari Tuhan yang turun (ilham-pen)ke dalam kalbu penyair untuk sekelian manusia.

Kata-kata Hikmat-Lelaki-

Bagi orang yang arif, terlalu bodohlah menganggap pidato dan kata-kata unggul seseorang lelaki menandakan kehebatan dirinya yang sejati. Kau hanya dapat mengenal lelaki yang hebat dirinya apabila kata-katanya seiring dengan pidato dan kata-kata hebatnya. Tanpa perbuatan tiadalah pembuktian. Seperti merak yang mahu mengindahkan dunia yang dihudohkan manusia devian dengan kepak dan bulu warna warninya!

Kata Hikmat-Sahabat-

Sahabat adalah seseorang yang mengingatkan engkau sewaktu sejuta orang memuji 'sempurna dan hebatmu'. Sahabat juga adalah seseorang yang sudi bertanya khabar kpdmu tatkala sejuta orang berpaling wajah daripada memandangmu lantaran 'kekurangan dan kesusahanmu'(Muhammad Ali Atan)

Kesabaran

Ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku...
Sesekali Allah sembunyikan matahari...
Didatangkan ribut petir...
Kita menangis tertanya-tanya dimana cahaya...
Rupanya Allah hendak hadiahkan pelangi...
Kesimpulanya ibu segala cita-cita adalah kesabaran.

Aku Seorang Pelarian

Penyair Zurinah Hassan menulis sebuah puisi berjudul "Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang" lalu puisi ini dibuat lagu puisi oleh Kumpulan Harmoni yang mana lagunya dinyanyikan oleh Zubir Ali dan Joey. Lagu puisi ini mendapat sambutan pada tahun 1980dan sering berkumandang di corong-corong radio tanah air.

Berikut adalah puisinya:

Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang(Zurinah Hassan)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak di hatiku
berhasrat tiada tepi
pecah di pantai berbuih cuma.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar ke tiap ruang rasa
berhiba-hiba awan pilu.

Aku antara manusia beribu
air mataku antara laut-laut lepas
laguku hilang dalan angin menderu.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat bagiku
aku orang pelarian.

Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang (Kumpulan Harmoni)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak ini hatiku
berhasrat tiada tepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar
setiap ruang masa
berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
air mataku antara laut lepas
laguku hilang di angin menderu
pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat-tempat bagiku
aku seorang pelarian.
~
Ulasan 1
~
Dalam rangkap pertama lagu "Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang", baris terakhir rangkap pertama telah ditiadakan daripada rangkap sajak asal oleh penggubah lagu. Penggubah telah melakukan pembuangan ayat daripada teks asal yang dalam Intertekstualiti dikenali sebagai haplologi.
~
Pada baris keempat, rangkap kedua, penggubah lagu melakuakn modifikasi daripada 'ke tiap', kepada 'setiap', 'rasa' diubah menjadi 'masa'.
~
Pada baris kelima, penggubah telah memendekkan (modifikasi) perkataan 'berhiba-hiba' kepada 'berhiba' sahaja. Perubahan itu untuk menyesuaikannya dengan melodi lagu tersebut.
~
Dalam baris akhir, rangkap ketiga merupakan ekspansi daripada teks sajak yang asal. Ekspansi ialah perluasan atau pengembangan makna dalam teks. Penggubah memasukkan ungkapan, 'pecah di pantai terhempas'.Baris ini diambil daripada rangkap pertama baris akhir sajak tersebut yang telah dimodifikasikan. Penambahan dalam rangkap ketiga merupakan suatu ekspansi.
~
Ia dilakukan untuk menyesuaikan dengan ritma akhir baris dua kata 'lepas' dengan kata 'terhempas'. Dalam pada itu terdapatnya modifikasi lain iaitu kata 'manusia' diubah menjadi 'insan' , 'laut-laut' dipendekkan menjadi 'laut', 'dalam angin' menjadi 'di angin', 'tempat' menjadi 'tempat-tempat', dan kata 'orang' menjadi 'seorang' dalam baris terakhir lagu.
~
Di atas ulasan secara harfiah. Ulasan 2 secara terperinci sedang ditulis. Apakah kalian 'rasa' apabila mendengar lagu puisi ini?
~

17 Julai 2009

Tutor

Seluar jeans saya lebih banyak daripada seluar 'slet'.
Petang tadi Dr. menelefon saya.
Lampu Hijau.
Bersedia.
Tiada temuduga.
Minggu depan.
Surat rasmi
Tinggal, supervisor, siapkan borang2 yang patut.
Demi menggambarkan betapa 'krisisnya' akademi, saya telah diberikan Pra-Tugasan oleh Dr. iaitu gambar muka depan novel KOMSAS Tingkatan 1-5 di setiap ZON.
Hendak minggu depan juga.
Alasan Dr, terlalu sibuk.
Akademi perlukan tutor utk banyak subjek(ulangan)
Saya?
Mengiakan semata.
~
Selain itu, saya menelaah juga Tuhfat al Nafis.
Apa sudah jadi dengan buku sebelumnya?
Ya, saya terus baca dan telaah.
Selesai satu bahagian tutup buku buka buku lain.
Saya buat demikian kerana merasakan, saya perlu cepat membaca semua buku-buku yang saya miliki. Jika cadangan sebulan sebuah buku itu tanda bagus, saya perlu sehari 2-4 buah buku hatta 1 atau 2 bab untuk menguasai ilmu pengetahuan.
Ini membolehkan saya berjeda dan merenung apa saya baca.
Sambil jalan-jalan, saya renung baik budi orang Melayu percaya dan yakin kepada Belanda dan Inggeris dalam karya sastera sejarah Tuhfat al Nafis.
Atau tersenyum-senyum nikmat membaca Kamus Simpulan Bahasa disusun oleh Abdullah Hussain terbitan DBP.
Atau kumpulan2 puisi beberapa penyair.
Atau membaca blog.
~
Esok rancangan saya ialah 'menangkap gambar'.
~
Arh!
~
Sabar wahai diri.
~
Apabila ingat usia saya baru 25 tahun, saya lega semula.
~
Apabila saya lupa, saya rasa saya telah terlewat mengejar kemajuan dan pengisian diri.
~
Argh!
~
Sabar!

16 Julai 2009

PASCAMODENISME: KUTUKAN TERHADAP FALSAFAH DAN AGAMA

PASCAMODEN kepada sesetengah pihak dianggap sebagai sebuah model intelektual yang dangkal dan kosong atau sekadar refleksi daripada keinginan yang devians yang bersifat reaksioner ke atas perubahan-perubahan sosial yang berlansung kini. Lantaran itu ia bekerja hanya untuk membongkar-bongkar dan menihilkan segala perkara. Namun sarjana yang mendokong aliran pascamodenisme membalas bahawa kritikan yang sedemikian itu adalah kritikan yang terburu-buru, sembrono, yang sebetulnya adalah kenaifan dan kedangkalan yang tersendiri. Mereka menyifatkan bahawa kritikan terhadap pascamodenisme seringnya hanya bermain di permukaan dan akhirnya hanyalah karikatur sahaja dari pascamodenisme.

Hujah-hujah dari pascamoden tentunya meyakinkan apatah lagi apabila mereka menggunakan senjata bahasa sebagai ‘pembunuh’ dalam pergelutan mereka. Mereka juga sering melarikan persoalan-persoalan besar yang mereka kusutkan ke dalam ruangan-ruangan kecil seperti penyerpihan, kebingungan, pencerai-beraian (fragmented, distraction, dispersion) yang sememangnya mereka bina sebagai kubu bagi menghadapi segala serangan ke atas kekaburan mereka. Lantaran ini tulisan ini mengambil isu pascamoden dengan melihatnya secara menyeluruh dan bukan kekhususan terhadap model yang terpecah di dalam pascamodenisme.

Kertas ini seterusnya akan mendeskripsikan apa yang diilustrasi oleh Huston Smith terhadap pascamoden seperti yang terdapat dalam kertas kerjanya ‘Postmodernism and the World Religions’ (Islam dan the Challenge of Modernity. ISTAC. Kuala Lumpur. 1996) 1. Pascamoden (postmodern) adalah hasil daripada pemikiran atau falsafah pascamodenisme (postmodernisme) yang mana merupakan dasar pengertian (basic sense) sesuatu yang mengangkat pascamodeniti (postmodernity) sebagai keunggulan terkini dan seterusnya memberi refleksi kepada gaya dan cara hidup. Pascamodeniti adalah gaya hidup sementara pascamodenisme adalah dasar pengertiannya.

Oleh kerana istilah pascamoden itu terlihat berkait dengan akar kata moden dan secara langsung pula adalah antitesis kepada moden maka ia mempunyai hubungkait perlu ditelusuri bermula dari sejarah moden itu sendiri.

Sejarah moden Eropah dikatakan bermula sejak kurun ke-17, khususnya setelah ditandatangani Perjanjian Westphalia (T.M 1648) yang menamatkan Perang 30 Tahun dan seterusnya mewujudkan benih-benih kebebasan dari agama, hubungan dan undang-undang antarabangsa, undang-undang peperangan dan sistem-sistem perikatan antara negara-negara Eropah. Ia berlanjutan hingga ke abad 18 yang ditandai oleh gerakan Zaman Kesedaran yang telah memperjuangkan perubahan nilai-nilai dan amalan sosiopolitik serta agama di Eropah daripada yang berasaskan kepada agama dan ancien-regime kepada yang sekular, bebas dan demokrasi liberal yang dianggap sebagai moden. Nilai-nilai serta amalan ini sedikit sebanyaknya mula menjadi kenyataan dalam kehidupan selepas revolusi Peranchis pada 1789 dan seterusnya menjadi sandaran kehidupan Barat sehingga kini. 2

Peringkat awal sejarah moden menyaksikan satu kekosongan apabila agama dan ilmu yang berasaskan agama yang disebut sebagai belenggu itu dihancurkan oleh para moderat. Oleh itu mereka harus mengisi semula kekosongan itu dengan ilmu pengetahuan baru sesuai dengan konsep-konsep moden mereka. Maka lahirlah kaedah dan pendekatan empirikal, logik, rasional dan malahan saintifik, yang mana bersesuaian dengan konsep sekular yang kini menjadi asas ilmu pengetahuan dan kehidupan mereka.

Peringkat seterusnya sejarah moden menyaksikan kelahiran modeniti (gaya hidup baru) yang ditandai dengan kemunculan revolusi industri. Era moden pada peringkat ini memasuki lembaran yang lebih bermakna dan mencapai kemuncak dengan penemuan-penemuan sains yang menakjubkan. Moden menjadi sinonim dengan saintifik. Pergerakan moden dimaknakan oleh perkembangan saintifik yang mengubah sisi dunia dengan drastik sekali.

Huston Smith dalam rencana yang sama menyatakan bahawa tradisional melihat cara dan tujuan hidup mereka melalui prinsip dan doktrin agama yang memberikan satu pandangan hidup (worldview) yang mutlak tentang kebenaran. Sementara moden itu pula lahir apabila sumber baru ilmu iaitu metod saintifik ditemui. Metod saintifik ini membina hipotesis-hipotesis melalui eksperimen yang dijalankan dan seterusnya mendemonstrasikannya sebagai penemuan-penemuan saintifik. Penemuan-penemuan saintifik inilah yang memberikan Barat kuasa untuk merubah dunia. Sains merupakan dokongan utama kepada modenisme khususnya dalam minda Barat.

Namun sains dan modenisme ini mempunyai batasan. Pada peringkat akhir sejarah moden, lahir pemikir dari kelompok moden ini yang menyatakan rasa keliru dan mula mempersoalkan pencapaian daripada gerakan moden itu. Mereka ini dikenali sebagai ‘frontier thinkers’. Mereka ‘berhenti’ menjadi moden kerana mereka melihat apa yang dikatakan sebagai pandangan hidup saintifik (scientific), menyedari bahawa ia bukan saintifik tetapi saintistik (scientistic) iaitu sains sebagai idealogi. Mereka mendakwa mengambil usaha untuk mengembalikan kemuliaan kepada sains yang mereka dakwa telah tercemar di tangan modenisme, dengan menerangkan kepada umum tentang sifat dasar/azali (nature), yang mereka tambahkan kepada sains. Tetapi sains di tangan mereka (frontier thinkers) juga tidak dapat mewujudkan semua hal dengan kaedah dan metodologinya. Sains mampu menyediakan pandangan hidup saintifiknya hanya terhadap sebahagian perkara yang berhubung dengan fenomena. Sebahagian lagi perkara seperti nilai-nilai lazim (normatif) dan hakiki (intrinsik), kewujudan dan maknanya, teleologis, kualiti bukan material, kejadian alam tinggi yang ghaib tidak dapat diselesaikan oleh sains. Dengan itu ia seperti mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah berlaku berulangkali dalam peristiwa yang berlainan. Walaupun demikian mereka telah berjaya menyediakan satu antitesis kepada modenisme, dengan memperkenalkan pasca strukturalis, hermenuatiks, pasca analitik, fenomenalogi dan sebagainya yang mana akhirnya dirangkumi dalam sebuah naratif besar (grand narrative) iaitu pascamodenisme.

Dr. Akbar S. Ahamed dalam bukunya Postmodernism and Islam3 membariskan lapan elemen yang menjadi inti kepada pascamodeniti;

Pertama, ia dihidupkan oleh ruh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tardisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme).

Kedua, media menjadi nadi dan pusat dinamiknya.

Ketiga, ia berpasangan dengan fundamentalis agama-etnik, iaitu mempunyai sikap fundamentalisme (istilah fundamentalisme yang diberikan awal dahulu terhadap gerakan fanatik Kristian Protesten), dan gusar kepada sesuatu yang di luar perkiraannya.

Keempat, ia terikat dengan masalalu, walau bersikap memprotes terhadap masalalu tersebut.

Kelima, mempunyai prasangka terhadap demokrasi, tetapi dalam masa yang sama dirinya sendiri mempunyai elemen kelas seperti yang terdapat dalam kapitalisme (kapitalis-liberal adalah teras demokrasi). Di mana golongan yuppies bandar (kelas baru dari produk kapitalisme) adalah teras yang menjadi agen katalisnya.

Keenam, ia berpusat di metropolis.

Ketujuh, ia berkembang biak di atas jukstoposisi perbincangan/perdebatan (sintesis), subur dengan eklektisisme (bauran falsafah) dan bauran imej dan media.

Kelapan, ia tidak memberikan satu bahasa/komunikasi yang mudah dan licin.

Pemisahan kemanusiaan dan alam merupakan satu usaha menghancurkan vertikaliti tradisionalisme yang melihat kebenaran adalah mutlak berdasarkan hirearki Tuhan-alam-manusia. Ini terlihat jelas apabila Jean-Francois Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition 4, yang telah menjadi locus classicus bagi perbincangan pascamoden, menempatkan pascamoden di dalam motto ‘Incredulity toward Metanarrative’ (ketidakpercayaan terhadap metanaratif). Metanaratif dilihat atau dimaksudkan dengan segala yang bersifat meta, iaitu di luar jangkauan fenomena dan merupakan suatu yang noumena. Ia menyangkuti falsafah, agama dan segala yang bersifat doktrinal. Ketidakpercayaan itu adalah ketidakpercayaan terhadap falsafah dan agama, bahkan lebih buruk lagi ia menyembunyikan satu sikap daripada konotasi frasa ini iaitu ‘kutukan terhadap agama’. Tujuh sisi lagi yang menjadi elemen pascamodeniti atau gaya hidup pascamoden bergerak mengekori sisi pertama ini dengan cabang-cabang gerakannya yang nyata.

Dalam pada itu, pascamoden juga dikritik oleh sarjana Barat sendiri di atas kekeliruan yang ditimbulkannya bukan sahaja terhadap metanaratif tetapi juga terhadap model dan paradigmanya. Sebelum sains moden model Aristotle tentang dunia menjadi teks Barat, sebelum ia dicabar oleh Copernicus dan Galileo. Kemudian pada era moden Newton telah menggantikan atau melengkapkan model tersebut dengan imej gerakerja jam semestanya. Tetapi pascamoden bukan memberikan sebarang model ketiga dengan kuantum dan relativitinya tetapi gagal memberikan sebarang model apa pun. Pascamoden seperti yang dikatakan oleh Richard Rorty dalam The University of the Chicago Magazine5, "There is no Big Picture".

Analoginya, kaum tradisional melihat dunia melalui pembukaan rahsia ghaib (baik melalui wahyu atau mitos melalui teks suci) di mana pada era moden atau era saintifik telah menggencat pandangan tradisional dengan di mana metafizik dilihat dengan pandangan serong dan manusia hanya melihat semua yang wujud baik tampak atau tidak adalah di bawah (inferioriti) dari mereka. Namun di jendela pascamoden pula, ia menutup daripada membabitkan apa-apa pandangan pun. Bahkan ia menolak kedua-dua pandangan hidup kaum tradisional dan kaum moden. Sebaliknya pascamoden mengembangkan tiga versi aliran pemikirannya sendiri dalam menangani hal metafizik ini.

Tiga versi ini seperti yang digambarkan oleh Huston Smith adalah;

Pertama, versi minimal – sebuah deskriptif pascamodenisme yang meletakkan fakta yang menolak setiap kewujudan pandangan hidup (worldview). Penolakan ini tentunya merangkumi pandangan hidup keagamaan dan falsafah.

Kedua, versi mainline – sebuah doktrin pascamodenisme yang bertolak daripada pemikiran minimal untuk mempertikaikan ketetapan keadaan ini. Mereka menafikan apa-apa pandangan hidup, walaupun mereka secara tidak langsung mengakui bahawa betapa terbatasnya fikiran manusia untuk menolak pandangan hidup yang dibawa oleh agama. Ahli kem ini tidak bersetuju bahawa realiti mempunyai struktur dalaman yang perlu ditelusuri dan diketahui, tetapi dalam masa yang sama mereka bersetuju jika ia mempunyainya, minda manusia tidak berkemampuan untuk mengetahuinya.

Ketiga, versi hardcore – sebuah polemikal pascamoden yang melangkah lebih jauh dengan menambah ‘Good Riddance’. Pandangan hidup dikutuk, di samping itu mereka menyeluruhkan (membina satu pandangan menyeluruh) dalam melakukan peminggiran terhadap minoriti-minoriti (suatu yang mereka anggap inferioriti dari grand narrative mereka).

Sebelum membincangkan ketiga-tiga versi ini, adalah lebih baik jika kita pergi dahulu kepada pangkal gerakan pemikiran pascamoden ini. Pemikiran ini boleh dikatakan mendapat nafasnya di tangan seorang pemikir Peranchis yang tidak asing lagi iaitu Jacques Derrida.

Jacques Derrida, pemikir Peranchis yang dikatakan sebagai ‘paderi besar’ pemikiran pascamoden, telah menggelorakan gelombang besar ke dalam dunia falsafah Barat dengan teori dekonstruksinya adalah seorang tokoh pascamoden yang paling terpercaya dan mengepalai gerakan pemikir pascamoden. Ia mula mewujudkan satu binaan konkrit terhadap pemikiran-pemikirannya dengan permainan-permainan bahasa. Mottonya ‘ll n’y a pas de hors-texte6 (there is nothing outside the text) yang bermakna ‘tiada apa di luar teks’ telah melangkaui magnum opus ‘cogito ergo-sum’ Rene Descartes yang telah meletakkan batu asas kepada modenisme pada suatu ketika dahulu. Ia menggantikan Descartes dalam membina batu asas baru – pascamodenisme.

Sehingga kini terjemahan terhadap prosa Derrida tersebut terus berlangsung dalam pelbagai tafsiran dan perluasan. Walau begitupun para pentafsir menghadapi masalah dalam usaha untuk menjelaskan maksudnya. John Caputo, penterjemah pemikiran pascamoden yang terbilang mentafsir bahawa, "tidak ada apa-apa di luar had tekstual mahupun kontekstual itu sendiri, dan tidak wujud sebarang hubungan terus dengan sebarang sistem kod di mana atau bagaimana buah fikiran seperti ‘sesuatu di dalam diri mereka’ berkemungkinan memulakan sesuatu dan di mana pengucapan itu merujuk kepadanya" 7.

