02 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 5-Epistemologi Melayu

Epistemologi telah dijelaskan dengan ringkas dan padat dalam entri Asas Memahami Bidang Falsafah Siri-2. Sila rujuk. Apa yang hendak difokuskan ialah Epistemologi Melayu. Bagi memahami Epistemologi Melayu kita sewajarnya sudah memahami sedikit sebanyak apakah kepercayaan atau pegangan orang Melayu. Kepercayaan orang Melayu bermula daripada animisme bertukar ke ajaran Hindu-Budhha dan akhirnya Islam. Agama Islamlah menjadi kepercayaan yang mendominasi orang Melayu sejak tertubuhnya kerajaan pertama di Alam Melayu sehingga kini. Justeru agama telah menyerapi dalam segala bidang ilmu daripada ilmu agama (fiqh setempat) sehinggalah kepada kosmologi tasawwuf, bahasa, sastera dan ilmu-ilmu Melayu yang dirujuk dalam kepustakaan Melayu Tradisional-ilmu perubatan Melayu, nombor2, ukuran masa, timbangan, dll)

Merujuk buku wajib pelajar, Hashim Musa menerangkan pada halaman 18 cara memahami,menyelidki atau menyorot epistemologi Melayu-Islam.

Takrif khusus epistemologi Melayu

Ialah satu bidang kajian tentang kaedah mentakrif ilmu pengetahuan yang dipegang oleh masyarakat Melayu, penubuhan jenis-jenis ilmu pengetahuan, penentuan sumber-sumbernya, had/batasan ilmu pengetahuan, DENGAN mengkaji dan menyelidik serta menganalisis khazanah intelektual Melayu samada berbentuk persuratan, kesusasteraan dan lisan. Penyelidikan itu meliputi pelbagai genre dalam bidang yan dinyatakan sama ada berbentuk tersirat dan tersurat, zahir dan batin, konkrit dan abstrak.

Dua Cara Penyelidikan boleh dilakukan

1.Pendekatan etnografi-menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang ditanggapi dan dipegang oleh orang Melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mantra, cerita rakyat dan kepustakaan Melayu tradisional.

Kajian dilakukan secara tematik yakni tidak berlaku sama sekali proses penyaringan, pemilihan, pengesahan kerana apa yang dipentingkan ialah penganalisisan, penubuhan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan .

2.Pendekatan etnografi+penilaian, penyaringan, pemilihan, pengenalpastian, dari segi kebenaran, keabsahan, kepalsuan, kesahihan, berdasarkan autoriti ilmu dalam tradisi Islam dan barat.

Contoh 1

Ungkapan atau istilah dalam masyarakat Melayu dalam perkembangan kepercayaan agama di Alam Melayu yang bermula PraHindu-Hindu-Budha, Islam dan Moden-Barat.

Sila rujuk buku wajib pelajar halaman 18.

Contoh 2

Pelajar juga boleh meninjau buku Mitos Peribumi Malas oleh Syed Hussein Alatas yang ada dalam bahagian buku itu menyanggah buku Revolusi Mental. MPM mengkritik kekeliruan dan ketidakfahaman penulis artikel dalam RM yang menggunakan sejumlah peribahasa dan ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan Melayu malas, fatalis dll yang buruk2 yang disebabkan kemunduran dan ketinggalan sosioekonomi melayu dalam tahun-tahun 60-70an.

Penyanggahan Syed Hussein Alatas keatas RM dengan menjelaskan ungkapan Melayu tradisional dengan mentafsirnya secara analitikal dan sistematik berbanding RM yang menggunakan sejumlah ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan kemalasan dan kefatalan masyarakat Melayu. Tujuan Rm ialah sebagai suatu eskapisme gol politikus Melayu yang gagal melaksanakan amanah membangunkan dna memajukan bangsa Melayu unttuk meletakkan kesalahan kegagalan pembangunan sosioekonomi melayu ketika itu disebabkan Melayu itu sendiri yang malas, fatalis, tdk bermotivasi berbanding orang Barat yang muluk2 belaka di mata pena pengarang2 dlm RM tersebut.

Saudara boleh juga merujuk cerpen saya, Sekuntum Melayu di Taman Ibunda yang memuatkan isi pemikiran syed hussein alatas yang menyanggah RM dan membersihkan snagkaan buruk atau tafsiran songsang ke atas ungkapan Melayu tradisional.

1 ulasan:

  1. apakah yang dimaksudkan dgn 'muluk2 belaka?'

    BalasPadam