01 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 2-Antara Cabang Falsafah

Pembahagian ini tidaklah muktamad dan rigid. Cabang-cabang falsafah amat luas dan berkembang setiap hari sampai hari ini. Namun demikian, ada EMPAT cabang besar yang sangat asas yang perlu pelajar fahami:


1. Ontologi


-Ontologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu eimi be dan logos yang bermaksud kata atau pengetahuan yakni pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda atau makhluk DAN pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda dan makhluk.
-ATAU ontologi itu membahaskan segala sesuatu itu adalah wujud.
(*Takrifan diatas ialah takrifan pegangan pelajar)



- Tokoh/Pelopor ontologi barat ialah Thales, Plato, dan Aristoteles.

-Ontologi adalah salah satu bahagian falsafah yang membahaskan segala sesuatu itu wujud (ada). 

-Ontologi membahaskan tentang yang ada, yang tidak terikat oleh satu perwujudan tertentu.

-Ontologi membahaskan tentang yang ada yang universal/sejagat.

-Ontologi berusaha mencari inti/hakikat/zat yang terkandung dalam setiap kenyataan/realiti/keberadaan/kewujudan.

- Atau dalam rumusan Lorens Bagus "menjelaskan keseluruhan yang ada dalam semua bentuknya."

2.Epistemologi

-Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu episteme dan logos yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan yakni mengkaji ilmu pengetahuan dari segi rujuk buku wajib muka surat 17 namun ada TAMBAHAN iaitu item bernombor ke-5 ;

1- pentakrifannya (takrif setiap istilah/bidang ilmu dan pengetahuan) 

2-penubuhan jenis-jenisnya (rujuk muka surat 4 buku wajib pelajar jenis ilmu pengetahuan dan sifat ilmu dan pengetahuan oleh dr solatun yang bermula dari wahyu yuha yang bersifat inspiratif kepada Nama-nama benda yang diajarkan oleh Allah kpd nabi adam yg tdk dapat diketahui oleh malaikat kepada Al Bayan atau kata-kata yang baik kepada al-Hikmah disebalik peristiwa/kejadian/cerita kepada Berpasang-pasangan seperti baik dan buruk, siang dan malam, syurga dan neraka dll. 

3-Penentuan sumber-sumber ilmu dan pengetahuan yang terbahagi kepada sumber mikro iaitu fakulti akal, fakulti nafsu, fakulti roh, fakulti qalbu/hati dan sumber makro iaitu sumber barat, sumber yunani, sumber agama samawi, sumber timur (agama budaya, budaya  dan adat).

4-Saluran-saluran pemerolehan ilmu rujuk buku wajib muka surat 10-12).

5-Keabsahan ilmu dan pengetahuan berdasarkan autoriti yang sah ada kaitan dengan ilmu yang benar yang dihubungkan dengan destini manusia rujuk buku wajib mukasurat 18-22*

6-Pengenalpastian had/batasan ilmu dan pengetahuan rujuk buku wajib muka surat 23-27*

*Akan dibincangkan pada kuliah dan tutorial akan datang. Namun lebih baik bersedia dan baca dahulu.

3. Aksiologi


-Berasal daripada perkataan axioo dan logos yang bermaksud  nilai dan kata-kata yakni kajian mengenai  hakikat, kenyataan/keberadaan/kewujudan dan makna dari aspek nilai-nilai atau juga teori nilai.
-Nilai-nilai itu adalah seperti baik-buruk, cantik-hodoh, benar-salah, wangi -busuk, kasar-halus dll.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan akan datang.

~~~

Umumnya, ontologi dan epistimologi kini telah dikelompokkan/digabungkan atau dibincangkan secara bersama-sama dalam satu bidang yang dikenali sebagai 

METAFIZIKA

Manakala aksilogi kini telah dikelompokkan atau dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

a)Etika atau Falsafah Moral iaitu kajian tentang perilaku/akhlak/adab yang luhur.

b)Estetika atau Falsafah Keindahan iaitu kajian tentang nilai-nilai keindahan/keseniaan yang indah-indah/perlambangan yang indah-indah.

~~~

4.Logika

 -Logika berasal daripada perkataan logos yang bermaksud ucapan atau (dan) perkataan yakni kaedah dan prinsip yang digunakan untuk membezakan hujahan yang sah (valid) dan benar (true) DENGAN hujahan yang tidak sah dan tidak benar atau falasi (hujahan yang salah).
-Logika dianggap ibu ilmu pengetahuan dan yang membezakan antara manusia yang berakal dengan haiwan yang tidak berakal.
-Logika menjadikan seseorang dapat berhujah dengan sah dan benar dan dapat mematahkan hujahan yang tidak sah dan falasi.
-Namun saya tidak bermaksud sesiapa yang tidak mempelajari logika tidak akan dapat berhujah dengan sah dan benar.
-Logika atau logik BUKAN KAEDAH BERFIKIR kerana KB ialah bidang kajian psikologi.
-Sebaliknya logika meneliti hujahan yang terbentuk daripada elemen premis dan penyimpulan berdasarkan proposisi/penegasan iaitu maksud yang terkandung dalam sesebuah ayat.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial akan datang. Boleh rujuk2 buku wajib pelajar halaman 33.

~~~

Begitulah cabang kajian falsafah.
Diharapkan pelajar saya dapat memahami letak duduk dan cabang bidang falsafah kerana apabila pelajar memahami letak duduknya maka pelajar merasa mudah sekali untuk menelaah item demi item yang terkandung dalam silibus atau dalam asas bidang falsafah pada kuliah dan tutorial akan datang.

Tips Cemerlang 7:Baca jangan tak baca. Kemudian baru fahamkan. Kalau tahu sebab tak baca. Kalau tak faham sebab gelap hati, makanya carilah doa buat amalan dan bersihkan hati dan jiwa kalian dengan zikrullah dan amal ibadah.


Tips Cemerlang 8:Ada pelajar tanya "Saluran" pemerolehan ilmu dan pengetahuan itu bukankah sama saja dengan "Kaedah" mendapatkan ilmu dan pengetahuan?


Jawab saya:Saluran itu adalah merangkumi kaedah, cara, sumber,penyampaian secara abstrak dan konkrit, zahir dan batin sekaligus-ia sebuah perlambangan yang menyeluruh dan luas maknanya berbanding kata "kaedah". Cubalah berfikir secara perlambangan atau berfalsafah sedikit ia. Hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan