30 Ogos 2010

Bersumpah Dengan Syaitan

Petikan di bawah merupakan novel yang diterbitkan oleh Mulya Enterprises hasil karya Tok Awang Ngah. Dalam karya tersebut TAN memperlihatkan beberapa doa, ayat Al Quran, Asma Allah yang digunakan dalam mendepani segala gangguan. TAN juga bersikap terbuka apabila memasukkan sekelian doa daripada watak-watak lainnya juga. Terdapat juga jampi mantera yang turut dirakamkannya namun unsur jampi mentera bukanlah dominan dan seringkali meletakkan kedudukan jampi mentera tersebut tidak berupaya mendepani gangguan. Untuk lebih jelas sila rujuk novel tersebut.



1. “Eh, siapa yang tak kenal Cik Minah, ‘’katanya lantas menekan ibu jari kaki ke tanah, dengan enjin motorsikal yang tidak dimatikannya. Apabila dia mengisarkan tumit sambil membacakan doa : Bismillahi masya-Allah layasuqul hairu illallah, Bismillahi masya-Allah layasriful su-i illallah, Bismillahi masya-Allah makana min-nikmatin faminallah Bismillahi masya-Allah layai bilhasnati illallah, Bismillahi masya-Allah lahaula wala qauwata illa-billah. (ms 7)



2. “ Eh, Cik Minah nak ke mana?” sengaja Haji Mosli mengusiknya dan terus membacakan: Qul-many yunajjikum minzulumatil barriwalbahri tad’ unahu tadharru ‘auhufyatan la-in anjana min hazihi lanaku nan-na minasy syahirin. (ms 7)



3. Setelah Aki Tajan menurunkan semula tangannya saya meletakkan tapak tangan ke dadanya lantas membacakan: Wa-indahu mafati-hulghaibi laya’lamuha illahuwa waya’lamu mafilbarri walbahri, wamatasqutumin waraqatin illaya’ lamuha wala habbatin fi-zulumatil ardhi wala ratbin wala yabirin illa fi-kitabin mubin. (ms 19)



4. Setelah keadaan lelaki hodoh itu berdegil, Ulung Mail lantas membacakan doa: Kaf ha ya a’in, sad, ha mim a’in sim kaf, Ya kafi ya syafi ya mu’afi, in-nahu minas Sulaiman wa-innahu Bismillahhir pRahmannir Rahim. Kemudian dia menggenggam pasir terus dilontantarkan ke arah perdu pokok leban itu. (ms 31)



5. Di tengah asap dan bau hangit itu, Ulung Mail menyeru “ Assalamualaikum datuk petala guru, sehabis-habis sampai ke mambang, engkau bertiga saudara, berempat bersama aku, aku menyuruh aku menyeraya, lindungkan aku daripada puaka kayu leban ini. (ms 33)



6. Sambil menekankan lada hitam itu ke ibu jari kaki Marliah, dia memejamkan mata membacakan jampi serapah: Songsang tapak songsang hati jantung engkau, Patah sendi patah layang patah alih-alih, ambil besi petuaaan pemarak hati jantung hempedu rawan engkau, dating terlentang pulang kau menangkup, junjung lama engkau balik, aku tahu asal engkau jadi, orang berlaki, tujuh asal kau jadi, kabulkan aku menangkal Marilah terkena pelesit, berkat Laillahha illallah, hu...(ms 64)



7. “Lepaskan dia Ngah Endut, biar dia rasakan ayat-ayat Allah,” ujar Mat Deh menyuruh Ngah Endut berundur. Kemudian dia membacakan: Alif Lam Mim Sad, Kaf Ha Ya A’in Sad, Ha Mim A’in Sim Kaf, Uskun aiyuhalwaji’ billazi, inyayasyayuskinir riha fayazlalna rawakida ‘ala zahrihi, in-na fi-zalika la-ayatinlalikulli sabbarin syakur. (ms 77)



8. Perempuan tua yang terputus badannya itu tidak mengangkat muka mahu memandang Mat Deh di sebalik kilauan cahaya tersebut. Kemudian Mat Deh terus membacakan: Huwallahhullazi lailala illahuwa ‘alimul ghaibi wasy-syahadati huwarrahmannur rahim, tiba-tiba bumi bergoncang menyebabkan perempuan tua kurus yang badan terputus dua terlampung bagaikan beras ditampi di dalam nyiru. Dia semakin takut hingga terkial-kial mahu melarikan diri. (ms 78)



9. Disebabkan saya tidak mahu melayani perempuan muda yang melekat pada dinding itu terus saya bacakan doa : Wa’-indahu mafatihul ghaibi laya’lamuha illa-hu-wa, waya’lamu mafil barri walahri, wama tasqutu minwaraqatin illa ya’ lamuha wala habbatin fi-zulumatil ‘ardhi walaratbinwwalaya birin illa fi-kitabin mubin. (ms 99)



10. Setelah keadaannya terlekat di situ tidak dapat melepaskan diri saya terus mengisar tapak tangan dengan membcakan: Huwallazi yuri-kumul barqa khau-fanw watama ‘anw wayunsyi us-sahabas thiqala, dan diulangi tiga kali menyebabkan perempuan muda itu meronta-ronta mahu lepeskan diri.(ms 100)



11. Ulung Mahadar berdiri di muka pintu dengan mendepang tangan lantas membacakan doa : In-nahu minas Sulaimanni wa-in-nahu bismillahhirRahmaniir Rahim, dan di ulangi tujuh kali. Kemudian dihembuskannya di tengah kegelapan malam bersama deru angin yang bergetar.(ms 116)



12. Lama dia menunggu dengan tabah di muka pintu serambi, barulah Ulung Mahadar mengisar tapak tangannya dan membacakan doa : Ya Allah-hu Ya Rahman Ya Rahim, Ya Hayyun Ya Qayyum, Ya Zal-jalal wal-ikram, Ya ahlat taqwa wa-ahlal mughfirati, ya zikriz zakirina, tub ‘a laiya taubatan nasohan wazidni bifadli rahmatika nurau wa-wudhuhan ya arhamar rahimin, dan diulangi limakali (ms116)



13. Tetapi Ulung Mahadar bukan sekadar berdiri memerhati kegelapan malam. Dia semakin yakin dengan kemampuannya. Perlahan-lahan dia mendepangkan semula tangan, lantas membacakan : Yu-hibbu nahum kahubillahi, wallazi-na a-manu asyaddu hubban lillahi, zui-yina linnasi hubbusy syahawati minnan nisa-i walbanina wal-qunatiril muqhantha-rah (ms117)



14. “ Kalau Allah nak melakukan, jangan kata manusia berkepala anjing, lebih daripada itu pun boleh,” lantas Lebai Minin mengingatkan apakah lelaki muda berjubah putih itu terkeil-kebil mata. Kemudian perlahan dia menyebut ayat 59 daripada surat al-Anaam: Wa-‘indahu mafa-tihul ghaibi laya’la muha illa-huwa, wa-ya’lamu mafibarri walbahri, wama tas-qutu minw waraqa-tin illa ya’lamuha wala habbatin zulu-matil ardhi walara-tbinw walaya birin illa-fi kitabin mubin. (ms137)



15. Lama mereka terdiam barulah lelaki muda berjubah putih itu bersuara lembut menuturkan : Qulmany yunajji-kum min zulumatil barri-walbahri tad’unahu tadharru ‘anw wakhufyatan la-‘in anjana min hazihi lanaku nanna minasy syakirin (ms 138)



16. Ditengah kegelapan itu Ulung Mahadar membacakan : Hasbiallahhu la-ilaha-illahuwa ‘alaihi tawakkaltu wahuwarabbul ‘arsyil ‘azim, di ulanginya tiga kali.(ms 156)



17. Ulung Mahadar lantas berdoa: Qul-man rabbus sama-wati wal’ardh, quli-llahhu qul apat-tahaz tum-min du-nihi auliya-a layam-likun li-anfusihim naf’anw waladharra, qul-hal yastawil ‘amya walbasiru, am-hal tastawiz zu-lumatu wan-nur, am ja’alu lillahhi syu-raka-a khalaqu ka-khalaihi fatasabahal khalaqu ‘alaihim, qulillahhu khaliqu kulli syai-inw wahu-wal wahidul-qahar (ms 156)







27 Ogos 2010

Alkisah penjual si batu delima merah yang nak duit mudah

Ceritanya bermula apabila Wak A berada di sebuah pekan di Banting...tiba-tiba Wak A didatangi oleh seorang Tuan Haji berusia separuh abad bertanyakan rumah haji Rosman...Wak A pun...

bersambung (saya baru teringat ada perjumpaan penting wajib bagi semua staf akademik jam 10 pagi ini..bersabar ya...:)

26 Ogos 2010

Soalan Pengajian Melayu Bersumberkan Islam (Budaya)

1. Pilih salah satu daripada berikut:

a)Ritual kalenderikal -upacara berdasarkan takwim

b)Rites de passage -upacara peningkatan tahap-.

c)Ritual bukan kalanderikal -non-sakral, permainan

Bincangkan dan huraikan rasa keberagamaan Melayu-Islam serta permasalahan yang berlaku.
___________________________________________

2. Bincangkan dan huraikan isu berikut; ilmu Melayu, orang yang pandai dalam masyarakat Melayu atau pakar ilmu Melayu dan orang yang alim atau lebai atau kiai atau tok syeikh.

Bincangkan dan huraikan kesan pengaruh Islam kepada Ilmu Melayu, permasalahan yang berlaku apabila Ilmu melayu yang alamiah bertemu dengan Islam.

Arahan:

