24 Februari 2010

Telah berdiri 7 Petala Langit

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam, Tuhan yang Maha Esa Tiada Sekutu BagiNya dan Muhammad itu hamba dan PesuruhNya pelita rahmat sekelian alam. Ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Adapun telah berdiri tujuh petala langit di dalam hawa’ yakni di dalam lapang dan kosong tanpa tiang dengan asmaNya yang satu daripada segala namaNya. Namun tiada betul hati kita yang satu dengan seribu muhimmah daripada ayat-ayatNya. Pada suatu hari berhimpunlah segala hukama’ dari bangsa Arab, Ajam dan Masyruq datang ke Mahgrib. Maka muafakat sekelian mereka itu pada empat ribu ayat. Kemudian dimuafakat pula daripadanya seratus ayat. Dipilih pula mereka daripadanya empat puluh ayat. Akhirnya dimuafakat daripadanya empat ayat. Muktamad. Maka inilah empat ayat tersebut. Pertama, jangan sesekali engkau gandarkan sesuatu tanggungjawab di luar dayamu. Jangan sesekali engkau memperbuat perkara yang sia-sia. Jangan sesekali engkau menghambur akan hartamu sekalipun membukit hartamu itu. Jangan engkau mudah percaya akan perempuan pada akhir zaman ini. 

6 ulasan:

  1. salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

    BalasPadam
  2. salam ikhwan...terima kasih.rajin2 bertandang ke sini.

    BalasPadam
  3. 211. Sesungguhnya Daku ciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi,, ramai insan memikirkan tentang ini dengan terlalu jauh perasangka,, bahkan semuanya telah nyata.. Bumi yang gersang di situlah di langit dan bumi ke 7.. Bumi yang gersang ada air sedikit, itu bumi dan langit ke 6.. Bumi yang ada air dan sedikit tumbuhan itu bumi dan langit ke 5.. Bumi yang banyak air namun gersang ada tumbuhan yang terhad,,itu bumi dan langit ke 4.. Bumi yang basah dan sejuk banyak tumbuhan, itu bumi dan langit ke 3.. Bumi yang subur banyak air namun ada musim berjarak kesuburannya, itulah bumi dan langit ke2.. Bumi yang subur dan mempunyai berbagai musim dan mampu tumbuh berbagai tumbuhan dengan air yang cukup, itulah bumi dan langit pertama,, di situ terjadi 7 petala langit dan bumi,, yang mana bumi itu bulat maka di situ lah ukuran pembahagian 7 petala langit dan 7 petala bumi,, ukurannya mengikut suasana di bumi itu sendiri…

    BalasPadam
  4. Ada benarnya catatan dari Tanpa Nama, kerana makna petala itu sendiri adalah pantulan atau echo. Penalaan ialah tuning dalam elektronik. Mencari pemantulan gelombang. Contoh: bumi arab adalah petala langit dan bumi ke-7 dan malaysia ini adalah petala langit dan bumi yg ke-1 (pertama).
    Kefahaman lain banyak yg mengelirukan.

    Tanpa Nama 2

    BalasPadam
  5. Tanpa nama...terima kasih kerana berkongsi maklumat di atas....ada orang-orang tua berkata, pada diri kita ada seluruh alam alam ini...apa pandangan tanpa nama?

    BalasPadam
  6. teringat semasa kecil ibu pernah bercerita. Masa tu umur lebih kurang 4@5 tahun. Aku mendengar, sekadar halwa telinga. Namun ia terpahat hingga sekarang. Kata ibu - apa yang ada di bumi, ada pada diri kita. Contohnya, bumi ada tanah, air, api angin. Tanah manusia ialah daging, air ialah darah dan segala bendalir, api ialah kemarahan dan nafsu, angin ialah mood.
    Lagi katanya, lihatlah pada diri manusia. Pokok dan tumbuhan adalah rerambut, air zam-zam menyamai air liur yang tak pernah kering, bukit-bukau adalah segala bonjolan yang ada pada diri kita, bumi berpusat di kaabah, manusia berpusat di pusat!

    BalasPadam