30 Julai 2010

Sifat-sifat Manusia dari Syair Hidayat

Ertinya babi dinyatakan pula
Tabiatnya itu sangatlah cela
Niatnya tidak berbuat pahala
Barang kerjanya menjadi bala

Perangainya kera haru-biru
gemar memakai kain yang baharu
jika bekerja tergaru-garu
itulah tanda orang jaharu

Adapun perkara yang ketiga
mengikut tabiaat anjing  celaka
jika berkelahi sangatlah suka
sentiasa bermasam muka

perkara keempat inilah pula
meniru binatang serigala
barang lakunya sangatlah cela
dunia akhirat beroleh bala

tabiat yang kelima meniru ular
ke sana ke mariia menjalar
ke rumah orang pergi membelar
padahnya akan terkena selar

kerana tabiatnya  banyaklah cela
meniru perangai binatang kala
berkeliling kampung membuat bala
alamat dimurkai hak taala

ertinya tikus jahat lakunya
kuat mencuri harta suaminya
dibawai kepada penyimpanannya
niat itu hendak dijualnya

tabiat yang kedelapan meniru sumbang
seperti perangai unggas yang terbang
hatinya itu sangat bercabang
segenap kampung pergi menyembang

ada pun baghal kuranglah malu
bertemu takutnya lidah kelu
meski pun ia hendak dipalu
tidaklah mahu berjalan selalu

tabiat yang kesepuluh sangatlah bahagia
meniru kambing perangai mulia
dipuji oleh sekelian anbiya'
nabi pun serta membenarkan dia.

2 ulasan:

  1. siapa pengarang syair ini?

    BalasPadam
  2. identiti pengarang syair hidayat tidak diketahui kerana pengarang tidak mencatatkan namanya atau sebarang pengenalan diri.. tapi dalam beberapa rangkap syairnya ada juga dia mendedahkan identitinya secara tidak langsung..

    BalasPadam