31 Januari 2009

Bikin skrip yang baik 3

Jadi apakah keunikan keempat2 drama bersiri ini dari aspek PERSAMAAN?

Bukan semata-mata menyiasat kes jenayah atau perlakuan devian, malah juga menyiasat tentang kehidupan dan psikologi watak. Sangat mengujakan.

Bermula dengan eksposisi ke konflik demi konflik yang membawa ke klimaks dan diakhiri dengan RESOLUSI, amat kejap dan mantap sekali. Ia disertai dengan sesuatu yang mengejutkan walau tidka terlalu mengejutkan ada yang klise tetapi ia berkesan sebagai sebuah drama yang baik dan berkualiti.

Dialog yang bijak, berisi dengan maklumat dan sentiasa kedepan serta berteka teki. Sangat empati.

Pelakonnya memberi komitmen yang tidka berbelah bahagi. Cthnya dalam satu siri dalam drama HIGH CHAPPARAL big john sesat di gurun dan tiada air bersama anaknya Blue. Satu babak Big John menemui air yang digali oleh Blue dnegan tangannya dan air itu bercampur dengan tanah. Big John memasukkan tanah yang dibasahi air itu ke dalam mulutnya dan ia sungguh realistik!!!Membuktikan penghayatan pelakon yang amat tinggi.

Sarat dengan nilai2 kemanusiaan dan pengajaran yang adil dan sewajarnya.

*Ini dilihat secara umum. Selepas ini aku akan mengulas secara khusus drama yang aku aku tonton ini. Petang ini ada perhimpunan hapuskan PPSMI. Penulis2s skrip dna penggiat drama seni filem hadirkan2 diri tak kira sama ada pro atau kontranya. PENULIS SKRIP YANG BAIK MESTI MELIBATKAN DIRI DENGAN MASYARAKAT DNA SEMESTINYA BUKAN SEKADAR MELEPAK TETAPI JUGA TURUT SERTA DALAM ADEGAN YANG JARANG BERLAKU DI SEKELILING KITA. IA MEMBERIKAN PENULIS ITU IDEA YANG UNIK. DRAMA JUGA ADALAH SUATU PENGALAMAN YANG UNIK, SEDIKIT BERBEZA DAN MESTI MENGUJAKAN.

Bikin skrip yang baik 2

Kita lihat apa keunikan drama2 ini dari segi PERBEZAANNYA.
THE DRESDAN FILE-tentang watak utama Dresdan yang membantu Leftenan (polis) menangani kes-kes jenayah yang bersifat supernatural. Bagaimana fakta supernatural digauli dengan fakta nyata bersifat empiris dalam menanngani kes-kes jenayah abnormal ini.
MANNIX-tentang watak utama Mannix seorang agen penyiasat persendirian menangani kes-kes klien yang biasanya sangat sukar dirungkai dan tindakan2 Mannix yang lebih kedepan berbanding Lu iaitu bossnya dalam menangani kes klien mereka. Biasanya ia tentang kes penipuan harta, jenayah dan devian.
DEXTER-tentang watak utama Dexter Morgan yang menjadi seorang pegawai polis dalam bidang forensik yang mengkhusus dalam aspek darah. Pada masa yang sama Dexter seorang pembunuh bersiri yang membunuh pembunuh yang membunuh orang awam.
HIGH CHAPPARAL-tentang watak Bro Big John bersama anak-anaknya serta keluarganya menjalankan aktiviti penternakan lembu di kawasan Gurun yang kawasan mereka duduki di empati oleh puak orang asli Apache yang selalu memberi ancaman dan menguji mereka. Juga tentangan drp pihak berkuasa di sana yang salah guna kuasa-anti establishment.
Jadi lihatlah subjek mereka. Itulah perbezaan antara drama2 bersiri ini. DEXTER sebuah drama yang diterbitkan pada tahun 2006 manakala HIGH CHAPPARAL dan MANNIX pula drama bersiri tahun 70-an-80an.
Bagi aku props dan alatan dalam drama bukanlah perbezaan yang menentukan kualiti sesebuah drama itu. Tetapi, apakah subjeknya. SUBJEKNYA itu mennetukan keuniikannya. Keunikan itu ditentukan oleh PERBEZAANNYA. PERBEZAAN itu pula menentukan IDENTITINYA. IDENTITI menentukan KEASLIANNYA.
Aku takkan huraikan lagi. Cukup sekadar pernyataan seperti di atas dan tonton sendiri. Menonton sendiri akan menjawab apakah subjek dan IDENTITI yang unik bagi stp drama di atas yang menentukan KEASLIANNYA. Mungkin selepas ini aku akan menghuraikan pula dengan lebih khusus ciri KEASLIAN setiap drama diatas dehgan langgam aku sendiri.

Bikin skrip yang baik 1

Beberapa buah drama bersiri di saluran RTM 2 sekarang sangat baik ditonton. Hal ini kerana drama2 bersiri tersebut seolah-olah merungkaikan keseluruhan bentuk, acuan dan modus operandi bagaimana sesebuah drama yang baik itu diskrip dan divisualkan. Berikut aku senaraikan.
Drama bersiri THE DRESDEN FILE di TV2 setiap Selasa, pukul 11 mlm.
Drama bersiri MANNIX di TV2 setiap Selasa, pukul 12 tghmlm.
Drama bersiri DEXTER DI TV2 setiap Rabu, pukul 11mlm.
Drama bersiri HIGH CHAPPARAL TV2 setiap Rabu, pukul 12 tghmlm.
Ada lagi drama bersiri terbaik RTM 2 tetapi yang di ataslah yang paling aku ikuti kerana keunikannya. Keunikannya boleh dilihat kepada dua sama ada dari segi PERBEZAAN yang merujuk kpd IDENTITI masing2 karya dan juga PERSAMAAN yang merujuk kepada teknik plot, konflik, klimaks dan resolusinya. Kedua-dua aspek ini membawa bersamanya NILAI KEMANUSIAAN yang tinggi. Ukuran sejauh mana NILAI itu benar atau salah adalah subjektif. Akan diperbincangkan.

Motivasi Untuk Penulis Skrip

Salah satu kisah bagaimana dengan memberi 100% komitmen akan memberikan anda hasil lumayan yang bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit semata-mata tetapi juga untuk kepuasan diri dan impian anda.

Pada masa sekarang, Sylvester Stallone adalah seorang pelakon Hollywood yang paling popular dan antara aktor yang mendapat bayaran tertinggi iaitu hampir US$20 juta untuk satu filem sahaja!

Pada pendapat anda, adakah beliau dilahirkan dengan anugerah atau memiliki nasib yang baik?
Mari kita sama-sama renungi kisah perjalanan beliau dalam menjadi seorang aktor yang ternama sehingga kini.

Stallone memiliki keluarga yang sangat miskin sehinggakan Stallone dilahirkan oleh ibunya di pintu sekolah. Sejak kecil lagi , Stallone mengalami masalah pada mukanya yang akhirnya menyebabkan bahagian kanan mukanya menjadi cacat. Oleh sebab itu, Stallone terpaksa mengharungi hidupnya dengan pelbagai kekurangan tetapi beliau tetap mempunyai IMPIAN yang BESAR.

Impian beliau ialah untuk menjadi seorang pelakon dan menjadi ikon untuk memberi semangat dan inspirasi melalui filem-filem yang beliau lakonkan.

Langkah beliau bermula pada saat beliau memasuki kelas lakonan dan mula pergi untuk uji bakat. Walaubagaimanapun, dengan cara lakonannya yang kaku pada masa itu telah menyebabkan Stallone tidak diterima untuk menjadi pelakon. Namun, beliau tidak mudah berputus-asa. Beliau mengubah strategi dan mencubanya berkali-kali.

Malangnya, walaupun telah mencuba pelbagai strategi dan mencuba berkali-kali, impian Stallone masih juga tidak menjadi kenyataan. Sehinggakan isteri beliau menyarankan Stallone agar melupakan saja niat “bodoh” beliau untuk itu untuk menjadi pelakon dan pergi mencari kerja seperti orang lain.

Stallone mengalami hidup yang sangat tertekan yang memaksa beliau menjual anjingnya dengan harga $50 dan menggunakan duit itu untuk meneruskan hidup. Itu adalah saat paling menyedihkan dalam hidupnya kerana anjing beliau itulah yang menjadi teman sejatinya selama ini.

Pada satu hari, beliau melihat satu rancangan tinju antara juara tinju dunia, Muhammad Ali dengan Chuck Wepner, seorang peninju underdog yang semua orang fikir Muhammad Ali boleh kalahkan dalam masa tidak sampai pusingan ketiga. Tiada sesiapa pun menyangka keyakinan dan kesungguhan Chuck Wepner pada masa itu. Walaupun sudah melebihi pusingan ke-15, Wepner masih juga tidak mahu menyerah kalah.

Stallone teruja melihat kisah tersebut dan mendapat inspirasi melalui filem yang akan beliau akan tulis. Beliau mula menulis selama 84 jam tanpa henti sehingga skrip pertamanya itu siap. Beliau sangat gembira dengan hasilnya itu dan percaya skrip itu bakal merubah hidupnya. Nama manuskrip itu adalah “Rocky”.

Seperti biasa, tidak semua yang kita lakukan akan berjalan lancar dan sama seperti usaha baru Stallone kali ini. Beliau berusaha menjual skripnya di serata tempat namun tidak ada seorang pun yang meminati skrip beliau. Dan, seperti anda kenal watak ‘Rocky’, Stallone juga tidak mudah putus asa.

Pada suatu hari sebuah syarikat berminat untuk membeli skrip beliau dengan tawaran US$75,000 untuk skrip dan juga hak untuk membuat filem. Tawaran ini pastinya membuatkan Stallone gembira tetapi ingat, IMPIAN Stallone adalah untuk menjadi seorang pelakon bukan penulis!

Jadi, Stallone berbincang semula dengan syarikat tersebut. Beliau menambah syarat, beliau boleh menjual skrip tersebut tetapi watak utama untuk filem ‘Rocky’ mestilah diberikan kepadanya.