-Pilih salah 1 soalan sahaja.
-Soalan bahagian Sastera pada minggu hadapan.
-Jumlah sebanyak 20 halaman.
-Double spacing.
-Saiz 12, Arial atau Times
-Buat dalam kumpulan, setiap kumpulan 3 orang sahaja.
-Hantar selewat-lewatnya pada minggu ke-12 kuliah. Jangan lewat. Jika lewat hantar maka tanda sendiri.

~~~
Ulasan:Soalan 1.

Keberagamaan merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang tiada terdapat dalam agama Islam secara langsung atau dilakukan oleh nabi Muhammad SAW, para sahabat dan salafussoleh yang dilakukan oleh sesuatu kelompok masayarakat atau bangsa namun dikaitkan dengan agama Islam. Keberagamaan wujud dalam bentuk upacara sama ada upacara peningkatan tahap atau upacara kalenderikal mengikut takwim Islam. Contohnya upacara maulidurrasul, Hari Asyura, majlis tahlil, majlis kenduri tahlil dan doa selamat, majlis berkhatan, mengaji Al Quran, dan lain-lain lagi.


Permasalahan merujuk kepada terdapat pandangan yang menyatakan tindakan keberagamaan tersebut merupakan suatu bidaah, jadi wajib ditolak, dihentikan daripada diteruskan, diamalkan. Pandangan yang membidaahkan tindakan kebergamaan tersebut merupakan pandangan yang menggunakan beberapa dalil dan hujah yang selalunya bersifat umum.

Arah menjawab soalan:sama ada:

1.Menyokong untuk membidaah lantas menghentikan amalan atau tindaka kebergamaan tersebut, disertakan dengan hujah dan dalil.

2.Menyokong untuk mempertahankan tindakan kebergamaan tersebut berdasarkan hujah dan dalil pula.

Saya lebih cenderung kepada perkara no. 2 yang mana tindakan kebergamaan ini merupakan suatu yang memang tidak mempunyai contoh perlakuan khas dari baginda namun ia mempunyai beberapa sebab mengapa ia dilakukan. Justeru diperlukan pemahaman dan penerokaaan terhadap sebab musabab dan dikaitkan dengan sistem nilai dan norma masyarakat Melayu Islam tradisi.


Atau boleh disertakan kedua-duanya NAMUN demikian melebihkan hujah pada no. 2. Hujah dan dalil tersebut mesti bersifat deskriptif terhadap isi kandungan atau perjalanan upacara tersebut, rasionalnya dengan akal fikiran dan kaitannya secara qias dengan agama Islam. Contohnya memilih maulidurrasul. Menghuraikan apakan tentatif program tersebut. Misalnya dalam tutorial saya menyatakan maulidurrasul dilakukan pada dua peringkat. Pertama, peringkat umum iaitu di peringkat masyarakat yang diwakili oleh masjid, surau, balai raya. Yang mana upcaranya lebih kepada majlis ceramah agama, biasanya hanya sehari atau dua hari, disertai kenduri.

Kedua, peringkat di peringkat pusat pengajian agama Islam seperti sekolah pondok dan yayasan sekolah pondok yang mana upcaranya berlangsung lebih daripada 3 hari, mengandungi majlis ilmu, mengijazah hadis-hadis, amalan ratib, wirid, kemuncaknya ialah berqasisah, bermarhaban dll.

Begitu juga upacara lainnya seperti tahlil, talqin, Hari Asyura, huraikan tentatif program upacara tersebut, sandarkan pada nas-nas agama, rasional, sistem nilai norma masyarakat Melayu-seperti nilai bergotong royong, kebersamaan, nilai muafakat, maka upacara itu dilakukan secara beramai-ramai/jemaah/penduduk kampung sebagai suatu proses sosialisasi masyarakat dan penghayatan masyarakat terhadap agama Islam serta budayanya.

25 Ogos 2010

Tuan, saya datang pukul 12 tgh mlm kalau lambat tunggu ye?

Datanglah. Kalau hendak berubat, dengan setitis ilmu Allah berikan pada saya ini insya Allah saya ikhtiarkan sedaya mungkin. Kerana penyakitnya berat-ada jangkitan HIV, saya mengesyorkan madu al shifa+air zam-zam yang telah dibacakan Al Quran 30 Juzuk + Solat Hajat. Dua bahan ubat tersebut bukan dimakan macam tu sahaja tetapi akan diisi dengan doa-doa mustajab dan tenaga murni utk rawatan khusus. Kos penyediaan bahan itu sahaja mengjangkau 150.00. Namun pesakit tersebut menyatakan tidak mampu untuk menyediakan kos penyediaan madu dan air zam-zam dan mahu rawatan jarak jauh sahaja. Saya terpaksa menolak. Saya tidak bertolak ansur kalau pesakit tiada kesungguhan mahu berubat. Hanya anggap berubat alternatif/Islam/tradisional ini levelnya 'ikhlas-ikhlasan' 'murah-murahan, 'mudah-mudahan'. Kalau dah anggap demikian bolehlah cari perawat sedemikian. Kalau terlalu sengkek sangat untuk membeli bahan ubat untuk rawat penyakit sendiri, maka lebih baik jangan berubat. Kalau benda lain boleh pulak hambur wang sana sini. Itulah manusia. Suka nak mudah untuk menyelesaikan suatu masalah. Langsung tidak masuk dek akal. Untuk makluman, kalau pengunjung yang membaca blog ini, tiada wang untuk membeli madu dan air zam-zam untuk rawatan penyakit berat khususnya, maka carilah perawat lain, yang boleh jumpa 1 sesi kasi air+garam atau minyak wangi  kemudian charge RM50.00, balik makan ke tak makan ke sembuh ke tak sembuh ke belakang kira. Kalau saya, saya buat sungguh2 dan pantau keadaan pesakit. jadi fikir2kanlah sendiri setakat mana kesungguhan dan keikhlasan kita mahu diubat. Jangan harapkan ikhlas perawat sahaja tanpa memikirkan tenaga, masa dan kesanggupan perawat mendengar dan merawat dirinya.

23 Ogos 2010

Hakikat Dua Kalimah Syahadah

Mengucap Dua Kalimah Syahadah tanpa hakikat sekadar kata-kata biasa yang biasa tertutur di lidah semata-mata. Hendaklah kita faham hakikat Dua Kalimah Syahadah itu. Kemana sahaja kita memandang di situ Wajah Allah. Oleh itu tiap-tiap 'ain ada 'ain dan semuanya 'Laa ilaha illallah.' Dalam Dua Kalimah Syahadah terkandung wujud semesta raya dan wujud secara khusus atau wujud dan apa yang dianggap wujud atau wujud hakiki dan wujud makhluk. Wujud makhluk tertakluk kepada 'Laa ilaha' segala-galanya selain Allah (masiwallah) adalah batil-nol iaitu dinafikan buka di isbatkan. Wujud hakiki termasuk di 'Laa illaha' dan semua yang dipuji tertakluk di bawah 'illallah'.

Semua yang wujud terkandung dalam mengisbatkan KeEsaan dan kita mestilah memasukannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (sewaktu mengatakan Muhammadun Rasulullah). Muhammad Rasulullah mengandungi 3 alam. Muhammad itu menunjukkan alam nyata (Alam Nasut) iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria. Rasul itu menunjukkan Alam Perintah (Alam Malakut) iaitu alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarab dan ini terletak antara yang muhaddas dengan yang qadim.

Nama Ilahi itu menunjukkan Alam Pertuanan. Lautan yang darinya terpancar pengertian deria dan pengertian tanggapan. Rasul itulah pengantara yang muhaddas dan yang qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggalllah yang qadim.



Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu maka barulah alam ini diperintahkan kerana pada zahirnya ia adalah hanya seketul tanah liat tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah. Pendeknya maksud mengisbatkan. Tauhid itu tidak sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan ini difahami dari Muhammad Rasulullah.


Apabila Ahli Makrifat berkata La ilaha illallah maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazinya sahaja, iaitu tidak ada yang lain melainkan Allah.


Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya pandai mengucapkan dimulut sahaja kalimah syahadah yang mulia ini. Ketahilah bahawasanya Allah tiada sekutu baginya. Selian daripada Allah itu tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan TETAPI akan lenyap dengan pandangan langsung atau Musyahadah. Allah adalah matlamat yang terakhir. Dialah sumber segala-galanya. Maka kita tidak perlu lagi naif dan tidka perlu lagi isbat kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum kita isbatkan dan yang ghairullah itu telah sememangnya dinafikan walaupun sebelum kita nafikan.




22 Ogos 2010

Penyakit Yang Berat

Penyakit yang berat memerlukan perawat menumpukan perhatian khusus kepada pesakit bukan semata-mata menemui pesakit dalam jangka masa 10-30 minit dan suruh balik dan amal ayat-ayat. Terdapat seorang pesakit datang mengadu, sudah bawa isterinya berubat merata ceruk. Bila mana saya datang kes ini kepada saya, saya termenung sejenak. Kes ini memang berat. Berat bukan kerana penyakit tidak boleh sembuh. Segala sesuatu bagi Allah cukup "kun fayakun". Namun kerana beratnya kerana sakit yang menahun. Sakit poket pun termasuk jenis sakit juga. Sang suami pula pernah melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu-ilmu kebatinan-mata batin namun hampa. Adakah sang suami menuntut mengundang 'tulah' kepada isteri?Oh tidak. Sang isteri sudah sedia sakit sejak remaja lagi. Cuma ketika remaja simpulan urat di otak itu tidak serius. Dalam tempoh 5 tahun belakangan ini sahaja ia menunjukkan belangnya. Dalam berdepan kes sebegini perawat sebenarnya diuji. Diuji bukan sekadar mana ilmunya. Kalau ikutkan pengalaman dan kesetian pesakit ini berubat maka dari segi akal sudah jauh lebih mencukupi. Ada pesakit dirawat lebih daripada 5 hari berturut-turut oleh pengamal perubatan alternatif namun akhirnya tidak menunjukkan apa-apa kesan pun. Dalam bahasa kedoktorannya AVM. Dalam bahasa saya, urat bersimpul. Dah simpul ia menekan pula bahagian otak sebelah kiri. Kesannya anggota sebelah kanan lemah. Dikhuatiri kalau dibiarkan pesakit akan mengalami stroke atau pendarahan. Aduhai bahayanya. Dalam berdepan kes ini -kali kedua saya ulang hehehe-bukan sekadar mana ilmu perawat dan sehebat mana kaedah pengubatan perawat-TETAPI ialah bagaimana caranya mahu menyatakan kepada Allah dalam bentuk terbaik bagi 'mengambil' semula penyakit yang sekian lam di alami. Kaedahnya tidak lain dan tidak bukan ialah SOLAT HAJAT. Saya menyuruhnya membuat solat hajat terlebih dahulu sebelum bertemu saya. Solat Hajat itu jangan diberitahu isteri. Hal ini kerana kita mahu mengambil faedah daripada hadis nabi, antara doa yang MAKBUL ialah doa muslim kepada muslim yang lain tanpa diketahui oleh muslim yang didoakannya.
***
Sebelah petang semalam saya bersama 10 orang lagi rakan seangkatan berangkat bertemu dengan seorang profesor di rumahnya menadah dada menerima curahan ilmu daripada beliau. Sebelum saya tiba ke sini, saya sudah merasai suatu desakan dalam naluri agar membantu mana yang patut apabila tiba di sana nanti. Saya jadi hairan dan pelik. Namun apabila direnung dengan akal jauhari baharulah saya nampak sinar manikamnya. Apabila berjejak kaki ke rumahnya, saya mendapat suatu signal bahawa  terdapat seseorang yang sedang terlantar dalam rumah banglo tersebut. Apabila bertemu dengan Prof dan mengalu-alukan kami ke bilik bacaan sekaligus bilik tetamunya, kami berbual sampingan sebelum bermula dengan bacaan Al Fatihah kepada ibu mertua beliau yang sedang koma. Benarlah intuisi saya. Hospital sudha menolak untuk meneruskan perubatan. 4 orang pakar memutuskan untuk tidak lagi meneruskan dialisis dan menyuruh bawa balik baca yassin sahaja. Benarlah apa yang saya rasa dan saya dapat sebelum ke sini. Saya hendak juga membantu apabila pertemuan kami berakhir, saya tergerak juga mahu ziarah. Teringat stail Tok Awang Ngah datang menzirahi pesakit di hospital yang  nazak. Namun disebabkan saya tidak diajak dan baharu kenal dengan Prof ini maka saya segan mahu menyatakan hasrat itu. Sekurang-kurangnya kita mendapat laba menzirahi saudara seagama kita yang sakit lalu mendoakannya. Itukan sunnah. Namun, entahlah, mungkin sebab itulah, baharu kenal kenapa pula tidak semena-mena saya hendak menzirahi pesakit yang mana sekarang dalam kaedaan koma-nazak dan dikelilingi sanak saudara membaca Yassin?Emm. Mungkin ada pandangan lain. Mungkin perawat lain mengalami siatuasi yang sama. Lainlah kalau kita disuruh atau diajak oleh keluarga si pesakit.
***
Saya pernah didatangi oleh pasangan suami isteri yang setia mengikuti tarikat sehingga isterinya menjadi anak emas-anak muris kesayangan tuan mursyid tarikatb tetapi menghadapi masalah gangguan jin yang sederhana teruk. Dengan izin Allah saya dapat merawatnya dengan sekali pertemuan. Pertemuan kedua merawat suaminya pula. Tapi suaminya hanya ada sedikit sahaja gangguan semuanya keluar dengan segera tidak lama saya meletakkan telapak tangan di ubun-ubunnnya. Sebenarnya beberapa hari sebelum pertemuan kedua itu, sang suami menceritakan isterinya bercakap merapu ntah apa-apa apabila mereka pulang ke rumah pusaka yang terdapat sebuah peti simpanan keris pusaka. Saya menyuruh si suami membuat rawatan sendiri terhadap isterinya. Saya suruh suaminya menyediakan limau dan bacakan ayat2 lazim sahaja dan jangan lupa masukkan niat. Malam itu si suami beritahu saya pengalaman dia membaca doa pada limau untuk isterinya seperti yang saya suruh. Dia mengatakan sewaktu menjamah limau tersebut dengan tangannya dan membacakan ayat-ayat lazim, sang suami seketika itu juga merasai telah mendapat dirinya yang dahulu. Maksudnya diri yang dahulu itu ialah ketika 15 tahun lepas, sang suami seorang yang taat bertarikat dan seorang setia kepada pegangan agama. Ketika berlaku konflik dengan guru dan berpindah ke guru lain, sang suami semakin jarang mempraktikkan amalan yang sedia diamal. Senang kata lalai la. Biasalah itu. Iman naik dan turun. Sementara berjumpa dengan sang isteri dan berkahwin keadaan rumahtangga mereka kurang stabil dan sering kekecohan ribut-ributan. Sebelum sang suami membaca blog saya tentang Tok Awang Ngah dan mahu berubat. Menurut sang suami sayalah orang pertama mengubat dirinya dan isterinya. Menurutnya dia susah mahu menyerah dirinya untuk dirawat. Memang pun sewaktu mereka menunggu saya ketika pertemuan kali pertama itu, saya sudah merasai unsur tenaga negatif atau senang kata gangguan berlegar pada tubuh mereka. Sewaktu saya berdepan dengan mereka berbual-bual ringan, sang suami mengomel-ngomel. Dahinya berkerut memandang saya.

"Kenapa kak,sakit perut ke?"tanya saya.
"Sakit perut tiba-tiba ini..."
"Emm..yang lain-lain kak tak rasa ka.."saja saya tanya walau dah tahu...modal nak bersembang.
"Ada. Panas..berputar-putar..tak selesa..rasa nak marah saja ini..."

Saya senyum jo. Bila saya tatap wajah sang isteri memang kusam sangat air mukanya. Begitu juga suami yang mulanya mahu berahsia tetapi sekejap saya saya jungkirkan semangatnya untuk bercerita. Saya renung ke dalam batin dalam-dalam. Ini masalah jin tarikat. Entahlah. Sama ada tarikat itu silsilahnya tidka betul atau guru utamanya dah seleweng. Tapi apabila dengar kata sang suami yang guru tarikat suruh bawa isterinya berubat kerana pada pandangan guru muridnya itu sakit, maka saya husnol zon sahajalah. Terbit juga kehairanan mengapa tidak guru itu sahaja yang berikhtiar merawat anak murid kesayangannya?Itukan lebih afdhol.

Pengalaman saya merawat sang isteri memang sama yang saya beritahu dalam Testomonial sebelah kanan blog ini. Cari la. Baca. Malas juga nak menaip panjang-panjang. Hehehe. Masa saya merawat isterinya, sang suami juga terkena tempias sendawa berkali-kali. Semua itu kuasa Allah semata-mata. Yang saya dapat tahu memanglah tekana  emosi boleh memudahkan gangguan meresap ke dalam tubuh. Kena jaga emosi terutama yang sudha berumah tangga. Janganlah suami selalu sahaja herdik tengking dan membuat isyarat-isyarat zahir seperti telunjuk kepada isteri. Kena isteri yang hati lembut dan pendendam dan pemendam maka jadilah macam kes ini. Alhamdulillah, kes ini selesai dalam dua pertemuan. Keris pusaka dibawa sang suami ditunjukkan pada saya. Kosong. Hanya besi semata. Alhamdulillah.
***
Saya ingin menegaskan bahawa jangan sesekali bab hakikat ditafsirkan ikut kepala otak dan falsafah-falsafah. Hatta buku kitab tasawuf ulamak sufi besar sekalipun. Hal ini kerana pengalaman rohani yang dialami mereka berbeza dengan pengalaman salikin. Apath lagi bagi yang suka membaca sahaja tetapi tidak melalui sendiri lorongnya. Jangan cari pasal membaca dan mahu faham sendiri-sendiri melalui buku semata-mata. Hatta sebesar mana pun tokoh rujukan kita, kerana dia betul dan sudah tahkik betul, kita yang belum lalui atau yang dah lalui belum ahli jangan memandai nak berkelam sebagaimana orang yang sudah wusul. Secara umum tak apalah. Itupun kalau yang suka baca sahaja kena mendengar nasihat ahli walau belum wusul kerana ia lebih awla. Jangan memain. Lorong hakikat ini banyak tergelincir dan sesat dalam lembah gelap.
***
Selamat Berpuasa dan Meraih 10 Hari Pertengahan Bulan Ramadhan yang mempunyai keampunan. Masa inilah nak melipatgandakan amalan sunat. Ingat amalan sunnat. Kalau amalan wajib tidak setel lagi jangan kejar sangat amalan sunat. Penuhi dan sempurnakanlah dahulu amalan wajib. Contohnya solat. Kita bersolat tidak semestinya sempurna. Maka bersolat dan sempurnakanlah solat dari syariat hingga ke hakikatnya. Ini solat pun cepat-cepat sahaja dan nipisnya tumpuan. Imam Al Ghazali pernah bersolat dan dilihat oleh jemaah dibelakangnya darah bercucuran. Ruoa-rupanya beliau terkenang-kenang akan sebuah kitab feqah yang sedang ditulisnya yang membincangnya masalah darah haid, nifas wanita. Begitulah had ilmu di atas kertas jangan dibawa sampai ke dalam solat. Hendak sempurnakan solat memerlukan inayahNya dan kesungguhan kita. Bukan perkara enteng-entengan.
***

19 Ogos 2010

Kaedah Rawatan Yang Digunakan

Terdapat pertanyaan kepada saya bagaimanakah kaedah rawatan yang saya amalkan?Kaedah rawatan saya sangat mudah. Iaitu saya akan meletakkan telapak tangan kanan ke kepala pesakit. Membaca bismillah, syahadah, selawat dan doa/niat. Selama 1 jam untuk rawatan maksimum. Dalam sela masa tersebut biasanya saya membaca Ayat-ayat Al-Quran tidak kira sama ada ayat itu dikenali dengan nama Rukyah Syariyyah atau Manzil atau Mathsurat atau zikir harian atau Asma Allah.

Boleh saja saya tidak membataskan. Hal ini kerana bukan ayat yang menyembuhkan.Bukan saya yang menyembuhkan tetapi Dia Yang Maha Kuasa. Sebab itulah  kepasrahan dan penafian diri amat penting dalam kaedah rawatan tersebut. Ada pesakit atau keluarga pesakit tentu merasa hairan dan pelik dengan 'lama' dan khusyuknya saya dalam proses tersebut sehingga mereka merasakan saya tidak melakukan apa-apa. Memanglah saya 'tidak melakukan apa-apa.' Yang melakukan apa-apa dan segalanya itu hanya Dia semata. Sewajarnya pesakit dan keluarga pesakit menumpahkan seluruh kepasrahan kepada Allah Ta'ala. Ikut sama berdoa dan berwirid. Kesembuhan hanya milik Allah.
***
             Ada yang bertanya tentang masalah saraf/darah tersumbat sehingga stroke. Saya mengatakan semuanya itu dengan izin Allah. Jangan cepat putus asa. Kembali mendekatkan diri kepadaNya.Mesti ada sesuatu yang mahu dikhabarkan olehNya kepada kita. Mesti ada hikmah tertentu. Terdapat satu kes, seorang usahawan mengalami zaman gerhana perniagaan. Dia merasakan dirinya seperti disihir. Hidup tidak tenang dan perniagaan tidak berkembang maju, banyak pelanggan sebaliknya banyak berhutang dan pelanggan kian berkurang. Apabila diperiksa dengan berbagai cara terrbukti tiada sihir. Ternyata apa yang dialaminya hanyalah musibah dalam bentuk ujian daripada Allah Ta'ala di atas kelalaiannya menunaikan perkara wajib seperti solat dan berpuas.
                  Lebih teruk mencari bomoh sihir dan bomoh yang mensyirikkan Allah (sama ada dia mahu dikenali sebagai Bomoh atau tidak)bagi mengatasi masalah 'sihir' yang dialaminya. Maka bertambah lagi kemurakaan Allah kepada dirinya. Walhal semuanya itu dapat diatasi sekejap jua dicari puncanya jika dia mahu bertafakur sebentar merenung akan hakikat kejadian dirinya dan bagaimana tindak tanduknya dalam hubungannya dengan Sang Pencipta dan sesama makhluk Allah yang lain. Apabila sedar, bertaubat lah nasuha dan tunaikanlah haq Allah dan haq sesama manusia dalam erti kata sebenar-benarnya. Bagi mendapatkan bantuan dalam kembali kepadaNya hanyalah bantuan dari Allah semata-mata. Namun bantuan dari Allah boleh tersalur dalam berbagai medium contohnya melalui hamba-hambaNya yang diseberikannya sedikit ilmu dan sedikit hikmah bagi membimbingnya pulang ke jalan lurus.               
                         Maka disinilah perlunya perawat Islam menjadikan diri mereka bukan setakat temujanji-rawat 20-30minit-suruh pulang setelah bagi ubat. Tanpa tarbiyyah dan hikmah. Ini mencacatkan proses pengubatan Rabbaniah yang sebenar-benarnya. Namun kita sedar banyak pusat rawatan Islam kini dikunjungi ribuan orang maka sudah tentu tidak punya masa berlama-lama dengan pesakit untuk mentarbiyyah, bertukar pandangan dan nasihat-menasihati secara hikmah, memberikan suntikan semangat baharu dalam diri pesakit untuk kembali kepadaNya selain terus melakukan apa yang telah dibekalkan untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dideritainya.
                       Saya masih teringat pasangan suami isteri yang datang kepada saya menerima rawatan. Setelah mereka meluahkan segala-galanya maka kita pun berilah respon dan pandangan secara hikmah. Kita pun sambil dengar memohon Allah agar mengurniakan ilham dari disisiNya dalam membantu pesakit. Ia mengambil masa 1-3 jam malahan ada yang mengjangkau 5 jam. Sehingga patient puas. Dalam tempoh itu jagalah hati kita kita dna lidah kita agar sentiasa mengekalkan zikir dan mengekalkan doa dan pengharapan kepadaNya agar dalam tempoh itu menjadi proses pengubatan secara Rabbaniah yang halus dan berhikmah. Hadis Nabi menyebut, Sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi tubuhnya akan berbau wangi walaupun tidak membelinya.
                         Merupakan suatu isyarat jelas bahawa perawat Islam yang memahami hakikat pengubatan Rabbaniah bukan setakat merukyah, menjampi bahan rawatan tetapi duduk bersama pesakit beberapa lama dan saling mendengar secara empati dan nasihat menasihati di jalan kebenaran. Inilah puncak pengubatan Rabbaniah yang jarang dapat dilakukan terutama oleh perawat Islam yang mempunyai pusat rawatan Islam yang ramai pesakit yang datang berkunjung. Kita kena ingat rawatan Islam, tradisional dan alternatif bukan seperti KLINIK atau HOSPITAL berjumpa doktor dan ambil ubat di farmasi. Jadi berbaloilah jika pesakit menyumbangkan lebih kepada perawat sebegini kerana dia betul-betul perawat Rabbaniah.
***
                    Ada pesakit yang datang kerana ingin merawat masalah saraf. Saya ada beberapa pengalaman berkaitan saraf. Terdapat patient yang selalu kebas, apabila kakinya snagat kebas hingga hilang rasa beberapa minit (lama itu) saya terus menjamah kakinya dan dengan izin Alla seketika itu juga kebasnya hilang. Selepas itu dia jarang sudah megalami kekejangan otot kaki walaupun waktu sejuk/dingin. Masalah kebas dan kejang 'anak anjing' ini menadakan saraf yang tertekan oleh tulang belakang atau saraf tersepit atau boleh juga sebab darah beku. Saya syorkan teruslah berjumpa perawat yang mahir. Insya Allah dengan kaedah saya, masalah itu boleh diatasi. Jangan biarkan lama-lama. Bukanlah biasa jika penyakit kebas dan kejang otot sering menyerang setiap hari.
***
                   Sebelum saya menerima ijazah perubatan Islam dan sejumlah ilmu perubatan alterantif yang lain, saya seorang pengurut refleksologi. Saya bersyukur kerana apabila saya merefleksologi kaki pesakit, pesakit terus merasakan suatu getaran dari point menuju ke bahagian badan. Paling berkesan kalau pesakit ada migrain atau masalah di kepala. Pointnya ibu jari. Dengan menjamahnya sahaja disertai doa-doa pendek, pesakit cepat saja merasakan kesannya sehingga sakit kepalanya hilang dan biasanya pesakit tertidur-menandakan proses perawatan berjalan sangat baik.
               Saya pernah juga didatangi kawan sewaktu saya belajar di universiti ijazah pertama dahulu, menunggu waktu pembedahan apendiks yang telah membengkak besar. Saya merawatnya ikut kaedah refleksologi dan kaedah jamah tangan di perut disertai doa biasa dan ayat al quran yang lazim menjadi wiridan serta doa pada air dan mandi. Lusanya pesakit berjumpa doktor untuk scan sekali lagi dan ternyata bengkak apendiks tersebut sudah hilang terus. Tidak saya sangka perkara tersebut berlaku. Semuanya atas kuasanya. Berikut dialog saya dengan kawan saya yang teruja dengan keadaan itu:

Pesakit:Berapa pengerasnya?
Saya:Eh, jangankan nak 'pengeras' apa makna pengeras pun aku tak tau!

Jawapan saya bodoh-bodoh alang itu membuatkan kawan saya menepuk dahi. Apabila dia memberitahu keluarganya yang dia sembuh dan doktor membatalkan pembedahan, atas ikhtiar saya, dia datang tergesa-gesa ke bilik saya suatu hari.

Pesakit:Eh, nah ini pengeras kau.
Saya:Lah, banyak ini. "
Pesakit:Ambil saja. Ko jangan cari pasal dnegan aku.
Saya:Ok2.Aku ambil. Relax. Aku tak cari pasal dengan kaulah.
Pesakit:Yalah. Mak aku cakap kau kena ambil pengeras. Jika tidak skait itu akan datang semula pada aku dan pada kau.
Saya:Ya ka....ok2 aku ambil.

Bayaran RM50.00 yang dikatakan pengeras oleh kawan saya itu terlalu besar pada diri saya yang masih belajar dan sekadar cukup makan dan beli buku sebuah dua  ketika itu.

                    Kini masa berubah. Walaupun saya ada meletakkan upah perkhidmatan dalam blog ini tetapi  sebenarnya saya tetap segan untuk bercakap apabila selesai mengubat. Hal ini kerana selalu saja apabila selesai mengubat, saya tidak merasakan saya yang merawat dan menyembuhkan pesakit. Namun pesakit yang berasa menghargai dengan sesuatu yang boleh memulihkan diri dan keadaan hidupnya, dia menghulurkan juga. Tapi tidka kurang yang mahu dirawat dan sesen pun tidak diberikan. Saya tetap merasa puas apabila merawat kawan-kawan dan pesakit walau tidak diberikan sesen pun.
                Namun demikian saya melihat kawan dan orang tersebut selalu menimbul fitnah dan kata-kata belakang yang menyakitkan hati mereka sendiri. Sebenarnya saya tidaklah mahu menyatakan upah perkhidmatan itu atas nilai pengubatan yang saya lakukan. Tetapi upah perkhidmatan itu lebih kepada kewajaran menghargai masa, tenaga dan ilmu yang telah dipelajari oleh perawat sehingga dia mahir dalam segi-segi pengubatan dan mempunyai pengalaman pula apatah lagi pesakit sembuh. Selain penghargaan terhadap masa, tenaga dan ilmu+pengalaman perawat, soal lain seperti bil-bil di pusat rawatan yang disediakan semata-mata untuk kepuasan pesakit dan keselesaan mereka apabila datang bertandang. Itulah pointnya. Janganlah pesakit yang datang hendak rawatan, perawat bersedia mendengar dan merawat sepenuh hati dan tenaganya serta tumpuan segala risiko yang dihadapinya, pesakit mengangap bayaran upah perkhidmatan sebagai nilai pengubatan.
                   Saya ingin menegaskan jika berubat dengan saya, upah perkhidmatan itu bukan merujuk kepada nilai pengubatan. Nilai pengubatan secara Rabbaniah adalah tidak ternilai dengan segunung emas sekalipun. Ingatlah konsep ini, bahawa bukan kita yang menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan. Selagi perawat dan pesakit berpegang kepada keyakinan ini, percayalah seberat manapun penyakit dan masalah dapat diatasi dan dikhtiar sama ada berkurangan sakitnya atau sembuh sepenuhnya. Upah perkhidmatan hanya sebagai hadiah sahaja di atas masa, tenaga dan ilmu yang ditekuni yang diperolehi dengan perawat membayar juga untu mempelajarinya.
                    Ditambah pula pengalaman dan bukti testimonial bukti keberkesanan. Dalam hal ini upah perkhidmatan biasanya hanya sekadar bayaran ubat diklinik. Dan bagi pesakit yang memahami entri ini pasti akan memberikan lebih daripada itu apatah lagi jika penyakitnya sembuh. Jika tidak sembuh, janganlah ia diungkit pula. Kalau dengan saya, saya akan menyatakan apakah saya mampu atau tidak. Saya mengalu-alukan pembaca blog ini yang mempunyai apa saja masalah kesihatan zahir dan batin berikhtiar kerana kesihatan yang baik itu muara bahagia.
             Saya paling gembira sekali jika pesakit sembuh dan menyatakan kesyukuran dapat berdiri bersolat dan menangis ke hadrat Allah ta'ala. Inilah 'upah perkhidmatan' yang sebenar bagi setiap perawat rabbaniah.Allahuakhbar!!!

18 Ogos 2010

Serat Centini-Amongraga

Amongraga mengatakan, "Jika kau tidak keberatan wahai dinda dan dengan rahmat Allah, mulai malam ini sampai 40 malam kehadapan kita berdua akan berlayar dalam diam, menenteramkan nafas satu dalam lainnya. Awalnya pelayaran ini akan terasa kejam penuh larangan sebab ancaman karam sangat besar, kita akan dibawa selama empat puluh malam mengharungi tujuh lautan, silih berganti."

16 Ogos 2010

Pengalaman Pengunjung Blog Tentang Tok Awang Ngah

Salam tuan rumah, tertarik dgn post ini

,http://aliatan.blogspot.com/2010/07/terawanganmeragasukmaperawat-islam-dan.html

Saya pernah cuba teknik & petua yg sy baca dlm buku T.A.N.,"Berkelahi Dgn Syaitan", semasa menerawang dan menjadi. Saya boleh menerawang 'sementara' lbh 15 tahun dulu, krn waktu itu saya terkena penyakit sihir, kerap mengantuk & mimpi saya dipaksa dibawa melayang ke suatu tempat (tempat pensihir agaknya) dan disana saya disiksa/dipukul/dilemas/dibakar/dicucuk dsb nya. Dalam mimpi-mimpi yang berlainan itu saya dibawa ke berbagai tempat to' kong cina, wat siam, pondok orang asli, dalam tanah, dalam air dll. Kerap sangat keadaan itu berlaku, kekadang pd waktu yang lain saya dgn mudah menidurkan diri dan menerawang tanpa tujuan, tapi saya tak berani pergi jauh-jauh takut sesat lagi pun saya tak ada pembantu, tiada pengalaman, tidak pernah belajar dari sesiapa, kecuali apa yang saya baca dari buku T.A.Ngah yg mejadi buku kegemaran saya selain SBDJ,

pengalaman saya bukan pertarungan yg hebat cuma yang kecil-kecil saja cuma guna tumbukan tendangan, tombak, panah saja sekali-sekala panah api. Dari situ pada saya cerita pengalaman T.A.N bukan mustahil.

Yang mengagumkan saya kebolehan TAN menerawang ke 'masa lalu' dan ke 'perbatasan alam dunia dgn alam barzakh'... Ingin belajar, tapi tahu dari mana? dan sanggup ke saya?

Fauz

***

Terima kasih kepada Fauz yang memberikan kita pengalamannya. Saya percaya dan yakin bukan Fauz sahaja yang ada pengalaman demikian malah ramai lagi. Namun demikian awas jangan beramal tanpa berguru sekalipun ayat itu benar kerana kita bisa terdedah kepada gangguan. Namun tidak dapat dinafikan jika BENAR BERLAKU ia  dari izin Allah juga.

Kepada FAUZ, diharapkan membaca entri dan mengikuti blog ini akan berhubung dengan saya melalui emal bagi bersilaturahim.

Bagi pengunjung blog yang ada pengalaman hampir serupa sama ada kaitan dengan Tok Awang Ngah ataupun tidak bolehlah juga bermel ke emal saya fikrahinsan@gmail.com sebagai tanda silaturrahim.

Mari kita menegakkan sunnah bersilaturrahim hatta melalui emel, inysa Allah banyak manfaatnya!

Kita boleh bertukar-tukar pengalaman dan ilmu yang serba sedikit Allah kurniakan kepada kita sebagai suatu wahana membuktikan keberadaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Keilmuan Allah mengatasi kejahilan makhlukNya yang serba kurang.

Perkara ini khoirul adat namun tak semestinya ia tahyl khuarat. Sudah saya jelaskan dalam entri lepas bahawa terawangan+meragasukma itu ada. Sekurang2nya sukma kita berjalan/kembara sewaktu tidur.

Selamat berpuasa dna beribadah. Jangan lupa membanyakkan zikir dan selawat dan doa agar bulan ini jadi bulan terbaik sepanjang hidup ini. AMIN!!!

15 Ogos 2010

Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib Tok Awang Ngah

Salam ramadhann dan keberkatan. Saya tergerak untuk menaip entri ini kerana untuk membuktikan entri sebelum ini bagi pelawat yang membaca blog saya dan meminta bukti di atas entri sebelumnya.

Dalam entri sebelumnya saya menyatakan bahawa Tok Awang Ngah, penulis novel Siri Berkelahi dengan Syaitan itu mempunyai ayat kunci bagi menembusi alam ghaib secara terawangan+meragasukma. Ayat kunci tersebut dapat kita kesan dalam kebanyakan novel-novelnya. Ayat tersebut ialah:

Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tihawallati lamtamut fi-manamiha fayumsikullati qodho 'alaihalmau-tawayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la ayatin liqaumin yatafakkarun.

Saya pernah cuba mengesan keberadaan ayat ini dalam AL QURAN sewaktu saya masih bersekolah suatu ketika dahulu. Memang saya menemuinya. Saya terlupa ayat dalam Surah apa. Kalau tidak salah dalam Surah Al Anbiya' atau Al-An'am.   Namun ayat tersebut ada dalam AL QURAN dan tepat sebutannya. Jadi Ayat kunci TAN ialah ayat AL QURAN. Contoh penggunaann ayat kunci tersebut diceritakan oleh TAN dalam novel "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh" halaman 47. Ketika itu TAN merasa dadanya sakit (amat jarang diceritakan TAN mengalami gangguan hingga terlantar sakit seketika-sewaktu saya membaca novel ini pertama kalinya, saya terkejut juga kerana memandangkan TAN 'sukar ditembusi' oleh mana-mana gangguan. Dalam novel ini TAN mengalami setelah mengubati satu kes gangguan sehingga menyebabkan TAN terbaring.

Setelah dibaringkan di tempat tidur , saya tolak lidah pada langit-langit. Tiga kali saya tolak lidah hingga langit-langit merasa geli. Kemudian saya memberi isyarat kepada isteri supaya lap dada dengan tuala dibasahkan air panas itu. Sewaktu isteri saya lap dada saya terus sahaja saya berselawat jauh di lubuk hati sampai 100x. Selepas saya membaca Allahuyatawaffal anfusahina...

Lama kelamaan terasa tenang seolah-olah saya berbaring di kawasan pendalaman. Hanya elusan angin sahaja kedengaran di sekliling dengan wapp sejuk yang menusuk. Tetapi angin sejuk itu tidak menganggu saya. Tatkala saya mendengar nama saya diseru segera saya membuka mata memerhati ke arah lelaki berkulit cerah tercegat di hadapan. Dia merenung wajah saya dengan melirik senyum.....

Bagi membaca kisah ini boleh rujuk novel  "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh".

Ayat kunci tersebut bukan dibaca tatkala TAN diserang malah ketika mahu memulakan zikir tatkala menziarahi sanak saudara atau kenala yang menderita sakit yang melarat.

Namun demikian terdapat juga ketikanya TAN tidak membaca ayat kunci tersebut. Dalam novel "Berkelahi Lawan Syaitan" (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)muka surat 17,

Kak Upik berpaling ke arah Pak Gumil yang sedang menggenggam dua tangannya. Dia (Kak Upik) tiba-tiba terkejut bila Pak Gumil menepuk tangan. Saya tidak peduli lagi kak Upik di depan saya terlenggok-lenggok. Ketika ini saya terus berzikir hingga terasa seluruh badan menjadi cair seolah-olah debu yang tidak berguna lagi.  Saya merasa terhumban jauh ke dalam kebun manggis yang dipenuhi belukar tidak bertebas. Seberkas kayu api tersandar pada....

Dalam novel yang sama pada halaman 154 TAN menceritakan saat merawat anaknya Fitriati yang mengalami gangguan akibat di uji oleh bomoh siluman di Bukit Tinggi, TAN juga tidak menggunakan ayat kunci tersebut. Sebaliknya TAN merenung tajam ke dalam mata anaknya lalu membacakan ayat-ayat AL QURAN sehingga siluman tersebut menyerah kalah (melalui suara Fitriati).

Tidak ada yang perlu saya bimbangkan lagi. Pengalaman semasa di Malaysia amat berguna ketika ini. Saya berdiri dalam bulatan cahaya antara penglihatan alam malakum, alam jibrun dan alam zuk. Saya mencari lembaga hitam berbulu yang ditakuti Fitriati hingga menganggunya. Ketika itu lembaga berkenaan sudah terasak pada tebing jeram, dengan Mamak Bandaro (Tan Sri A Samad Idris)mengancamnya. Dia mengeleng-ngeleng kepala setiap kali cuba mendekatinya tetapi tergalang oleh batu-batu jeram yang besar. Apabila saya memecahkan batu jeram dia tidak dapat lagi bersembunyi dari ancaman MamakBandaro. "Pak Jauhkan orang ini..."lembaga hitam berbulu itu menuding ke arah saya tetapi menunduk tidak berani menatap muka saya. Belum sempat Mamak Bandaro menyahut saya sudah melontarnya ke dalam api menyala di semua kawasan jeram. Jeritnya saja bergema hingga tenggelam dalam api menyala.

Selepas itu, TAN dan Mamak Bandaro kembali ke alam nyata tersandar di rumah.

Contoh di atas hanyalah secebis pengalaman TAN dalam mendepani sebarang gangguan makhluk halus atau ghaib. Gangguan jin/syaitan serta ujian-ujian orang melalui amalan sihir bukanlah suatu dongeng, suatu khuarafat, tahyul dan omong kosong. Malah secara rukyah pun dapat mendeteksi gangguan pada manusia juga secara lainnya. Gangguan tersebut menyebabkan manusia berasa terganggu hidupnya bukan sahaja dari aspek gangguan fikiran dan penampakan gangguan malah juga gangguan jiwa, keluarga berantakan dan tidka dapat bersama juga perubahan tingkah laku yang agresif tanpa dapat dikawal.

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menceritakan secara berlapik (tanpa menyertakan maklumat benar, nama, peribadi)bebarapa orang yang saya berikhtiar merawatnya menggunakan gabungan kaedah Al-Quran dan nur bagi membuktikan lagi pernyataan saya itu bukanlah suatu ketaksuban kepada alam mistik. Terutama kepada pembaca blog ini yang juga sahabat saya yang memerli saya dan memandang rendah ikhtiar kita membantu menangani masalah gangguan kasat mata ini.

Apakah lekeh permohonan ini:

A'uzu bikamin hama zatisysyatin wa' a'uzubika min ab yahdhurun.

Yang Allah ajar kepada Muhammad SAW dalam Al Quran?.

Apakah lekeh peringatan Allah dalam Surah Yassin yang menyatakan betapa syaitan itu musuh yang nyata bagi kita manusia?

Apakah sikap kita terhadap musuh ialah memerli saudara kita yang berkhidtmat membantu masyarakat seagama melawan dan menolak tipudaya dan gangguan musuh yang nyata ini?

Perbuatan memerli ini mengingatkan saya kepada sikap kaum Quraisy yang mengejek-ejek nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan wahyu Allah yang bersifat ghaibiah.

Saya bukannya nabi dan rasul tetapi saya menyedari bahawa syaitan dan jin yang jahat menganggu harus ditolak dan dikhtiar untuk melepaskan diri daripada belitan mereka.

Bagi kawan saya yang banyak membaca buku ilmiah dan membaca blog ini saya nasihatkan tafakurlah sedalam-dalamnya. Bukan suruh percaya tetapi sekurang-kurangnya hormatilah saudara seagama yang lain-Belum tentu sejuta ilmu kita tahu dan kita lebih daripada sejuta orang. Hal ini kerana hanya cukup seorang yang lebih tahu satu ilmu yang kita tidak tahu menjadikan kita lebih rendah kedudukan daripadanya dalam bahagian ilmu berkenaan. Cukup menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa mahu berfikir.

06 Ogos 2010

Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya

Khabarnya, Tok Awang Ngah sudah meninggal dunia. Ini cerita daripada kawanan penulis lama-lama. Segala yang hidup pasti menemui mati. Mati hanya di dunia. Hakikatnya terus hidup di alam sana. Sebenarnya Tok Awang Ngah ialah penulis rakyat. Karyanya merakyat khususnya di kalangan orang Melayu. TAN bukan sasterawan negara menang hadiah perdana sastera dan menjadi bahaan bacaan dan kajian sarjana sastera. Tetapi di hati jutaan pembaca dan pengikut setia novel seram TAN, TAN lah pujangga sekaligus pendakwah yang disampaikan melalui cerita. Sejak saya menulis entri tentang Tok Awang Ngah saya mendapat respon daripada pembaca yang mencari kata kunci tentang Tok Awang Ngah. Tok Awang Ngah terkenal dengan Siri Berkelahi dengan Syaitan. Ia merupakan saingan kepada Tamar Jalis. Namun setiap penulis ada kekuatan tersendiri. Tamar Jalis dan TAN mempunyai kekuatan tersendiri. Namun yang penting kedua-dua penulis menggambarkan perjalanan selok belok kehidupan para pengubat Melayu sejati yang berbakti ke tengah masyarakat. Di peringkat dunia akademik penialaian diberikan di atas nilai karya yang memenuhi hasrat perdana atau khalayak yang dikatakan penikmat sastera sebenar. Walaupun kita tahu karya sastera mempunyai ciri kemanusiaan yang mengesankan namun akhir-akhir ini sastera lebih dilihat kepada keuntungan material hingga menggadaikan keseluruhan jati diri dan nilai estetika yang perlu hadir dalam selok belok cerita. Cerita di alam Melayu juga sudah dibelah oleh pisau kapitalisma dibedah oleh tangan-tangan ekperimental. Kita tidak menyekat hal itu namun demikian penulisan karya secara konvensional seperti TAN dna TJ merupakan genre yang khusus dan tersendiri. Di peringkat masyarakat seseorang itu dipandang dari segi KETOKOHAN. Rakyat terbanyak tidak sangat meletakkan nilai seseorang itu pada pangkat akademik tetapi melihat karismatik, kewibawaan dan fungsi individu dalam masyarakat terbawah hingga pertengahan hingga jasa dna baktinya dipandang tinggi masyarakat. Ketokohan dalam karya TAN dan karya TJ mempunyai ciri ketokohan berbeza. Jika watak Saya dalam SBDS digambarkan berlatarbelakang agama, hanya berkunjung suadara yang sakit watak datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat pengembaraan dan penerokaan ruang budaya dan lokasi. Benar TAN ada penerokaan lokasi namun ia bukan lagi lokasi fizikal tetapi lokasi ghaibi. Manakala lokasi datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat fizikal dalam latarbelakang Alam Melayu yang pekat. Ketokohan TAN adalah sifatnya yang bukan hadir sebagai pawang bomoh atau perawat Islam sekalipun. Ketokohan datuk sebagai orang yang pandai-pandai malah datuk tidka mahu dikenali sebagai bomoh. Datuk digambarkan manusia Melayu yang sangat mementingkan hubungan silaturrahim dna menolong saudara seagama yang mengalami kesusahan dengan segala ilmu yang dimilikinya. Perbezaan besar ketokohan antara TAN dan datuk ialah TAN tidak pernah menyatakan dia memiliki sebarang dampingan, khadam dll. Malah TAN sendiri pernah sakit akibat perbuatan makhluk halus sebelum sihat kembali. Manakala datuk mempunyai khadam harimau yang membawanya dalam perjanalan jauh atau di saat genting. Datuk juga ada isteri orang Bunian. Namun datuk tetap digambarkan mempunyai keribadian mukmun yang kuat kerana tdk pernah datuk tunduk kepada jind an setan. Malahan pernah ketikabertarung dengan setan, setan telah masuk ke tubuh Tamar sehingga tamar melihar tubuh Datuknya mempunyai cahaya yang terang pada dadanya. Setan membisikkan agar Tamar menikam datuk pada cahaya itu. TAN pula memiiki pengalaman perawatan yang unik dan langka. Kalau kita perhatikan dalam siri-sirinya ayat-ayat bacaan (mungkin Ayat Kunci) adalah sama sahaja sebelum TAN 'mengembara' mencari punca masalah lalu menyelesaikannya. Saya didatangi oleh dua peminat TAN. Mereka menyatakan mahu berubat. Saya buatlah setakat terdaya. Saya bukanlah atau sama dengan TAN terutama dalam mengubat. Saya tak ada kelebihan tersebut. Saya juga mendambakan ada pengubat yang berwatakakan demikian. Yang faham luar dalam perawatan dan pengubatan ketuhanan. Namun kalau suatu masa Allah izinkan dan kehendaki maka ia bukanlah mustahil. Ketokohan TAN sebenarnya suatu gambaran yang kita cari dalam kehidupan realiti bukan sahaja sebagai penyelesai masalah berkaitan gangguan malah juga sebagai tokoh pendengar dengan akhlaknya yang terpuji. Mungkin kita boleh wujudkan masa sehari untuk pertemuan para pembaca TAN seluruh Nusantara dan bertukar-tukar pandangan cerita sesama kita...

04 Ogos 2010

Masalah Mata Batin

Salam sejahtera. Ketika saya menulis entri ini, saya mengikuti secara langsung penyampaian ijazah sarjana muda mahasiswa/i Universiti Malaya melalui UM WEBCAST http://webcast.um.edu.my/live.php. Saya tidak ke Dewan Tunku Canselor sebaliknya hanya mengikuti siaran langsung dari depan PC di bilik saya. Semalam saya dibawa ke Kajang. Mulanya A memberitahu rumahnya diganggu. Namun saya mendapati ia lebih kepada gangguan yang berlaku terhadap isterinya. Kerana isterinya yang sering nampak makhluk asing itu. Bagi memuaskan hati yang berhajat maka saya pun bersetuju mengikutinya ke rumahnya. Ketika saya memang saya merasa energi negatif berkampung di rumahnya. Namun itu bukanlah soal pokok. Soalnya sekarang isterinya. Yang boleh melihat makhluk ghaib iaitu jin tahap rendah hingga pertengahan TANPA KAWALAN. Jadi saya rawat melalui isterinya ditengah rumahnya. Saya pun meletakkan tangan di kepalanya sambil jauh berzikir kepada hati. Kepasrahan dan penafian diri tatkala itu amat penting, kerana batang tubuh kita hanyalah alat semata-mata bagi mentajallikan kebesaranNya-maka sepatutnya ia akan menghasilkan kekosongan dalam diri tanpa merasa diri hebat dll. Itu kunci yang selalu juga saya terlupakannya. Tak sampai setengah jam, pesakit itu merasa panas di belakangnya. Nyata dia tdk senang dengan diri saya. Dan si isteri menangis tersenguk-senguk. Saya arahkah anaknya yangs edang melihat ibunya menangis agar di bawa jauh dari sisi ibunya. Saya terus cakap by heart bak kata omputih. Niat disatukan-Semuanya harus keluar dan menyingkir dabn tdk kembali lagi kepada pesakit. Ada getaran menjalar sampai kekakinya yang diawali dengan kebas hingga hujung jari jemari kakinya berkuit-kuit-gelombang negatif-tenaga negatif-jin dll keluar berdus-dus. Saya tidka larat nak kira. Banyak juga bersarang. Akhir sekali yang ibunya...MUlanya enggan. Raungan sekejap dan lepas itu perut patient rasa sangat sakit. Tangisan berhenti. Dia termuntah. Saya 'geledah' seluruh perutnya. Biasalah. Proses pembersihan berlaku. Gelombang pesakit pun neutral dan segala unsur negatif telah keluar dari tubuhnya. Selepas itu saya membersihkan pula pelusuk rumahnya. Masih ada yang main nyorok2 habis saya jurus dan lemparkan dgn garam dan lada hitam. Clear. Suasana rumah yang panas dan muram kini terang. Alhamdulillah. Semua itu drp Allah semata-mata. 
Semasa berbual, pesakit ini menceritakan yang dia telah berubat merata arah. Bomoh dari Klang bagi Wafaq lekat kat dinding. Saya suruh buangkan saja. Bukannya jin takut pun. Ada juga ustaz dari darul2 datang merawat. Mulanya berikan air sembur kat rumah. Kemudian masalah tak setel-lagi sakan ganggaunnya(ganggaun dlm bentuk penjelmaan mahkluk halus menganggu isteri dan anak-anaknya spt mencakar belakang anak2nya etc) maka si Abawaklah ustaz darul ke rumahnya. Baca yassin solat hajat semua2. Patient menangis tapi tak muntah. Reda sekejap jadi balik. Bila saya check ke dalam sedikit saya menemui bahwa masalah ini bercampur aduk. Semuaya boleh diatasi tapi masalah yang besar sedikit drp beberapa masalah itu ialah mata batin isteri terbuka dan dapat melihat makhluk ghaib. Terbukanya secara semulajadi. Oleh kerana si isteri tdk punya 'isi' maka apabila di 'lihat' berbondonglah makhluk itu dtg kepadanya. Mau berkawan dan mau menyakat dengan mudahnya. Saya bagi tempoh kepada mereka dlm masa sebulan ini. Jika masih berulang jalan terakhir ialah menutup mata batin pesakit. \

*Kadangkala terfikir juga berapa ramai kwn hendak mata batin tak dapat tgk2 juga. Tapiyang tidak hendak terbuka pula. Ada hikmahnya tu...