Mungkin satira daripada Walt Anderson 8 dapat memahamkan kita sedikit tentang dekonstruksi; "dekonstruksi berjalan baik di luar apa kamu fikir betul jika kamu fikir ia betul". Mesejnya ialah ia menyalahkan apa sahaja yang kita fikirkan, kecuali jika kita fikir ia salah, di dalam mana kes kita mungkin betul – tetapi kita tidak bermaksud apa yang kita fikir kita akan laksanakan.

Sehubungan dengan itu Huston Smith menyatakan bahawa prosa Derrida ini amat meragukan jika digunakan, kerana ia bukan akan dapat menyelimuti teori yang bocor tetapi membuatkannya kelihatan seperti diada-adakan atau hanya lagak yang kosong.

Derrida berpegang teguh kepada hal tersebut (tiada apa di luar teks), dan ini sebaliknya berlawanan dengan imej publiknya iaitu dekonstruksi sebagai sebuah projek pembenaran (affirmitif project) dengan inti/esensinya terdiri daripada ‘keterbukaan untuk yang lain (segalanya)" (openness to the other). ‘Yang lain’ ini dimaksudkan dengan situasi, tanggapan dan generalisasi lain yang berlegar di seluruh celerawala ini. Seperti yang dikatakan oleh Caputo iaitu pemikiran Derrida adalah bergerak melalui ‘philosophy of alterity’, suatu usaha pengamatan yang keras dan peka kepada ‘yang lain’. Ia berdiri di atas kepekaan-amat (hyper sensitivity) terhadap banyak benda ‘yang lain’. Yang lain ini sama ada manusia, spesies, Barat, Timur, klasik, falsafah, sebab-akibat dan sebagainya.

Pemahaman terhadap dekonstruksi ini membantu untuk mensituasikan ‘ketidakpercayaan terhadap metanaratif’ dalam konteks pascamoden. Pernyataan Derrida melalui ‘keterbukaan untuk yang lain’ telah memenuhi makna ‘ketidakpercayaan’ tersebut. ‘Keterbukaan untuk yang lain (segalanya)’ secara submissive digunakan untuk menolak pandangan hidup keagamaan yang bersifat mutlak. Dan ia dikaitkan dengan ‘ketidakpercayaan’ iaitu ketidakpercayaan terhadap sebarang kemutlakan iaitu agama. Dekonstruksi mempergunakan ‘keterbukaan untuk yang lain’ bagi mengetepikan sebarang bentuk vertikaliti dalam pandangan hidup keagamaan dan kecenderungan ontologikal. ‘Keterbukaan’ ini akan memasukkan seluruhnya ke dalam bijana baru (termasuk Tuhan dan agama) dan kemudian didekonstruksi sejauh mungkin hingga memunculkannya dalam bentuk baru yang sejajar dengan pascamodeniti tersebut.

Dekonstruksi berkembang dengan nilai-nilai yang tertentu, yang mana menempatkan kritik-kritiknya dalam posisi samada merupakan sensitiviti peribadi ataupun reaksi politik, yang mana dekonstruksi berulangkali menyerang (reaksi politik pascamoden akan disebut dalam bab akhir).

Selanjutnya Huston Smith juga meletakkan Derrida dan gerakan pascamodennya sebagai penentang subjek kerohanian manusia. Ini jelas apabila Caputo menerangkan letak duduk pascamoden antara faham ketuhanan dan faham tidak bertuhan,

"To the age old dispute between belief and unbelief, deconstruction comes equiped with a kind of armed neutrality. (It) neither includes nor excludes the existence of any positive entity….There is nothing about deconstruction… that affirms or falsifies the claims of faith; nothing that confirms or denies the claims of physiological reductionists who see there only the marvellous prompting not of the Spirit, but of certain neurotransmitters". 9

Huston Smith menyerang bahawa dekonstruksi lebih menentang kerohanian dalam agama daripada tentangannya terhadap fahaman physiological reductionist yang mendakwa bahawa ruh hanya adalah neurotransmitters. Sebaliknya ia tidak melakukan apa-apa terhadap sebarang pandangan dari faham tidak bertuhan itu, sedangkan ia menyerang hebat terhadap dakwaan-dakwaan agama dan kerohanian. Secara nyata Derrida sebenarnya berada di dalam kem besar kuasa massa yang menentang ruh keagamaan manusiawi hari ini. Ia memikirkan bahawa penyerpihan, pemecahan perhatian dan pencerai-beraian adalah apa yang manusia perlukan. Lantaran itu pascamoden berdiri di atas percubaan untuk memusnahkan segala yang ada dan dari kemusnahan dan ketidakstabilan itu ia mencari guna untuk dirinya. Maka jelas pascamoden sebenarnya adalah perintang (balkanization) kepada kehidupan dan pemikiran yang bersih.

Setelah melihat apa yang dibawa oleh dekonstruksi, maka kita kembali untuk melihat tiga versi yang dikatakan sebagai hujah dan dalil pascamoden dalam menanggapi persoalan metafizik.

Versi minimal merupakan deskripsi yang menjadi akar kepada penentangan terhadap kerohanian. Cara mereka mendeskripsi penafian mereka terhadap pandangan hidup terdapat dalam pernyataan, "We have no maps, and we don’t know how to make them" 10. ‘We’ adalah merujuk kepada intelektual Barat, sementara ‘maps’ itu adalah agama, yang mewakili kecenderungan fanatikal yang meyakini tanggapan daripada versi polemikal pascamodenisme yang mengutuk agama sebagai penghasut kepada kacau bilau dan kekecohan. Ini memaksudkan bahawa mereka tidak mempunyai agama dan dengan itu tidak berkecenderungan untuk menempatkan diri mereka dalam sebarang sikap keagamaan yang dianggap sebagai perosak masyarakat dan kehidupan. Dengan itu mereka dengan tegas menolak sebarang bentuk pandangan hidup. Ini membawa kita kepada apa yang dinyatakan oleh Dr. Akhbar S. Ahamed terdahulu bahawa pascamodenisme adalah ‘pasangan kepada fundamentalisme agama-etnik’. Pascamoden tidak dapat melihat bahawa perluasan gaya pemikiran mereka - yang tersembunyi bahaya relativisme dan nihilisme – akan menghasilkan fundamentalisme, di mana fundamentalisme merupakan breeding ground kepada fanatisme dan ketegaran (tiada tolak ansur) yang menjadi tunjang kepada sikap mereka.

Akibat sikap tegar mereka, Huston Smith menyatakan bahawa peminggiran faham pascamoden yang fundamentalis ini, akan membuka kembali ruang-ruang pemikiran ontologikal, yang mana telah tertutup oleh kefanatikan mereka yang berasaskan deskripsi minamalist tersebut. Pemikiran ontologikal, sedemikian lama telah diterima di Barat sendiri, terutamanya konsep Rantai Besar Kewujudan yang menjadi paradigma utama kosmologi tradisional. Konsep Rantai Besar Kewujudan ini menjelaskan tentang aturan hierakikal yang bergerak ke atas secara vertikal dari wujud kecil (sempit) kepada wujud besar iaitu kesempurnaan mutlak atau ens perfectissimum. Konsep ini bukan sahaja menimbulkan kesan besar dalam pemikiran ontologikal Barat tetapi juga telah meyakinkan mereka tentang hakikat realiti. Arthur Lovejoy dalam bukunya The Great Chain of Being 11 menyatakan, "most educated person everywhere accepted (it) without question down to late in the eighteenth century". Sementara Ken Wilber pula menambah bahawa Rantai Besar Kewujudan adalah, "so overwhemingly widespread… that it is either the single greatest intellectual error ever to appear in humankind’s history – an error so colossally widespread as to literally stagger the mind – or it is the single most accurate reflection of reality yet to appear". 12

Namun pascamoden telah cuba untuk membunuh segala bentuk kecenderungan ontologikal ini dengan dekonstruksi mereka yang dimulakan dengan pengaburan-pengaburan terhadap realiti atau alam al-mithal itu.

Versi mainline pascamoden adalah doktrin yang bertolak daripada deskripsi minimal yang mempertikaikan ketetapan atau kekekalan keadaan tersebut. Doktrinnya menegaskan bahawa manusia adalah terbatas (finitude) dan menentang pandangan tentang infinit. Mereka menegaskan bahawa wujud dan rasional itu bersifat terbatas. Tidak ada wujud dan rasional yang tidak terbatas termasuk Tuhan. Jika Tuhan itu tidak terbatas maka ia bukan wujud dan rasional lagi tetapi angan-angan atau apa yang disebut sebagai ‘castles in the air’. Versi mainline pascamoden ini mendakwa bahawa minda manusia adalah Tuhan pada setiap pandangan benda, dan segala pengetahuan berada di dalamnya. Bagi pascamoden pandangan hidup adalah pandangan/gambaran manusia. Manusia adalah pusat segala pandangan hidup. Tiada campurtangan Tuhan atau apa-apa yang dikatakan bersifat infinit tersebut.

Komponen-komponen epistemologi pascamoden adalah usaha-usaha keras untuk mengaburkan sebarang usaha perealisasian dan membawanya kepada absurditi yang duniawi, menjenuhkan, berserpihan dalam membina konsep ilmu pengetahuan. Doktrin ini dikenali sebagai perspektivalisme. Perspektivalisme ini menjadi absurd apabila fakta-fakta yang terang yang dilihat dari tempat yang berbeza, dari sudut yang berbeza diubah kepada dogma yang membuatkan kita (manusia) tidak tahu apakah sebenarnya ia. Namun perspektivalisme memberi alasan bahawa hal ini berlaku kerana sudut pandangan manusia (kategori-kategori daripada minda) yang menghalang manusia daripada mengetahui ‘sesuatu di dalam dirinya sendiri’, dan apabila psikologikal budaya, waktu dan jaring-jaring bahasa ditambahkan ke dalam generik yang antropologikal, maka lahir konstruktivisme, relativisme budaya, historisisme dan teori-teori linguastik yang lain. Secara keseluruhan, perspektivalisme ini berkeliling dan berputar di sekitar ruang dirinya sendiri untuk mendapat rasa daripada keseluruhan yang melibatkan perspektif yang tidak lebih daripada yang sebanyak itu. Setiap senario diterima hanya sebagai ‘sesuatu di dalam diri mereka sendiri sahaja’. Bagi perspektivalisme alternatif adalah bukan untuk keluar daripada diri atau masa tetapi untuk pergi ke dalam diri sehingga ia sampai kepada sesuatu yang di luar masa dan ruang. Inilah antara absurditi di dalam perspektivalisme yang termaktub sebagai doktrin bagi versi mainline pascamoden.

Kesimpulannya, doktrin pascamoden berdiri di atas keterbatasan manusia, menghujah bahawa minda yang terbatas tidak dapat menempati sesuatu yang tidak terbatas. Ini bermakna (mengikut pascamoden) tiada hubungan antara manusia (nyata) dengan Tuhan (tidak nyata). Pandangan hidup adalah pandangan manusia dan bukan selain daripada itu. Komponen epistemologi pascamoden adalah bekerja untuk mengaburkan pemahaman, dan kemudian pula mengesahkan dua pandangan asas mereka iaitu perspektivalisme yang membawa dalil-dalil absurd dan konsep pengetahuan yang bersifat keduniaan, bercelaru dan keliru. Perspektivalisme ini melihat diri/manusia sebagai pusat pemikirannya. Lantas epistemologinya berkembang selari dengan jalur-jalur pemikiran yang disumbangkan oleh Kant yang menyatakan pengetahuan adalah sintesis daripada setiap konsep yang dihadirkan untuk konsep itu sendiri. Kant juga menolak kewujudan fakulti istimewa dalam akal manusia bagi menanggapi persoalan kerohanian.

Bagi Kant, akal hanya bertindak berdasarkan logik yang diasaskan kepada komentar-komentar yang diterima secara rasional dan empiris. Ini ditentang oleh pandangan hidup keagamaan yang menjelaskan bahawa pengetahuan objektif (akal) hanya disekadarkan untuk keperluan duniawi, dan apabila persoalan itu melibatkan karekter kerohanian maka satu fakulti istimewa diperlukan untuk menanggapinya. Dan bagi agama, pandangan hidup adalah sesuatu yang mutlak. Sementara pascamoden menolak sebarang kemutlakan dalam sebarang sudut pandangannya. Seterusnya pascamoden menjelaskan bahawa peralihan daripada modeniti kepada pascamodeniti adalah peralihan daripada kebenaran kepada makna. Konsep kebenaran dan makna di dalam pascamoden ini adalah konsep yang difahami sebagai falliblism’s prerequisite.

Seterusnya versi hardcore pascamodenisme memulakan polemikal mereka dengan keras mendakwa bahawa agama lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Dimensi vertikal di mana agama itu yang menghidup dan memberi makan kepada jiwa manusia – dikesampingkan sebagai persoalan kecil di luar logik. Versi ini kemudian mengulang kembali kes-kes pertentangan kelas sepertimana yang pernah digunakan oleh Karl Marx terhadap kapitalis. Kecenderungan yang secara tidak langsung (atau terancang) seperti menghidupkan Marxisme terlihat dalam beberapa gambaran yang diberikan.

Dari sudut subjektif, epistemologi pascamoden menetapkan bahawa ilmu pengetahuan bersifat objektif dan merupakan sintesis daripada pergelutan tesis dan antitesis. Ini seperti penyamaran kepada dialektika materialisme Marx atau triad itu. Marx memulakannya dengan peringkat feudalisme (peringkat ketiga dari lima peringkat sejarah yang diutarakan oleh Marx), iaitu suatu peringkat apabila masyarakat itu dianggap sudah agak bersistem lantas diandaikan sebagai sebuah tesis. Daripada feudalisme pula masyarakat akan berubah kepada kapitalisme dan akhirnya kepada sosialisme dan komunisme. Mengikut triad atau dialektik materialisme ini, feudalisme atau tesis akan runtuh dengan penjelmaan kapitalisme yang menjelma sebagai antitesis. Peringkat ini tercapai apabila ia dapat mengambil alih kekuasaan terhadap cara dan tenaga pengeluaran ekonomi. Walau bagaimanapun peringkat kapitalisme atau antitesis ini tidak kekal. Ia akan runtuh atau diruntuhkan. Runtuhnya antitesis ini akan membuka jalan kepada terbentuknya sintesis, iaitu yang merupakan peringkat sosialisme dan seterusnya komunisme. Peringkat komunisme atau sintesis ini merupakan suatu sistem masyarakat yang dianggap ideal dan tidak lagi wujud pelbagai kelas kemasyarakatan di dalamnya. Oleh kerana itu persengketaan dan pertentangan terhapus dan ia akan kekal dan tidak berubah selama-lamanya. Pascamoden dengan dekonstruksinya kelihatan mengikut cara ini dalam mewujudkan sintesis sebagai objektiviti yang ideal setelah membongkar dan menihilkan segala perkara.

Secara objektif pula, pascamoden jelas memberi tentangan terhadap kapitalisme dengan menggambarkan ‘kemajuan’ yang akan membawa kepada anarki di mana ekonomi pasar mengalahkan ekonomi perencanaan. Berlaku perubahan nilai guna menjadi nilai tukar, yang kemudian menjadi unggul. Hubungan kesedaran manusia dengan dunia di luar akhirnya menjadi hubungan komoditi-komoditi. Komoditi yang pada mulanya memang tampil sebagai suatu yang konkrit - tetapi pada masa yang sama sifatnya yang unik, singular dan tidak dapat disamakan dengan dirinya - akhirnya diterjemahkan dalam harga. Maka wang yang merupakan satu nilai maya, mengubah setiap objek, termasuk manusia menjadi sama dengan apa sahaja yang lain. Keanekaragam lahir tetapi serentak itu ia adalah penyeragaman.

Pengungkapan hal di atas dilakukan dengan membina satu titik untuk menjadi fokus yang kemudian dapat dijadikan landasan kepada pengembangan sebuah idealogi baru. Titik ini adalah bahasa. Pascamoden meletakkan fokusnya kepada bahasa atau falsafah bahasa (sebagai pusat persoalan), sepertimana Marxisme meletakkan fokusnya kepada sejarah atau falsafah sejarah (sejarah bagi Marxisme adalah kes-kes pertentangan kelas). Bahasa adalah medium manusia berhubungan (seperti sejarah dalam Marxisme adalah medium manusia berhubungan dan mengungkapkan hal ehwal di luar dirinya), juga mengungkapkan bahkan mengkonstitusikan hal ehwal di luar dirinya. Di sini mereka menyatakan peranan metafora sebagai ‘inti segala kegiatan bahasawi’, yang secara timbal balasnya mengemukakan harkat retorika demi mengangkat dialektika menjadi satu prioriti dalam pengertian ‘cara berfikir filosofis yang logis dan berargumentatif keras’. ‘Bahasa’ ini kemudian berkembang dan membangunkan pemikiran kritis (sebenarnya dekonstruksi) terhadap birokrasi, penguasaan, politik, perencanaan pengeluaran dan teknik-teknik pemasaran yang melingkungi, yang pada dasarnya ditanggap sebagai gejala berkecamuknya sikap (kekaburan) yang menganggap prinsip identiti sebagai prinsip utama dalam membaca dunia orang lain. Dengan kata lain, pemberhalaan terhadap konsep. Pascamoden mengangkat pemikiran Nietzsche yang menyatakan bahawa konsep adalah, "bangkit melalui penyamaan apa yang tidak sama’. Padahal, kata Nietzsche lagi, "alam tidak mengenal bentuk, tidak mengenal konsep, hanya mengenal ‘sebuah X’, yang tidak akan tercapai dan terbatas oleh manusia".

Hal ini jelas adalah kecenderungan yang bersifat Marxisme. Lihat apa yang dinyatakan oleh Huston Smith (dalam rencana yang sama);

"The breakup of colonialism following World War II got mixed up with Marx’s hermeneutic of suspicion in a curious and unfortunate way. Marx was able to show quite convincingly that much of what capitalists took for truth was actually idealogy – but his successors slipped into assuming that because the capitalist ‘thought’ their truth was objective and they oppressed people, belief in objective truth must be a cause of oppression. No Descartes, no imperialism. There is great irony here, for Marx mounted his hermeneutics of suspicion to clear the ground for his view of things which he considered objective. His stratagems, though, were powerful and took on a life of their own. Eventually (with help from Nietzsche, Freud and others) they turned againts their fathers by undermining confidence in objective truth generally".

Alam yang hanya mengenal ‘sebuah X’. Sebuah X ini disebut juga sebagai ‘the others’ (yang lain-lain). Pendokong-pendokong versi hardcore ini dengan tegas menyatakan bahawa menjelang akhir abad ini dan abad akan datang, ‘X’ ini hidup dalam ancaman bertubi-tubi, didesak pada setiap saat, dicap dengan pelbagai identiti, dibekukan dalam konsep dan kategorisasi, dan kemudian dijajah atau bahkan dibinasakan. Maka itu pascamoden menekankan pemikiran dewasa ini adalah pemikiran ke arah pembebasan atau ‘Good Riddance’.

Ini menyamai dengan apa yang dikatakan oleh Huston Smith dalam kata penutupnya bahawa tiada siapa yang bersetuju bahawa pandangan pascamoden dan dunianya lebih mulia daripada agama. Pascamoden sendiri bersetuju dengan pandangan buruk mereka bukan kerana mereka menyukainya, tetapi kerana mereka fikir bahawa sebab-akibat dan pensejarahan manusia memaksa mereka bangkit menentang.

"…no one who thinks that postmodern view of the self and its world are nobler than the ones that the world’s relegions proclaim. Postmoderns acquiesce to their dilapidated views, not because they like them, but because they think that reason and human historicity now force them upon us."

Kekaburan pascamoden bukan sekadar kekaburan dan kekeliruan tetapi delusi daripada para ‘desperado’ yang kehilangan arah.

Kemunculan pascamoden sebenarnya tidak memberi sebarang makna terhadap pembentukan budaya, sebaliknya ia hanya mengaburkan sebarang pembentukan nilai-nilai di dalam budaya demi untuk menghancurkan sebarang bentuk budaya termasuk kesusasteraan yang masih terikat dengan pandangan hidup keagamaan. Sebagai sebuah pemikiran yang memulakan langkah dengan menolak pandangan hidup keagamaan dan Tuhan maka seluruh pemikiran di dalam pascamoden itu sendiri secara automatiknya adalah tertolak daripada menjadi model atau paradigma kepada pemikiran, norma-norma, budaya dan kesusasteraan yang berasaskan atau yang terikat atau yang berkecenderungan terhadap nilai-nilai keagamaan dan tradisionalisme yang suci, luhur dan mutlak.

Bibliografi

1 Islam dan the Challenge of Modernity. Proceedings of the Inaugural Symposium on Islam and the Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Contexts. Kuala Lumpur, August 1-5, 1994. ISTAC. Kuala Lumpur. 1996

2 Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Mohd Yusof Ibrahim. DBP. 1991

3 Postmodernism and Islam. Akbar S. Ahamed. London and NewYork: Routledge. 1992

4 The Postmodern Condition. Jean Francois Lyotard. Minneapolis: Minnesota University Press, 1994

5 The University of the Chicago Magazine. Richard Rorty.

  1. Dialogue with Contemporary Continental Thinkers. Richard Kearney. Manchester: Manchester University Press. 1984

Tain of the Mirror: Derrida and Philosophy of Reflection. Rodolphe Gasche. Harvard: Harvard University Press. 1988

7 Faith and Philosophy, op. Cit., pg.453. Good News about Alterity: Derrida and Theology. John Caputo

8 Reality isn’t What it Used to Be. Walt Anderson. San Francisco: Harper & Row, 1990

9 ibid. John Caputo

10 The Good Society. Robert Bellah et al. New York: Knopf ,1991. Richard Madsen (salah seorang penulis dalam buku ini)

11 The Great Chain of Being. Arthur Lovejoy. Cambridge: Harvard University Press, 1936

12 The Great Chain of Being. Ken Wilber. Journal of Humanistic Psychology, vol. 33 no. 3. Summer 1993).

15 Julai 2009

Malam

kau mau ragut malam
malam dihujung mimpiku
kau mau ragut mimpiku
mimpiku dihujung mataku
kau mau ragut mataku
mataku dihujung jariku
kau mau ragut jariku
jariku dihujung penaku
kau mau ragut penaku
penaku di hujung mejaku
kau mau ragut mejaku
mejaku dihujung balkoniku

malam bukan sandiwara
politikus peragut balkoni
para penyair dan pemikir
untuk berpidato bebas
meramahkan fikrah
dan juga idea-idea

tatkala manusia dikuasai tanggapan dan persepsi
penyair dan pemikir diragut balkoninya!

Marmar Cinta




14 Julai 2009

Selamat Hari Lahir Wahai Diri




Ke 25 hari ini
Hidup baru bermula
Terima kasih, Siti Norliza dan Fesehah yang menjadi antara orang terawal mengucapkan selamat
Ucapan kadangkala begitu remeh tetapi kesannya amat besar kepada si penerimanya
Doakan cita-cita saya tercapai di menara gading walau di mana sekalipun saya akan ditakdir ditempatkan
Saya benar benar mahu bersungguh dalam bidang akademik dan kreatif dan pastinya doa rakan dan sahabat-sahabat amat berbaloi
Rakan dan sahabat yang diam selama ini, yg sentiasa melihat wajah saya dalam kuntum senyum
~
Atas segalanya ini
terima kasih
Allah.

Zamalah

Baru sembuh daripada selsema. Hah! Ini mesti bahang daripada kereta Siti Norliza yang saya tumpangi 2-3 hari lepas untuk berurusan di UM. Bahang-dingin (penghawa dingin). Khuatir juga saya. Semasa berjumpa doktor, doktor menyindir saya, "Ini bukan selsema babi ini."Dr bercakap begitu selepas saya bercakap dengan Siti Norliza yang mahu 'mendapatkan saya' setelah meletakkan keretanya di tempat letak kereta. Masa itu saya berada di bilik pemeriksaan dr. Saya tersengih semata melihat dr dan jururawat semuanya bertopeng dan berbaju plastik macam pakaian di bilik bedah. Hahaha.
~
Teori ialah cara memandang sesuatu fenomena, gejala, perihal dan subjek tertentu. Ia ada metodologi. Ia menyusun cara memandang kita dengan cara dan kaedah yang tertentu secara benar. Contoh kau hendak melihat gejala apa dalam karya sastera seperti novel?Contoh kau melihat konsep kemiskinan dalam cerpen Usman Awang daripada Teori Konseptual Kata Kunci. Jadi adakah teori wajar dimusuhi penulis?Pelik apabila penulis berkata 'saya tidak ikut teori'. Ya benar dalam pengkaryaan. Tetapi batil kalau memusuhi kerana tidak ada apa yang perlu dimusuhi. Dalam dunia sastera ada bahagian kritikan karya sastera. Kritikan inilah yang akan menjadi indeks pencapaian sastera tanah air. Kritikan yang baik menggunakan pendekatan dan teori tertentu dalam analisisnya. Jadi apakah yang kau hendak memusuhinya?Nampaknya kau hanya memusuhi bayang-bayang sendiri dan kejahilan sendiri. Penulis tidak perlu takut kepada teori kerana teori tidak 'memburu' pengkaryaannya. Teori hanya teori yang tidak perlu dicaci dan dimusuhi. Bodohlah penulis atau bakal penulis memusuhi teori kerana teori hanyalah teori yang tidak punya perasaan terhadap penulis bodoh yang mencaci dan memusuhinya.
~
Saidina Ali berkata "seseorang akan memusuhi sesuatu yang dia tidak mengetahuinya".
~
Petang ini saya akan ke UPM bertemu dengan Pensyarah yang juga sifu saya Shamsudin Othman. Ada hal sedikit. Zamalah?Cari sendirilah.

13 Julai 2009

Kebijaksanaan Dalam Berpengetahuan

Kebijaksanaan adalah salah satu daripada hikmah.
Pengetahuan adalah salah satu daripada natijah.
Tanpa kedua-duanya maka pincanglah neraca fikrah.
Disukat dengan pandangan makrifah.

[Belum tentu apa yang Engkau Pandang Baik maka ia Baik Bagi Allah. Tidak semestinya apa yang Engkau Pandang Buruk adalah buruk bagi Allah]

Zulaikha memandang Yusuf dengan ghairah.
Yusuf menafikan nafsu dan kehendak Zulaikha kerana takutkan Allah.
Dari pandangan nafsu kekacakan Yusuf mesti dilangsaikan walau apa cara sekalipun.
Dari pandangan nubuwwah kehormatan diri adalah suatu yang mesti dipertahankan sekalipun menafikan kesedapan badaniah.
Kebijaksaan salah satu bahagian nubuwwah.

Dan lagi:
Seperti Khidir dengan Musa.
Musa membantah Khidir.
Sedangkan itu ada hikmah.
Ada makrifah.
Ada nubuwwah.
Ada laduniyyah.

Tanpa hikmah maka jadilah seperti Musa membantah Khidir atas perbuatan.

Hubungan dengan Allah manifestasi hikmah dan kebijaksanaan yang diwarisi kepada hambaNya yang beriman yang membawa keelokan hubungan dengan makhlukNya.

Namun hubungan itu berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tertentu yang tidak boleh disesuaikan dengan rasa kemanusiaan dan kenafsuaan semata-mata tetapi atas tunjuk ajar Allah.

Saya masih mencari hikmah seperti Musa mencarinya di sisi Khidir.
Saya masih mencari akhlak seperti Yusuf menundukkan pandangan dan melarikan dirinya daripada Zulaikha.

Benih yang baik, kemana pun dicampak, menjadi pulau jua.Insya Allah.

12 Julai 2009

Natrah



Harga sebuah keMerdekaan dan kebebasan.
Harga sebuah kemanusiaan
Harga sebuah pencarian
Kisah Natrah menjadi ingatan
antara paling terkesan.

Al-Fatihah untuk Natrah Maarof.
Hanya Allah saja Maha Mengetahui Akidah Natrah di saat akhirnya.

Allahuakhbar!

Hanya Allah berkuasa menentu dan membalas sebaik-baiknya kepada Muslim yang terkorban dan syahid.

Allahukhbar!

11 Julai 2009

Tugasan Asasi dan Tugasan Kreatif

Sehari dua ini saya agak sibuk dengan kerja-kerja menyusun semula jadul kerja dan tugasan asasi dan tugasan kreatif. Tugasan rasmi seperti menyediakan diri untuk mendidik dan tugasan kreatif ialah untuk mengarang karya. Walaupun kerja kreatif itu berjalan macam siput, namun saya berpuas hati kerana dapatan saya itu sangat terperinci dan berguna kepada pengkaryaan saya nanti. Selain itu menyelit juga ilham untuk beberapa buah puisi. Nurul Huda yang banyak membantu dan merangsang terutama dari segi terus mara dan mara dalam akademik-teruja dengan tawaran Fellowship Muda dari Universiti Sains Malaysia yang telah berjaya diperolehinya membuatkan saya begitu bangga sekali dengannya. USM menggunakan keseluruhan SLAB untuk anak Melayu belajar dari Sarjana hingga Doktor Falsafah. Saya tidak mahu berkomentar apa-apa kepada universiti saya, jika mereka telah tetap membuat keputusan memberikan semuanya slot SLAB kepada calon Doktpr Falsafah sahaja. Mungkin itu langkah terbaik mereka untuk menambahkan jumlah pensyarah. Cuma saya sedikit tertanya-tanya begitu cepatnya (Sebulan)slot tersebut habis digunakan. Saya berasa gembira jika yang memperolehinya adalah anak Melayu juga yang menyambung ke pHD. Saya bersangka baik.

07 Julai 2009

Inilah Suara Wartawan Yang Jahanam

Dilema hala tuju PPSMI
Oleh NORAINI ABD.
RAZAK
norainirazak@utusan.com.my

ESOK Kabinet dijangka mengumumkan keputusan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Sudah lama diputuskan sejak Tun Razak lagi dengan dasar KBSR dan KBSMnya. Bahasa Melayu adalah bahasa pendidikan.
Dasar itu penting untuk menentukan masa depan pendidikan negara dan sejauh mana persediaan rakyat untuk menembusi 'pagar' globalisasi menerusi penguasaan bahasa asing.
Sejauh mana kau memahami maksud globalisasi?Atau terperangkap dalam hujah musuh kau sendiri?
Sememangnya cabaran utama pelaksanaan PPSMI adalah penghayatan konsep 'bahasa jiwa bangsa versus tuntutan bahasa globalisasi'.
Dan akhirnya kau pun menggunakan falasi hujah kau untuk mempertentangkan dua subjek yang berbeza darjat kebenarannya. Kau ini siapa?
Itu dilema PPSMI. Matlamat dasar itu diperkenalkan menerusi keputusan Kabinet pada 19 Julai 2002 sangat relevan.
Ini adalah dilemma manusia Melayu. Dan juga dilemma manusia seperti kau, wartawan jahanam.
Globalisasi membuka pintu saingan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan dengan luas.
Sekali lagi aku hendak bertanya, sejauh mana kau memahami maksud globalisasi atau kau termasuk dalam perangkap musuh kau?
Salah satu cara untuk menembusi cabaran itu adalah menerusi penguasaan bahasa Inggeris yang diguna pakai secara meluas di serata dunia.
Inilah wartawan dari bangsa yang terjajah. Walau bukan semua wartawan seperti kau, tetapi kau yang satu ini memang berbeza dan jahanam.
Mekanismenya adalah sistem pendidikan - yang pasti melibatkan mata pelajaran penting di mana para pelajar mahu tidak mahu akan bersungguh-sungguh menguasai bahasa Inggeris untuk memastikan mereka lulus.
Ah, bagi kau lulus peperiksaan maka tercapailah maksud pembinaan tamadun bangsa?Cuba kau fikir. Hujah kau ini memang jahanm. Allah selaku Tuhan aku dan kau tidak pernah pun mengungkapkan perlunya mentuhankan bahasa bangsa lain dengan mengambuskan bahasa ibunda. Allah berfirman : Kami utuskan tiap-tiap Rasul mengikut kaumnya dgn bahasa masing-masing. Stp kaum/bangsa ada bahasanya dan tamadunya wahai wartawan jahanam.
Sebab itu mata pelajaran Sains dan Matematik menjadi pilihan. Faktor utama, kedua-dua mata pelajaran adalah sumber ilmu yang berkait rapat dengan globalisasi.
Kau memang sudahlah jahanam hendak pula menjahamkan orang awam. Faktor utama ialah kedua-dua sumber ilmu berkaitan globalisasi?Hang bodohlah. Hang tidak tahukah wujudnya pemikir yahudi di belakang neokolonialisma ini?Hang tidak bacakah apa itu Zionis punya rancangan. Hujah hang falasi iaitu palsu.
Menggunakan bahasa Inggeris tentunya memudahkan penguasaan ilmu yang kelak diguna pakai untuk menembusi cabaran hebat dunia globalisasi. Oleh kerana penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini masih rendah, maka PPSMI dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk memperbaiki keadaan itu.
Kaulah wartawan jahaman bertelinga anjing. Kau tahu anjing? Makin di halau makin di salak. Binatang termasuk babi yang menyondol kebun bukannya tahu bahasa. Tidak kusangka ada manusia wartawan seperti kau. Menggunakan bahasa untuk membohong, menipu, mempropagandakan kejahatan falasi dan kemunafikan. Kau keratlah lidah kau sendiri wartawan jahanam
Ini kerana sekadar memberi galakan tidak mencukupi terutama di kalangan murid luar bandar yang tidak terdedah kepada persekitaran berbahasa Inggeris.
Kau mana tahu wartawan jahanam. Kau jangan berlagak pandailah macam kau Tuhan tahu kondisi pelajar luar bandar.
Tanpa 'paksaan', pelajar-pelajar luar bandar tidak akan terdorong untuk menguasai bahasa Inggeris sekali gus usaha untuk menguasai bahasa tersebut akan diperlekehkan.
Ada dua benda di sini.

1.Paksaan?Kau ini syaitankah?Syaitan hendak memaksa Tuhan supaya menerima hujahnya, aku ini lebih mulia daripada Adam yang dicipta daripada tanah. Marilah kita bersua. Kau perlu tahu hakikat bahasa, bahasa Tuhan dan bahasa syaitan. Sedangkan dalam agama tiada paksaan, apatah lagi hendak disuruh bangsaku mengerat lidahnya sendiri dan memakai lidah ingegris berhati dan berotak inggeris.

Kau memang jahanam.

2. Ini hujah falasi yang paling jahanam. Kau tahu syaitan?Syaitan kerjanya menghasut menipu!Kau gunakan hujah ala-ala syaitan yang membohong bahawa pejuang dan pecinta bahasa memperlekehkan bahasa Inggeris untuk membenarkan hujah falasi kau membenarkan PPSMI. Kau memang jahanamlah. Aku kira andai Kajai masih hidup, mampus kau dihantukkan ke dinding sampai mampus.

Namun PPSMI yang menjadi platform untuk membentuk kumpulan rakyat yang fasih berbahasa Inggeris dan mampu meraih ilmu moden berhadapan dengan cabaran lain yang lebih besar.

Apa hang merapu ini?Hipotesis hang adalah berdasarkan hujah falasi hang sebelum ini macam jahanamlah kau.
Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik menyebabkan proses pengajaran tidak dapat dilangsungkan secara cekap dan berkesan.

Hang ini macam Tuhan. Macamlah hang tahu statistik data berapa ramai guru yang tidak faseh BI. Apa maksud kau menguasai dengan baik BI? Kau guna alasan ini untuk membenarkan penyerangan kau dan membenarkan PPSMI. Kau memang jahanam.
Masalah kekurangan tenaga pengajar paling parah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sedangkan murid-murid di sana amat rendah penguasaan bahasa Inggerisnya. Mereka tidak ada kemudahan kelas tambahan. Pusat-pusat tuisyen tidak bercambah di kawasan itu.

Masalah datuk hang. Ini bukan masalah gurulah bahlol. Ini masalah akar. Masalah tamadun. Masalah jatidiri bangsa kau sendiri. Kau memang otak falasi. Dikait-kaitkan pula dengan hujah kelas tambahan dan pusat tuisyen. Kau memang jahanam.
Kekurangan itu menyebabkan PPSMI yang diakui besar manfaatnya tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di kawasan luar bandar.

Kepala otak hang. Memang hang hendak ikut fiil syaitankah?Dasyatlah hujah hang. Hebat.
Kajian pihak tertentu untuk menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru sains dan matematik menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan.

Nyatakanlah bangang. Jangan berselindung lagi.
Lebih merunsingkan apabila ada kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapai kredit dalam bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Nyatakanlah berapa peratus. Hang jangan buat lawak jahanam pula.
Tentunya dapatan kajian pihak tertentu itu menimbulkan kebimbangan tentang masa depan murid-murid yang dibimbing oleh guru kategori berkenaan.

Hebatlah hang. Andai Kajai masih hidup aku tidak tahulah macam mana dia belasah hang.

Ditakuti Sains dan Matematik diajar menggunakan bahasa bercampur-aduk iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tetapi sampai masa peperiksaan, pelajar terpaksa menggunakan bahasa Inggeris.

Hang gunakan hujah falasi hang untuk memberi cadangan penambahbaikkan PPSMI. Kau memang hebatlah wartawan jahanam.
Akan timbul kecelaruan ketika menjawab sehingga memberi kesan kepada keputusan peperiksaan. Dalam hubungan ini, keputusan peperiksaan utama selepas genap enam tahun PPSMI dilaksanakan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan penurunan.

Ish hang ini. Ya Allah. Wahai rakyat Malaysia yang tahap pendidikan sekarang sampai ke Universiti, bersetujukah dengan aku bahawa hujah wartawan jahanam ini amat-amat palsu lagi dangkal?Hang ada datakah?Hang mengesampingkan data kajian yang tidak menyokong PPSMI. Hang bukan hendak berbincang sangat pun masalah bangsa ini dengan data akademik. Tetapi hang gunakan kesempatan saja untuk membenarkan PPSMI yang hang sangat suka itu.
Bagi mata pelajaran Sains, pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mencatatkan penurunan ketara dan yang terendah berbanding pencapaian pada 2003 hingga 2007. Keputusan yang sama dicatatkan bagi mata pelajaran Matematik.

Itulah harganya apabila PPSMI dilaksanakan. Hapuskan PPSMI dan juga wartawan jahanam.
Selain masalah guru-guru yang belum bersedia mengajar kedua-dua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris, cabaran lain PPSMI adalah kebimbangan dasar tersebut akan membunuh Bahasa Kebangsaan.

Telah bunuh pun.
Banyak pihak resah apabila PPSMI dipersetujui. Mereka memegang kepada Perlembagaan dan Laporan Razak yang menetapkan bahasa Melayu adalah segala-galanya dalam bidang pendidikan.

Betul! Apa hang cemburu?Hang cemburukah?Seperti syaitan cemburu kepada doa taubat nabi Adam as?
Apatah lagi beberapa dasar menyusul selepas itu bertujuan memperkasakan bahasa Melayu bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah merangkumi perundangan, pentadbiran dan ekonomi.

Haramzadah betul. Apa kau cemburukah dengan usaha mendaulatkan bahasa ini?Kau cemburukah wartawan jahanam?
Lebih daripada itu,
suara-suara yang menyanggah PPSMI membangkitkan perihal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dalam bidang pendidikan.

