Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu-Manuskrip Melayu Warisan Negara
Oleh Muhammad Ali Atan
Manuskrip Melayu adalah mutiara yang bergemerlapan di sepanjang pantai peradaban bangsa. Di atas kesedaran itu, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) dan Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM), Universiti Malaya dan Persatuan Sejarah Malaysia berpadu tenaga menganjurkan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu yang berlangsung dari 23 November sehingga 25 November 2000 yang bakal dirasmikan oleh oleh Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu YBhg. Datuk Dr. Ghauth Jasmon bertemakan Manuskrip Melayu Warisan Negara.
Matlamat persidangan ini diadakan adalah seperti berikut:
1. Mempertemukan pengkaji-pengkaji manuskrip Melayu dalam persidangan atau seminar.
2. Mengadakan perbincangan dan memperhalusi manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
3. Mengenalpasti lokasi penyimpanan dan kehadiran manskrip-manuskrip Melayu di dalam dan luar negara.
4. Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui hasilan persidangan yang diterbitkan.
Persidangan diserikan dengan beberapa ucap utama daripada tokoh akademik dan tokoh pengkaji manuskrip. Antara tokoh yang akan memberi ucap utama ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dengan judulnya Keadilan: Nilai Teragung Kerajaan Melayu pada 24 November 2009. Ia dikuti dengan ucap utama daripada Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dengan tajuk Naskhah Melayu Permata Melayu di Jagat Raya yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman Kedua-dua pemberi ucap utama tersebut merupakan tokoh akademik dalam bidang kebudayaan dan juga tokoh akademik dalam bidang sejarah dan manuskrip yang tidak asing lagi.
Pada hari berikutnya persidangan diunggulkan lagi dengan ucap utama daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Abu Hassan Sham dengan judul Unsur-unsur Tasawwuf Dalam Syair-syair Naskhah Riau dan kemudian diikuti ucap utama oleh Dr. Nurhayati Rahman dengan judul Syair Perang Mengkasar Karya Encik Amin: Pusat Jaringan Ilmu & Kebudayaan Nusantara. Sesi ucap utama yang kedua ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu.
Seterusnya, pemakalah yang diundang pula terdiri daripada tokoh akademik dari bidang pengkajian dan penelitian manuskrip sehinggalah tokoh budayawan dan pengkaji kesusasteraan. Antara tokoh dalam bidang manuskrip yang bakal membentangkan kertas kerja ialah YBhg. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh dengan kertas kerjanya berjudul Pensejarahan Negeri Kedah Darul-Aman: Suatu Penjelajahan Sastera Sejarah. Prof. Datuk Siti Hawa Salleh merupakan mantan pensyarah di Universiti Malaya yang berpengalaman puluhan tahun dalam penelitiannya terhadap manuskrip Melayu yang turut menyelia tesis beberapa tokoh yang mekar di bidang penelitian manuskrip. Selain itu Prof. Dr. Noriah Mohamad turut akan membentangkan kertas kerjanya yang berjudul Benci Tapi Sayang: Jawa Dalam Naskhah Melayu. Beliau merupakan tokoh akademik dalam bidang naskhah Melayu dari Akademi Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak penganjur juga turut mengundang Prof. Madya Dr. Jelani Harun dari Universiti Sains Malaysia yang akan membentangkan kertas kerjanya yang berjudul Naskhah Melayu Perak dalam Perubahan Skriptoria Alam Melayu Abad ke-19. Banyak lagi pemakalah yang terdiri daripada ahli akademik pelbagai bidang dalam meneliti manuskrip Melayu yang akan menambahserikan lagi persidangan ini.
Pihak penganjur mengundang pemakalah dari negara luar Malaysia. Antara pemakalah tersebut ialah Drs. Suriadi Mappangara dengan kertas kerjanya berjudul Lontarak & Legitimasi Kekuasaan (Studi Kasus Arung Palakka) dari Indonesia. Pemakalah dari Brunei iaitu En. Hj. Abdul Karim bin Hj. Abdul Rahman turut diundang yang akan membentangkan kertas kerjanya berjudul Salasilah Raja-raja Brunei: Sebuah Karya Historiografi Kesultanan Brunei. Selain itu Prof. Madya Dr. Tatiana Desinova (Russia) melihat Unsur-unsur Metrologi Dalam Teks-teks Melayu Lama dan Cik Cho Tae Young (Korea Selatan) menyorot Aksara Serang: Salah Satu Variasi Dari Tulisan Jawi di Sulawesi Selatan.
Persidangan ini akan dibahagikan pada enam sesi sidang. Keenam-enam sidang akan dijalankan dua hari berturut-turut yang dibahagikan kepada beberapa subtema sebanyak 10 subtema iaitu politik, surat-surat, bahasa, budaya, sastera, sejarah, salasilah, perubatan Melayu, sejarah perang dan umum. Ini sudah pasti memperlihatkan kevariasian persidangan ini dalam penelitian terhadap manuskrip Melayu.
Berdasarkan matlamat tersebut persidangan ini dijangka dapat menarik perhatian peserta daripada pelbagai golongan seperti ahli filologi, ahli akademik, sejarawan, karyawan, pengkaji/ peminat manuskrip lama, pengkaji/peminat bahasa, budaya, seni dan sastera teks tradisonal, mahasiswa/i dan seterusnya masyarakat umum yang mahu menambah pengetahuan.
Setakat ini pihak penganjur telah menerima maklum balas daripada semua golongan untuk menyertai persidangan ini selain daripada pembentang sebagai peserta persidangan. Bakal peserta telah mengajukan minat mereka untuk menyertai persidangan ini melalui pendaftaran secara on line melalui laman web persidangan yang boleh diakses di alamat http://umconference.um.edu.my/PERANTARA. Mereka terdiri daripada mahasiswa/i dan pensyarah dari serata Insitiut Pengajian Tinggi Awam Malaysia dan juga individu dari negara jiran iaitu dari Indonesia dan Singapura. Pihak penganjur berharap pada hari pendaftaran iaitu 23 November ini jumlah peserta akan bertambah lagi.
Pihak penganjur menyusun jari memohon seribu maaf kepada individu yang mengajukan permohonan untuk membentangkan kertas kerja kerana kami tidak dapat menunaikan permohonan mereka. Hal ini kerana pemakalah adalah diundang dan diputuskan dalam mesyuarat penganjur. Namun demikian pihak pengajur tetap mengalu-alukan kedatangan mereka sebagai peserta dan akan diberikan layanan sewajarnya apabila mereka mendaftar sebagai peserta.
Sesungguhnya menjadi harapan pihak penganjur agar Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009 akan berjalan dengan sebaik-baiknya dan peserta mendapat ilmu pengetahuan baharu dan pelbagai berkenaan manuskrip Melayu. Manuskrip Melayu Warisan Negara kita bersama yang menandakan kejatidirian kita sebagai bangsa Melayu dalam menempuh laluan masa depan yang penuh dengan dugaan yang mengugah keperibadian bangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan