03 Disember 2009

Puteri Mandi


Laluan di sisi sungai. Ada yang denai brtanah je.


Panjang lagi sungai yg dinamakan dgn puteri mandi ni...tak larat den nak jalan...lagipun den sorang je...seriau gak mana tau diculik nenek bunian...nayo
Nah, ini sungainya-Puteri Mandi...dingin airnnya bersih suci murni...
cahaya matahari jatuh pula di permukannya..damainya hati menatap tanda kebesaran Allah ini...di sinilah den tafakur beberapa minit..tapi tak boleh lama....ramai peminat sedang perhati den ni...mamat manalah pulak berkelana di kawasan mereka ini....masih jauh lagi di mana tempatnya Puterui Mandi sebetul2nya itu....dikatakan menjadi tempat mandian 7 puteri bunian...erk mengapa bukan 8, 9 atau 10 puteri bunian?Bolehlah kasi kat kwn2 den yg ramai membujang lagi tuh...hehehe lawak je tok penghulu bunian..den gurau jo dlm blog ini ;)
e

Den sesudah tafakur. Saja buat kenangan. Rasa damai sangat dapat berwuduk dgn air sungai ini. Aduhai, patutlah ada wali2 Allah yg tinggal dekat dgn sungai....



Ini jajaran gunung jerai...dari tempat den berdiri sisi sungai Puteri Mandi....cantikkan...



Tangga Kenari 1000 Tahun


Baru separuh anak saudara saya...ada ramai lagi...orang kata cukup lengkap untuk tubuh satu pasukan bola sepak... dari kiri bawah Zarif, Hafiz, Adlin dan Azira.



Saya jengik2 mana tau ada bunian ka nenek kebayan ka yg ceritanya melintas area ini mahsyur diperkatakan orang suatu ketika dahulu.



Ini tangganya. Macam tangga kehidupan. Atau tangga kerohanian...atau tangga percintaan...berbeza sedekad lepas tangganya masih cantik dan bersih....klasik betul



Inilah yang saya terkejut. Ada pula sebatang pokok tumbang menghalang jalan. Timpa atas tangga. Jadi melihat keadaan itu dan menurut gerak hati saya-tak payahlah teruskan perjalanan..asal nak bawak budak2 terus masuk ke dalam sana tgk tumbuh-tumbuhan renek hutan khatulistiwa yang tdk mungkin dapat dilihat di bandar besar atau di zoo sekalipun. Kecuali zoo botanilah.



Puteri Mandi dan Tangga Kenari 1000 Tahun Bhg 1

Selepas jambatan Titi Hayun...nampak tak macam bumbung rumah itu?Itu kedai makanan dan runcit. Habis 10 ringgit belanja anak saudara saya beli keropok dan minuman.

.


Di sebelah kiri saya mengalirnya sungai yg berpuncar daripada Gunung Jerai. Ini adalah pintu gerbangnya-teringat pintu gerbang alam bunian pula.




Inilah Titi Hayun yang berusia berdekad-dekad namun tetap utuh. Di atas jambatan itu adalah anak saudara saya, Adlin.

Walaupun 10.30 pagi sejuk masih terasa. Dingin hingga saya mendakap tubuh.
>
>
>
Sebahagian daripada jadual percutian saya di kampung....;)
>
>
>
Berikut adalah gambar-gambar semasa saya dan anak saudara saya berada di sana. Jarak dari rumah Tok saya dengan tempat reakrasi ini dalam 8 km saja. Titi Hayun merupakana nama tempatnya manakala, Puteri Mandi merujuk kpd nama sungainya manakala Tangga Kenari 1000 Tahun merujuk kepada tangga yang dibina sampai ke puncak, kononnya. Tetapi terbengkalai sejak krisi ekonomi 1997 dan tidak dapat disambung lagi hanya sekerat jalan sahaja. Namun dipercayai laluan tangga ini telahpun ada dan setelah anak tangga terakhir kita dapat meneruskan jalan kerana ramai juga pengembara denai atau lalaun tersebut untuk sampai ke puncak Gunung Jerai. Namun kalau hendak selamat dan mudah boleh saja tiba di puncak Gunung Jerai melalui Gurun. Siap ada jalan bertar, chalet dan kenderaan khas lagi untuk ke sana (dikenakan bayaran).



Pendek kata seronok kan daerah saya..Daerah Yan Besar...saya tinggal di Pantai Murni. Biarlah gambar ini bercerita kepada kalian!










23 November 2009

Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu-Manuskrip Melayu Warisan Negara

Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu-Manuskrip Melayu Warisan Negara

Oleh Muhammad Ali Atan

Manuskrip Melayu adalah mutiara yang bergemerlapan di sepanjang pantai peradaban bangsa. Di atas kesedaran itu, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) dan Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM), Universiti Malaya dan Persatuan Sejarah Malaysia berpadu tenaga menganjurkan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu yang berlangsung dari 23 November sehingga 25 November 2000 yang bakal dirasmikan oleh oleh Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu YBhg. Datuk Dr. Ghauth Jasmon bertemakan Manuskrip Melayu Warisan Negara.
Matlamat persidangan ini diadakan adalah seperti berikut:
1. Mempertemukan pengkaji-pengkaji manuskrip Melayu dalam persidangan atau seminar.
2. Mengadakan perbincangan dan memperhalusi manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
3. Mengenalpasti lokasi penyimpanan dan kehadiran manskrip-manuskrip Melayu di dalam dan luar negara.
4. Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui hasilan persidangan yang diterbitkan.
Persidangan diserikan dengan beberapa ucap utama daripada tokoh akademik dan tokoh pengkaji manuskrip. Antara tokoh yang akan memberi ucap utama ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dengan judulnya Keadilan: Nilai Teragung Kerajaan Melayu pada 24 November 2009. Ia dikuti dengan ucap utama daripada Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dengan tajuk Naskhah Melayu Permata Melayu di Jagat Raya yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman Kedua-dua pemberi ucap utama tersebut merupakan tokoh akademik dalam bidang kebudayaan dan juga tokoh akademik dalam bidang sejarah dan manuskrip yang tidak asing lagi.
Pada hari berikutnya persidangan diunggulkan lagi dengan ucap utama daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Abu Hassan Sham dengan judul Unsur-unsur Tasawwuf Dalam Syair-syair Naskhah Riau dan kemudian diikuti ucap utama oleh Dr. Nurhayati Rahman dengan judul Syair Perang Mengkasar Karya Encik Amin: Pusat Jaringan Ilmu & Kebudayaan Nusantara. Sesi ucap utama yang kedua ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu.
Seterusnya, pemakalah yang diundang pula terdiri daripada tokoh akademik dari bidang pengkajian dan penelitian manuskrip sehinggalah tokoh budayawan dan pengkaji kesusasteraan. Antara tokoh dalam bidang manuskrip yang bakal membentangkan kertas kerja ialah YBhg. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh dengan kertas kerjanya berjudul Pensejarahan Negeri Kedah Darul-Aman: Suatu Penjelajahan Sastera Sejarah. Prof. Datuk Siti Hawa Salleh merupakan mantan pensyarah di Universiti Malaya yang berpengalaman puluhan tahun dalam penelitiannya terhadap manuskrip Melayu yang turut menyelia tesis beberapa tokoh yang mekar di bidang penelitian manuskrip. Selain itu Prof. Dr. Noriah Mohamad turut akan membentangkan kertas kerjanya yang berjudul Benci Tapi Sayang: Jawa Dalam Naskhah Melayu. Beliau merupakan tokoh akademik dalam bidang naskhah Melayu dari Akademi Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak penganjur juga turut mengundang Prof. Madya Dr. Jelani Harun dari Universiti Sains Malaysia yang akan membentangkan kertas kerjanya yang berjudul Naskhah Melayu Perak dalam Perubahan Skriptoria Alam Melayu Abad ke-19. Banyak lagi pemakalah yang terdiri daripada ahli akademik pelbagai bidang dalam meneliti manuskrip Melayu yang akan menambahserikan lagi persidangan ini.
Pihak penganjur mengundang pemakalah dari negara luar Malaysia. Antara pemakalah tersebut ialah Drs. Suriadi Mappangara dengan kertas kerjanya berjudul Lontarak & Legitimasi Kekuasaan (Studi Kasus Arung Palakka) dari Indonesia. Pemakalah dari Brunei iaitu En. Hj. Abdul Karim bin Hj. Abdul Rahman turut diundang yang akan membentangkan kertas kerjanya berjudul Salasilah Raja-raja Brunei: Sebuah Karya Historiografi Kesultanan Brunei. Selain itu Prof. Madya Dr. Tatiana Desinova (Russia) melihat Unsur-unsur Metrologi Dalam Teks-teks Melayu Lama dan Cik Cho Tae Young (Korea Selatan) menyorot Aksara Serang: Salah Satu Variasi Dari Tulisan Jawi di Sulawesi Selatan.
Persidangan ini akan dibahagikan pada enam sesi sidang. Keenam-enam sidang akan dijalankan dua hari berturut-turut yang dibahagikan kepada beberapa subtema sebanyak 10 subtema iaitu politik, surat-surat, bahasa, budaya, sastera, sejarah, salasilah, perubatan Melayu, sejarah perang dan umum. Ini sudah pasti memperlihatkan kevariasian persidangan ini dalam penelitian terhadap manuskrip Melayu.
Berdasarkan matlamat tersebut persidangan ini dijangka dapat menarik perhatian peserta daripada pelbagai golongan seperti ahli filologi, ahli akademik, sejarawan, karyawan, pengkaji/ peminat manuskrip lama, pengkaji/peminat bahasa, budaya, seni dan sastera teks tradisonal, mahasiswa/i dan seterusnya masyarakat umum yang mahu menambah pengetahuan.
Setakat ini pihak penganjur telah menerima maklum balas daripada semua golongan untuk menyertai persidangan ini selain daripada pembentang sebagai peserta persidangan. Bakal peserta telah mengajukan minat mereka untuk menyertai persidangan ini melalui pendaftaran secara on line melalui laman web persidangan yang boleh diakses di alamat
http://umconference.um.edu.my/PERANTARA. Mereka terdiri daripada mahasiswa/i dan pensyarah dari serata Insitiut Pengajian Tinggi Awam Malaysia dan juga individu dari negara jiran iaitu dari Indonesia dan Singapura. Pihak penganjur berharap pada hari pendaftaran iaitu 23 November ini jumlah peserta akan bertambah lagi.
Pihak penganjur menyusun jari memohon seribu maaf kepada individu yang mengajukan permohonan untuk membentangkan kertas kerja kerana kami tidak dapat menunaikan permohonan mereka. Hal ini kerana pemakalah adalah diundang dan diputuskan dalam mesyuarat penganjur. Namun demikian pihak pengajur tetap mengalu-alukan kedatangan mereka sebagai peserta dan akan diberikan layanan sewajarnya apabila mereka mendaftar sebagai peserta.
Sesungguhnya menjadi harapan pihak penganjur agar Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009 akan berjalan dengan sebaik-baiknya dan peserta mendapat ilmu pengetahuan baharu dan pelbagai berkenaan manuskrip Melayu. Manuskrip Melayu Warisan Negara kita bersama yang menandakan kejatidirian kita sebagai bangsa Melayu dalam menempuh laluan masa depan yang penuh dengan dugaan yang mengugah keperibadian bangsa.

22 November 2009

Allah Pelindung Orang Beriman

Allah pelindung orang beriman
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Siri Ke-61)
Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: Adalah peperangan Uhud mempunyai banyak pengajaran dan memberi kesan mendalam ke dalam hati golongan yang beriman. Begitu juga menjadi pembeza dengan golongan yang syak wasangka.
Justeru, al-Quran menjadikan ini sebagai pengajaran untuk memberi peringatan kepada mujahidin apa yang sepatutnya dilakukan dalam semua situasi dan peperangan.
Begitu juga mengingatkan mereka bahawa kejayaan dalam amalan apa jua bentuk pun hendaklah diasaskan dengan penyusunan dan disiplin serta pembahagian tugas mengikut kepakaran masing-masing yang sudah pasti menatijahkan keputusan yang baik.
Ayat ke-149
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Ibn Kathir berkata: Allah SWT mengingatkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar tidak mentaati orang-orang kafir dan orang-orang munafik, kerana ketaatan kepada mereka akan menyebabkan kebinasaan di dunia dan akhirat.
Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Jika kamu mentaati orang-orang kafir, nescaya mereka mengembalikanmu ke belakang (kepada kekafiran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
ii. Al-Qurtubi berkata: Apabila Allah SWT memerintahkan supaya mengikut sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Ansar terhadap Nabi-nabi, maka diberi peringatan supaya tidak menghormati golongan yang kafir iaitu musyrikin Arab seperti Abu Sufyan dan sahabat-sahabatnya ketika itu.
iii. Al-Maraghi berkata: Jika kamu mentaati golongan yang mengingkari kenabian Muhammad SAW, dan menerima pendapat mereka serta meminta nasihat daripada mereka lantaran kamu menganggap mereka sebagai penasihat kamu, nescaya kamu akan dilabelkan sebagai orang murtad setelah beriman kepada Allah SWT dan ayat-ayat-Nya.
Bahkan kamu akan dikembalikan kepada agama asal, sehingga kamu mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kerugian di dunia ialah kamu berada di bawah kekuasaan mereka, dihina dalam lingkungan mereka, dan kamu tidak akan memperoleh sebarang kebahagiaan dan kekuasaan di bumi seperti yang dijanjikan Allah kepada golongan yang beriman dengan keamanan yang sejati.
iv. Hamka berkata: Ayat ini adalah teguran kepada yang lemah atau tergoncang perasaan melihat pihak Islam telah terdesak.
Adapun dalam pimpinan tertinggi, Nabi SAW dengan sahabat-sahabat yang lain termasuk Abu Bakar, Umar, Ali, Saad bin Ubadah, Abu Ubaidah dan lain-lain sekali-kali tidak mengaku tunduk kepada musuh. Bahkan ada lagi beberapa orang perempuan yang ikut berperang dengan penuh semangat.
v. Quraish Shihab berkata: Ayat ini memperingatkan mereka agar jangan mengikut orang-orang kafir, kerana hal tersebut akan mengakibatkan kegagalan.
Jika kamu menunduk dan taat serta meminta perlindungan kepada orang-orang kafir termasuk orang munafik baik yang memerangi kamu di Uhud ataupun selain mereka, baik saat atau beberapa saat ketika malapetaka Uhud menimpa kamu mahupun selepas itu, jangan kamu tunduk kepada mereka dan menerima saranan daripada mereka yang bertentangan dengan tuntutan Alah SWT dan Nabi SAW.
vi. Al-Sonhaji berkata: Yang dimaksudkan orang-orang kafir dalam ayat ini ialah mengikut sesetengah ulama seperti Abu Sufyan yang terkenal sebagai ketua pembuat fitnah.
Menurut sesetengah ulama yang lain ialah orang Yahudi dan Nasrani dan ada pula yang mengatakan iaitu Abdullah bin Ubai bersama sahabat-sahabatnya dari golongan orang-orang munafik yang terkenal sebagai penghasut orang-orang mukmin yang lemah imannya.
Ayat ke-150
Firman Allah SWT yang bermaksud: (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dialah sebaik-baik penolong.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Maraghi berkata: Janganlah kamu bandingkan kekuasaan Abu Sufian dengan pengikutnya dan kekuasaan Abdullah Ibn Ubai dengan kelompoknya.
Janganlah kamu terpedaya oleh kesesatan mereka. Mereka tidak akan sanggup menolong kamu. Hanya Allah SWT yang berkuasa menolong kamu melalui bimbingan-Nya yang telah dijanjikan kepada kamu.
ii. Hamka berkata: Setelah selesai peperangan, maka bergelimpanganlah mayat para syuhada. Abu Sufyan berdiri di puncak sebuah bukit dan bersorak memanggil nama-nama pahlawan Islam yang disangka telah tewas.
Dipanggilnya Abu Bakar, kemudian Umar. Jika tidak menjawab, tentu pengikutnya gembira kerana mereka menyangka Abu Bakar dan Umar telah mati. Tetapi Umar al-Khattab tidak tahan mendengarnya, lalu disahutinya: "Kami semuanya masih hidup".
Akhirnya Sufyan membanggakan lambang perjuangannya: "Kami mempunyai Uzza dan tidak ada Uzza padamu". Mendengar itu, Rasulullah SAW menyuruh Umar menyahut: "Pelindung kami adalah Allah dan tidak ada pelindung bagi kamu".
Abu Sufyan terdiam sebab Uzza itu hanyalah berhala yang mereka lindungi, sebab itulah mereka banggakan. Sedangkan mereka memerangi Allah SWT kerana mempertahankan Uzza. Penangkisan Umar atas sorak Abu Sufyan inilah dikuatkan oleh ayat ini.
iii. Quraish Shihab berkata: Ayat ini menunjukkan bahawa boleh jadi ada penolong selain-Nya, tetapi sesiapa pun mereka, tidak memiliki kemampuan dari dirinya sendiri. Kemampuan memberi bantuan hanyalah datang daripada Allah SWT.
Bahkan jika penolong itu adalah orang-orang kafir, akan mengakibatkan kerugian dan kekecewaan di masa akan datang.
iv. Al-Sonhaji berkata: Jangan kamu fikir orang-orang seperti Abu Sufyan dengan kumpulannya dan Abdullah bin Ubai dengan sahabat-sahabatnya yang menggoda kamu itu dapat memberikan pimpinan. Tidak akan dapat mereka menolongmu.
Hanya Allah SWT jua yang menolong kamu dengan pimpinan-Nya dan pemeliharaan-Nya dan Dialah sebaik-baik Penolong.
Ayat ke-151
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Qurtubi berkata: Perkataan sultan memberi maksud hujah, bukti dan penerangan. Justeru, dikatakan kepada pemerintah itu sultan kerana ia menjadi hujah Allah di muka bumi. Antara maksud sultan di mana ia diberi cahaya dengannya dalam menegakkan kebenaran dan membasmi kebatilan.
ii. Al-Maraghi berkata: Kandungan ayat ini membatalkan amalan syirik, kesannya yang amat jelik terhadap jiwa.
Perbuatan syirik akan menyebabkan seseorang itu mempunyai jiwa yang pengecut kerana kepercayaan terhadap beberapa makhluk yang mempunyai kuasa ghaib, dan berada di sebalik perjalanan peraturan ilahi dan hukum sebab akibat.
Ringkasnya, watak orang musyrik apabila berhadapan dengan kamu wahai orang yang beriman, hati mereka akan cepat gundah, penuh dengan perasaan takut terhadap kamu.
Oleh yang demikian, kamu janganlah berasa takut kepada mereka. Jangan sesekali mempedulikan mereka dan menjadi teman mereka.
iii. Hamka berkata: Meskipun mereka telah berhasil dapat menewaskan 70 orang yang beriman, antaranya pahlawan yang gagah berani kebanggaan Islam iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib, namun kemenangan itu tidaklah menambahkan keberanian mereka, tetapi mereka kian merasa takut.
Apatah lagi apabila diseru oleh Umar dengan suruhan Rasulullah SAW perkataan, "bahawa pelindung kami adalah Allah. Sedangkan kamu tidak mempunyai sebarang pelindung". Hal ini meninggalkan kesan kengerian di hati mereka.
iv. Quraish Shihab berkata: Ayat ini menjelaskan salah satu bentuk pertolongan dan perlindungan Allah SWT.
Ayat ini memberi maksud akan dicampakkan dengan keras sehingga menggoncang hati orang-orang kafir yang tidak takut kepada Allah SWT dan melanggar perintah serta mengabaikan larangan-Nya.
Selain itu akan rasa takut untuk menyerang kaum muslimin, antara lain disebabkan mereka menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Bahkan banyak sekali keterangan membuktikan keesaan-Nya.
v. Al-Sonhaji berkata: Sebenarnya rasa takut yang menyelubungi hati orang-orang yang kufur (kafir) itu adalah disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Mereka tiada mendapat apa-apa hujah atau bukti yang diturutkan oleh Allah kepada mereka iaitu hujah yang mempunyai daya kekuatan untuk menolak perkara-perkara yang batil dan salah. Disebabkan tidak adanya hujah-hujah dan bukti inilah hati mereka sentiasa diselubungi rasa khuatir dan ketakutan.
Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan betapa orang Islam mesti menolak bentuk kekufuran dan meletakkan tawakal kepada Allah SWT. Semoga Allah selamatkan kita daripada gaung api neraka. Amin.

17 November 2009

UjianMu

Allah terus menguji saya. Dan mengapa saya belum dapat melepasinya. Aduhai, dunia...

05 November 2009

Simposium Warisan Tamadun Islam 2009


b.

a.


Insya Allah, datanglah beramai-ramai. Jika tiada aral saya mahu menyertainya sebagai pemakalah. Tajuk pilihan saya ialah membuktikan penggunaan nama Ali atau Saidina Ali dalam manuskrip2 Melayu bukanlah merujuk kepada fahaman Syiah. Ikutan masyarakat Melayu Nusantara ialah fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah, bukannya Syiah, Wahhabi dan sewaktu dengannya.
Sekian harap maklum.









03 November 2009

Memorandom Bantahan Ke Atas Dr Asri Zaina Abidin

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM
Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-HajBertarikh 12 Oktober 2009.Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.
Antara Kandungan Memorandum ini ialah :
-1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.
2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.
3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.
4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.
5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.
6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.
7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.
8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam dimalaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.
9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.
10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)Ditandatangani oleh:Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSM
Bertarikh 12 Oktober, 2009Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia11. Yayasan Paksi Kedah12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

02 November 2009

Kasyaful Asrar



Sila klik gambar untuk membesarkannya.


Sila klik gambar untuk membesarkannya.

Pagi. Membelek-belek kitab Kasyaful Asrar terjemahan ke bahasa Melayu tulisan rumi oleh Noraine Abu terbitan Al-Hidayah yang terkenal dengan slogan penerbitannya-Membaca Buku Al Hidayah Selangkah kita mendekati Alah-.
Dalam petikan di atas Syeikh Muhammad Shaleh Abdullah Mengkabau menjawab beberapa persoalan tentang mempelajari ilmu tasawuf dan kedudukannya.
Jawapan ulamak Melayu besar ini tepat dan ringkas. Hayati dan tanyalah kepada guru-guru agama yang faqih untuk mendapat huraiannya.
*Golongan wahhabi dan 'kaum muda' tidak suka kitab-kitab tasawuf walaupun mereka tidak pernah membacanya sekadar taksub kepada tokoh-tokoh wahhabi untuk menghukum tasawuf adalah sesat.

01 November 2009

Berkelana ke Tanah Merah 2











Berkelana ke Tanah Merah











Saya ke Tanah Merah kerana ada urusan kekeluargaan seminggu lepas. Sewaktu dalam bas Syarikat Adik Beradik, ketika tiba di jalan hendak masuk ke Kota Bharu saya saksikan lori balak menguasai jalan. Dan paling 'menakutkan' saya ialah melihat beberapa orang remaja menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar. Heronya remaja ini mereka mengekori dengan rapat belakang lori balak yang batang balaknya menonjol ke belakang. Sayangnya saya tidak merakam gambar remaja itu sebab terlalu 'seriau' memerhatikan mereka melingas kiri kanan belakang lori balak itu.





Gambar menunjukkan saya sudah tiba di Bandar Tanah Merah. Sempat merakam beberapa babak suasana petang yang mendung. Sebenarnya saya baharu belajar-belajar mengambil gambar. Jadi mungkin terlalu amatur gambar saya 'tangkap' itu.


Apapun selamat menghayati. Bukankah sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya?

*Sayangnya gambar 'gewe2' Tanah Merah tidak sempat saya rakamkan.

Pagi-pagi Merenung Hijau Daun

Pagi-pagi merenung hijau daun
kalaulah hati kita sesegar ini
kalaulah hati kita sekudus ini
pastilah aman dunia
dan manusia-manusianya
hidup aman sentosa

Sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog.

Mungkin dengan kehadiran kamera baharu akan menaikkan semangat saya untuk menulis

Baharulah saya tahu gambar itu memberi inspirasi untuk mencatatkan sesuatu.

04 Oktober 2009

Rencana Sastera



Rencana sastera ini saya tulis ketika hari ketiga hari raya aidil fitri. Tanpa apa-apa rujukan buku memadai dengan mengembangkan idea utama yang tercampak dalam kepala saya menaip draf pertama dalam masa kurang 3 jam. Kemudian saya tambah dan baikinya dengan membuat rujukan di internet bagi memastikan kesahihan fakta. Memang semua karya yang saya masukkan ke dalam rencana itu saya sudah membacanya. Nampaknya kaedah penulisan KJ Metod ada baiknya juga. Sebuah kertas kerja yang saya sudah kumpulkan lebih 40 buah buku rujukan tidak bergerak-gerak lagi. Antara prinsip utama teknik penulisan KJ Metod ialah menulis dahulu mana yang ada dalam kepala dan yang terlintas ketika itu. Ia mempercepatkan proses penulisan saya sebenarnya. Boleh merujuk akhbar Mingguan Malaysia sisipan Kesihatan halaman 20. Terus terang saya katakan nikmat membaca akhbar edisi cetakan lebih besar berbanding membaca akhbar atas talian. (Gambar:Saya di sebelah kiri Shahril yang berpeluh sakan melayan tetamu dan Nisa sahabat saya sejak kecil-diasuh oleh Tok-seorang jurutera perisian komputer di Panasonic Putrajaya semoha berbahagialah sahabatku hendaknya, aku tumpang gembira)

Rujukan Rencana Sastera saya:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera

12 September 2009

Falsafah Kematian dan Takdir dalam The Final Destination

Filem The Final Destination 4 ini memang mengujakan terutama daripada aspek falsafah kematian yang ingin ditonjolkannya. Sebagai sebuah genre filem maka 'mainan' imej dan gambar itu sangat bagus walaupun ada kalanya kemalangan-kemalangan yang tercipta atau dicipta itu nampak sangat hiperbola sifatnya. Namun apa yang mengesankan saya ialah bagaimana kematian mendatangi setaip watak-wataknya. Boleh ddikatakan kemalangan yang dialami oleh setiap watak-watak dalam filem ini adalah kematian berunsur kebetulan tetapi kebetulan yang bersistematik.
Kemalangan bersistematik yang melibatkan jentera dan mesin ini sebenarnya mengingatkan kita bahawa kemalangan boleh berlaku tanpa disangka-sangka. Satu hal yang menarik bagaimana kemalangan maut dalam filem ini diciptakan demikian rupa dengan memasukkan sebab musabab terjadinya kemalangan tersebut. Dan paling saya 'gemar' ialah kemalangan berlaku setelah watak-wataknya mencarut, menyumpah dan mencela sesuatu hal atau situasi. Ini sangat menarik. Kemalangan juga berlaku terhadap watak yang berniat jahat untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.
Walaupun seorang daripada wataknya yang mempunyai intuisi selalu selamat dan dapat memintas takdir kemalangan maut daripada berlaku namun pada akhirnya apabila watak itu mencela, mencarut dan memaki, dalam suatu pertemuaan di kafe, lelaki berintusi tersebut mula sedar bahawa mereka tidak mengubah apa-apa kerana segala yang berlaku adalah menurut urutannya, maka berlakulah kemalangan akhir yang menutup filem ini dengan kematian semua watak-wataknya tetapi digambarkan dengan agak 'rock' apabila di x ray keadaan tulang yang hancur berkecai termasuk watak lelaki berintusi tersebut.
Rumusannya berhati-hati selalu dan jaga lidah anda!Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Humazah 'Wai lul likul lihumazatil humazah' iaitu 'Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela baginya neraka Humazah'. Saya fikir inilah subjek yang menggerakkan filem ini selain takdir kemalangan maut yang tidak boleh disekat urutannya serta keunikan setiap kemalangan maut tersebut yang berlaku secara bersistematik berdasarkan hukum sebab-akibat. Walaupun demikian filem ini tetap segar. 4 bintang daripada 5 bintang dari sudut pemerian dan kesungguhan pengarah untuk merealisasikan kemalangan bersistematik tersebut. Ditambah dengan penggunaan kaca mata 3D yang mengujakan penonton dengan gambar-gambar yang timbul dan menerpa kearah penonton. Bantuan 3 D nyata menghidupkan lagi filem ini dengan prinsip filem yang mengutamakan kejelasan dan kekuatan imej atau gambar dalam memberi kesan terbaik kepada penonton.
Memang unsur kebetulan mendominasi tetapi ingatlah banyak kemalangan yang aneh dan kemalangan ngeri di jalan raya yang berpunca daripada kelalaian dan kealpaan kita terhadap situasi dan persekitaran kita. Jangan ambil mudah ketika memandu balik kampung semoga selamat dan pokoknya berdoa kepada Allah.
PS:Insya Allah selepas ini blog saya akan terus diaktifkan dengan ulasan filem dan buku-buku yang menarik.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

02 September 2009

KARENAH ANEH

SIBUK.
Itulah termudah kenapa saya tidak sempat mengemaskinika blog. Walaubagaimanapun saya sempat mecatatka status di Facebook. Sila taip nama saya di google dan lihat laman Fcebook saya akan berada di atas sekali.

Ada beberapa perkara saya hendak nukuilkan di sini. Mungkin bermula hari ini blog ini akan menjadi jurnal peribadi. Mana yang mampu danrasakan boleh dikongsi bersama maka saya kongsi dengan pembaca. Segala pandangan adalah subjektif dan terbuka untuk sesiapa menolaknya.

Pertama saya sibuk dengan 2 Persidangan. Biarlah saya berterus terang. Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia dan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu pada hujung bulan September dan November sangat menyibukkkan saya. Kata kuncinya TIADA KERJASAMA antara AJK yg dilantik serta PENGANJUR yang TIDUR!

Inilah masalah kita bersama.

Lebih mengejutkan lagi terdapat dekan yang menghalang pemnsyarah di fakultinya daripada menulis, menerbit dan membentangkan kertas kerja!Aneh betul.

Saya juga sibuk dengan kerja-kerja menulis kertas kerja untuk muskrip Melayu. Judulnya Kreativiti Pengarang Tuhfat al-Nafis. Saya bukan sahaja harus membaca kajin lalu dan teks asal malahan juga harus merenung fikir jauh dan mendalam akan hakikat penciptaan dan kreativiti itu sendiri.

Saya fikir dan rasa proses kreativiti Raja Ahmad (TAN Versi Pendek) da Raja Ali Haji (TAN Versi Panjang) TIDAK jauh bezanya dengan pengarang sezaman sehingga kini termasuklah saya. Itulah yang saya hendak konsepkan. Selain sudah wujudnya konsep kepegarangan Melayu saya hendak juga mewujudkan konsep atau kerangka teoritis kreativiti pengarang Melayu yang mencapai puncaknya di tangan Raja Ali Haji.

Justeru terbitlah beberapa karenah aneh pada diri saya. Seperti banyak bermonolog, kadangkala seperti dipandang aneh oleh orang sekeliling!

Dalam semua perkara di atas saya memperolehi beberapa kesimpulan dan dapatan:

1.Manusia selalu sahaja suka meletakkan beban kerja kepada manusia lain jika dia melihat manusia lain itu rajin. Malangnya manusia yang gemar menyerahkan tugas itu pula MARAH apabila dipanggil pemalas atau tidak mahu beri kerjasama!

2.Manusia selalu sahaja mahu senang tanpa bersusah atau lebih teruk suka bersenang di atas kesusahan orang lain!

3.Kalau tidak mahu membuat kerja penyelidikan, penulisan akademik, culas menulis jural atau buku atau malas berkarya dengan alasa 'aku sudah menang bannyak' maka jagan jdi ahli akademik, jangan suka dipanggil cedikiawan, penulis, pengarang atau profesor sekalipun.

4.Kena banyak bersabar, berhikmah dalam tindakan dan berdoa penyerahan.

Hari ini kelas sampai ke petang.

Esok pula sama-ada kelas ganti pensyarah lain yang ada mesyuarat.

Hendak beri soalan da suruh pelajar jawab sahaja.

Tetapi Puan Ainon berkata 'Tugas hakiki pensyarah ialah memberi syarahan..." Itulah yang membuatkan saya berfikir panjang sambil diganggu karenah aneh dekan dan juga manusia-manusia di sekitar saya.

15 Ogos 2009

Dimensi Kreatif, Kehidupan dan Apa yang aku hendak buat

Merupakan rahsia terbesar manusia.
Dalam sastera kreatif, penerokaan secara ilmiah belum lagi dilakukan secara teguh dan berterusan oleh sarjana tempatan.
Hal ini kerana bidang sastera kreatif dan deskriptif sebagai suatu bidang ilmu memerlukan penulis kreatif sendiri yang terlibat dalam penghasilan karya kreatif kerana penulis kreatif sahaja yang tahu bagaimana dimensi kreatifnya berfungsi dan mencipta.
Saya telah diamanahkan oleh Prof Dato' Abu Hassan Sham seorang sarjana dan peneliti sastera tradisional yang terbaik yang pernah Universiti Malaya miliki terutama kajiannya yang terperinci sudut-sudut yang belum diterokai oleh sarjana tempatan sebelumnya.
"Apa tajuk yang ada dalam kepala kamu sekarang?"soal Dato spontan walaupun saya menolak untuk membentangkan kertas kerja dalam Persidangan Antarabangsa Naskah Melayu yang bakal diadakan pada 23 November depan.
"Unsur-unsur kreatif dalam Tuhfat al-Nafis (Versi Pendek)"
Saya menjawab spontan. Dan itulah yang saya fikir2kan dan terbawa-bawa hingga saya menulis DRAF 1 pada sebelah pagi tadi sehingga memakan masa 3 jam.
Saya mengambil keputusan untuk TIDAK menggunakan premis PROSES KREATIF yang menjadi anutan penulis dan sarjana luar yang turut dipatuhi oleh sarjana tempatan kita dan penulis muda kita. Abdullah Tahir dalam MAnya iaitu Proses Penciptaan Novel dan Hizairi Othman dalam Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera Latihan Ilmiahnya itu tidak saya persetujui kerana proses kreatif itu menunjukkan seolah-olah penulis kreatif mesti menuruti proses 4-7 tahap itu yang bagi saya belum mencukupi untuk menerangkan semuanya.
Saya menggunakan DIMENSI KREATIF yang walaupun menerima semua tahap=tahap yang berlaku dalam PROSES KREATIF namun dalam DK ia lebih laus cakupannya berupa penerokaan hati dan roh di sepanjang penciptaan karya sastera.
Saya cuba melihat DK dalam Tuhfat. Kalau tidak ada saya akan mengambil naskah syair-syair sufi Hamzah Fansuri sebagai pembuktian kewajaran saya menggunakan premis DIMENSI KREATIF sebagai suatu pendekatan kajian sastera kreatif dan deskriptif.
~~~
Saya mempunyai beberapa kerja yang harus dilakukan.
1.Malam ini saya perlu menelaah buku undang2 jalan raya kerana esok saya mahu lulus ujian berkomputer dengan baiknya dan terus membuat ujian pra-L.
2.Saya perlu membasuh baju yang bertimbun2.
3.Saya perlu melihat dan menaip sedikit broshur untuk persidangan dan skrip untuk berita di laman web.
4.Kemas bilik.
~~~
Namun saya akan masuk berehat dan tidur sebelum jam 12 mlm. Ini janji saya.
*Terlupa. Saya mahu mencadangkan kepada bapa saudara saya yang juga rakan serumah untuk berpindah ke Kerinci atau Bukit Angkasa atau Pantai Permai mencari sebuah rumah di sana untuk menyewa.
Atau saya sewa sebuah bilik untuk sementara waktu.
Saya gentar untuk membawa motorsikal nanti dalam kesesakan jalanraya waktu pagi.
Apa CADANGAN KALIAN?

04 Ogos 2009

Ekspresif

Proses kreatif yang dilalui oleh setiap penulis tergolong dalam cakupan bidang teori ekspresif yang yakni pemahaman dan penikmatan teks sastera adalah berorientasi penulis.
~
Seminggu dua sejak saya bekerja di Universiti Malaya agak memenatkan juga. Kini saya bergelut untuk mencari masa menelaah dan menghadiri ujian memandu kereta. Juga antara sela-sela membuat tinjauan awal untuk disertasi MA saya yang menkhusus bidang penulisan kreatif dan deskriptif:Yakni mengkajia penulis itu sendiri sebagai suatu cara untuk memahami karya sastera dan segala perutusannya.
~
Adakah pembaca selsema sekarang?Lebih baik temui doktor. Namun ubat yang paling mujarab ialah berdoa kepada Allah.

28 Julai 2009

Sejujur Mana Kata-kata



Lagu ini bukan ditujukan kpd siapa-siapa.
Kerana apa-apa.
Lagu ini sudha lama memberikan pengalaman kepada saya.
Membaca diri sendiri.
Sejauh manakah saya jujur dan ikhlas kpd manusia, alam dan Tuhan...

24 Julai 2009

Syukur

Allah Maha Kaya lagi Maha Kuasa. Syukur Allah melancarkan urusan saya pada hari ini walau siang sangat terang dimulai pagi yang berangin. Hanya satu sahaja membezakan manusia dengan manusia yang lain; iaitu PENGHAYATAN. Menghayati kehidupan adalah landasan kejayaan dunia dan akhirat. Dengan bersyukur dan berdoa dalam memilih mana yang terbaik;insya Allah, adalah cahaya unggul di depan kita!

21 Julai 2009

Pembuktian Akhbar Bukan Sumber Autoriti Yang Sah

Semalam saya berdebat dengan saudara saya seputar politik tanah air dan isu-isu sekitarnya. Saya bukan seorang yang partisan. Saudara saya membuat generalisasi bahawa media alternatif membuat fitnah dan media perdana (atau dipunyai syarikat 'perdana')semuanya betul dan sah.
~
Selain itu saudara saya juga dipengaruhi tanggapan dan persepsi umum yang tidak dapat dibuktikan keabsahannya secara berwibawa. Saya menerangkan kepada saudara saya agar membaca semua akhbar sebelum dalam menganalisis dan memberikan pandangan tentang suatu isu. Itulah yang paling mudah. Tetapi saudara saya begitu emosi sekali. Saudara saya mengatakan saya emosi apabila menyebut deretan data-data yang membuatkannya serabut lalu menuduh saya emosional. Saya pelik kerana saya tidak menuduhnya apapun sebaliknya hanya membentangkan hujah saya. Dia gagal empati sebaliknya dia beremosi dengan mempertahankan tanggapan yang rapuh.
~
Pendek kata dia percayakan media perdana (dlm isu politik khususnya) bahawa PR sering melemparkan fitnah. Saya berkata kalau Harakah memfitnah apakah isu yang dianggap fitnah tersebut?Dia gagal menjawab kerana dia sendiri tidak membaca Harakah. Persepsinya berdasarkan pembacaannya terhadap media perdana semata. Tidak boleh membuat pengitlakan terburu-buru berdasarkan tanggapan dan emosi. Dia menegakkan pandangan dia bahawa generalisasinya betul.
~
Kemuncak daripada itu, saudara saya menyamaratakan bahawa semuanya salah di akhirat nanti Allah tidak akan tanya secara terperinci sesuatu perbuatan kita. Saudara saya menganggap bahawa kita hanya akan ditimbang, mana yang lebih banyak baik maka masuk syurga dna begitulah sebaliknya.Saya tersenyum semata. Kepada saudara saya, kenapa tidak bertanya kepada yang ahli tentang tafsir ayat Al Quran yang menyatakan perihal tersebut?Mengapa hanya membaca rencana artikel?Di dalam Al Quran terdapat banyak ayat menyebutkan balasan yang khusus di atas perbuatan yang khusus pula. Dalam Al Humazah Allah menerangkan siksa kepada setiap pengumpat dan pencela. Apakah ia suatu pertentangan?Tidak. AQ perlu ditafsir dengan disiplin ilmunya bukan semata-mata kerana pembacaan rencana artikel semata-mata. Terimalah AQ semuanya jangan ambil AQ mana yang kita sangka dapat menegakkan pendapat kita yang salah itu. Jangan kita faham sedikit kita rasa kita faham semua. Jangan kita anggap apa kita faham adalah benar secara mutlak tambah-tambah tanpa merujuk sumber yang sah dan ahlinya. Jangan tafsir AQ mengikut nafsu dan kepala lutut.
~
Kepada saudara saya, saya perturunkan petikan berita dari Malaysiakini yang menyebutkan tentang kepalsuan berita media perdana yang diyakininya benar dan sah itu.
~
'Restoran berahi' tidak wujud
Jul 20, 09 8:12pm
~
Polis yang menyiasat lokasi "Restoran Berahi" seperti yang dilaporkan dua wartawan akhbar Harian Metro hanya menemui sebuah tangki air dan reban ayam di atas bumbung restoran yang dimaksudkan itu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata restoran berahi yang didakwa dua wartawan itu sebenarnya tidak wujud.Katanya polis sudah mengambil keterangan daripada dua wartawan itu dan mereka memberitahu tidak memasuki restoran terbabit sebaliknya hanya mereka-reka cerita."Dalam keterangan, mereka (dua wartawan) mendakwa kegiatan itu berlaku di atas bumbung restoran terbabit tetapi mereka tidak naik ke atas bumbung berkenaan dan hanya melawat sehingga tangga restoran."Jadi kita percaya mereka hanya mereka-reka cerita yang sensasi tetapi hakikatnya tempat itu tidak wujud dan mendapatkan gambar melalui internet," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.Beliau berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Brickfields pada hari yang sama laporan berita itu disiarkan.Kedua-dua wartawan itu yang sering memaparkan isu-isu sensasi menulis artikel mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggan semasa menjamu selera, yang disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut Sabtu lepas.Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan oleh wanita seksi hanya disediakan untuk pelanggan terpilih restoran itu pada hujung minggu tertentu sahaja.Menurut laporan itu kedua-dua wartawan tersebut berjaya menyelinap masuk antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

19 Julai 2009

Kata-kata Hikmat-Anonim-

Kata Anonim, namun keterasinganlah memberitahu aku manusia itu ada dua iaitu manusia sebenar manusia atau manusia separuh binatang separuh manusia. Dan aku bukanlah penagih impian dan perempat simpati dua jenis manusia itu. Sebab itulah aku menulis puisi kerana puisi adalah kata-kata dari Tuhan yang turun (ilham-pen)ke dalam kalbu penyair untuk sekelian manusia.

Kata-kata Hikmat-Lelaki-

Bagi orang yang arif, terlalu bodohlah menganggap pidato dan kata-kata unggul seseorang lelaki menandakan kehebatan dirinya yang sejati. Kau hanya dapat mengenal lelaki yang hebat dirinya apabila kata-katanya seiring dengan pidato dan kata-kata hebatnya. Tanpa perbuatan tiadalah pembuktian. Seperti merak yang mahu mengindahkan dunia yang dihudohkan manusia devian dengan kepak dan bulu warna warninya!

Kata Hikmat-Sahabat-

Sahabat adalah seseorang yang mengingatkan engkau sewaktu sejuta orang memuji 'sempurna dan hebatmu'. Sahabat juga adalah seseorang yang sudi bertanya khabar kpdmu tatkala sejuta orang berpaling wajah daripada memandangmu lantaran 'kekurangan dan kesusahanmu'(Muhammad Ali Atan)

Kesabaran

Ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku...
Sesekali Allah sembunyikan matahari...
Didatangkan ribut petir...
Kita menangis tertanya-tanya dimana cahaya...
Rupanya Allah hendak hadiahkan pelangi...
Kesimpulanya ibu segala cita-cita adalah kesabaran.

Aku Seorang Pelarian

Penyair Zurinah Hassan menulis sebuah puisi berjudul "Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang" lalu puisi ini dibuat lagu puisi oleh Kumpulan Harmoni yang mana lagunya dinyanyikan oleh Zubir Ali dan Joey. Lagu puisi ini mendapat sambutan pada tahun 1980dan sering berkumandang di corong-corong radio tanah air.

Berikut adalah puisinya:

Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang(Zurinah Hassan)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak di hatiku
berhasrat tiada tepi
pecah di pantai berbuih cuma.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar ke tiap ruang rasa
berhiba-hiba awan pilu.

Aku antara manusia beribu
air mataku antara laut-laut lepas
laguku hilang dalan angin menderu.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat bagiku
aku orang pelarian.

Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang (Kumpulan Harmoni)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak ini hatiku
berhasrat tiada tepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar
setiap ruang masa
berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
air mataku antara laut lepas
laguku hilang di angin menderu
pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat-tempat bagiku
aku seorang pelarian.
~
Ulasan 1
~
Dalam rangkap pertama lagu "Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang", baris terakhir rangkap pertama telah ditiadakan daripada rangkap sajak asal oleh penggubah lagu. Penggubah telah melakukan pembuangan ayat daripada teks asal yang dalam Intertekstualiti dikenali sebagai haplologi.
~
Pada baris keempat, rangkap kedua, penggubah lagu melakuakn modifikasi daripada 'ke tiap', kepada 'setiap', 'rasa' diubah menjadi 'masa'.
~
Pada baris kelima, penggubah telah memendekkan (modifikasi) perkataan 'berhiba-hiba' kepada 'berhiba' sahaja. Perubahan itu untuk menyesuaikannya dengan melodi lagu tersebut.
~
Dalam baris akhir, rangkap ketiga merupakan ekspansi daripada teks sajak yang asal. Ekspansi ialah perluasan atau pengembangan makna dalam teks. Penggubah memasukkan ungkapan, 'pecah di pantai terhempas'.Baris ini diambil daripada rangkap pertama baris akhir sajak tersebut yang telah dimodifikasikan. Penambahan dalam rangkap ketiga merupakan suatu ekspansi.
~
Ia dilakukan untuk menyesuaikan dengan ritma akhir baris dua kata 'lepas' dengan kata 'terhempas'. Dalam pada itu terdapatnya modifikasi lain iaitu kata 'manusia' diubah menjadi 'insan' , 'laut-laut' dipendekkan menjadi 'laut', 'dalam angin' menjadi 'di angin', 'tempat' menjadi 'tempat-tempat', dan kata 'orang' menjadi 'seorang' dalam baris terakhir lagu.
~
Di atas ulasan secara harfiah. Ulasan 2 secara terperinci sedang ditulis. Apakah kalian 'rasa' apabila mendengar lagu puisi ini?
~

17 Julai 2009

Tutor

Seluar jeans saya lebih banyak daripada seluar 'slet'.
Petang tadi Dr. menelefon saya.
Lampu Hijau.
Bersedia.
Tiada temuduga.
Minggu depan.
Surat rasmi
Tinggal, supervisor, siapkan borang2 yang patut.
Demi menggambarkan betapa 'krisisnya' akademi, saya telah diberikan Pra-Tugasan oleh Dr. iaitu gambar muka depan novel KOMSAS Tingkatan 1-5 di setiap ZON.
Hendak minggu depan juga.
Alasan Dr, terlalu sibuk.
Akademi perlukan tutor utk banyak subjek(ulangan)
Saya?
Mengiakan semata.
~
Selain itu, saya menelaah juga Tuhfat al Nafis.
Apa sudah jadi dengan buku sebelumnya?
Ya, saya terus baca dan telaah.
Selesai satu bahagian tutup buku buka buku lain.
Saya buat demikian kerana merasakan, saya perlu cepat membaca semua buku-buku yang saya miliki. Jika cadangan sebulan sebuah buku itu tanda bagus, saya perlu sehari 2-4 buah buku hatta 1 atau 2 bab untuk menguasai ilmu pengetahuan.
Ini membolehkan saya berjeda dan merenung apa saya baca.
Sambil jalan-jalan, saya renung baik budi orang Melayu percaya dan yakin kepada Belanda dan Inggeris dalam karya sastera sejarah Tuhfat al Nafis.
Atau tersenyum-senyum nikmat membaca Kamus Simpulan Bahasa disusun oleh Abdullah Hussain terbitan DBP.
Atau kumpulan2 puisi beberapa penyair.
Atau membaca blog.
~
Esok rancangan saya ialah 'menangkap gambar'.
~
Arh!
~
Sabar wahai diri.
~
Apabila ingat usia saya baru 25 tahun, saya lega semula.
~
Apabila saya lupa, saya rasa saya telah terlewat mengejar kemajuan dan pengisian diri.
~
Argh!
~
Sabar!

16 Julai 2009

PASCAMODENISME: KUTUKAN TERHADAP FALSAFAH DAN AGAMA

PASCAMODEN kepada sesetengah pihak dianggap sebagai sebuah model intelektual yang dangkal dan kosong atau sekadar refleksi daripada keinginan yang devians yang bersifat reaksioner ke atas perubahan-perubahan sosial yang berlansung kini. Lantaran itu ia bekerja hanya untuk membongkar-bongkar dan menihilkan segala perkara. Namun sarjana yang mendokong aliran pascamodenisme membalas bahawa kritikan yang sedemikian itu adalah kritikan yang terburu-buru, sembrono, yang sebetulnya adalah kenaifan dan kedangkalan yang tersendiri. Mereka menyifatkan bahawa kritikan terhadap pascamodenisme seringnya hanya bermain di permukaan dan akhirnya hanyalah karikatur sahaja dari pascamodenisme.

Hujah-hujah dari pascamoden tentunya meyakinkan apatah lagi apabila mereka menggunakan senjata bahasa sebagai ‘pembunuh’ dalam pergelutan mereka. Mereka juga sering melarikan persoalan-persoalan besar yang mereka kusutkan ke dalam ruangan-ruangan kecil seperti penyerpihan, kebingungan, pencerai-beraian (fragmented, distraction, dispersion) yang sememangnya mereka bina sebagai kubu bagi menghadapi segala serangan ke atas kekaburan mereka. Lantaran ini tulisan ini mengambil isu pascamoden dengan melihatnya secara menyeluruh dan bukan kekhususan terhadap model yang terpecah di dalam pascamodenisme.

Kertas ini seterusnya akan mendeskripsikan apa yang diilustrasi oleh Huston Smith terhadap pascamoden seperti yang terdapat dalam kertas kerjanya ‘Postmodernism and the World Religions’ (Islam dan the Challenge of Modernity. ISTAC. Kuala Lumpur. 1996) 1. Pascamoden (postmodern) adalah hasil daripada pemikiran atau falsafah pascamodenisme (postmodernisme) yang mana merupakan dasar pengertian (basic sense) sesuatu yang mengangkat pascamodeniti (postmodernity) sebagai keunggulan terkini dan seterusnya memberi refleksi kepada gaya dan cara hidup. Pascamodeniti adalah gaya hidup sementara pascamodenisme adalah dasar pengertiannya.

Oleh kerana istilah pascamoden itu terlihat berkait dengan akar kata moden dan secara langsung pula adalah antitesis kepada moden maka ia mempunyai hubungkait perlu ditelusuri bermula dari sejarah moden itu sendiri.

Sejarah moden Eropah dikatakan bermula sejak kurun ke-17, khususnya setelah ditandatangani Perjanjian Westphalia (T.M 1648) yang menamatkan Perang 30 Tahun dan seterusnya mewujudkan benih-benih kebebasan dari agama, hubungan dan undang-undang antarabangsa, undang-undang peperangan dan sistem-sistem perikatan antara negara-negara Eropah. Ia berlanjutan hingga ke abad 18 yang ditandai oleh gerakan Zaman Kesedaran yang telah memperjuangkan perubahan nilai-nilai dan amalan sosiopolitik serta agama di Eropah daripada yang berasaskan kepada agama dan ancien-regime kepada yang sekular, bebas dan demokrasi liberal yang dianggap sebagai moden. Nilai-nilai serta amalan ini sedikit sebanyaknya mula menjadi kenyataan dalam kehidupan selepas revolusi Peranchis pada 1789 dan seterusnya menjadi sandaran kehidupan Barat sehingga kini. 2

Peringkat awal sejarah moden menyaksikan satu kekosongan apabila agama dan ilmu yang berasaskan agama yang disebut sebagai belenggu itu dihancurkan oleh para moderat. Oleh itu mereka harus mengisi semula kekosongan itu dengan ilmu pengetahuan baru sesuai dengan konsep-konsep moden mereka. Maka lahirlah kaedah dan pendekatan empirikal, logik, rasional dan malahan saintifik, yang mana bersesuaian dengan konsep sekular yang kini menjadi asas ilmu pengetahuan dan kehidupan mereka.

Peringkat seterusnya sejarah moden menyaksikan kelahiran modeniti (gaya hidup baru) yang ditandai dengan kemunculan revolusi industri. Era moden pada peringkat ini memasuki lembaran yang lebih bermakna dan mencapai kemuncak dengan penemuan-penemuan sains yang menakjubkan. Moden menjadi sinonim dengan saintifik. Pergerakan moden dimaknakan oleh perkembangan saintifik yang mengubah sisi dunia dengan drastik sekali.

Huston Smith dalam rencana yang sama menyatakan bahawa tradisional melihat cara dan tujuan hidup mereka melalui prinsip dan doktrin agama yang memberikan satu pandangan hidup (worldview) yang mutlak tentang kebenaran. Sementara moden itu pula lahir apabila sumber baru ilmu iaitu metod saintifik ditemui. Metod saintifik ini membina hipotesis-hipotesis melalui eksperimen yang dijalankan dan seterusnya mendemonstrasikannya sebagai penemuan-penemuan saintifik. Penemuan-penemuan saintifik inilah yang memberikan Barat kuasa untuk merubah dunia. Sains merupakan dokongan utama kepada modenisme khususnya dalam minda Barat.

Namun sains dan modenisme ini mempunyai batasan. Pada peringkat akhir sejarah moden, lahir pemikir dari kelompok moden ini yang menyatakan rasa keliru dan mula mempersoalkan pencapaian daripada gerakan moden itu. Mereka ini dikenali sebagai ‘frontier thinkers’. Mereka ‘berhenti’ menjadi moden kerana mereka melihat apa yang dikatakan sebagai pandangan hidup saintifik (scientific), menyedari bahawa ia bukan saintifik tetapi saintistik (scientistic) iaitu sains sebagai idealogi. Mereka mendakwa mengambil usaha untuk mengembalikan kemuliaan kepada sains yang mereka dakwa telah tercemar di tangan modenisme, dengan menerangkan kepada umum tentang sifat dasar/azali (nature), yang mereka tambahkan kepada sains. Tetapi sains di tangan mereka (frontier thinkers) juga tidak dapat mewujudkan semua hal dengan kaedah dan metodologinya. Sains mampu menyediakan pandangan hidup saintifiknya hanya terhadap sebahagian perkara yang berhubung dengan fenomena. Sebahagian lagi perkara seperti nilai-nilai lazim (normatif) dan hakiki (intrinsik), kewujudan dan maknanya, teleologis, kualiti bukan material, kejadian alam tinggi yang ghaib tidak dapat diselesaikan oleh sains. Dengan itu ia seperti mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah berlaku berulangkali dalam peristiwa yang berlainan. Walaupun demikian mereka telah berjaya menyediakan satu antitesis kepada modenisme, dengan memperkenalkan pasca strukturalis, hermenuatiks, pasca analitik, fenomenalogi dan sebagainya yang mana akhirnya dirangkumi dalam sebuah naratif besar (grand narrative) iaitu pascamodenisme.

Dr. Akbar S. Ahamed dalam bukunya Postmodernism and Islam3 membariskan lapan elemen yang menjadi inti kepada pascamodeniti;

Pertama, ia dihidupkan oleh ruh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tardisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme).

Kedua, media menjadi nadi dan pusat dinamiknya.

Ketiga, ia berpasangan dengan fundamentalis agama-etnik, iaitu mempunyai sikap fundamentalisme (istilah fundamentalisme yang diberikan awal dahulu terhadap gerakan fanatik Kristian Protesten), dan gusar kepada sesuatu yang di luar perkiraannya.

Keempat, ia terikat dengan masalalu, walau bersikap memprotes terhadap masalalu tersebut.

Kelima, mempunyai prasangka terhadap demokrasi, tetapi dalam masa yang sama dirinya sendiri mempunyai elemen kelas seperti yang terdapat dalam kapitalisme (kapitalis-liberal adalah teras demokrasi). Di mana golongan yuppies bandar (kelas baru dari produk kapitalisme) adalah teras yang menjadi agen katalisnya.

Keenam, ia berpusat di metropolis.

Ketujuh, ia berkembang biak di atas jukstoposisi perbincangan/perdebatan (sintesis), subur dengan eklektisisme (bauran falsafah) dan bauran imej dan media.

Kelapan, ia tidak memberikan satu bahasa/komunikasi yang mudah dan licin.

Pemisahan kemanusiaan dan alam merupakan satu usaha menghancurkan vertikaliti tradisionalisme yang melihat kebenaran adalah mutlak berdasarkan hirearki Tuhan-alam-manusia. Ini terlihat jelas apabila Jean-Francois Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition 4, yang telah menjadi locus classicus bagi perbincangan pascamoden, menempatkan pascamoden di dalam motto ‘Incredulity toward Metanarrative’ (ketidakpercayaan terhadap metanaratif). Metanaratif dilihat atau dimaksudkan dengan segala yang bersifat meta, iaitu di luar jangkauan fenomena dan merupakan suatu yang noumena. Ia menyangkuti falsafah, agama dan segala yang bersifat doktrinal. Ketidakpercayaan itu adalah ketidakpercayaan terhadap falsafah dan agama, bahkan lebih buruk lagi ia menyembunyikan satu sikap daripada konotasi frasa ini iaitu ‘kutukan terhadap agama’. Tujuh sisi lagi yang menjadi elemen pascamodeniti atau gaya hidup pascamoden bergerak mengekori sisi pertama ini dengan cabang-cabang gerakannya yang nyata.

Dalam pada itu, pascamoden juga dikritik oleh sarjana Barat sendiri di atas kekeliruan yang ditimbulkannya bukan sahaja terhadap metanaratif tetapi juga terhadap model dan paradigmanya. Sebelum sains moden model Aristotle tentang dunia menjadi teks Barat, sebelum ia dicabar oleh Copernicus dan Galileo. Kemudian pada era moden Newton telah menggantikan atau melengkapkan model tersebut dengan imej gerakerja jam semestanya. Tetapi pascamoden bukan memberikan sebarang model ketiga dengan kuantum dan relativitinya tetapi gagal memberikan sebarang model apa pun. Pascamoden seperti yang dikatakan oleh Richard Rorty dalam The University of the Chicago Magazine5, "There is no Big Picture".

Analoginya, kaum tradisional melihat dunia melalui pembukaan rahsia ghaib (baik melalui wahyu atau mitos melalui teks suci) di mana pada era moden atau era saintifik telah menggencat pandangan tradisional dengan di mana metafizik dilihat dengan pandangan serong dan manusia hanya melihat semua yang wujud baik tampak atau tidak adalah di bawah (inferioriti) dari mereka. Namun di jendela pascamoden pula, ia menutup daripada membabitkan apa-apa pandangan pun. Bahkan ia menolak kedua-dua pandangan hidup kaum tradisional dan kaum moden. Sebaliknya pascamoden mengembangkan tiga versi aliran pemikirannya sendiri dalam menangani hal metafizik ini.

Tiga versi ini seperti yang digambarkan oleh Huston Smith adalah;

Pertama, versi minimal – sebuah deskriptif pascamodenisme yang meletakkan fakta yang menolak setiap kewujudan pandangan hidup (worldview). Penolakan ini tentunya merangkumi pandangan hidup keagamaan dan falsafah.

Kedua, versi mainline – sebuah doktrin pascamodenisme yang bertolak daripada pemikiran minimal untuk mempertikaikan ketetapan keadaan ini. Mereka menafikan apa-apa pandangan hidup, walaupun mereka secara tidak langsung mengakui bahawa betapa terbatasnya fikiran manusia untuk menolak pandangan hidup yang dibawa oleh agama. Ahli kem ini tidak bersetuju bahawa realiti mempunyai struktur dalaman yang perlu ditelusuri dan diketahui, tetapi dalam masa yang sama mereka bersetuju jika ia mempunyainya, minda manusia tidak berkemampuan untuk mengetahuinya.

Ketiga, versi hardcore – sebuah polemikal pascamoden yang melangkah lebih jauh dengan menambah ‘Good Riddance’. Pandangan hidup dikutuk, di samping itu mereka menyeluruhkan (membina satu pandangan menyeluruh) dalam melakukan peminggiran terhadap minoriti-minoriti (suatu yang mereka anggap inferioriti dari grand narrative mereka).

Sebelum membincangkan ketiga-tiga versi ini, adalah lebih baik jika kita pergi dahulu kepada pangkal gerakan pemikiran pascamoden ini. Pemikiran ini boleh dikatakan mendapat nafasnya di tangan seorang pemikir Peranchis yang tidak asing lagi iaitu Jacques Derrida.

Jacques Derrida, pemikir Peranchis yang dikatakan sebagai ‘paderi besar’ pemikiran pascamoden, telah menggelorakan gelombang besar ke dalam dunia falsafah Barat dengan teori dekonstruksinya adalah seorang tokoh pascamoden yang paling terpercaya dan mengepalai gerakan pemikir pascamoden. Ia mula mewujudkan satu binaan konkrit terhadap pemikiran-pemikirannya dengan permainan-permainan bahasa. Mottonya ‘ll n’y a pas de hors-texte6 (there is nothing outside the text) yang bermakna ‘tiada apa di luar teks’ telah melangkaui magnum opus ‘cogito ergo-sum’ Rene Descartes yang telah meletakkan batu asas kepada modenisme pada suatu ketika dahulu. Ia menggantikan Descartes dalam membina batu asas baru – pascamodenisme.

Sehingga kini terjemahan terhadap prosa Derrida tersebut terus berlangsung dalam pelbagai tafsiran dan perluasan. Walau begitupun para pentafsir menghadapi masalah dalam usaha untuk menjelaskan maksudnya. John Caputo, penterjemah pemikiran pascamoden yang terbilang mentafsir bahawa, "tidak ada apa-apa di luar had tekstual mahupun kontekstual itu sendiri, dan tidak wujud sebarang hubungan terus dengan sebarang sistem kod di mana atau bagaimana buah fikiran seperti ‘sesuatu di dalam diri mereka’ berkemungkinan memulakan sesuatu dan di mana pengucapan itu merujuk kepadanya" 7.

Mungkin satira daripada Walt Anderson 8 dapat memahamkan kita sedikit tentang dekonstruksi; "dekonstruksi berjalan baik di luar apa kamu fikir betul jika kamu fikir ia betul". Mesejnya ialah ia menyalahkan apa sahaja yang kita fikirkan, kecuali jika kita fikir ia salah, di dalam mana kes kita mungkin betul – tetapi kita tidak bermaksud apa yang kita fikir kita akan laksanakan.

Sehubungan dengan itu Huston Smith menyatakan bahawa prosa Derrida ini amat meragukan jika digunakan, kerana ia bukan akan dapat menyelimuti teori yang bocor tetapi membuatkannya kelihatan seperti diada-adakan atau hanya lagak yang kosong.

