Penyakit yang berat memerlukan perawat menumpukan perhatian khusus kepada pesakit bukan semata-mata menemui pesakit dalam jangka masa 10-30 minit dan suruh balik dan amal ayat-ayat. Terdapat seorang pesakit datang mengadu, sudah bawa isterinya berubat merata ceruk. Bila mana saya datang kes ini kepada saya, saya termenung sejenak. Kes ini memang berat. Berat bukan kerana penyakit tidak boleh sembuh. Segala sesuatu bagi Allah cukup "kun fayakun". Namun kerana beratnya kerana sakit yang menahun. Sakit poket pun termasuk jenis sakit juga. Sang suami pula pernah melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu-ilmu kebatinan-mata batin namun hampa. Adakah sang suami menuntut mengundang 'tulah' kepada isteri?Oh tidak. Sang isteri sudah sedia sakit sejak remaja lagi. Cuma ketika remaja simpulan urat di otak itu tidak serius. Dalam tempoh 5 tahun belakangan ini sahaja ia menunjukkan belangnya. Dalam berdepan kes sebegini perawat sebenarnya diuji. Diuji bukan sekadar mana ilmunya. Kalau ikutkan pengalaman dan kesetian pesakit ini berubat maka dari segi akal sudah jauh lebih mencukupi. Ada pesakit dirawat lebih daripada 5 hari berturut-turut oleh pengamal perubatan alternatif namun akhirnya tidak menunjukkan apa-apa kesan pun. Dalam bahasa kedoktorannya AVM. Dalam bahasa saya, urat bersimpul. Dah simpul ia menekan pula bahagian otak sebelah kiri. Kesannya anggota sebelah kanan lemah. Dikhuatiri kalau dibiarkan pesakit akan mengalami stroke atau pendarahan. Aduhai bahayanya. Dalam berdepan kes ini -kali kedua saya ulang hehehe-bukan sekadar mana ilmu perawat dan sehebat mana kaedah pengubatan perawat-TETAPI ialah bagaimana caranya mahu menyatakan kepada Allah dalam bentuk terbaik bagi 'mengambil' semula penyakit yang sekian lam di alami. Kaedahnya tidak lain dan tidak bukan ialah SOLAT HAJAT. Saya menyuruhnya membuat solat hajat terlebih dahulu sebelum bertemu saya. Solat Hajat itu jangan diberitahu isteri. Hal ini kerana kita mahu mengambil faedah daripada hadis nabi, antara doa yang MAKBUL ialah doa muslim kepada muslim yang lain tanpa diketahui oleh muslim yang didoakannya.
***
Sebelah petang semalam saya bersama 10 orang lagi rakan seangkatan berangkat bertemu dengan seorang profesor di rumahnya menadah dada menerima curahan ilmu daripada beliau. Sebelum saya tiba ke sini, saya sudah merasai suatu desakan dalam naluri agar membantu mana yang patut apabila tiba di sana nanti. Saya jadi hairan dan pelik. Namun apabila direnung dengan akal jauhari baharulah saya nampak sinar manikamnya. Apabila berjejak kaki ke rumahnya, saya mendapat suatu signal bahawa terdapat seseorang yang sedang terlantar dalam rumah banglo tersebut. Apabila bertemu dengan Prof dan mengalu-alukan kami ke bilik bacaan sekaligus bilik tetamunya, kami berbual sampingan sebelum bermula dengan bacaan Al Fatihah kepada ibu mertua beliau yang sedang koma. Benarlah intuisi saya. Hospital sudha menolak untuk meneruskan perubatan. 4 orang pakar memutuskan untuk tidak lagi meneruskan dialisis dan menyuruh bawa balik baca yassin sahaja. Benarlah apa yang saya rasa dan saya dapat sebelum ke sini. Saya hendak juga membantu apabila pertemuan kami berakhir, saya tergerak juga mahu ziarah. Teringat stail Tok Awang Ngah datang menzirahi pesakit di hospital yang nazak. Namun disebabkan saya tidak diajak dan baharu kenal dengan Prof ini maka saya segan mahu menyatakan hasrat itu. Sekurang-kurangnya kita mendapat laba menzirahi saudara seagama kita yang sakit lalu mendoakannya. Itukan sunnah. Namun, entahlah, mungkin sebab itulah, baharu kenal kenapa pula tidak semena-mena saya hendak menzirahi pesakit yang mana sekarang dalam kaedaan koma-nazak dan dikelilingi sanak saudara membaca Yassin?Emm. Mungkin ada pandangan lain. Mungkin perawat lain mengalami siatuasi yang sama. Lainlah kalau kita disuruh atau diajak oleh keluarga si pesakit.
***
Saya pernah didatangi oleh pasangan suami isteri yang setia mengikuti tarikat sehingga isterinya menjadi anak emas-anak muris kesayangan tuan mursyid tarikatb tetapi menghadapi masalah gangguan jin yang sederhana teruk. Dengan izin Allah saya dapat merawatnya dengan sekali pertemuan. Pertemuan kedua merawat suaminya pula. Tapi suaminya hanya ada sedikit sahaja gangguan semuanya keluar dengan segera tidak lama saya meletakkan telapak tangan di ubun-ubunnnya. Sebenarnya beberapa hari sebelum pertemuan kedua itu, sang suami menceritakan isterinya bercakap merapu ntah apa-apa apabila mereka pulang ke rumah pusaka yang terdapat sebuah peti simpanan keris pusaka. Saya menyuruh si suami membuat rawatan sendiri terhadap isterinya. Saya suruh suaminya menyediakan limau dan bacakan ayat2 lazim sahaja dan jangan lupa masukkan niat. Malam itu si suami beritahu saya pengalaman dia membaca doa pada limau untuk isterinya seperti yang saya suruh. Dia mengatakan sewaktu menjamah limau tersebut dengan tangannya dan membacakan ayat-ayat lazim, sang suami seketika itu juga merasai telah mendapat dirinya yang dahulu. Maksudnya diri yang dahulu itu ialah ketika 15 tahun lepas, sang suami seorang yang taat bertarikat dan seorang setia kepada pegangan agama. Ketika berlaku konflik dengan guru dan berpindah ke guru lain, sang suami semakin jarang mempraktikkan amalan yang sedia diamal. Senang kata lalai la. Biasalah itu. Iman naik dan turun. Sementara berjumpa dengan sang isteri dan berkahwin keadaan rumahtangga mereka kurang stabil dan sering kekecohan ribut-ributan. Sebelum sang suami membaca blog saya tentang Tok Awang Ngah dan mahu berubat. Menurut sang suami sayalah orang pertama mengubat dirinya dan isterinya. Menurutnya dia susah mahu menyerah dirinya untuk dirawat. Memang pun sewaktu mereka menunggu saya ketika pertemuan kali pertama itu, saya sudah merasai unsur tenaga negatif atau senang kata gangguan berlegar pada tubuh mereka. Sewaktu saya berdepan dengan mereka berbual-bual ringan, sang suami mengomel-ngomel. Dahinya berkerut memandang saya.
"Kenapa kak,sakit perut ke?"tanya saya.
"Sakit perut tiba-tiba ini..."
"Emm..yang lain-lain kak tak rasa ka.."saja saya tanya walau dah tahu...modal nak bersembang.
"Ada. Panas..berputar-putar..tak selesa..rasa nak marah saja ini..."
Saya senyum jo. Bila saya tatap wajah sang isteri memang kusam sangat air mukanya. Begitu juga suami yang mulanya mahu berahsia tetapi sekejap saya saya jungkirkan semangatnya untuk bercerita. Saya renung ke dalam batin dalam-dalam. Ini masalah jin tarikat. Entahlah. Sama ada tarikat itu silsilahnya tidka betul atau guru utamanya dah seleweng. Tapi apabila dengar kata sang suami yang guru tarikat suruh bawa isterinya berubat kerana pada pandangan guru muridnya itu sakit, maka saya husnol zon sahajalah. Terbit juga kehairanan mengapa tidak guru itu sahaja yang berikhtiar merawat anak murid kesayangannya?Itukan lebih afdhol.
Pengalaman saya merawat sang isteri memang sama yang saya beritahu dalam Testomonial sebelah kanan blog ini. Cari la. Baca. Malas juga nak menaip panjang-panjang. Hehehe. Masa saya merawat isterinya, sang suami juga terkena tempias sendawa berkali-kali. Semua itu kuasa Allah semata-mata. Yang saya dapat tahu memanglah tekana emosi boleh memudahkan gangguan meresap ke dalam tubuh. Kena jaga emosi terutama yang sudha berumah tangga. Janganlah suami selalu sahaja herdik tengking dan membuat isyarat-isyarat zahir seperti telunjuk kepada isteri. Kena isteri yang hati lembut dan pendendam dan pemendam maka jadilah macam kes ini. Alhamdulillah, kes ini selesai dalam dua pertemuan. Keris pusaka dibawa sang suami ditunjukkan pada saya. Kosong. Hanya besi semata. Alhamdulillah.
***
Saya ingin menegaskan bahawa jangan sesekali bab hakikat ditafsirkan ikut kepala otak dan falsafah-falsafah. Hatta buku kitab tasawuf ulamak sufi besar sekalipun. Hal ini kerana pengalaman rohani yang dialami mereka berbeza dengan pengalaman salikin. Apath lagi bagi yang suka membaca sahaja tetapi tidak melalui sendiri lorongnya. Jangan cari pasal membaca dan mahu faham sendiri-sendiri melalui buku semata-mata. Hatta sebesar mana pun tokoh rujukan kita, kerana dia betul dan sudah tahkik betul, kita yang belum lalui atau yang dah lalui belum ahli jangan memandai nak berkelam sebagaimana orang yang sudah wusul. Secara umum tak apalah. Itupun kalau yang suka baca sahaja kena mendengar nasihat ahli walau belum wusul kerana ia lebih awla. Jangan memain. Lorong hakikat ini banyak tergelincir dan sesat dalam lembah gelap.
***
Selamat Berpuasa dan Meraih 10 Hari Pertengahan Bulan Ramadhan yang mempunyai keampunan. Masa inilah nak melipatgandakan amalan sunat. Ingat amalan sunnat. Kalau amalan wajib tidak setel lagi jangan kejar sangat amalan sunat. Penuhi dan sempurnakanlah dahulu amalan wajib. Contohnya solat. Kita bersolat tidak semestinya sempurna. Maka bersolat dan sempurnakanlah solat dari syariat hingga ke hakikatnya. Ini solat pun cepat-cepat sahaja dan nipisnya tumpuan. Imam Al Ghazali pernah bersolat dan dilihat oleh jemaah dibelakangnya darah bercucuran. Ruoa-rupanya beliau terkenang-kenang akan sebuah kitab feqah yang sedang ditulisnya yang membincangnya masalah darah haid, nifas wanita. Begitulah had ilmu di atas kertas jangan dibawa sampai ke dalam solat. Hendak sempurnakan solat memerlukan inayahNya dan kesungguhan kita. Bukan perkara enteng-entengan.
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan