27 Januari 2009

Aku mahu adaptasi novel SALINA

SALINA tak usah aku perkenalkan lagi. Ia sudah dikenali sebelum aku lahir lagi. Ceritanya..aku teringin sangat nak adaptasinya ke filem! SALINA kalaulah difilemkan aku rasa ia dapat menandingi Dr Zhivago atau filem2 kesan perang yang berlambak dihasilkan dari dulu hingga kini.

Tanggapan Aku

Kampung Kambing-kesan peperangan
Singapura-sedang dibangunkan
SALINA-seorang watak pelacur
Helmi-anak Melayu yang berusaha merubah nasib dgn menekuni ilmu dgn perbelanjaan Salina hasil drp pelacuran
Abdul Fakar (Zakar?)-yang hanya tahu menutuh Salina, makan hasil kerja Salina dan memukul Salina
Sunarto-imej anak Melayu berbeca pascaperang
Razman-penggila buku ttp tdk mampu merubah apa2
Hj Karman-hanya berhadis semata2 tak mampu merubah apa2
Zarina-simbol wanita dewasa pascaperang yang menyeksa dan mendera psiko
Nahidah(anak Zarina)-gadis Melayu yang diperkotak katikkan oleh situasi dan keadaan yang menyukarkan....
Kurupaya-pemilik kg kambing yang baik hati tetapi tegas dgn hutang dan sewa walau rumah sewanya itu seteruk kandang kambing!

Klimaksnya menarik..dramanya, dramatik...menyakinkan...plotnya cergas...dialognya hidup mewakili kelas2 dan starta sosial....

Tidak lupa kepada kambing Kurupaya yang sering diusik oleh Bulat..watak kanak-kanak yang hanya tenggelam dalam dunianya..tidak mengerti lagi apa yang berlaku disekitarnya..konflik manusia dewasa pascaperang....sbg hiburan bersemiotik yang mengesankan!
Tahniah Pak Samad. Novel ni akan terus hidup sejuta tahun lagi.

Sinopsis Buku

"Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hanyut berkelana menjadi buruh di Singapura.""

Selesai aku membaca novel ni aku berharap:

1.Tuhan elakkan bangsaku drp peperangan
2.Tuhan selamatkanlah bangsaku drp perpecahan
3. Tuhan berikanlah aku ilmu pengetahuan agar aku tidak miskin dan hina!

Dalam dalam buku dalam filem dalam kehidupan...ilmu itu ada dan ada....bagai nafas dgn darah...Rumusnya aku mahu adaptasi SALINA ke FILEM!!!! Aku jamin filem SALINA akan hidup sejuta tahun juga.

Soalan Pendek Aku.
Ada sesiapa yang mahu menaja?

Bajet
10 juta atau lebih.Ada berani?
Stok habis DBP lena

8 ulasan:

  1. good luck bro!
    aku berangan nak adaptasikan Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid! jom kolaborasi nak? hahaha!

    BalasPadam
  2. maaf bro. aku beli mandatori dan bagaikan puteri. sampai la tak habis baca lagi bro.ntah kenapa!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. tapi ok jugak. nanti aku baca ungu karmila. cuba baca warisan abd talib hassan.lagi dramatik!

    BalasPadam
  4. erm..leh bagi lg peneranan lengkap tentang novel salina..hubungan dengan alam...hubungan dengan manusia...sy x dpt cari cari sinopsis penuh salina...ay tgah cri maklumat dr novel ni utk asgment sy..:)tollong sy...

    BalasPadam
  5. bro boleh bg penerangan tentang aspek sosiobudaya karya salina ni x....
    terima kasih.....

    BalasPadam
  6. Salam,saya seorang penulis skrip amatur yg baru je menjinakkan diri didalam bidang penulisan skrip.
    saya memang minat gila bidang pembikinan filem.dlm sebulan saja sy akan tgk banyak movie x kesah baik melayu ke antarabangsa untuk tengok dan bandingkan filem dan cari kecacatan untuk diperbaiki dan sambil mendapatkan idea baru yg lain dr lain.

    Apa kata kite ramai2 buat filem adaptasi Salina?
    Mesti menarik.Tapi sy perlukan bimbingan ;agi dalam penulisan skrip terutama format.

    BalasPadam
  7. Boleh. boleh berhubungan. ni no sy. 0176601490. saudara duduk area mana? sy di KL. anytime boleh jumpa. sms atau call dulu.

    BalasPadam
  8. encik boleh buat filem ke?

    BalasPadam