Derrida berpegang teguh kepada hal tersebut (tiada apa di luar teks), dan ini sebaliknya berlawanan dengan imej publiknya iaitu dekonstruksi sebagai sebuah projek pembenaran (affirmitif project) dengan inti/esensinya terdiri daripada ‘keterbukaan untuk yang lain (segalanya)" (openness to the other). ‘Yang lain’ ini dimaksudkan dengan situasi, tanggapan dan generalisasi lain yang berlegar di seluruh celerawala ini. Seperti yang dikatakan oleh Caputo iaitu pemikiran Derrida adalah bergerak melalui ‘philosophy of alterity’, suatu usaha pengamatan yang keras dan peka kepada ‘yang lain’. Ia berdiri di atas kepekaan-amat (hyper sensitivity) terhadap banyak benda ‘yang lain’. Yang lain ini sama ada manusia, spesies, Barat, Timur, klasik, falsafah, sebab-akibat dan sebagainya.

Pemahaman terhadap dekonstruksi ini membantu untuk mensituasikan ‘ketidakpercayaan terhadap metanaratif’ dalam konteks pascamoden. Pernyataan Derrida melalui ‘keterbukaan untuk yang lain’ telah memenuhi makna ‘ketidakpercayaan’ tersebut. ‘Keterbukaan untuk yang lain (segalanya)’ secara submissive digunakan untuk menolak pandangan hidup keagamaan yang bersifat mutlak. Dan ia dikaitkan dengan ‘ketidakpercayaan’ iaitu ketidakpercayaan terhadap sebarang kemutlakan iaitu agama. Dekonstruksi mempergunakan ‘keterbukaan untuk yang lain’ bagi mengetepikan sebarang bentuk vertikaliti dalam pandangan hidup keagamaan dan kecenderungan ontologikal. ‘Keterbukaan’ ini akan memasukkan seluruhnya ke dalam bijana baru (termasuk Tuhan dan agama) dan kemudian didekonstruksi sejauh mungkin hingga memunculkannya dalam bentuk baru yang sejajar dengan pascamodeniti tersebut.

Dekonstruksi berkembang dengan nilai-nilai yang tertentu, yang mana menempatkan kritik-kritiknya dalam posisi samada merupakan sensitiviti peribadi ataupun reaksi politik, yang mana dekonstruksi berulangkali menyerang (reaksi politik pascamoden akan disebut dalam bab akhir).

Selanjutnya Huston Smith juga meletakkan Derrida dan gerakan pascamodennya sebagai penentang subjek kerohanian manusia. Ini jelas apabila Caputo menerangkan letak duduk pascamoden antara faham ketuhanan dan faham tidak bertuhan,

"To the age old dispute between belief and unbelief, deconstruction comes equiped with a kind of armed neutrality. (It) neither includes nor excludes the existence of any positive entity….There is nothing about deconstruction… that affirms or falsifies the claims of faith; nothing that confirms or denies the claims of physiological reductionists who see there only the marvellous prompting not of the Spirit, but of certain neurotransmitters". 9

Huston Smith menyerang bahawa dekonstruksi lebih menentang kerohanian dalam agama daripada tentangannya terhadap fahaman physiological reductionist yang mendakwa bahawa ruh hanya adalah neurotransmitters. Sebaliknya ia tidak melakukan apa-apa terhadap sebarang pandangan dari faham tidak bertuhan itu, sedangkan ia menyerang hebat terhadap dakwaan-dakwaan agama dan kerohanian. Secara nyata Derrida sebenarnya berada di dalam kem besar kuasa massa yang menentang ruh keagamaan manusiawi hari ini. Ia memikirkan bahawa penyerpihan, pemecahan perhatian dan pencerai-beraian adalah apa yang manusia perlukan. Lantaran itu pascamoden berdiri di atas percubaan untuk memusnahkan segala yang ada dan dari kemusnahan dan ketidakstabilan itu ia mencari guna untuk dirinya. Maka jelas pascamoden sebenarnya adalah perintang (balkanization) kepada kehidupan dan pemikiran yang bersih.

Setelah melihat apa yang dibawa oleh dekonstruksi, maka kita kembali untuk melihat tiga versi yang dikatakan sebagai hujah dan dalil pascamoden dalam menanggapi persoalan metafizik.

Versi minimal merupakan deskripsi yang menjadi akar kepada penentangan terhadap kerohanian. Cara mereka mendeskripsi penafian mereka terhadap pandangan hidup terdapat dalam pernyataan, "We have no maps, and we don’t know how to make them" 10. ‘We’ adalah merujuk kepada intelektual Barat, sementara ‘maps’ itu adalah agama, yang mewakili kecenderungan fanatikal yang meyakini tanggapan daripada versi polemikal pascamodenisme yang mengutuk agama sebagai penghasut kepada kacau bilau dan kekecohan. Ini memaksudkan bahawa mereka tidak mempunyai agama dan dengan itu tidak berkecenderungan untuk menempatkan diri mereka dalam sebarang sikap keagamaan yang dianggap sebagai perosak masyarakat dan kehidupan. Dengan itu mereka dengan tegas menolak sebarang bentuk pandangan hidup. Ini membawa kita kepada apa yang dinyatakan oleh Dr. Akhbar S. Ahamed terdahulu bahawa pascamodenisme adalah ‘pasangan kepada fundamentalisme agama-etnik’. Pascamoden tidak dapat melihat bahawa perluasan gaya pemikiran mereka - yang tersembunyi bahaya relativisme dan nihilisme – akan menghasilkan fundamentalisme, di mana fundamentalisme merupakan breeding ground kepada fanatisme dan ketegaran (tiada tolak ansur) yang menjadi tunjang kepada sikap mereka.

Akibat sikap tegar mereka, Huston Smith menyatakan bahawa peminggiran faham pascamoden yang fundamentalis ini, akan membuka kembali ruang-ruang pemikiran ontologikal, yang mana telah tertutup oleh kefanatikan mereka yang berasaskan deskripsi minamalist tersebut. Pemikiran ontologikal, sedemikian lama telah diterima di Barat sendiri, terutamanya konsep Rantai Besar Kewujudan yang menjadi paradigma utama kosmologi tradisional. Konsep Rantai Besar Kewujudan ini menjelaskan tentang aturan hierakikal yang bergerak ke atas secara vertikal dari wujud kecil (sempit) kepada wujud besar iaitu kesempurnaan mutlak atau ens perfectissimum. Konsep ini bukan sahaja menimbulkan kesan besar dalam pemikiran ontologikal Barat tetapi juga telah meyakinkan mereka tentang hakikat realiti. Arthur Lovejoy dalam bukunya The Great Chain of Being 11 menyatakan, "most educated person everywhere accepted (it) without question down to late in the eighteenth century". Sementara Ken Wilber pula menambah bahawa Rantai Besar Kewujudan adalah, "so overwhemingly widespread… that it is either the single greatest intellectual error ever to appear in humankind’s history – an error so colossally widespread as to literally stagger the mind – or it is the single most accurate reflection of reality yet to appear". 12

Namun pascamoden telah cuba untuk membunuh segala bentuk kecenderungan ontologikal ini dengan dekonstruksi mereka yang dimulakan dengan pengaburan-pengaburan terhadap realiti atau alam al-mithal itu.

Versi mainline pascamoden adalah doktrin yang bertolak daripada deskripsi minimal yang mempertikaikan ketetapan atau kekekalan keadaan tersebut. Doktrinnya menegaskan bahawa manusia adalah terbatas (finitude) dan menentang pandangan tentang infinit. Mereka menegaskan bahawa wujud dan rasional itu bersifat terbatas. Tidak ada wujud dan rasional yang tidak terbatas termasuk Tuhan. Jika Tuhan itu tidak terbatas maka ia bukan wujud dan rasional lagi tetapi angan-angan atau apa yang disebut sebagai ‘castles in the air’. Versi mainline pascamoden ini mendakwa bahawa minda manusia adalah Tuhan pada setiap pandangan benda, dan segala pengetahuan berada di dalamnya. Bagi pascamoden pandangan hidup adalah pandangan/gambaran manusia. Manusia adalah pusat segala pandangan hidup. Tiada campurtangan Tuhan atau apa-apa yang dikatakan bersifat infinit tersebut.

Komponen-komponen epistemologi pascamoden adalah usaha-usaha keras untuk mengaburkan sebarang usaha perealisasian dan membawanya kepada absurditi yang duniawi, menjenuhkan, berserpihan dalam membina konsep ilmu pengetahuan. Doktrin ini dikenali sebagai perspektivalisme. Perspektivalisme ini menjadi absurd apabila fakta-fakta yang terang yang dilihat dari tempat yang berbeza, dari sudut yang berbeza diubah kepada dogma yang membuatkan kita (manusia) tidak tahu apakah sebenarnya ia. Namun perspektivalisme memberi alasan bahawa hal ini berlaku kerana sudut pandangan manusia (kategori-kategori daripada minda) yang menghalang manusia daripada mengetahui ‘sesuatu di dalam dirinya sendiri’, dan apabila psikologikal budaya, waktu dan jaring-jaring bahasa ditambahkan ke dalam generik yang antropologikal, maka lahir konstruktivisme, relativisme budaya, historisisme dan teori-teori linguastik yang lain. Secara keseluruhan, perspektivalisme ini berkeliling dan berputar di sekitar ruang dirinya sendiri untuk mendapat rasa daripada keseluruhan yang melibatkan perspektif yang tidak lebih daripada yang sebanyak itu. Setiap senario diterima hanya sebagai ‘sesuatu di dalam diri mereka sendiri sahaja’. Bagi perspektivalisme alternatif adalah bukan untuk keluar daripada diri atau masa tetapi untuk pergi ke dalam diri sehingga ia sampai kepada sesuatu yang di luar masa dan ruang. Inilah antara absurditi di dalam perspektivalisme yang termaktub sebagai doktrin bagi versi mainline pascamoden.

Kesimpulannya, doktrin pascamoden berdiri di atas keterbatasan manusia, menghujah bahawa minda yang terbatas tidak dapat menempati sesuatu yang tidak terbatas. Ini bermakna (mengikut pascamoden) tiada hubungan antara manusia (nyata) dengan Tuhan (tidak nyata). Pandangan hidup adalah pandangan manusia dan bukan selain daripada itu. Komponen epistemologi pascamoden adalah bekerja untuk mengaburkan pemahaman, dan kemudian pula mengesahkan dua pandangan asas mereka iaitu perspektivalisme yang membawa dalil-dalil absurd dan konsep pengetahuan yang bersifat keduniaan, bercelaru dan keliru. Perspektivalisme ini melihat diri/manusia sebagai pusat pemikirannya. Lantas epistemologinya berkembang selari dengan jalur-jalur pemikiran yang disumbangkan oleh Kant yang menyatakan pengetahuan adalah sintesis daripada setiap konsep yang dihadirkan untuk konsep itu sendiri. Kant juga menolak kewujudan fakulti istimewa dalam akal manusia bagi menanggapi persoalan kerohanian.

Bagi Kant, akal hanya bertindak berdasarkan logik yang diasaskan kepada komentar-komentar yang diterima secara rasional dan empiris. Ini ditentang oleh pandangan hidup keagamaan yang menjelaskan bahawa pengetahuan objektif (akal) hanya disekadarkan untuk keperluan duniawi, dan apabila persoalan itu melibatkan karekter kerohanian maka satu fakulti istimewa diperlukan untuk menanggapinya. Dan bagi agama, pandangan hidup adalah sesuatu yang mutlak. Sementara pascamoden menolak sebarang kemutlakan dalam sebarang sudut pandangannya. Seterusnya pascamoden menjelaskan bahawa peralihan daripada modeniti kepada pascamodeniti adalah peralihan daripada kebenaran kepada makna. Konsep kebenaran dan makna di dalam pascamoden ini adalah konsep yang difahami sebagai falliblism’s prerequisite.

Seterusnya versi hardcore pascamodenisme memulakan polemikal mereka dengan keras mendakwa bahawa agama lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Dimensi vertikal di mana agama itu yang menghidup dan memberi makan kepada jiwa manusia – dikesampingkan sebagai persoalan kecil di luar logik. Versi ini kemudian mengulang kembali kes-kes pertentangan kelas sepertimana yang pernah digunakan oleh Karl Marx terhadap kapitalis. Kecenderungan yang secara tidak langsung (atau terancang) seperti menghidupkan Marxisme terlihat dalam beberapa gambaran yang diberikan.

Dari sudut subjektif, epistemologi pascamoden menetapkan bahawa ilmu pengetahuan bersifat objektif dan merupakan sintesis daripada pergelutan tesis dan antitesis. Ini seperti penyamaran kepada dialektika materialisme Marx atau triad itu. Marx memulakannya dengan peringkat feudalisme (peringkat ketiga dari lima peringkat sejarah yang diutarakan oleh Marx), iaitu suatu peringkat apabila masyarakat itu dianggap sudah agak bersistem lantas diandaikan sebagai sebuah tesis. Daripada feudalisme pula masyarakat akan berubah kepada kapitalisme dan akhirnya kepada sosialisme dan komunisme. Mengikut triad atau dialektik materialisme ini, feudalisme atau tesis akan runtuh dengan penjelmaan kapitalisme yang menjelma sebagai antitesis. Peringkat ini tercapai apabila ia dapat mengambil alih kekuasaan terhadap cara dan tenaga pengeluaran ekonomi. Walau bagaimanapun peringkat kapitalisme atau antitesis ini tidak kekal. Ia akan runtuh atau diruntuhkan. Runtuhnya antitesis ini akan membuka jalan kepada terbentuknya sintesis, iaitu yang merupakan peringkat sosialisme dan seterusnya komunisme. Peringkat komunisme atau sintesis ini merupakan suatu sistem masyarakat yang dianggap ideal dan tidak lagi wujud pelbagai kelas kemasyarakatan di dalamnya. Oleh kerana itu persengketaan dan pertentangan terhapus dan ia akan kekal dan tidak berubah selama-lamanya. Pascamoden dengan dekonstruksinya kelihatan mengikut cara ini dalam mewujudkan sintesis sebagai objektiviti yang ideal setelah membongkar dan menihilkan segala perkara.

Secara objektif pula, pascamoden jelas memberi tentangan terhadap kapitalisme dengan menggambarkan ‘kemajuan’ yang akan membawa kepada anarki di mana ekonomi pasar mengalahkan ekonomi perencanaan. Berlaku perubahan nilai guna menjadi nilai tukar, yang kemudian menjadi unggul. Hubungan kesedaran manusia dengan dunia di luar akhirnya menjadi hubungan komoditi-komoditi. Komoditi yang pada mulanya memang tampil sebagai suatu yang konkrit - tetapi pada masa yang sama sifatnya yang unik, singular dan tidak dapat disamakan dengan dirinya - akhirnya diterjemahkan dalam harga. Maka wang yang merupakan satu nilai maya, mengubah setiap objek, termasuk manusia menjadi sama dengan apa sahaja yang lain. Keanekaragam lahir tetapi serentak itu ia adalah penyeragaman.

Pengungkapan hal di atas dilakukan dengan membina satu titik untuk menjadi fokus yang kemudian dapat dijadikan landasan kepada pengembangan sebuah idealogi baru. Titik ini adalah bahasa. Pascamoden meletakkan fokusnya kepada bahasa atau falsafah bahasa (sebagai pusat persoalan), sepertimana Marxisme meletakkan fokusnya kepada sejarah atau falsafah sejarah (sejarah bagi Marxisme adalah kes-kes pertentangan kelas). Bahasa adalah medium manusia berhubungan (seperti sejarah dalam Marxisme adalah medium manusia berhubungan dan mengungkapkan hal ehwal di luar dirinya), juga mengungkapkan bahkan mengkonstitusikan hal ehwal di luar dirinya. Di sini mereka menyatakan peranan metafora sebagai ‘inti segala kegiatan bahasawi’, yang secara timbal balasnya mengemukakan harkat retorika demi mengangkat dialektika menjadi satu prioriti dalam pengertian ‘cara berfikir filosofis yang logis dan berargumentatif keras’. ‘Bahasa’ ini kemudian berkembang dan membangunkan pemikiran kritis (sebenarnya dekonstruksi) terhadap birokrasi, penguasaan, politik, perencanaan pengeluaran dan teknik-teknik pemasaran yang melingkungi, yang pada dasarnya ditanggap sebagai gejala berkecamuknya sikap (kekaburan) yang menganggap prinsip identiti sebagai prinsip utama dalam membaca dunia orang lain. Dengan kata lain, pemberhalaan terhadap konsep. Pascamoden mengangkat pemikiran Nietzsche yang menyatakan bahawa konsep adalah, "bangkit melalui penyamaan apa yang tidak sama’. Padahal, kata Nietzsche lagi, "alam tidak mengenal bentuk, tidak mengenal konsep, hanya mengenal ‘sebuah X’, yang tidak akan tercapai dan terbatas oleh manusia".

Hal ini jelas adalah kecenderungan yang bersifat Marxisme. Lihat apa yang dinyatakan oleh Huston Smith (dalam rencana yang sama);

"The breakup of colonialism following World War II got mixed up with Marx’s hermeneutic of suspicion in a curious and unfortunate way. Marx was able to show quite convincingly that much of what capitalists took for truth was actually idealogy – but his successors slipped into assuming that because the capitalist ‘thought’ their truth was objective and they oppressed people, belief in objective truth must be a cause of oppression. No Descartes, no imperialism. There is great irony here, for Marx mounted his hermeneutics of suspicion to clear the ground for his view of things which he considered objective. His stratagems, though, were powerful and took on a life of their own. Eventually (with help from Nietzsche, Freud and others) they turned againts their fathers by undermining confidence in objective truth generally".

Alam yang hanya mengenal ‘sebuah X’. Sebuah X ini disebut juga sebagai ‘the others’ (yang lain-lain). Pendokong-pendokong versi hardcore ini dengan tegas menyatakan bahawa menjelang akhir abad ini dan abad akan datang, ‘X’ ini hidup dalam ancaman bertubi-tubi, didesak pada setiap saat, dicap dengan pelbagai identiti, dibekukan dalam konsep dan kategorisasi, dan kemudian dijajah atau bahkan dibinasakan. Maka itu pascamoden menekankan pemikiran dewasa ini adalah pemikiran ke arah pembebasan atau ‘Good Riddance’.

Ini menyamai dengan apa yang dikatakan oleh Huston Smith dalam kata penutupnya bahawa tiada siapa yang bersetuju bahawa pandangan pascamoden dan dunianya lebih mulia daripada agama. Pascamoden sendiri bersetuju dengan pandangan buruk mereka bukan kerana mereka menyukainya, tetapi kerana mereka fikir bahawa sebab-akibat dan pensejarahan manusia memaksa mereka bangkit menentang.

"…no one who thinks that postmodern view of the self and its world are nobler than the ones that the world’s relegions proclaim. Postmoderns acquiesce to their dilapidated views, not because they like them, but because they think that reason and human historicity now force them upon us."

Kekaburan pascamoden bukan sekadar kekaburan dan kekeliruan tetapi delusi daripada para ‘desperado’ yang kehilangan arah.

Kemunculan pascamoden sebenarnya tidak memberi sebarang makna terhadap pembentukan budaya, sebaliknya ia hanya mengaburkan sebarang pembentukan nilai-nilai di dalam budaya demi untuk menghancurkan sebarang bentuk budaya termasuk kesusasteraan yang masih terikat dengan pandangan hidup keagamaan. Sebagai sebuah pemikiran yang memulakan langkah dengan menolak pandangan hidup keagamaan dan Tuhan maka seluruh pemikiran di dalam pascamoden itu sendiri secara automatiknya adalah tertolak daripada menjadi model atau paradigma kepada pemikiran, norma-norma, budaya dan kesusasteraan yang berasaskan atau yang terikat atau yang berkecenderungan terhadap nilai-nilai keagamaan dan tradisionalisme yang suci, luhur dan mutlak.

Bibliografi

1 Islam dan the Challenge of Modernity. Proceedings of the Inaugural Symposium on Islam and the Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Contexts. Kuala Lumpur, August 1-5, 1994. ISTAC. Kuala Lumpur. 1996

2 Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Mohd Yusof Ibrahim. DBP. 1991

3 Postmodernism and Islam. Akbar S. Ahamed. London and NewYork: Routledge. 1992

4 The Postmodern Condition. Jean Francois Lyotard. Minneapolis: Minnesota University Press, 1994

5 The University of the Chicago Magazine. Richard Rorty.

  1. Dialogue with Contemporary Continental Thinkers. Richard Kearney. Manchester: Manchester University Press. 1984

Tain of the Mirror: Derrida and Philosophy of Reflection. Rodolphe Gasche. Harvard: Harvard University Press. 1988

7 Faith and Philosophy, op. Cit., pg.453. Good News about Alterity: Derrida and Theology. John Caputo

8 Reality isn’t What it Used to Be. Walt Anderson. San Francisco: Harper & Row, 1990

9 ibid. John Caputo

10 The Good Society. Robert Bellah et al. New York: Knopf ,1991. Richard Madsen (salah seorang penulis dalam buku ini)

11 The Great Chain of Being. Arthur Lovejoy. Cambridge: Harvard University Press, 1936

12 The Great Chain of Being. Ken Wilber. Journal of Humanistic Psychology, vol. 33 no. 3. Summer 1993).