Lantas syarikat tersebut tidak bersetuju dan menyatakan beliau hanyalah seorang penulis bukannya pelakon. Stallone masih juga tidak berganjak dengan keputusan beliau dan enggan menjual skripnya jika beliau tidak diambil berlakon untuk filem itu. Syarikat tersebut kemudiannya menambah tawaran untuk skrip Stallone sehingga US$ 255,000 dan US$1 juta, tetapi Stallone masih juga yakin yang watak ‘Rocky’ dalam filem tersebut hanya layak dilakonkan olehnya dan bukan orang lain.

Akhirnya, syarikat tersebut bersetuju tetapi mereka meletakkan syarat filem tersebut hanya dibuat dengan budget kurang dari 1 juta dan Stallone hanya akan mendapat US$35,000 untuk upah penulisan dan lakonannya. Walaubagaimanapun, Stallone masih mendapat peratus keuntungan melalui royalti jika filem tersebut memberi pulangan kepada mereka. Stallone bersetuju dengan syarat tersebut tanpa berfikir panjang lagi.

Perkara pertama yang Stallone lakukan selepas mendapat wangnya adalah membeli semula anjing yang dijualnya dahulu. Beliau berjumpa dengan orang yang membeli anjingnya dan membuat tawaran US$100. Lelaki itu enggan menerima tawaran Stallone dengan alasan beliau tidak berminat dengan tawaran itu. Stallone menambah lagi tawarannya sehingga US$1000 namun lelaki itu masih juga enggan menjual anjing itu. Lelaki itu berkata “ tidak ada satu jumlah wang yang boleh membeli anjing ini daripada saya”.

Mungkin pada ketika ini, ramai yang akan mula berputus asa tetapi bukan Stallone. Beliau percaya dengan komitmen, beliau boleh mendapatkan apa sahaja yang beliau mahu. Akhirnya beliau menawarkan US$15,000 untuk membeli anjingnya. Stallone mendapat anjingnya semula . Beliau juga menambah tawarannya dengan memberi sebahagian watak untuk filemnya kepada lelaki itu.

Apabila filem ‘Rocky’ dilancarkan, jumlah keuntungan melalui filem itu mencecah US$171 million dan telah dinobatkan sebanyak 10 anugerah akademi termasuklah lakonan terbaik dan juga Oscar for Best Picture and Director.

Stallone dengan pantasnya melonjakkan nama sebagai aktor dalam kelasnya tersendiri. Beliau menjadi sangat popular. Hasil daripada kejayaan ini, Stallone mendapat lebih banyak tawaran lakonan antaranya untuk filem First Blood, Rambo dan filem sekuel Rocky.
Stallone percaya, dengan memberi 100% komitmen, pasti ada jalan untuk mendapatkannya.

Balas Cik Niza

salam...

tq. saya telah memanjangkannya (Dr. J) kepada tn hj abu hassan morad. insyaAllah, apa-apa perkembangan, saya akan maklumkan nanti. tq

regards,
rajaniza
layar consult

30 Januari 2009

Zauk

Adalah sejenis perasaan yang dilemparkan ke dalam hati salik atau faqir pada bila-bila masa dengan kehendak ALlah jua. Biasanya bagi mubtadi, ia mengalami zauk pada ketika zikir. Pada arifbillah bila-bila masa. Malah dengan anugerah Allah zauk boleh berlaku pada sesiapa pun jua. Zauk bukanlah matlamat. Zauk bukanlah yang dicari oleh salik dan arifbillah. Zauk boleh datang dalam bentuk sedih, gembira, syahdu, terharu dan berbagai-bagai emosi lagi secara spontan, tanpa diminta dan disedari. Zauk bukan berzikir sehingga menggoncang-goncangkan badan seperti dirasuk jin. Teruslah berzikir dalam diam dan dalam bising. Dalam tawa dan dalam tangis. Dalam puji dan dalam hina. Dalam lembut dan dalam keras. Dalam senang dan dalam susah. Dalam apa pun jua. Zikirlah ikhlas semata-mata kerana Allah wahai diri yang degil!!!

Cinta Agung

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar
.............................................I N F I N I T I........................................................

29 Januari 2009

Cik Niza Cuti Tapi Ofis bukak

Lama den telefon. Tak angkat. Nyaris den letak telefon. Orang angkat.

Pompuan:Ye kenapa?

Den:Ni cik niza ke?

Pompuan:Tak. Dia cuti.

Den:Ooo. Ofis bukak, dia cuti?

Pompuan: Yer, kenapa?

Den:Ni sy ada hantar proposal drama bersiri ke email cik Niza.

Pompuan : Ok.

Gedegang. Tak berhemah punya manusia. Den sms ke no cik Niza. Bagitau. Dua jam kemudian dia balas.

Niza
(sms)

K...sy cuti hari ni. nanti sy tgk. tq.

Den harap diorang baca elok2 proposal 15 halaman tu. Sarat idea baru. Barangkali. Dah lama Cikgu mintak drp Den. Kali ni baru Den dapat idea. Maaf ye. Den tak tulis cerita cinta. Dr. J nama diberi.Hehehe.

Buku dan Filem 2

Baru saja aku sentuh tentang buku dan filem. Subjeknya. BUKU DAN FILEM bro!. Ia boleh datang dalam berbagai cara. Ia boleh babakkan dengan berbagai kaedah. Bila aku tonton Inkheart jam 5.30 ptg-semestinya sesudah solat asar-aku teringat kepada Bedtime Stories. Aku ingat Almanak yang dalam Back To The Future. Dan. Banyakkkkkkkkkkkkk lagi filem2 Holywood yang mana buku menjadi salah satu proopsnya. Ops. Mungkin aku salah. Orang filem tlg betulkan. Buku itu props?

Ok. Inkheart. Ideanya tak jauh beza dengan Bedtime Stories. Buku cerita dibacakan kemudian jadi realiti. Hebat tu. Dalam Inkheart aku tersenyum lebar sewaktu mula-mula narrator cakap Penglipur lara bla bla...Aku teringat Awang Sulung Merah Muda yang dibawakan oelh Penglipur Lara Pawang Ana kemudian dibukukan oleh DBP.

MAUT dalam Inkheart adalah manis. Kerana maut itu hanya kepada penjahat. Aku lupa kumpulan penjahat tu, aku dah katakan aku lemah ingat nama orang. Aku tonton filem kerana imej dan visual yang diberikannya kepada aku.

MAUT-antagonis menjadi abu setelah Maggie membacakan cerita yang ditulisnya sendiri diatas tangan hingga ke lengannya.

Ia suatu fantasi bulan madu. Jika Pawang Ana mengambil masa bercerita 7 hari 7 malam tetapi Maggie bercerita sebabak sahaja dengan berbagai kejadian aneh dan berlaku pulak tu. Khabarnya ada makhluk ghaib memberikan informasi kpd Pawang Ana semasa dia menceritakan Awang Sulung merah Mudanya itu. Syy...

Watak nenek hero yang dilakonkan oleh Brendan Fraser juga berkesan sebagai pelengkap latar filem ini. Tentang buku. Brendan. Seorang penglipur lara moden. Ada kuasa ajaib. Menurunkan kpd anaknya. Mendengar watak2 dalam buku berbicara dan berkonflik. Hebat. Ia membuatkan manusia2 yang jauh drp buku melihat rak buku. buku2 yang tersusun dan penghargaan kepada buku.

Mesejnya bacalah buku. Bedtime Stories. Ohh ia cerita jenaka. Ia terhad sebenarnya. Cerita sebelum tidur kpd anak2. Tetapi Inkheart lebih kepada pembudayaan buku. Keasyikan buku. Aku sebetulnya mengesan ada babak cacat dalam Inkherat yang diterbitkan oleh Paramount Pictures ini. babak tak perlu nenek Maggie menyikat (?) rambutnya sewaktu dalam lori bandit dalam lori. Tak perlu!!!

Dan satu babak lagi. Tapi aku dah lupa. Jgn lupa buku. Kpd penulis skrip filem tempatan. Namun jgn pula klise menampilkan buku dalam filem. Lihatlah sedikit kekreatifan akan menjadikan ia suatu yang menghiburkan dan bermesej spt dalam Inkheart dan Bedtime Stories.

Plot Inkherat masih lemah. Ada lompong akhir yang tak kejap. Membosankan. Apapun dalam Inkheart dalam grednya tersendiri. Aku fikir mereka kalut membikin filem hingga kesilapan itu aku orang Asia dapat mengesannya. Kufikir depa pun dapat kesannya. Ntah penonton lain. Inkherat juga macam tak ada arah yang jelas. Komedia kah seriuskah?Ada ekspresi kaku pada watak. Agak keras lakonan. Mungkin banyak kerja lain dibuat. Ah aku melalut pula.

Opss baru ingat, Underworld 3 aku berikan kredit pada eskprisi muka watak. Sangat hebat. Itu je. Yang lain spt cerita sunngguh klise. Kesan khas tak dapat dinafikan. Hebat. Ye lah bajetnya berapa ratus juta.

Tunggu geng:pengembaraan bermula!Minggu depan Rabu baru aku nak tonton MAUT-tgk ulsan ajamai memang menarik walau aku secara jujurnya tak berapa suka filem Bade sebelumnya. Bukan tak bagus. Ia seperti kek yang dah nak siap tetapi tiba-tiba ada satu dua cacat yang membuatkan aku buang kek tu, Apapun aku menyokong filem melayu beb. AKu masih ingat aku marah kepada budak2 yang mengutuk Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang yang tertiarap di atas lumpur. Poyo!Jetit mereka. Aduhai, yang aku kenal Hang Tuah bukan begitu!

Bade, Rabu depan aku tonton MAUT. Bro ajami, maaf sebab tak dapat penuhi permintaan bro ulasnya di sini. Rabu depan. Aku tak boleh hari ini. Sebab kerja satu. Dua sebab aku akan nak tgk double film. Habis masa aku. Kihkihkih.

Maut 2

Semalam sewaktu aku tiba di Mid Valley, manusia aduhai..,tapi mujurlah kaunter di GSC Mid Valley ada 10...manusia2nya pula lancar membeli tiket..agaknya mereka dah merancang awal. Mereka tidak seperti aku. Juga ada yang seperti aku. Masih memilih. Melihat kepada skrin yang bergerak. Judul2 filem yang terpamer hari ni. Rabu. Tiket RM 7.00. Aku nak tgk 2 filem. Ikut nafsu 3. Argh! Sesekali aku ternampak Howard sewaktu kecil berdiri didepan aku. Bila aku besar nanti aku mahu jadi....Sukar sungguh aku nak hapuskan babak itu.

Baiklah. Aku mencongak begini. Underworld atau Inkheart. Maut sudah pasti. Waktu tayangan. Aduhai! Jam 3.05 ptg. Inkheart dan Underworld masing2 3 ptg dan 5.30 ptg. Aku congak lagi.Maut pukul 2. ptg. Tapi sebelum aku tiba di akunter tiket pukul 2. ptg diumumkan sudah habis!!!Hampeh. Tayangan seterusnya jam 4 ptg, Aduhai. Ditengah2 tayangan Underwolrd dan Ink Heart. Aku buleh saja amik Maut jam 4 ptg dan Inkherat jam 9 mlm. Tapi aku tak mahu terlepas drama siri DEXTER TV 2 jam 11 mlm. Argh!Aku pantang sekali menonton drama atau filem yang dah setengah jalan!

Aku congak lagi. Dada aku berdebar. Sedikit demi sedikit aku kian hamoir di kaunter. Aku congak lagi. Congak punya congak. Akhirnya aku buat keputusan. Maut minggu depan. Ceh!

Apapun aku sukakan kejutan. Baiklah. Aku sukakan filem bukan kerana dari mana ia dilahirkan. Tetapi apa subjeknya. Aku bukan anti filem nasional ok!Aku bukan pesimis walau aku kecewa banyak kali menonton filem jamban, pinjam kata bro ajami yang sudi2 jenguk blog budak sastera menilai filam dari kacatama sastera dan bebas.

Aku teringat drama Ayam Pencen. Penulis skripnya perempuan. Aku suka drama tu bukan kerana ceritanya tetapi kerana teknik kemeranya yang cepat. Macam tonton telenovela pula!Cuma teruja. Selalunya drama Melayu meleret2 dan melankolik. Cukuplah seorang penulis skrip tu yang suka tulis drama manusia2 yang berserah kepada takdir. Miskin susah dan melarat. Dah muak. Jarang dah aku tengok drama kotemporari drama yang seberserah dan semelankolik itu. Era Romeo dan Juliet sudah berlalu bro!

Baiklah. Maut-subjek yang menarik. Aku dongak ke atas. Terserlah papan iklan MAUT dan atasnya tertulis dengan jawi Maut. Aku tegaskan aku sukakan subjek filem. Subjek adalah idea asal dan pertama. ia mennetukan keaslian sesebuah karya apa genre pun.

MAUT-dadaku berdebar menuju ke kaunter. Ke manakah RM 14.oo ini akan ku laburkan untuk mindaku hari ini?Aku kian terdesak. Sementelah aku perlukan ilmu dan teknik. Ya aku tak katakan cumbuan, romen2 dan syaitan2 yang didewakan. Tetapi ilmu teknik bikin filem. Itu sahaja.

MAUT-adalah subjek yang hampir ada dalam semua filem. Biasanya MAUT itu adalah watak jahat, antagonis. Watak baik hidup kekal meraikan kemenangan! Aku teringat nabi sabda. Cukuplah mati sebagai penasihatmu.

MAUT-dalam Underworld aku cuba memahami MAUT. Ya. Walaupun aku gagal untuk membeli tiket MAUT semalam, aku nak tengok juga MAUT dalam Underworld. Bagaimana MUAT itu dibabakkan menjadi suatu cermin minda penulis skrip dan pengarahnya. Nyatalah MAUT dalam underworld mengecewakan aku. Buang batas logika. Aku duduk dalam batas filem dan esetika. Aku tak suka melihat cara MAUT itu datang kepada watak2 dalam Underworld 3.Memang sadis. Pontianak lwn serigala jadian. Dalam kepercayaan filem inilah, spesis Pon-pon cair dibakar matahari. Aku teringat suatu petikan. Matahari adalah salah satu Nur Allah yang dizahirkan dialam nyata. Watak heroinnya mati dipanggang cahaya matahari.
Watak hero alias Lycan ketua serigala jadian pula tak anti cahaya matahari. Entahlah. Bagaimana punya persepsi penulis, masyarakat barat tentang serigala jadian ni. Adakah ia sama wujud dalam bulan mengambang?Nampaknya Underworld serigalanya dapat bina tamadun. Kota. Politik. Ya aku tahu. Ia simbolik. Tapi aku bukan hurai tentang simbolik.

Ia tentang MAUT. Yang seronoknya Lord Vampire tu tidak dicairkan dengan cahaya matahari. Ia hanya ditikam ke dalam mulut oleh hero lalu dihumbankan ke dalam sungai. Dan ia hidup dan tidur dalam keranda dalam sebuah bahtera yang membawanya entah kemana.

MAUT-tak dapat bayangkan MAUT melalui hujung panah. Atau relik. Relik itu melekatkan banduan yang sedang melarikan diri melalui suatu lorong. Kesan itu bagus. Tetapi cara MAUT datang kepada mereka amat sadis. Hinggakan penonton lelaki cina sebelah aku mengelak2 dibangkunya!

MAUT-pertempuran serigala jadian dengan vampire. Memang sadis. MAUT tu sungguh cepat datang. Aku bencikan teknik kameranya. Aku fikir pengarah mahukan sesuatu. Mencuri masa! Ya!Ia memeningkan. Memualkan. Bukan kerana darah dan kepala yang ditembusi relik tetapi juga kekasaran MAUT itu datang.

MAUT-hero dan lord vampire terus hidup. Heroin mati. Habis cerita tentang maut dalam Underworld yang aku tonton mula jam 3.ptg hingga 5 petang. Aku tahu filem MAUT arahan Bade sedang ditayangkan di bilik panggung sebelah. Aku sedikit menyesal. Kerana MAUT dalam filem MAUT tentu berbeza. Bagaimana ya?

28 Januari 2009

Tanah dan Bahasa Siri 1

1.Ada Melayu mempertahankan tanah sahaja.
2.Ada Melayu mempertahankan bahasa sahaja.
3.Ada Melayu mempertahankan tanah dan bahasa.

Anda di golongan mana?

Renung-renungkan!...

bersambung...

Maut atau

Cadang nak habiskan cuti hari ini dgn menonton filem di panggung. Sedang berkira filem apa. Sokonglah filem Melayu!Begitu suara hati menerjah. Ya...perlahan jer jawab balasnya. Maut-tentang kematian..bro ajami telah mengulas filem Maut drp sudut pandangnya...aku?Belum menontonya lagi. Ulasannya menarik jugak. Tapi biasalah. Selain cerita aku juga mementingkan kekreatifan drp aspek sinematografi dan kekemasan plot dan keunggulan dialog. Jadi?Biasanya..atau itu lebih baik. Atau itu lebih mencengkam. Atau itu lebih mendidik secara tak langsung. Atau..atau itu lebih menghiburkan...Jadi Maut atau...yang atau itu. Tengok kepada masa dan tempat duduk. Aku mahu di tengah bukan di tepi!. Atau...atau aku mahu gila2 sebulan lepas tonton 3 filem pada hari yang sama dari pagi sampai malam? Itu akan dipertimbangkan. Proposal DR. J belum selesai. Farahana, penulis bersamaku balik kampung. Tak tengok lagi 3 episod yang dia cuba buat. Kalut!Aku nak tengk dari segi falsafah ceritanya adakah mengikut skema yang telah ditetapkan!Yer, aku tak boleh lambat. Sekarang 11.30pagi. Sepulangnya nanti aku akan kemaskinikan blog dgn masukkan ulasan aku tentang filem yang aku tonton. Malas aku nak ulas tentang AUSTRALIA dan lain2 filem hujung tahun lalu yang aku tonton marathon. Marathon 2 hari dgn enam filem. Pergh!Rekod. Aku tak mau buat lagi. Nanti aku terpaksa makan meggi. Hehehehe. Sambil buat tonton boleh maniskan masakan Dr. J lagi. Dan sepulangnya aku boleh tulis sinopsis lengkap semuanya. Tinggal 3 episod lagi. Dan..apa aku nak buat dulu ni?Ulas filem aku tonton?Atau lengkapkan sinopsis Dr J yang berbaki 3 episod akhir?Atau..atau yang lebih menghiburkan!

Baca buku!

27 Januari 2009

Aku mahu adaptasi novel SALINA

SALINA tak usah aku perkenalkan lagi. Ia sudah dikenali sebelum aku lahir lagi. Ceritanya..aku teringin sangat nak adaptasinya ke filem! SALINA kalaulah difilemkan aku rasa ia dapat menandingi Dr Zhivago atau filem2 kesan perang yang berlambak dihasilkan dari dulu hingga kini.

Tanggapan Aku

Kampung Kambing-kesan peperangan
Singapura-sedang dibangunkan
SALINA-seorang watak pelacur
Helmi-anak Melayu yang berusaha merubah nasib dgn menekuni ilmu dgn perbelanjaan Salina hasil drp pelacuran
Abdul Fakar (Zakar?)-yang hanya tahu menutuh Salina, makan hasil kerja Salina dan memukul Salina
Sunarto-imej anak Melayu berbeca pascaperang
Razman-penggila buku ttp tdk mampu merubah apa2
Hj Karman-hanya berhadis semata2 tak mampu merubah apa2
Zarina-simbol wanita dewasa pascaperang yang menyeksa dan mendera psiko
Nahidah(anak Zarina)-gadis Melayu yang diperkotak katikkan oleh situasi dan keadaan yang menyukarkan....
Kurupaya-pemilik kg kambing yang baik hati tetapi tegas dgn hutang dan sewa walau rumah sewanya itu seteruk kandang kambing!

Klimaksnya menarik..dramanya, dramatik...menyakinkan...plotnya cergas...dialognya hidup mewakili kelas2 dan starta sosial....

Tidak lupa kepada kambing Kurupaya yang sering diusik oleh Bulat..watak kanak-kanak yang hanya tenggelam dalam dunianya..tidak mengerti lagi apa yang berlaku disekitarnya..konflik manusia dewasa pascaperang....sbg hiburan bersemiotik yang mengesankan!
Tahniah Pak Samad. Novel ni akan terus hidup sejuta tahun lagi.

Sinopsis Buku

"Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hanyut berkelana menjadi buruh di Singapura.""

Selesai aku membaca novel ni aku berharap:

1.Tuhan elakkan bangsaku drp peperangan
2.Tuhan selamatkanlah bangsaku drp perpecahan
3. Tuhan berikanlah aku ilmu pengetahuan agar aku tidak miskin dan hina!

Dalam dalam buku dalam filem dalam kehidupan...ilmu itu ada dan ada....bagai nafas dgn darah...Rumusnya aku mahu adaptasi SALINA ke FILEM!!!! Aku jamin filem SALINA akan hidup sejuta tahun juga.

Soalan Pendek Aku.
Ada sesiapa yang mahu menaja?

Bajet
10 juta atau lebih.Ada berani?
Stok habis DBP lena

Filem dan buku

Penulis dan penggiat filem mesti bersama dgn buku.Menjadi ulat buku. Apa bidang sekalipun.Jadilah manusia yang teruja dgn pengetahuan dan ilmu.Barulah idea2 yang datang kemudian bernas dan berisi. Skrip ikut bernas dan berisi. Sinematografi ikut bernas dan berisi. Moga-moga.

The Aviator-Imiginasi Adalah Kehidupan Tanpa Batas


Setelah 4 tahun berada di pasaran, aku baru menonton filem ini. Hebat!Ia mengisahkan tentang Howard Hughes yang seorang pengusaha kapal terbang dan penerbit filem terbesar dan termahal dalam zamannya.
Aku terpesona dengan 5 minit terawal dan 5 minit babak terakhir filem ini yang memaparkan Howard Hughes sedang dimandikan oleh ibunya.
Babak Terawal
Kelihatan Ibu mengambil sabun dan memandikan Howard.
Ibu
Q U A R A N T I NE
Howard Hughes
quarantine
Ibu
Kamu tahu tentang penyakit taun?
Howard Hughes
Ya ibu.
Ibu
Kamu tahu tentang penyakit thypus?
Howard
Ya ibu.
Ibu
Kamu tahu ia boleh terjadi kepada kamu?
Howard
Ya ibu
Ibu
Kamu tidak selamat.
Babak seterusnya menceritakan tentang kehidupan Howard yang mewarisi kekayaan keluarganya yang memilki telaga minyak. Howard melaburkan seluruh kekayaannya untuk kapal terbang dan filem.
Juga ditunjukkan Howard menglamai penyakit obsesif kompulsif, perfecsionist dan saingan drp pesaingnya Pan Am. babak terakhir filem ini meresolusikan segala-galanya. Membina kapal terbang secara besar-besaran, tanpa menghiraukan wang, membina Hercules yang kemudiannya dibatalkan pembeliannya oleh tentera US saat-saat akhir, Hercules terhempas dan nyaris membunuh Howard, teman wanita yang tidak menyintainya. Namun babak akhir sangat memikat.
Babak Terakhir
Howard Hughes
Arah masa depan
Berulang2 kali. Sehinggalah Howard Hughes mengingati 'sambungan' babak dengan ibunya.
Ibu
Kamu tidak selamat.
Howard Hughes
Apabila aku besar nanti aku akan terbangkan kapal terbang yang paling pantas dibina, menerbitkan filem paling hebat dan menjadi lelaki paling kaya di dunia.
Howard Hughes
The waf of the future...
the way of the future...
the way of the future...
the way of the future...
the way of the future.
Dua babak ini yang menjadi pembuka dan penutup filem ini menjadi resolusi keseluruhan filem ini. Rumus aku, filem ini memberikan inspirasi bahawa tiada apa pun yang mustahil dibina dan dilakukan oleh manusia selagi ia akan usaha dan daya ke arah itu.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430/Tahun Baru Masehi 2009...Berhijrah


Mulai hari ini-27 Januari 2009/1 Safar 1430-blog http://www.jiwaragaminda.blogspot.com/ dihapuskan kerana masalah teknikal lalu dipindahkan ke sini. Tulisan lalu sedang ditapis sebelum diisi semula ke dalam blog ini agar tidak membawa masalah seperti masa lalu.


Ini adalah catitan terbaru aku. Akan disusuli dengan isi yang akan lebih rencam, pelbagai dan warna warni. Selamat Tahun Baru!.


