a)Pengertian imbasan=mula2 ilmu diperolehi secera imbasan yakni melalui pancaindera buat pertama kalinya apabila manusia mengetahui akan sesuatu.Namun pengertian itu belum kukuh kerana sepintas lalu dan membentuk satu tanggapan sahaja yang kemudian TAHAP INI AKAN MENINGKAT KE;
b)Satu pengkonsepsian=apabila ilmu yang ditanggapi buat kali pertama itu menjadi lebih tekal dan stabil contohnya kerana diperkukuhkan oleh PENGALAMAN berulang kali yang selalunya didukung oleh konsepsi akan sesuatu perkara yang melahirkan jargon, istilah, gelaran, panggilan, sebutan khas, ungkapan tertentu yang AKAN MENINGKAT KE;
c)Satu penegasan=atau proposisi iaitu apabila konsep, istilah, gelaran, sebutan, ungkapan disusun dalam satu pernyataan atau penegasan yang selalunya didukung oleh satu ayat atau beberapa ayat;penegasan atau proposisi itu boleh berbentuk satu pendapat, pemutusan, atau satu hipotesis atau teori apabila ia merujuk kepada suatu andaian tentang dasar prosedor, keadaan, sifat dan kedudukan sesuatu perkara, benda, perlakuan dan kejadian alam ini yang AKAN MENINGKAT KE;
d)satu hukum alam (sunnatullah dan qudratullah)=apabila pengertian dan penegasan berselaras dengan hukum alam atau kejadian alam atau sunnatullah misalnya bumi berputar diatas paksinya berputar mengelilingi matahari diatas orbitnya. Namun demikian Bumi bolh berhenti berputar atau berputar di arah sebaliknya menjelang kiamat seperti yang dilaporkan dalam sebuah hadia nabi bahawa antara tanda kiamat akhbar (besar) itu ialah apabila matahari terbit di barat dan terbenam di timur ia dikenali sebagai Qudrat Allah atau kekuasaan Allah atau Qudratullah. Spt juga terpamer dlm mukjizat dan peristiwa dlm AQ.
Sila rujuk buku wajib halaman 12-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan