04 Ogos 2010

Masalah Mata Batin

Salam sejahtera. Ketika saya menulis entri ini, saya mengikuti secara langsung penyampaian ijazah sarjana muda mahasiswa/i Universiti Malaya melalui UM WEBCAST http://webcast.um.edu.my/live.php. Saya tidak ke Dewan Tunku Canselor sebaliknya hanya mengikuti siaran langsung dari depan PC di bilik saya. Semalam saya dibawa ke Kajang. Mulanya A memberitahu rumahnya diganggu. Namun saya mendapati ia lebih kepada gangguan yang berlaku terhadap isterinya. Kerana isterinya yang sering nampak makhluk asing itu. Bagi memuaskan hati yang berhajat maka saya pun bersetuju mengikutinya ke rumahnya. Ketika saya memang saya merasa energi negatif berkampung di rumahnya. Namun itu bukanlah soal pokok. Soalnya sekarang isterinya. Yang boleh melihat makhluk ghaib iaitu jin tahap rendah hingga pertengahan TANPA KAWALAN. Jadi saya rawat melalui isterinya ditengah rumahnya. Saya pun meletakkan tangan di kepalanya sambil jauh berzikir kepada hati. Kepasrahan dan penafian diri tatkala itu amat penting, kerana batang tubuh kita hanyalah alat semata-mata bagi mentajallikan kebesaranNya-maka sepatutnya ia akan menghasilkan kekosongan dalam diri tanpa merasa diri hebat dll. Itu kunci yang selalu juga saya terlupakannya. Tak sampai setengah jam, pesakit itu merasa panas di belakangnya. Nyata dia tdk senang dengan diri saya. Dan si isteri menangis tersenguk-senguk. Saya arahkah anaknya yangs edang melihat ibunya menangis agar di bawa jauh dari sisi ibunya. Saya terus cakap by heart bak kata omputih. Niat disatukan-Semuanya harus keluar dan menyingkir dabn tdk kembali lagi kepada pesakit. Ada getaran menjalar sampai kekakinya yang diawali dengan kebas hingga hujung jari jemari kakinya berkuit-kuit-gelombang negatif-tenaga negatif-jin dll keluar berdus-dus. Saya tidka larat nak kira. Banyak juga bersarang. Akhir sekali yang ibunya...MUlanya enggan. Raungan sekejap dan lepas itu perut patient rasa sangat sakit. Tangisan berhenti. Dia termuntah. Saya 'geledah' seluruh perutnya. Biasalah. Proses pembersihan berlaku. Gelombang pesakit pun neutral dan segala unsur negatif telah keluar dari tubuhnya. Selepas itu saya membersihkan pula pelusuk rumahnya. Masih ada yang main nyorok2 habis saya jurus dan lemparkan dgn garam dan lada hitam. Clear. Suasana rumah yang panas dan muram kini terang. Alhamdulillah. Semua itu drp Allah semata-mata. 
Semasa berbual, pesakit ini menceritakan yang dia telah berubat merata arah. Bomoh dari Klang bagi Wafaq lekat kat dinding. Saya suruh buangkan saja. Bukannya jin takut pun. Ada juga ustaz dari darul2 datang merawat. Mulanya berikan air sembur kat rumah. Kemudian masalah tak setel-lagi sakan ganggaunnya(ganggaun dlm bentuk penjelmaan mahkluk halus menganggu isteri dan anak-anaknya spt mencakar belakang anak2nya etc) maka si Abawaklah ustaz darul ke rumahnya. Baca yassin solat hajat semua2. Patient menangis tapi tak muntah. Reda sekejap jadi balik. Bila saya check ke dalam sedikit saya menemui bahwa masalah ini bercampur aduk. Semuaya boleh diatasi tapi masalah yang besar sedikit drp beberapa masalah itu ialah mata batin isteri terbuka dan dapat melihat makhluk ghaib. Terbukanya secara semulajadi. Oleh kerana si isteri tdk punya 'isi' maka apabila di 'lihat' berbondonglah makhluk itu dtg kepadanya. Mau berkawan dan mau menyakat dengan mudahnya. Saya bagi tempoh kepada mereka dlm masa sebulan ini. Jika masih berulang jalan terakhir ialah menutup mata batin pesakit. \

*Kadangkala terfikir juga berapa ramai kwn hendak mata batin tak dapat tgk2 juga. Tapiyang tidak hendak terbuka pula. Ada hikmahnya tu...

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam kembali. Insya Allah ada caranya namun tidak semudah melakukannya sendiri. Bukan mudah untuk mata batin seseorang itu terbuka. Dan begitu juga sebaliknya bukan mudah pula untuk dia tertutup kembali. Sila hubungi dengan saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 0176601490.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan,

    amat menarik pengalaman tuan dan usaha tuan membantu umat Islam. syabas.
    Jazakallah.

    BalasPadam
  4. Slm Utz,

    Apa maksud darul2 dlm keterangan Utz di atas, kenapa bila tuan Utz berusaha memulihkan pesakit berjaya tetapi tidak berjaya dilakukan oleh perawat dari darul2 itu?. Harapan kami semuga usaha utz diberkati dan diberi petunjuk Ilahi. Amin.

    BalasPadam