Datanglah. Kalau hendak berubat, dengan setitis ilmu Allah berikan pada saya ini insya Allah saya ikhtiarkan sedaya mungkin. Kerana penyakitnya berat-ada jangkitan HIV, saya mengesyorkan madu al shifa+air zam-zam yang telah dibacakan Al Quran 30 Juzuk + Solat Hajat. Dua bahan ubat tersebut bukan dimakan macam tu sahaja tetapi akan diisi dengan doa-doa mustajab dan tenaga murni utk rawatan khusus. Kos penyediaan bahan itu sahaja mengjangkau 150.00. Namun pesakit tersebut menyatakan tidak mampu untuk menyediakan kos penyediaan madu dan air zam-zam dan mahu rawatan jarak jauh sahaja. Saya terpaksa menolak. Saya tidak bertolak ansur kalau pesakit tiada kesungguhan mahu berubat. Hanya anggap berubat alternatif/Islam/tradisional ini levelnya 'ikhlas-ikhlasan' 'murah-murahan, 'mudah-mudahan'. Kalau dah anggap demikian bolehlah cari perawat sedemikian. Kalau terlalu sengkek sangat untuk membeli bahan ubat untuk rawat penyakit sendiri, maka lebih baik jangan berubat. Kalau benda lain boleh pulak hambur wang sana sini. Itulah manusia. Suka nak mudah untuk menyelesaikan suatu masalah. Langsung tidak masuk dek akal. Untuk makluman, kalau pengunjung yang membaca blog ini, tiada wang untuk membeli madu dan air zam-zam untuk rawatan penyakit berat khususnya, maka carilah perawat lain, yang boleh jumpa 1 sesi kasi air+garam atau minyak wangi kemudian charge RM50.00, balik makan ke tak makan ke sembuh ke tak sembuh ke belakang kira. Kalau saya, saya buat sungguh2 dan pantau keadaan pesakit. jadi fikir2kanlah sendiri setakat mana kesungguhan dan keikhlasan kita mahu diubat. Jangan harapkan ikhlas perawat sahaja tanpa memikirkan tenaga, masa dan kesanggupan perawat mendengar dan merawat dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan