01 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 3-Takrif Ilmu, Pengetahuan, Maklumat, Makna dan Sistem

Sepatutnya apabila kita hendak membincangkan tentang ilmu maka kita perlu bincang bersama-sama dengan epistemologi.

Namun demikian saya telah menjelaskan dengan agak mendalam juga takrifan epistemologi dalam siri yang ke-2. Jadi siri ke-3 ini sekadar sambungan sahaja yang menyentuh takrifan dan huraian serba sedikit tentang takrifan ilmu dan pengetahuan, makna dan sistem.

1. Ilmu 

-berasal daripada perkataan arab iaitu alimin/alimun/alimna yang bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

-Takrif pegangan pelajar:Ilmu ditakrifkan secara umum sebagai keadaan atau sifat mengetahui, mengecami, memahami, mengingati dan mengerti sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian dan kelakuan.

-dan juga sebagai himpunan daripada apa yang diketahui, dimengerti, ditemui dan ditanggapi itu.

-himpunan daripada yang diilmui dan diketahui itu dinamakan sebagai pengetahuan. 

-Justeru ilmu pengetahuan merangkumi kedua-dua aspek tersebut iaitu ilmu sebagai sifat mengetahui dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui.

-Ilmu juga dapat difahami sebagai sifat/kebolehan/kepandaian manusia.

1.1-Bandingkan dengan "Maklumat"

Pada asaslnya bermaksud fakta/perkara atau berita umum untuk makluman umum(pengetahuan umum) NAMUN kini dikaitkan dengan teknologi maklumat yang dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang/disiplin yang disimpan, dirakam dan disebarkan (stored and communicated knowledge).

1.2-Pengertian ilmu dari aspek yang lebih luas

-Ilmu ialah sifat mengetahui/mengerti yang dimilki manusia yang diturunkan Tuhan(Allah Yang Maha Mengetahui/Berilmu Ya Alim) kepada nabi dan rasul menerusi wahyu, suhuf dan al bayan (musa as) disebarkan kepada ummat. Dengan demikian manusia dan Tuhan sahaja dianggap sebagai berilmu bukannya komputer atau buku. Walaupun buku dan komputer mencatitkan ilmu dalamnya, namun buku atau komputer tidak boleh diistilahkan sebagai berilmu. Ini kerana "berilmu" merujuk kepada kepandaian, penilaian, keyakinan, penerimaan, pendirian, prinsip, pemutusan, perlaksanaan, pembangunan dan kebijaksanaan.

1.3-Pengetahuan pula bermaksud himpunan daripada apa yang diilmui oleh manusia yang seterusnya dicatit, dianalisis, dikaji.diselidik, dikelaskan dan digolongkan ke dalam pelbagai bidang/disiplin ilmu.

1.4- Takrifan ilmu pengetahuan yang lain=Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. 

1.5-Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu:

a)ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan 
b)ilmu pengetahuan tidak nyata (implicit knowledge)

Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. 

1.6. Jenis-jenis ilmu=Pelajar rujuk buku wajib mukasurat 4.Sifat-sifat ilmu rujuk nota kuliah dr solatun atau Asas Memahami Falsafah Siri ke-2 

1.7  Dalil kepentingan ilmu dalam Islam

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

>Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. 

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير

Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

>Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب

Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

> Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Dalil AQ diatas merujuk ilmu yang lebih tinggi yakni ilmu yang bersifat tidak nyata atau ilmu bersifat mistikal. Kerohanian yang melibatkan keimanan dan keyakinan kepada Tuhan Rabbul Alamin yakni Allah Ta'ala.

2.-Makna

-Makna ialah gambaran akal yang memberi identifikasi/pengenalan  TENTANG kedudukan dan tugas sesuatu perkara dalam sesuatu sistem yang diperolehi  apabila hubungan perkara itu dengan yang lain-lain dalam sistem itu dapat dijelaskan dan difahami.

-Makna juga boleh dianggap rujukan atau detonasi bagi sebarang tanda atau simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis misalnya warna, bentuk, gerak geri, bunyi dan lain-lain termasuklah bahasa.


3.-Sistem


-Sistem ialah pemeringkatan sekumpulan elemen atau unsur yang berkaitan antara satu sama lain yang diorganisasikan (disusun mengikut keutamaan kepentingannya) untuk memenuhi sesuatu matlamat atau objektif tertentu.

-Contohnya pemerolehan ilmu tentang insan ialah mengetahui dan mengerti makna seseorang insan tentang kedudukan dan tugasnya  dalam semua alam persekitarannya yang meliputi alam persekitaran kehidupannya iaitu persekitaran sosialnya(keluarganya, komuniti, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia), persekitaran spatio-temporal atau alam fizikalnya (fauna, flora, alam jagat raya) dan persekitaran metafizikalnya yang meliputi wujud psikologis, rohaniahnya akal, ratio, intelektualnya, nafs, qalb, roh, alam malakut, alam akhirat, kewujudan Khaliq atau PenciptaNya.

Tips Cemerlang 9:Baca dan Fahamkan. Fahamkan. Fahamkan.

1 ulasan: