26 Ogos 2010

Soalan Pengajian Melayu Bersumberkan Islam (Budaya)

1. Pilih salah satu daripada berikut:

a)Ritual kalenderikal -upacara berdasarkan takwim

b)Rites de passage -upacara peningkatan tahap-.

c)Ritual bukan kalanderikal -non-sakral, permainan

Bincangkan dan huraikan rasa keberagamaan Melayu-Islam serta permasalahan yang berlaku.
___________________________________________

2. Bincangkan dan huraikan isu berikut; ilmu Melayu, orang yang pandai dalam masyarakat Melayu atau pakar ilmu Melayu dan orang yang alim atau lebai atau kiai atau tok syeikh.

Bincangkan dan huraikan kesan pengaruh Islam kepada Ilmu Melayu, permasalahan yang berlaku apabila Ilmu melayu yang alamiah bertemu dengan Islam.

Arahan:

-Pilih salah 1 soalan sahaja.
-Soalan bahagian Sastera pada minggu hadapan.
-Jumlah sebanyak 20 halaman.
-Double spacing.
-Saiz 12, Arial atau Times
-Buat dalam kumpulan, setiap kumpulan 3 orang sahaja.
-Hantar selewat-lewatnya pada minggu ke-12 kuliah. Jangan lewat. Jika lewat hantar maka tanda sendiri.

~~~
Ulasan:Soalan 1.

Keberagamaan merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang tiada terdapat dalam agama Islam secara langsung atau dilakukan oleh nabi Muhammad SAW, para sahabat dan salafussoleh yang dilakukan oleh sesuatu kelompok masayarakat atau bangsa namun dikaitkan dengan agama Islam. Keberagamaan wujud dalam bentuk upacara sama ada upacara peningkatan tahap atau upacara kalenderikal mengikut takwim Islam. Contohnya upacara maulidurrasul, Hari Asyura, majlis tahlil, majlis kenduri tahlil dan doa selamat, majlis berkhatan, mengaji Al Quran, dan lain-lain lagi.


Permasalahan merujuk kepada terdapat pandangan yang menyatakan tindakan keberagamaan tersebut merupakan suatu bidaah, jadi wajib ditolak, dihentikan daripada diteruskan, diamalkan. Pandangan yang membidaahkan tindakan kebergamaan tersebut merupakan pandangan yang menggunakan beberapa dalil dan hujah yang selalunya bersifat umum.

Arah menjawab soalan:sama ada:

1.Menyokong untuk membidaah lantas menghentikan amalan atau tindaka kebergamaan tersebut, disertakan dengan hujah dan dalil.

2.Menyokong untuk mempertahankan tindakan kebergamaan tersebut berdasarkan hujah dan dalil pula.

Saya lebih cenderung kepada perkara no. 2 yang mana tindakan kebergamaan ini merupakan suatu yang memang tidak mempunyai contoh perlakuan khas dari baginda namun ia mempunyai beberapa sebab mengapa ia dilakukan. Justeru diperlukan pemahaman dan penerokaaan terhadap sebab musabab dan dikaitkan dengan sistem nilai dan norma masyarakat Melayu Islam tradisi.


Atau boleh disertakan kedua-duanya NAMUN demikian melebihkan hujah pada no. 2. Hujah dan dalil tersebut mesti bersifat deskriptif terhadap isi kandungan atau perjalanan upacara tersebut, rasionalnya dengan akal fikiran dan kaitannya secara qias dengan agama Islam. Contohnya memilih maulidurrasul. Menghuraikan apakan tentatif program tersebut. Misalnya dalam tutorial saya menyatakan maulidurrasul dilakukan pada dua peringkat. Pertama, peringkat umum iaitu di peringkat masyarakat yang diwakili oleh masjid, surau, balai raya. Yang mana upcaranya lebih kepada majlis ceramah agama, biasanya hanya sehari atau dua hari, disertai kenduri.

Kedua, peringkat di peringkat pusat pengajian agama Islam seperti sekolah pondok dan yayasan sekolah pondok yang mana upcaranya berlangsung lebih daripada 3 hari, mengandungi majlis ilmu, mengijazah hadis-hadis, amalan ratib, wirid, kemuncaknya ialah berqasisah, bermarhaban dll.

Begitu juga upacara lainnya seperti tahlil, talqin, Hari Asyura, huraikan tentatif program upacara tersebut, sandarkan pada nas-nas agama, rasional, sistem nilai norma masyarakat Melayu-seperti nilai bergotong royong, kebersamaan, nilai muafakat, maka upacara itu dilakukan secara beramai-ramai/jemaah/penduduk kampung sebagai suatu proses sosialisasi masyarakat dan penghayatan masyarakat terhadap agama Islam serta budayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan