Semalam sewaktu aku tiba di Mid Valley, manusia aduhai..,tapi mujurlah kaunter di GSC Mid Valley ada 10...manusia2nya pula lancar membeli tiket..agaknya mereka dah merancang awal. Mereka tidak seperti aku. Juga ada yang seperti aku. Masih memilih. Melihat kepada skrin yang bergerak. Judul2 filem yang terpamer hari ni. Rabu. Tiket RM 7.00. Aku nak tgk 2 filem. Ikut nafsu 3. Argh! Sesekali aku ternampak Howard sewaktu kecil berdiri didepan aku. Bila aku besar nanti aku mahu jadi....Sukar sungguh aku nak hapuskan babak itu.
Baiklah. Aku mencongak begini. Underworld atau Inkheart. Maut sudah pasti. Waktu tayangan. Aduhai! Jam 3.05 ptg. Inkheart dan Underworld masing2 3 ptg dan 5.30 ptg. Aku congak lagi.Maut pukul 2. ptg. Tapi sebelum aku tiba di akunter tiket pukul 2. ptg diumumkan sudah habis!!!Hampeh. Tayangan seterusnya jam 4 ptg, Aduhai. Ditengah2 tayangan Underwolrd dan Ink Heart. Aku buleh saja amik Maut jam 4 ptg dan Inkherat jam 9 mlm. Tapi aku tak mahu terlepas drama siri DEXTER TV 2 jam 11 mlm. Argh!Aku pantang sekali menonton drama atau filem yang dah setengah jalan!
Aku congak lagi. Dada aku berdebar. Sedikit demi sedikit aku kian hamoir di kaunter. Aku congak lagi. Congak punya congak. Akhirnya aku buat keputusan. Maut minggu depan. Ceh!
Apapun aku sukakan kejutan. Baiklah. Aku sukakan filem bukan kerana dari mana ia dilahirkan. Tetapi apa subjeknya. Aku bukan anti filem nasional ok!Aku bukan pesimis walau aku kecewa banyak kali menonton filem jamban, pinjam kata bro ajami yang sudi2 jenguk blog budak sastera menilai filam dari kacatama sastera dan bebas.
Aku teringat drama Ayam Pencen. Penulis skripnya perempuan. Aku suka drama tu bukan kerana ceritanya tetapi kerana teknik kemeranya yang cepat. Macam tonton telenovela pula!Cuma teruja. Selalunya drama Melayu meleret2 dan melankolik. Cukuplah seorang penulis skrip tu yang suka tulis drama manusia2 yang berserah kepada takdir. Miskin susah dan melarat. Dah muak. Jarang dah aku tengok drama kotemporari drama yang seberserah dan semelankolik itu. Era Romeo dan Juliet sudah berlalu bro!
Baiklah. Maut-subjek yang menarik. Aku dongak ke atas. Terserlah papan iklan MAUT dan atasnya tertulis dengan jawi Maut. Aku tegaskan aku sukakan subjek filem. Subjek adalah idea asal dan pertama. ia mennetukan keaslian sesebuah karya apa genre pun.
MAUT-dadaku berdebar menuju ke kaunter. Ke manakah RM 14.oo ini akan ku laburkan untuk mindaku hari ini?Aku kian terdesak. Sementelah aku perlukan ilmu dan teknik. Ya aku tak katakan cumbuan, romen2 dan syaitan2 yang didewakan. Tetapi ilmu teknik bikin filem. Itu sahaja.
MAUT-adalah subjek yang hampir ada dalam semua filem. Biasanya MAUT itu adalah watak jahat, antagonis. Watak baik hidup kekal meraikan kemenangan! Aku teringat nabi sabda. Cukuplah mati sebagai penasihatmu.
MAUT-dalam Underworld aku cuba memahami MAUT. Ya. Walaupun aku gagal untuk membeli tiket MAUT semalam, aku nak tengok juga MAUT dalam Underworld. Bagaimana MUAT itu dibabakkan menjadi suatu cermin minda penulis skrip dan pengarahnya. Nyatalah MAUT dalam underworld mengecewakan aku. Buang batas logika. Aku duduk dalam batas filem dan esetika. Aku tak suka melihat cara MAUT itu datang kepada watak2 dalam Underworld 3.Memang sadis. Pontianak lwn serigala jadian. Dalam kepercayaan filem inilah, spesis Pon-pon cair dibakar matahari. Aku teringat suatu petikan. Matahari adalah salah satu Nur Allah yang dizahirkan dialam nyata. Watak heroinnya mati dipanggang cahaya matahari.
Watak hero alias Lycan ketua serigala jadian pula tak anti cahaya matahari. Entahlah. Bagaimana punya persepsi penulis, masyarakat barat tentang serigala jadian ni. Adakah ia sama wujud dalam bulan mengambang?Nampaknya Underworld serigalanya dapat bina tamadun. Kota. Politik. Ya aku tahu. Ia simbolik. Tapi aku bukan hurai tentang simbolik.
Ia tentang MAUT. Yang seronoknya Lord Vampire tu tidak dicairkan dengan cahaya matahari. Ia hanya ditikam ke dalam mulut oleh hero lalu dihumbankan ke dalam sungai. Dan ia hidup dan tidur dalam keranda dalam sebuah bahtera yang membawanya entah kemana.
MAUT-tak dapat bayangkan MAUT melalui hujung panah. Atau relik. Relik itu melekatkan banduan yang sedang melarikan diri melalui suatu lorong. Kesan itu bagus. Tetapi cara MAUT datang kepada mereka amat sadis. Hinggakan penonton lelaki cina sebelah aku mengelak2 dibangkunya!
MAUT-pertempuran serigala jadian dengan vampire. Memang sadis. MAUT tu sungguh cepat datang. Aku bencikan teknik kameranya. Aku fikir pengarah mahukan sesuatu. Mencuri masa! Ya!Ia memeningkan. Memualkan. Bukan kerana darah dan kepala yang ditembusi relik tetapi juga kekasaran MAUT itu datang.
MAUT-hero dan lord vampire terus hidup. Heroin mati. Habis cerita tentang maut dalam Underworld yang aku tonton mula jam 3.ptg hingga 5 petang. Aku tahu filem MAUT arahan Bade sedang ditayangkan di bilik panggung sebelah. Aku sedikit menyesal. Kerana MAUT dalam filem MAUT tentu berbeza. Bagaimana ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan