19 Ogos 2010

Kaedah Rawatan Yang Digunakan

Terdapat pertanyaan kepada saya bagaimanakah kaedah rawatan yang saya amalkan?Kaedah rawatan saya sangat mudah. Iaitu saya akan meletakkan telapak tangan kanan ke kepala pesakit. Membaca bismillah, syahadah, selawat dan doa/niat. Selama 1 jam untuk rawatan maksimum. Dalam sela masa tersebut biasanya saya membaca Ayat-ayat Al-Quran tidak kira sama ada ayat itu dikenali dengan nama Rukyah Syariyyah atau Manzil atau Mathsurat atau zikir harian atau Asma Allah.

Boleh saja saya tidak membataskan. Hal ini kerana bukan ayat yang menyembuhkan.Bukan saya yang menyembuhkan tetapi Dia Yang Maha Kuasa. Sebab itulah  kepasrahan dan penafian diri amat penting dalam kaedah rawatan tersebut. Ada pesakit atau keluarga pesakit tentu merasa hairan dan pelik dengan 'lama' dan khusyuknya saya dalam proses tersebut sehingga mereka merasakan saya tidak melakukan apa-apa. Memanglah saya 'tidak melakukan apa-apa.' Yang melakukan apa-apa dan segalanya itu hanya Dia semata. Sewajarnya pesakit dan keluarga pesakit menumpahkan seluruh kepasrahan kepada Allah Ta'ala. Ikut sama berdoa dan berwirid. Kesembuhan hanya milik Allah.
***
             Ada yang bertanya tentang masalah saraf/darah tersumbat sehingga stroke. Saya mengatakan semuanya itu dengan izin Allah. Jangan cepat putus asa. Kembali mendekatkan diri kepadaNya.Mesti ada sesuatu yang mahu dikhabarkan olehNya kepada kita. Mesti ada hikmah tertentu. Terdapat satu kes, seorang usahawan mengalami zaman gerhana perniagaan. Dia merasakan dirinya seperti disihir. Hidup tidak tenang dan perniagaan tidak berkembang maju, banyak pelanggan sebaliknya banyak berhutang dan pelanggan kian berkurang. Apabila diperiksa dengan berbagai cara terrbukti tiada sihir. Ternyata apa yang dialaminya hanyalah musibah dalam bentuk ujian daripada Allah Ta'ala di atas kelalaiannya menunaikan perkara wajib seperti solat dan berpuas.
                  Lebih teruk mencari bomoh sihir dan bomoh yang mensyirikkan Allah (sama ada dia mahu dikenali sebagai Bomoh atau tidak)bagi mengatasi masalah 'sihir' yang dialaminya. Maka bertambah lagi kemurakaan Allah kepada dirinya. Walhal semuanya itu dapat diatasi sekejap jua dicari puncanya jika dia mahu bertafakur sebentar merenung akan hakikat kejadian dirinya dan bagaimana tindak tanduknya dalam hubungannya dengan Sang Pencipta dan sesama makhluk Allah yang lain. Apabila sedar, bertaubat lah nasuha dan tunaikanlah haq Allah dan haq sesama manusia dalam erti kata sebenar-benarnya. Bagi mendapatkan bantuan dalam kembali kepadaNya hanyalah bantuan dari Allah semata-mata. Namun bantuan dari Allah boleh tersalur dalam berbagai medium contohnya melalui hamba-hambaNya yang diseberikannya sedikit ilmu dan sedikit hikmah bagi membimbingnya pulang ke jalan lurus.               
                         Maka disinilah perlunya perawat Islam menjadikan diri mereka bukan setakat temujanji-rawat 20-30minit-suruh pulang setelah bagi ubat. Tanpa tarbiyyah dan hikmah. Ini mencacatkan proses pengubatan Rabbaniah yang sebenar-benarnya. Namun kita sedar banyak pusat rawatan Islam kini dikunjungi ribuan orang maka sudah tentu tidak punya masa berlama-lama dengan pesakit untuk mentarbiyyah, bertukar pandangan dan nasihat-menasihati secara hikmah, memberikan suntikan semangat baharu dalam diri pesakit untuk kembali kepadaNya selain terus melakukan apa yang telah dibekalkan untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dideritainya.
                       Saya masih teringat pasangan suami isteri yang datang kepada saya menerima rawatan. Setelah mereka meluahkan segala-galanya maka kita pun berilah respon dan pandangan secara hikmah. Kita pun sambil dengar memohon Allah agar mengurniakan ilham dari disisiNya dalam membantu pesakit. Ia mengambil masa 1-3 jam malahan ada yang mengjangkau 5 jam. Sehingga patient puas. Dalam tempoh itu jagalah hati kita kita dna lidah kita agar sentiasa mengekalkan zikir dan mengekalkan doa dan pengharapan kepadaNya agar dalam tempoh itu menjadi proses pengubatan secara Rabbaniah yang halus dan berhikmah. Hadis Nabi menyebut, Sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi tubuhnya akan berbau wangi walaupun tidak membelinya.
                         Merupakan suatu isyarat jelas bahawa perawat Islam yang memahami hakikat pengubatan Rabbaniah bukan setakat merukyah, menjampi bahan rawatan tetapi duduk bersama pesakit beberapa lama dan saling mendengar secara empati dan nasihat menasihati di jalan kebenaran. Inilah puncak pengubatan Rabbaniah yang jarang dapat dilakukan terutama oleh perawat Islam yang mempunyai pusat rawatan Islam yang ramai pesakit yang datang berkunjung. Kita kena ingat rawatan Islam, tradisional dan alternatif bukan seperti KLINIK atau HOSPITAL berjumpa doktor dan ambil ubat di farmasi. Jadi berbaloilah jika pesakit menyumbangkan lebih kepada perawat sebegini kerana dia betul-betul perawat Rabbaniah.
***
                    Ada pesakit yang datang kerana ingin merawat masalah saraf. Saya ada beberapa pengalaman berkaitan saraf. Terdapat patient yang selalu kebas, apabila kakinya snagat kebas hingga hilang rasa beberapa minit (lama itu) saya terus menjamah kakinya dan dengan izin Alla seketika itu juga kebasnya hilang. Selepas itu dia jarang sudah megalami kekejangan otot kaki walaupun waktu sejuk/dingin. Masalah kebas dan kejang 'anak anjing' ini menadakan saraf yang tertekan oleh tulang belakang atau saraf tersepit atau boleh juga sebab darah beku. Saya syorkan teruslah berjumpa perawat yang mahir. Insya Allah dengan kaedah saya, masalah itu boleh diatasi. Jangan biarkan lama-lama. Bukanlah biasa jika penyakit kebas dan kejang otot sering menyerang setiap hari.
***
                   Sebelum saya menerima ijazah perubatan Islam dan sejumlah ilmu perubatan alterantif yang lain, saya seorang pengurut refleksologi. Saya bersyukur kerana apabila saya merefleksologi kaki pesakit, pesakit terus merasakan suatu getaran dari point menuju ke bahagian badan. Paling berkesan kalau pesakit ada migrain atau masalah di kepala. Pointnya ibu jari. Dengan menjamahnya sahaja disertai doa-doa pendek, pesakit cepat saja merasakan kesannya sehingga sakit kepalanya hilang dan biasanya pesakit tertidur-menandakan proses perawatan berjalan sangat baik.
               Saya pernah juga didatangi kawan sewaktu saya belajar di universiti ijazah pertama dahulu, menunggu waktu pembedahan apendiks yang telah membengkak besar. Saya merawatnya ikut kaedah refleksologi dan kaedah jamah tangan di perut disertai doa biasa dan ayat al quran yang lazim menjadi wiridan serta doa pada air dan mandi. Lusanya pesakit berjumpa doktor untuk scan sekali lagi dan ternyata bengkak apendiks tersebut sudah hilang terus. Tidak saya sangka perkara tersebut berlaku. Semuanya atas kuasanya. Berikut dialog saya dengan kawan saya yang teruja dengan keadaan itu:

Pesakit:Berapa pengerasnya?
Saya:Eh, jangankan nak 'pengeras' apa makna pengeras pun aku tak tau!

Jawapan saya bodoh-bodoh alang itu membuatkan kawan saya menepuk dahi. Apabila dia memberitahu keluarganya yang dia sembuh dan doktor membatalkan pembedahan, atas ikhtiar saya, dia datang tergesa-gesa ke bilik saya suatu hari.

Pesakit:Eh, nah ini pengeras kau.
Saya:Lah, banyak ini. "
Pesakit:Ambil saja. Ko jangan cari pasal dnegan aku.
Saya:Ok2.Aku ambil. Relax. Aku tak cari pasal dengan kaulah.
Pesakit:Yalah. Mak aku cakap kau kena ambil pengeras. Jika tidak skait itu akan datang semula pada aku dan pada kau.
Saya:Ya ka....ok2 aku ambil.

Bayaran RM50.00 yang dikatakan pengeras oleh kawan saya itu terlalu besar pada diri saya yang masih belajar dan sekadar cukup makan dan beli buku sebuah dua  ketika itu.

                    Kini masa berubah. Walaupun saya ada meletakkan upah perkhidmatan dalam blog ini tetapi  sebenarnya saya tetap segan untuk bercakap apabila selesai mengubat. Hal ini kerana selalu saja apabila selesai mengubat, saya tidak merasakan saya yang merawat dan menyembuhkan pesakit. Namun pesakit yang berasa menghargai dengan sesuatu yang boleh memulihkan diri dan keadaan hidupnya, dia menghulurkan juga. Tapi tidka kurang yang mahu dirawat dan sesen pun tidak diberikan. Saya tetap merasa puas apabila merawat kawan-kawan dan pesakit walau tidak diberikan sesen pun.
                Namun demikian saya melihat kawan dan orang tersebut selalu menimbul fitnah dan kata-kata belakang yang menyakitkan hati mereka sendiri. Sebenarnya saya tidaklah mahu menyatakan upah perkhidmatan itu atas nilai pengubatan yang saya lakukan. Tetapi upah perkhidmatan itu lebih kepada kewajaran menghargai masa, tenaga dan ilmu yang telah dipelajari oleh perawat sehingga dia mahir dalam segi-segi pengubatan dan mempunyai pengalaman pula apatah lagi pesakit sembuh. Selain penghargaan terhadap masa, tenaga dan ilmu+pengalaman perawat, soal lain seperti bil-bil di pusat rawatan yang disediakan semata-mata untuk kepuasan pesakit dan keselesaan mereka apabila datang bertandang. Itulah pointnya. Janganlah pesakit yang datang hendak rawatan, perawat bersedia mendengar dan merawat sepenuh hati dan tenaganya serta tumpuan segala risiko yang dihadapinya, pesakit mengangap bayaran upah perkhidmatan sebagai nilai pengubatan.
                   Saya ingin menegaskan jika berubat dengan saya, upah perkhidmatan itu bukan merujuk kepada nilai pengubatan. Nilai pengubatan secara Rabbaniah adalah tidak ternilai dengan segunung emas sekalipun. Ingatlah konsep ini, bahawa bukan kita yang menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan. Selagi perawat dan pesakit berpegang kepada keyakinan ini, percayalah seberat manapun penyakit dan masalah dapat diatasi dan dikhtiar sama ada berkurangan sakitnya atau sembuh sepenuhnya. Upah perkhidmatan hanya sebagai hadiah sahaja di atas masa, tenaga dan ilmu yang ditekuni yang diperolehi dengan perawat membayar juga untu mempelajarinya.
                    Ditambah pula pengalaman dan bukti testimonial bukti keberkesanan. Dalam hal ini upah perkhidmatan biasanya hanya sekadar bayaran ubat diklinik. Dan bagi pesakit yang memahami entri ini pasti akan memberikan lebih daripada itu apatah lagi jika penyakitnya sembuh. Jika tidak sembuh, janganlah ia diungkit pula. Kalau dengan saya, saya akan menyatakan apakah saya mampu atau tidak. Saya mengalu-alukan pembaca blog ini yang mempunyai apa saja masalah kesihatan zahir dan batin berikhtiar kerana kesihatan yang baik itu muara bahagia.
             Saya paling gembira sekali jika pesakit sembuh dan menyatakan kesyukuran dapat berdiri bersolat dan menangis ke hadrat Allah ta'ala. Inilah 'upah perkhidmatan' yang sebenar bagi setiap perawat rabbaniah.Allahuakhbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan