Salam sejahtera.
Agak lama saya tidak memasukkan catitan peribadi diruangan ini.
Lantaran kerja hakiki dan juga penyelidikan yang saya lakukan kini menuntut banyak masa sehingga saya lebih banyak masa menyendiri dengan bahan-bahan bacaan.
Hari ini iaitu 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal merupakan tarikh kelahiran baginda Nabi Muhammad Salallahua ala wassalam.
Ingatilah nabi. Selawatlah. Andai kata sebelum ini saudara saudari lupa nabi, maka mulai hari ini belajarlah untuk mengingati baginda dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Selain menuruti hadis baginda yang berupa kata-kata baginda dan juga sunnah baginda yang merangkumi perlakuan dan perbuatan baginda, selawat ke atas nabi juga suatu kewajipan yang terang-terang dinyatakan dalam Al Quran.
Ada orang kata, kita ikut nabi dengan menuruti sunnahnya sahaja. Kata-kata ini terkeluar apabila diajak untuk berselawat dan bermaulud berzanji dan berqasidah jemaah di masjid2 dan muassasah2 pondok2 dan pusat pengajian agama.
Mereka ini berasa jengkel sekali utk bersama berselawat ke atas nabi dalam pelbagai bentuk yang indah itu namun mereka tiada jengkel untuk mengunjungi stadium bola sepak. konsert2, parti2 sosial, disko2, kolam renang, majlis debat2 dan lain-lain lagi.
Inilah orang yang tiada memahami hakikat selawat. Sebenarnya untuk mengikut anjuran dalan hadis nabi dan sunnahnya memerlukan persediaan.
Persediaan yang saya ertikan ialah persediaan hati untuk sukarela melakukannya kerana kita tahu anjuran dan sunnah nabi dikahir zaman ini kian ditinggalkan oleh umatnya sendiri.
Hal ini kerana tiadanya persediaan hati, mental dan sikap utk melakukannya sebaliknya riuh pula membiacarakan berdebat sana sini dan gemar berlawan hujah konon hendak kembali kepada Al Quran dan Sunnah tetai meninnggalkan selawat ke atas nabi.
Apabila hati kita disirami dengan cahaya selawat, ia akan gilap dan terang maka ia menimbulkan kepaduan cinta dan kasih kepada nabi secara batini yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata dalam semua bahasa dalam dunia ini.
Mencintai nabi secara rohani bermakna dekat dengan Nabi yang menjadi tali penghubung kita kepada Allah Ta'ala.
Ini bukalah suatu bidaah tetapi ini suatu keterangan bahawa inilah hakikat kehambaan kita kepada Allah menerusi kerasulan nabi muhammad saw.
Justeru hati akan bersedia setelah gembur dan subur disirami cahaya selawat ke atas nabi.
Selawatlah orang yang berdosa dan tidak mengikuti ajaran nabi sekalipun kerana kita tidak tahu dimanakah kurnia hidayah Allah ke atas kita dalam ibadat kepadanya.
Jangan beralasan bahawa "Aku ikut sunnah nabi pun tidak. Solat pun tidak. Hendak selawat kpd nabi pula. Manalah Allah terima."
Kaau kita menurutinya maka berjayalah syaitan menipudayakan kita. Buat saja. Dan Buat terus.
Jangan kita terpedaya dengan kata kawan2 kita yang tidak lebih sebagai idle talk sahaja "Selawat sahaja tidak guna jika tidak ikut sunnahnya."Dakwah begini maksudnya baik tetapi disampaikan dalam konotasi ayat yang merugikan dan memenangkan iblis.
Cuba kita ubah "Bsgus selawatlah. Marilah kita selawat sama-sama. Mari kita doa moga2 Allahtambahkan hidayah dan ampunkan dosa kita semua."
Inilah kata-kata dakwh yang tepat lagi berhikmah yang merugikan iblis dan menutup pintu dayanya.
Rahmat Allah luas, maka beramalah walau sedikit dalam keadaan apa sekalipun.
Selawatlah dgn mengingai nabi sambi doa dalam hati minta didekatkan kita dgn nabi secara hakikat.
Dipandang Allah dengan rahmat.
Diselaputi dengan takut dan harap.
~~~
Dalam cuti tiga hari ini saya membawa balik sebuah beg besar mengandungi buku. Buku-buku ini berkaitan penyelidikan disertasi saya. Saya balik dengan harapan Allah memberikan saya ilham utk merekacipta sebuah pendekatan yang asli lagi murni dalam mengkaji kreativiti manusia pencipta.
Oleh kerana saya menyatakan saya hendak melihat kepada epistimolgi dan agama, ada yang menasihatkan kepada saya akan mengkaji teori sastera barat. Mulanya saya setuju. Tetapi selepas nada-nada nasihat itu mengandungi kesukaan beliau terhadap TB maka saya pun memikirkan semula smabil merenung.
Ya, manusia mesti menimbang berfikir dan merenung untuk menyaring dan memilih yang terbaik untuk agamanya, bangsanya dan nasib dirinya di akhirat kelak.
Saya terima nasihat itu tetapi saya akan mulakan dengan kajian saya terhadap istilah CREATOR-Pencipta yang dikemukakan oleh Nietzche dalam Thus Spoke Zarathustra yang menyatakan Creator ini salah satu sifat manusia agung yang menganggi tugas Tuhan yang telah mati.
Jika istuilah creator ini dilihat dalam konteks sastera ia merujuk kepada pengarang, penulis, sasterawan dan pujangga-penyair. Maka nyatalah roh ungkapan ini sesat lagi menyesatkan dan ini menjadi lonjakan kepada saya utuk menggubah konsep CREATOR ini kepada ABDULLAH yang menulis kerana Allah dan tunduk patuh kepada Allah dalam tujuan menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa kepadanya serta menjauhi yang sia-sia dalam aktiviti penulisan.
Inilah yang saya mahu sanggah, betulkan dan buktikan bahawa pemikir sastera barat sebenarnya tiadalah kita boleh menerima mereka bulat2 tanpa kajian mendalam kerana akan merosakkan akidah kita.
Saya tidak akan mulakan penelitian saya terhadap teori atau sastera barat dengan "sangka baik", dan ungkapan muluk2 tetapi mengkaji makna dan maksud ungkapan dna idea-idea mereka yang mungkin sahaja dilaknat Allah.
Saya tidak mahu dilaknat Allah. Cukuplah. Nietzcshe sudah mati.
~~~
Saya kagum dengan beberapa pelajar non-muslim dalam kelas Falsafah hendak merujuk tafsir AL QURAN dan bertanya bagaimana untuk mendpatkannya. Mereka boleh dapatkan di Pekan Buku UM terjemahan yang Mahmud Yunuslah saya lihat membanjiri, yang baik juga ialah Tafsir Pimpinan Ar Rahman. Kalau mahu pinjam pun ada di perpustakaan hanya taip kata kunci Ak Quran dan terjemahan di Pendeta Web Pac.
Namun saya hampa dengan pelajar muslim yang tiada teruja mereka mahu mencari terjemahan Al Quran. Saya agak ini adalah kesan pendidikan AL Quran yang tidak betul sejak kecil apabila mereka hanya dididik untuk membaca ayat AL QURAN sahaja tetapi tidak faham maksudnya. Justeru mereka tidak dapat pesona2 Aq yang menjadi SUMBER HIDAYAH kepada mereka. Ini amatlah merugikan saudara saudari yang ISLAM BAQA tetapi tidak faham maksud kitab sucnya sendiri.
~~~
Dan bagi pelajar muslim yang menuruti pesan dan nasihat saya maka syukurlah kepada Allah kerana menuruti sesuatu yang baik tanda rahmat daripada Allah.
~~~
Hari terus berlari. Maka manfaatkanlah masa kita semua dengan menimba ilmu, beribadat, berehat dan bersama orang2 yang cerdas, baik dan memotivasikan. Jangan bersama mereka yang negatif hidupnya. Saya mahu berehat sebentar selepas 12 jam mengadap laptop mengarang dan merenungfikir moga-moga petang ini, malam ini da hari-hari esoknya hati kita tetap hidup bersama nabi, cinta nabi yang menghubungkan kita kepada Allah yang menjadi pusat cinta bagi kita semua.
Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan