Memaparkan catatan dengan label Terawangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terawangan. Papar semua catatan

16 Ogos 2010

Pengalaman Pengunjung Blog Tentang Tok Awang Ngah

Salam tuan rumah, tertarik dgn post ini

,http://aliatan.blogspot.com/2010/07/terawanganmeragasukmaperawat-islam-dan.html

Saya pernah cuba teknik & petua yg sy baca dlm buku T.A.N.,"Berkelahi Dgn Syaitan", semasa menerawang dan menjadi. Saya boleh menerawang 'sementara' lbh 15 tahun dulu, krn waktu itu saya terkena penyakit sihir, kerap mengantuk & mimpi saya dipaksa dibawa melayang ke suatu tempat (tempat pensihir agaknya) dan disana saya disiksa/dipukul/dilemas/dibakar/dicucuk dsb nya. Dalam mimpi-mimpi yang berlainan itu saya dibawa ke berbagai tempat to' kong cina, wat siam, pondok orang asli, dalam tanah, dalam air dll. Kerap sangat keadaan itu berlaku, kekadang pd waktu yang lain saya dgn mudah menidurkan diri dan menerawang tanpa tujuan, tapi saya tak berani pergi jauh-jauh takut sesat lagi pun saya tak ada pembantu, tiada pengalaman, tidak pernah belajar dari sesiapa, kecuali apa yang saya baca dari buku T.A.Ngah yg mejadi buku kegemaran saya selain SBDJ,

pengalaman saya bukan pertarungan yg hebat cuma yang kecil-kecil saja cuma guna tumbukan tendangan, tombak, panah saja sekali-sekala panah api. Dari situ pada saya cerita pengalaman T.A.N bukan mustahil.

Yang mengagumkan saya kebolehan TAN menerawang ke 'masa lalu' dan ke 'perbatasan alam dunia dgn alam barzakh'... Ingin belajar, tapi tahu dari mana? dan sanggup ke saya?

Fauz

***

Terima kasih kepada Fauz yang memberikan kita pengalamannya. Saya percaya dan yakin bukan Fauz sahaja yang ada pengalaman demikian malah ramai lagi. Namun demikian awas jangan beramal tanpa berguru sekalipun ayat itu benar kerana kita bisa terdedah kepada gangguan. Namun tidak dapat dinafikan jika BENAR BERLAKU ia  dari izin Allah juga.

Kepada FAUZ, diharapkan membaca entri dan mengikuti blog ini akan berhubung dengan saya melalui emal bagi bersilaturahim.

Bagi pengunjung blog yang ada pengalaman hampir serupa sama ada kaitan dengan Tok Awang Ngah ataupun tidak bolehlah juga bermel ke emal saya fikrahinsan@gmail.com sebagai tanda silaturrahim.

Mari kita menegakkan sunnah bersilaturrahim hatta melalui emel, inysa Allah banyak manfaatnya!

Kita boleh bertukar-tukar pengalaman dan ilmu yang serba sedikit Allah kurniakan kepada kita sebagai suatu wahana membuktikan keberadaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Keilmuan Allah mengatasi kejahilan makhlukNya yang serba kurang.

Perkara ini khoirul adat namun tak semestinya ia tahyl khuarat. Sudah saya jelaskan dalam entri lepas bahawa terawangan+meragasukma itu ada. Sekurang2nya sukma kita berjalan/kembara sewaktu tidur.

Selamat berpuasa dna beribadah. Jangan lupa membanyakkan zikir dan selawat dan doa agar bulan ini jadi bulan terbaik sepanjang hidup ini. AMIN!!!

15 Ogos 2010

Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib Tok Awang Ngah

Salam ramadhann dan keberkatan. Saya tergerak untuk menaip entri ini kerana untuk membuktikan entri sebelum ini bagi pelawat yang membaca blog saya dan meminta bukti di atas entri sebelumnya.

Dalam entri sebelumnya saya menyatakan bahawa Tok Awang Ngah, penulis novel Siri Berkelahi dengan Syaitan itu mempunyai ayat kunci bagi menembusi alam ghaib secara terawangan+meragasukma. Ayat kunci tersebut dapat kita kesan dalam kebanyakan novel-novelnya. Ayat tersebut ialah:

Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tihawallati lamtamut fi-manamiha fayumsikullati qodho 'alaihalmau-tawayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la ayatin liqaumin yatafakkarun.

Saya pernah cuba mengesan keberadaan ayat ini dalam AL QURAN sewaktu saya masih bersekolah suatu ketika dahulu. Memang saya menemuinya. Saya terlupa ayat dalam Surah apa. Kalau tidak salah dalam Surah Al Anbiya' atau Al-An'am.   Namun ayat tersebut ada dalam AL QURAN dan tepat sebutannya. Jadi Ayat kunci TAN ialah ayat AL QURAN. Contoh penggunaann ayat kunci tersebut diceritakan oleh TAN dalam novel "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh" halaman 47. Ketika itu TAN merasa dadanya sakit (amat jarang diceritakan TAN mengalami gangguan hingga terlantar sakit seketika-sewaktu saya membaca novel ini pertama kalinya, saya terkejut juga kerana memandangkan TAN 'sukar ditembusi' oleh mana-mana gangguan. Dalam novel ini TAN mengalami setelah mengubati satu kes gangguan sehingga menyebabkan TAN terbaring.

Setelah dibaringkan di tempat tidur , saya tolak lidah pada langit-langit. Tiga kali saya tolak lidah hingga langit-langit merasa geli. Kemudian saya memberi isyarat kepada isteri supaya lap dada dengan tuala dibasahkan air panas itu. Sewaktu isteri saya lap dada saya terus sahaja saya berselawat jauh di lubuk hati sampai 100x. Selepas saya membaca Allahuyatawaffal anfusahina...

Lama kelamaan terasa tenang seolah-olah saya berbaring di kawasan pendalaman. Hanya elusan angin sahaja kedengaran di sekliling dengan wapp sejuk yang menusuk. Tetapi angin sejuk itu tidak menganggu saya. Tatkala saya mendengar nama saya diseru segera saya membuka mata memerhati ke arah lelaki berkulit cerah tercegat di hadapan. Dia merenung wajah saya dengan melirik senyum.....

Bagi membaca kisah ini boleh rujuk novel  "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh".

Ayat kunci tersebut bukan dibaca tatkala TAN diserang malah ketika mahu memulakan zikir tatkala menziarahi sanak saudara atau kenala yang menderita sakit yang melarat.

Namun demikian terdapat juga ketikanya TAN tidak membaca ayat kunci tersebut. Dalam novel "Berkelahi Lawan Syaitan" (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)muka surat 17,

Kak Upik berpaling ke arah Pak Gumil yang sedang menggenggam dua tangannya. Dia (Kak Upik) tiba-tiba terkejut bila Pak Gumil menepuk tangan. Saya tidak peduli lagi kak Upik di depan saya terlenggok-lenggok. Ketika ini saya terus berzikir hingga terasa seluruh badan menjadi cair seolah-olah debu yang tidak berguna lagi.  Saya merasa terhumban jauh ke dalam kebun manggis yang dipenuhi belukar tidak bertebas. Seberkas kayu api tersandar pada....

Dalam novel yang sama pada halaman 154 TAN menceritakan saat merawat anaknya Fitriati yang mengalami gangguan akibat di uji oleh bomoh siluman di Bukit Tinggi, TAN juga tidak menggunakan ayat kunci tersebut. Sebaliknya TAN merenung tajam ke dalam mata anaknya lalu membacakan ayat-ayat AL QURAN sehingga siluman tersebut menyerah kalah (melalui suara Fitriati).

Tidak ada yang perlu saya bimbangkan lagi. Pengalaman semasa di Malaysia amat berguna ketika ini. Saya berdiri dalam bulatan cahaya antara penglihatan alam malakum, alam jibrun dan alam zuk. Saya mencari lembaga hitam berbulu yang ditakuti Fitriati hingga menganggunya. Ketika itu lembaga berkenaan sudah terasak pada tebing jeram, dengan Mamak Bandaro (Tan Sri A Samad Idris)mengancamnya. Dia mengeleng-ngeleng kepala setiap kali cuba mendekatinya tetapi tergalang oleh batu-batu jeram yang besar. Apabila saya memecahkan batu jeram dia tidak dapat lagi bersembunyi dari ancaman MamakBandaro. "Pak Jauhkan orang ini..."lembaga hitam berbulu itu menuding ke arah saya tetapi menunduk tidak berani menatap muka saya. Belum sempat Mamak Bandaro menyahut saya sudah melontarnya ke dalam api menyala di semua kawasan jeram. Jeritnya saja bergema hingga tenggelam dalam api menyala.

Selepas itu, TAN dan Mamak Bandaro kembali ke alam nyata tersandar di rumah.

Contoh di atas hanyalah secebis pengalaman TAN dalam mendepani sebarang gangguan makhluk halus atau ghaib. Gangguan jin/syaitan serta ujian-ujian orang melalui amalan sihir bukanlah suatu dongeng, suatu khuarafat, tahyul dan omong kosong. Malah secara rukyah pun dapat mendeteksi gangguan pada manusia juga secara lainnya. Gangguan tersebut menyebabkan manusia berasa terganggu hidupnya bukan sahaja dari aspek gangguan fikiran dan penampakan gangguan malah juga gangguan jiwa, keluarga berantakan dan tidka dapat bersama juga perubahan tingkah laku yang agresif tanpa dapat dikawal.

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menceritakan secara berlapik (tanpa menyertakan maklumat benar, nama, peribadi)bebarapa orang yang saya berikhtiar merawatnya menggunakan gabungan kaedah Al-Quran dan nur bagi membuktikan lagi pernyataan saya itu bukanlah suatu ketaksuban kepada alam mistik. Terutama kepada pembaca blog ini yang juga sahabat saya yang memerli saya dan memandang rendah ikhtiar kita membantu menangani masalah gangguan kasat mata ini.

Apakah lekeh permohonan ini:

A'uzu bikamin hama zatisysyatin wa' a'uzubika min ab yahdhurun.

Yang Allah ajar kepada Muhammad SAW dalam Al Quran?.

Apakah lekeh peringatan Allah dalam Surah Yassin yang menyatakan betapa syaitan itu musuh yang nyata bagi kita manusia?

Apakah sikap kita terhadap musuh ialah memerli saudara kita yang berkhidtmat membantu masyarakat seagama melawan dan menolak tipudaya dan gangguan musuh yang nyata ini?

Perbuatan memerli ini mengingatkan saya kepada sikap kaum Quraisy yang mengejek-ejek nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan wahyu Allah yang bersifat ghaibiah.

Saya bukannya nabi dan rasul tetapi saya menyedari bahawa syaitan dan jin yang jahat menganggu harus ditolak dan dikhtiar untuk melepaskan diri daripada belitan mereka.

Bagi kawan saya yang banyak membaca buku ilmiah dan membaca blog ini saya nasihatkan tafakurlah sedalam-dalamnya. Bukan suruh percaya tetapi sekurang-kurangnya hormatilah saudara seagama yang lain-Belum tentu sejuta ilmu kita tahu dan kita lebih daripada sejuta orang. Hal ini kerana hanya cukup seorang yang lebih tahu satu ilmu yang kita tidak tahu menjadikan kita lebih rendah kedudukan daripadanya dalam bahagian ilmu berkenaan. Cukup menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa mahu berfikir.

20 Julai 2010

Terawangan,Meragasukma,Perawat Islam dan Tok Awang Ngah

Belakangan ini, sempat saya melawat beberapa blog yang menceritakan tentang terawangan dan meragasukma. Biasa-biasa sahaja informasinya. Namun saya tertarik dengan blog beberapa perawat Islam yang menukilkan tentang pandangan mata batin ini. Blog RIDAM dan kursus selama 1-2 tahunnya begitu menarik perhatian saya. Kemudian saya menemui pula blog perawat Islam yang lain. Malah ada yang meluahkan kekecewaan dan kehampaan apabila keilmuan yang dimilikinya telah disalah sangka oleh perawat Islam yang lain. Selain daripada bercambahnya kursus perubatan Islam sama ada secara ekspress atau bimbingan berterusan sekali praktikal. Ini suatu perkembangan yang sihat walaupun ada pro dan kontranya. Kalau tidak sebelum ini kursus bersifat metafizik ini lebih didominasi oleh para rakan paranormal yang tidak menggelarkan diri mereka sebagai perawat Islam. Dalam keilmuan tenaga dalam dan sewaktu dengannya terawangan/meragasukma bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik pun. Apabila munculnya individu atau organisasi metafizik bukan jenama perawat/perubatan Islam yang menawarkan kursus  pengajian berkenaan terawangan dan meragasukma ini maka terdengar juga kata-kata yang menyatakan pandangan batin yang terhasil adalah daripada pandangan jin yang menempel pada seseorang itu. Malah ada perawat Islam yang mengingkari wujudnya mata batin atau mata dalam. Selain RIDAM, terdapat pula catatan yang mengemukakan kelemahan terawangan dalam blog perawat Islam. Saya membacanya sambil tersengih sahaja. Saya tidak mahu mengaku saya boleh menerawang, meragasukma atau sewaktu dengannya. Banyak kerja hakiki kena dilaksanakan dahulu. Sewaktu saya menaip entri ini, lebih kurang 40 minit lagi saya ada kelas pengajaran pertama untuk kursus Pengajian Melayu Bersumberkan Islam. Tentang blog perawat Islam yang menyatakan kelemahan terawangan itu, saya tersengih sebab alasannya sangat lemah. Pertama kerana ia tiada dalil jadi  kaedahnya tidak mendapat jaminan perlindungan daripada Allah kerana tidak ikut perubatan sunnah. Saya kagum semangat perawat Islam yang menulis entri tersebut. Pada siri ke2 pula dinukilkan pula pengalaman sebuah pusat rawatan Islam yang tersohor pernah sekali mengembleng seorang pemuda Afrika yang berlum berijazah perubatan Islam untuk menarawang ke kampung halamannya di Afrika. Pemuda Afrika itu melihat begitu banyaknya bomoh hitam yang bela jin dan "diri" pemuda itu telah ditangkap oleh bomoh sihir di sana. Maka berhempas pulaslah perawat Islam senior membantunya pulang ke Malaysia semula dan berjaya. Mulai hari itu pusat rawatan Islam berkenaan tidak mahu ajar terawangan/meragasuka. Beberapa hari lepas saya membelek koleksi novel unik Tok Awang Ngah. Saya terbaca bahagian akhir novel Bajang Peliharaan. Sewaktu 'saya-Tok Awang Ngah-' menerawang mencari punca akar umbi sihir Bajang ini, Tok Awang Ngah dibantu oleh Lebai Cot yang merupakan murid kepada Tok Aji yang datuk kepada Tok Awang Ngah. Sewaktu Tok Awang Ngah tiba di sebuah pondok yang terdapat sebuah tembikar berisi darah dan janin budak sebesar penumbuk, janin itu terbang ke udara. Satu lembaga mengarahkan janin (Bajang) itu menyerang Tok Awang Ngah tetapi TAN dengan haqqul yakinnya menyerang balas menyebabkan Bajang itu sekejap itu jua musnah dan tidak dapat berfungsi lagi. Lembaga itu menangis dan cuba mencampakkan rantai besi untuk memerangkap Tok Awang Ngah. Tetapi jaring besi itu hancur tak bersisa. Tercengang lembaga itu. Tok Awang Ngah pun membaca Surah Yassin sepenuhnya dengan mengulangi dua ayat daripada Surah Yassin sebanyak masing2 100x. Sepanjang bacaan tersebut, tak henti2 lembaga itu dihujani hujan api dari semua sudut sehingga di akhir bacaan Yassin tubuh lembaga itu berlubang-lubang hangus. Tok Awang Ngah disedarkan oleh Lebai Cot. Menjelang pukul 3 pagi anak Mat Natar datang memberitahu bahawa ayahnya Mat Natar mati dalam keadaan berlubang-lubang tubuhnya. Baharulah Saedah menceritakan bahawa dia pernah memetik bunga di halaman rumah Mat Natar. Pengalaman Tok Awang Ngah menarawang dan meragasukma untuk mencari punca penyakit atau sihir khianat atau saka pesakit adalah begitu unik sekali dan semuanya adalah BERJAYA. Kita tidak tahu amalan apakah yang diamalkan oleh Tok Awang Ngah kerana beliau tdk mendetailkannya dalam novel2nya (kalau ada bagitau saya) tetapi TAN menyatakan jin/setan memang tdk akan mampu mengalahkan manusia bilamana manusia itu yakin dan kuat serta teguh taqwanya serta zikirnya mengingat Allah SWT. Dalam blog paranormal atau master2 tenaga dalam, yang menawarkan kursus terawangan/meragasukma ada dinyatakan sebelum kita terawang dan meraga sukma ke alam ghaib tameng diri haruslah mantap. Tameng itu boleh berupa Ayatul Kursi dan apa juga amalan lain termasuk Rajah Kalacakra yang terkenal dikalangan pengamal kebatinan seNusantara. Tameng diri itu perisai diri le, kang ada yang syak kata itu sejenis nama jin atau nenek moyang jin pulak. Kaedah terawangan dan meragasukma ini tidaklah menjadi suatu kewajipan dalam merawat tetapi bagi kes yang berat dan rumit kaedah ini dapat dilakukan dengan JAYANYA dan berhasil JIKA betul pada kaedahnya dan betul pula pengalaman/etika serta kaedahnya. Namun jangan terus menghukum kaedah ini tidak mendapat jaminan daripada Allah kerana tidak ikut sunnah ataupun terdedah kepada bahaya serangan tok moh sihir dan sebagainya hanya kerana diri sendiri tidak mampu berbuat demikian. Ilmu Allah kan meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi. Ini hanya sebagai komentar saya. Saya kata tak semestinya kena guna kedah T/M ini dalam perubatan namun tidak salah juga menggunakannya jika difikirkan perlu. Saya kira dalam hal ini kita kena balik kepada basic iaitu sentiasa menyucikan hati kita daripada sangka buruk dan iri hati sesama kita. Insya Allah MANTAP!