Oh, kau ini memang cemburu. Kau cemburu bahasa ibundaku ditinggikan martabatya. Baguslah kau cemburu. Aku sangat suka.
Pihak yang membantah melihat PPSMI bercanggah dengan dasar kerajaan sebelum 2002 sehingga ke satu peringkat mereka percaya bahawa bahasa kebangsaan akan terpinggir akibat PPSMI.

Kau guna data akademika konon tetapi dalam bab peminggiran kau tidak guna data akademika. Oh ya lupa aku. Kau wartawan jahanam.
Sememangnya sukar hendak dibentangkan hujah-hujah bahawa bahasa Melayu akan terus menduduki takhtanya walaupun PPSMI diteruskan.

Memang kau celaka. Kau mangkuk hayun. Izinkan aku pendeta untuk memaki hamun wartawan jahanam ini. Sangat dahsyat falasinya Ya Allah Ya Tuhanku. Kau ini buta tuli. Pokoknya bukan S dan M sahaja malah semua matapelajaran telah diInggeriskan termasuk silibus Pendidikan Khas dan juga Pengajian Malaysia-telah diInggeriskan!!!Kau tidak sebut pula. Atau kau jahil. Atau kau jahanam.
Di situ satu lagi dilema PPSMI - apabila banyak pihak menyokong lantaran sedar manfaatnya bukan sedikit - banyak juga yang menentang kerana bimbang bahasa Melayu terpinggir.

Jadi kau hendak jadi syaitankah?
Dan untuk menyediakan jawapan yang memuaskan kedua-dua pihak tentunya tidak mudah kerana masing-masing bertegas untuk tidak menerima apa juga alasan yang dikemukakan.

Kau memang wartawan jahanam. Oleh kerana suasana kini dimenangi bahasa ibunda aku maka kau hendak kata pula tidak mudah menyediakan jawapan.

Berkumandang juga sejarah penguasaan ilmu yang membentuk tamadun awal dunia seperti tamadun Islam dan Yunani.

Ya itu sejarah.
Kecemerlangan tamadun-tamadun hingga mencapai taraf yang tinggi dicipta menerusi bahasanya sendiri. Tamadun Islam satu ketika dulu begitu terserlah sehingga mampu menyebarluaskan bahasa Arab itu ke seluruh dunia.

Kau tertinggallah bodoh. Orang Eropah belajar di tanah Arab yg mencapai kegemilangan tamadun tatkala Eropah bergelap. Mereka pulang dan terjemahkan serta adaptasi ilmu ilmuwan Arab lalu dikembangkan ilmu dalam bahasa bangsa Eropah itu sendiri lalu mereka maju dan moden. Kau tertinggal fakta sejarah ini wartawan jahanam..
Begitu juga bangsa-bangsa lain yang mencapai taraf negara maju menggunakan bahasa ibundanya sendiri seperti Jepun, Perancis, Korea dan Jerman. Betapa kedua-dua mata pelajaran di negara-negara seperti itu tidak diajar dalam bahasa Inggeris tetapi mereka mampu bangkit mencipta sejarah tersendiri. Tradisi mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di negara-negara berkenaan berlangsung sehingga ke hari ini.

Itu betul. Aku tanya lagi kau cemburukah?
Hujah-hujah tersebut dibentangkan satu per satu oleh kumpulan yang menentang PPSMI. Mereka percaya tidak salah berkiblatkan Jepun, Perancis atau Korea untuk 'menceroboh' dunia globalisasi.

Ish. Kau guna hujah abstrak ini mengapa bahlol.
Apa pun hujah kedua-dua pihak, terpikul di bahu Kementerian Pelajaran untuk memastikan keputusan yang akan diumumkan esok menguntungkan semua pihak.

Terpikul di bahu rakyatlah. Kerajaan boleh diubah dan rakyat tetap rakyat.
Menolak PPSMI maknanya mengorbankan tempoh percubaan selama enam tahun yang sedikit sebanyak telah menampakkan hasilnya biarpun tidak menyeluruh.

Ya kau sudah buat deduksi falasi bodoh kau. Sebab hujah kau falasi maka deduksi kau pun falasi. Ini bukanlah susah sangat dikesan dalam ilmu lojik.
Mengetepikan PPSMI juga bermakna segala persediaan dan prasarana yang diusahakan enam tahun lalu perlu menjalani pengubahsuaian semula.

Syarikat yang terbitkan buku rujukan daripada sekolah hingga IPT yang untung juta2 dan bahan rujukan berfakta berdapatan kajian luar wajar diadaptasikan dan diterjemahkan dan disesuaikan ke dalam Bahasa Melayu. Dan hasrat mengimport guru sastera Inggeris dari luar adalah batil dan sesat.
Buku-buku teks dan persiapan minda pelajar serta ibu bapa yang telah dipupuk untuk mempercayai bahawa sains dan matematik mesti dipelajari dalam bahasa Inggeris juga terpaksa disusun semula.

Musnahkan PPSMI! Kau cemburu atau marah?
Jika itu pilihan kerajaan, maka satu kaedah lain untuk memperkasakan bahasa Inggeris terutama dari segi penguasaannya di kalangan pelajar mesti dilaksanakan.

Ya aku sokong kau kali ini!

Bahasa Inggeris tidak boleh ditolak mentah-mentah.

Ini aku tidak sokong sebab kau falasi. Kau tuduh dan anggap siapa tentang PPSMI maka menolak BI mentah-mentah. Sedangkan TIDAK. Majukan belajar BI tetap bukan melalui S dan M. Kau fahamkah bahlol atau buat-buat bodoh tuli pekak?Jangan nanti jadi betul.

Manfaat bahasa itu amat luas dan usaha untuk memastikan pelajar-pelajar menguasai bahasa tersebut pada tahap yang terpuji perlu terus digerakkan.

Bukan dengan melalui S dan M dan semua matapelajaran. Kuasai BI dengan BI sendiri.
Hakikatnya jika PPSMI dirombak ia bukan bermakna kemenangan kepada satu pihak. Ia mesti memberi kemenangan kepada semua.

Kau ini memang bodohlah. Perjuangan bahasa bukan soal menang kalah. Tetapi soal kebenaran berkaitan dengan soal pembinaan tamadun dan peradaban. Yang menang tetap al haq.

Begitu juga jika PPSMI diteruskan. Ia bukan bertujuan mendaulatkan bahasa globalisasi tetapi ke arah mempersiap-sediakan rakyat untuk berhadapan dengan cabaran yang tidak berkesudahan.

Hei bodoh. Kau bacalah globalisasi itu apa kejadahnya. Bersiap? Siap apa?Semua bangsa mula kembali ke akar bangsanya sendiri untuk mencari dan membina kekuatan. Eropah juga mau gali Islam. Mau gali jatidiri bangsa sendiri. Bahlol sungguh kau menggunakan perkataan bahasa globalisasi itu. Kau faham apa tentang globalisasi wahai wartawan jahanam?

Dan kau cari apa sebenarnya wahai wartawan jahanam?

Aku cadangkan

1: Kau berhentilah jadi wartawan Utusan Melayu. Kau sudah cukup menghinakan macam babi dan najis babi. Wartawan adalah kerja mulia tetapi kau memakai gelar wartawan untuk buat kerja menghinakan bahasa aku.

2:Kau berhenti jadi wartawan yang cari makan dengan bahasa ibunda aku. Kau pergi cari kerja dengan akhbar dan majalah luar Inggeris sana. Bukankah kau anggap BI bahasa globalisasi?Bahasa penting?Ya, aku pergilah cari makan guna BI! Mengapa kau bahlol sangat tidak tahu malu cari makan guna bahasa ibunda aku tetapi pada masa yang sama kau pijak-pijaknya pula. Kau memang tidak tahu malu. Kau memang parasit. Penjajah.

PSST: Saya gunakan bahasa di atas secara jujur sebagai menyahut seruan Allah agar untuk berdepan dan membalas pengkhianatan dengan cara yang sama juga. Andai Noraini menggunakan bahasa Melayu untuk memijak bahasa Melayu dengan cara yang sangat menghina dan menyakitkan, maka saya menggunakan bahasa Melayu untuk membalasnya dengan bahasa Melayu yang jelas dan terus terang. Dan saya tetap Melayu yang berbudi bahasa. Harap maklum.

Sistem Terkandas dan Catitan Lain

Setelah saya menyerahkan CV di akademi, saya bergegas ke Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Di sana, ramai sudah pelajar baharu mula menggunakan perkhidmatan di perpustakaan. Namun saya sedikit kecewa apabila Sistem Jaringan Komputer dan Internet UMLIB dna Pendeta WebPac telah terkandas menyebabkan saya tidak boleh meminjam semula buku, hanya dapat dihantar. Itupun dengan menulis nama pada sehelai kertas. Dan buku yang saya mahu pinjam semula harus saya bawa semula esoknya.
~
Kepada Norliza, yang banyak membantu saya hari ini, saya sangat terhutang budi. Juga ketika di akademi tadi, sesi pembelajaran bermula hari ini. Ketua Jabatan sibuk dengan urusan pelajar baru. Saya hanya meletakkan segalanya yang diminta beliau di atas mejanya.
~
Saya mula didatangi berbagai-bagai ilham untuk berkarya. Daripada puisi ke cerpen. Bentuk dan isi saling berubah-ubah sehingga membentuk yang tekal. Atau masih berapung-apung di medan imiginasi (bukan khyalan-imiginasi ialah khayalan yang terarah dan bermatlamat jelas)
~
Hari ini juga saya mendapat cek daripada Berita Harian, atas terbitan cerpen Warkah Raja Haji Fisabilillah pada 25 April lalu. Bolehlah saya gunakan wang ini untuk membeli buku-buku yang ada dalam senarai saya untuk membelinya. Terima kasih. Namun selepas ini saya akan menuruti permintaan terbaru BH jika menghantar lagi karya ke sana, untuk memberikan nombor akaun Maybank. Cek di atas nama pemegang akuan sahaja, membuatkan saya perlu kembali ke Bank CIMB untuk menuntut kad saya yang sudah hilang berbulan-bulan itu.
~
Apabila bilik sudah kemas dan lapang, lapanglah minda untuk bekerja. Kerja minda dan hati. Saya diterjah gugusan ilham dan idea tersebut, yang menendang akal dan hati saya.
~
Saya mula terfikir, apakah saya mampu berkarya seoptimanya lagi apabila saya menjadi TUTOR kelak?Saya sedikit bimbang di samping tidak sabar mahu menghadiri kuliah semula dan mendidik anak bangsa.
~
Emel daripada Nazmi Yaakub, wartawan BH meminta pandangan tentang penubuhan Sketariat Perhimpunan Penulis Muda 2011-polemikd an buah fikiran-tidak dapat saya tunaikan lagi. Saya ada deretan idea sebenarnya yang aktif dan agresif. Apapun Nazmi dan sahabat-sahabat seperjuangan kalian, saya akan membantu sedaya upaya untuk mempromosikan SPM ini di Universiti Malaya khususnya di APM. Itu janji saya.
~
Menanti nasib BAHASA MELAYU di sekolah-sekolah. Apakah seburuk si ikan kaloi, ibunya Si Bawang Merah?
~
Terima kasih Allah, yang mengurniakan rezeki dan nikmatNya.Amin.
~
PSST:Tentang SLAB, saya biarkan dulu, tidak mahu ganggu mood mereka yang berkaitan. Insya Allah, ada rezeki tiadalah ke mana-mana. Saya sayang bangsa saya sebenarnya. Dan saya tidak sabar untuk meminjam buku dan melakukan penyelidikan. :)

06 Julai 2009

18 Buah Buku dan SLAB



Cleopatra Startan Versi Bahasa Ibundanya




Cleopatra Startan Versi English


Bandingkan.
-
Hari ini setelah melakukan pemeriksaan, rupa-rupanya terdapat 18 buah buku yang saya telah pinjam daripada Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Sebahagian besar daripadanya adalah buku tentang sejarah Johor-Riau-Lingga, seni tembikar dan buku Bapa Tenas Effendy. 11 buah daripadanya sudah tamat tarikh tempoh pinjaman dekat sebulan!Aduhai. Esok baru saya akan hantar dan pinjam kembali 5-10 buah buku yang saya rasakan penting dan tiada duit untuk memfotostatnya.
-
Selain itu esok juga saya akan bertemu dengan Nurol Huda pelajar pascasiswazah yang baru sahaja dapat SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) di bawah slot Universiti Sains Malaysia (USM). Nurol baru pulang dari Riau, Indonesia. Tentu banyak ceritanya sepanjang dia di sana. Juga saya mahu tahu juga bagaimana pembentangan keertas kerjanya yang saya menjadi 'tutor' tidak rasmi menyediakn bahan dna rujukan kepadanya.
-
Dan semestinya dia mahu terus memujuk saya untuk mengisi borang SLAB di USM. Katanya, dekan mereka perlukan pelajar berpotensi untuk mendapatkan slot SLAB yang masih ada di USM. Ajakan Nurol ini sejak beberapa bulan lepas. Tetapi hati saya tetap kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Selain faktor cinta kepada APM dan UM dan juga segala yang ada di sini, termasuk taman dan pokok-pokok berusia ratusan tahun, juga koleksi yang terdapat di Perpustakaan Za'aba dan Perpustakaan APM, UM juga dekat dengan Rumah PENA, GAPENA, DBP, kedai buku di Jalan Masjid India, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Kuala Lumpur, Istana Budaya dan kawan-kawan, budayawan, ilmuwan, negarawan dan wartawan yang berjuang dalam gerakan sastera. Saya tidak mahu terputus hubungan dengan semua ini kerana inilah dunia saya dalam hemisfera yang lain.
-
Andai kata saya ke USM tentulah saya akan ketinggalan dalam jurus gerak sastera. Saya tidak mahu itu berlaku. Dahulu, semasa saya berhenti sementara kerja sebagai editor, saya sanggup berkerja apa sahaja hatta pengawal keselamatan semata-mata asalkan minat saya menulis dan membaca serta bergelumang dalam dunia sastera tidak terjejas. Saya sanggup.
-
Namun setelah terdapat peluang apabila UM mengeluarkan iklan SLAB November 2008 maka saya pun merasakan inilah peluangnya. Maka apabila saya memohon, lulus temuduga dan menunggu surat daripada KPT, surat yang lama dikirimkan sebelum ini, sebelum temuduga di Akademi kepada saya daripada Bahagian Sumber Manusia UM, sudah lama mengejutkan dan mengecewakan saya. Peruntukan SLAB untuk Sarjana telah diberikan kepada pHD tempatan.
-
Saya terfikir berapa ramai sangat pelajar Melayu yang hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pHD?Pada masa yang sama KPT telah memperuntukkan SLAB dan SLAI (utk bukan bumiputera) di peringkat pHD. Adakah sudah terlalu ramai pelajar bumiputera pHD slot SLAB di UM sehingga memaksa SEMUA slot SLAB utk Sarjana di ambil?Inilah persoalan yang berlegar di mandala fikiran saya. Paling mengejutkan, surat daripada Bahagian Sumber Manusia UM tersebut tidak dikirim ke Akademi Pengajian Melayu, UM sedangkan kepala surat jelas menunjukkan surat itu ditujukan kepada setiap Pengarah/Dekan/Ketua Pendaftar setiap Akademi dan Fakulti untuk makluman bahawa SLOT SLAB untuk pelajar Sarjana telah diambil semuanya diberikan kepada pelajar pHD tempatan (bumiputera semuakah???).
-
Walaupun dalam surat itu dinyatakan permohonan kami(semua permohonan pelajar Melayu untuk SLAB UM di semua fakulti dan akademi)dilencongkan kepada biasiswa pascasiswazah UM, namun saya yakin itu sekadar penyedap hati semata. Ini kerana sudah masuk semester baharu tiada apa-apa lagi maklum balas daripada 'pihak berkaitan' seperti dimaklumkan dalam surat rasmi tersebut.
-
Apabila saya mennyatakan perkara ini kepada Ketua Jabatan Sastera saya, beliau terkejut kerana tidak tahu dan memikirkan saya sudah mendapat surat rasmi daripada KPT (SLAB adalah biasiswa dan program pembentukan pensyarah muda di Uni yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Tinggib. Stp IPTA telah diberikan SLOT SLAB tersebut)
-
Beliau dalam nada agak kehairanan itu juga menyatakan Jabatan Sastera amat perlukan tutor. Dan menyuruh saya memfotostat surat tersebut untuk diberikan sesalinan kepadanya. Saya telah tunaikan. Dan saya menunggu janji beliau untuk membincangkan hal ini dengan Pengarah(dekan, tetapi dekan untuk fakulti manakala Pengarah untuk akademi).
-
Nurol bersungguh mengajak saya ke USM, kerana dekannya juga bersungguh menyuruh Nurol mencadangkan nama-nama pelajar yang berpotensi untuk diberikan biasiswa SLAB slot USM dan menjawat tenaga pengajar di sana. Saya bukanlah manusia yang berkepentingan peribadi. Saya juga tidak fikirkan Sastera sebagai landas untuk saya cari makan melainkan Sastera adalah bidang permainan saya sejak sekolah lagi. Saya kenal buku Taman Kesusasteran Pelajar oleh Hashim Awang sejak sekolah rendah dan membacanya dengan penuh minat tentang proses kreativiti dan penciptaan karya sastera.
-
Hanya memikirkan andai saya berada dalam iklim sastera maka diharapkan saya dapat terus mengembangkan minat dan bakti sumbangan saya terhadap pembinaan bangsa dan jatidirinya. Kepada Nurol, saya menimbang tawaran tersebut, saya telah merumuskan saya perlu menunggu hingga hujung bulan ini sebagai respon saya hari ini kepada Ketua Jabatan bahawa saya sedia berkhidmat andai APM perlukan tutor (memang perlukan pun). Namun esoknya Nurol akan terus memujuk saya, dan saya memang kena bersabar lagi.
-
Mungkinkah ini pengorbanan sebuah cinta?
Pst:Buku itu adalah pembacaan sukarela saya untuk menambahkan ilmu tentang sejarah dan budaya serta ilmu sastera. Bayangkan kecintaan saya terhadap buku. Dan di Yan sekalipun, hampir semua buku di rak perpustakaan daerah yan telah saya pinjam hingga rak buku rujukan. Saya fikir, untuk menjadi tenaga akademik pembacaannya harus lebih meluas dan melebar lagi!

05 Julai 2009

matahari sendu

matahari hari ini
sendu
kerana semalam
belum sempat
kuhabiskan madu
si algojo itu
menebang tualangku
kasihan bertempiaran
lebahku

tiada lagi indung lebahku
tempat matahariku berlagu


seri sentosa

03 Julai 2009

Ketika Berjalan-jalan di Pasar Malam Bricfields

Saya membawa Mak Uda dan dua orang kwnnya. Beli buah-buahan. Manggis. Durian. Rambutan.Dan senja berbuka puasa dengan mereka, walau saya gagal puasa hari ini. Emm. Damainya hati apabila saya dapat berbual dengan insan-insan 'buta mata' ini. Mereka 'celik mata hati'. Manusia ramai yang 'buta mata hati'. Kekadang saya juga 'rabun mata hati'. Sewaktu mahu pulang, saya berselisih dengan seorang rakan Mak Uda yang juga 'buta mata', tetapi 'celik mata hati'...mereka menegur saya...saya menyapa mesra...dan setelah tiba di rumah Mak Uda sms :
-
Mereka tanya hang, ada makwe ke tak ada lagi. Mereka nak kawan dgn hang. Depa kata hang baik, budi bahasa dan suara romantik.
-
Saya senyum sendirian sewaktu baring-baring dia atas sofa sampai terlelap. Novel Ziarah menutupi wajah saya.

02 Julai 2009

HATI

Andai hati itu baik-yang jahat dibalas baik, yang baik dibalas berganda-ganda baik.
Andai hati itu jahat-yang jahat dibalas berganda-ganda jahat, yang baik dibalas jahat juga.