Salam ingatan drp sy.


08 Januari 2009

CONTOH FORMAT SKRIP YANG PALING MUDAH

Ada yang email tanya aku macam mana bentuk skrip dan lakon layar?

Jawapannya: ada perbezaan. Skrip adalah konsep idea asal cerita yang ditulis oleh penulis skrip.

Manakala lakon layar ialah skrip yang telah diberikan sudut pandan gerak kerja kamera serta aspek pengarahan yang lain. Ini untuk pengarah.

Maka aku penulis skrip semata. Formatnya amat mudah. Berikut contoh permulaan sebuah skrip filem seram yang sudah siap sepenuhnya.

SKRIP FILEM ‘________' (*Rahsia) OLEH MUHAMMAD ALI ATAN.


1. EXT. RUMAH TERES ZURA&ANA – SENJA

DI SUASANA SENJA ‘MAMBANG KUNING’. KELIHATAN SEBUAH KERETA BERHENTI DI HADAPAN SEBUAH RUMAH TERES. ZURA (22) KELUAR DARI KERETA. WAJAH ZURA TAMPAK PUCAT DAN TIDAK BERMAYA. ZURA TERBATUK-BATUK KECIL.

ANA
(risau)
Zura...bertambah pucat muka kau ni...kau sakit ke?

ZURA
(senyum tawar)
Aku ok. Cuma letih sikit. Ana, kau belikan aku nasi ayam dan air barli tanpa ais ok?

ANA
(senyum hambar)

Ok. Kau masuk dulu. Sekejap lagi aku kembali.

KERETA MENINGGALKAN ZURA SENDIRIAN DI DEPAN RUMAH. ZURA BERJALAN GONTAI MENUJU KE PINTU RUMAH. ZURA TERPANDANG SEEKOR BURUNG HANTU BERTENGGEK DI BUMBUNG RUMAHNYA. BURUNG HANTU ITU SEPERTI MEMANDANGNYA DENGAN TAJAM. ZURA TERUS BERJALAN TANPA MEMPEDULIKANNYA.

NAMUN TIBA-TIBA ZURA TERMUNTAH. ZURA AMAT TERKEJUT APABILA MELIHAT DARAH SEGAR MELAMBAK KE TANAH. ZURA MEMEGANG DADA DAN LEHERNYA. ZURA BERASA DADA DAN TEKAKNYA AMAT SAKIT LALU ZURA TERBARING DI ATAS TANAH.

ZURA PENGSAN. SUDUT LAIN BURUNG HANTU ITU TERUS MEMERHATIKAN ZURA. TIDAK LAMA KEMUDIAN ANA KEMBALI. ANA(22) KELUAR DARIPADA KERETA MENDAPATKAN ZURA YANG TERBARING DI TENGAH HALAMAN.

CUT TO:

2. INT.BILIK TUTORIAL – PETANG KEESOKAN HARINYA

PAPARAN SLAID POWERPOINT PADA SKRIN PUTIH DENGAN JUDUL ‘ALLAH MAHA ESA DAN KEKUASANYA’. DI BAWAH JUDUL ITU TERTERA MAKSUD SURAH AL-IKHLAS IAITU 1.ALLAH ITU ESA. 2 ALLAH TEMPAT TUMPUAN SEKELIAN MAKHLUK. 3. ALLAH TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN. 4. DAN TIADA SESUATU PUN YANG SETANDING DENGANNNYA.

SABIL
(senyum)
Kesimpulannya KeEsaan dan Kekuasaan Allah itu adalah mutlak. Ada apa-apa soalan?

SEORANG PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN.

SABIL
(senyum)
Ya, silakan.

PELAJAR PEREMPUAN 1
Apakah akidah seseorang muslim itu boleh terjejas jika percayakan hantu?

SABIL
(diam sejenak)
Tidak. Jika muslim itu percayakan kewujudan hantu itu sebagai syaitan dan iblis seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi lain jadinya kalau muslim itu menyakini hantu itu berkuasa membawa mudharat.

KELAS RIUH. PELAJAR PEREMPUAN 2 BANGUN.

PELAJAR PEREMPUAN 2
Bagaimana dengan sihir yang melibatkan syaitan dan iblis atau hantu itu..bermacam jenis sihir membawa mudharat kepada manusia..misalnya sihir jenis santau...

SABIL
Jika kita menyakini mudharat akibat santau itu terjadi secara mutlak berpunca daripada syaitan dan iblis, maka syirik jalilah kita. Namun jika kita menyakini mudharat itu terjadi atas izin Allah Yang Maha Kuasa...tanpa izinNya tidak akan bawa mudharat, maka itulah yang sebetulnya.

KELAS RIUH LAGI. SABIL (28) MENARIK NAFAS PANJANG. PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN DAN BANGUN.

PELAJAR LELAKI 1
Maksudnya...santau memberi mudharat dengan izin Allah jua..tanpa izinNya santau tidak akan berlaku...begitukah?

SABIL
Benar.Justeru Allah menyatakan dalam Surah Al Ikhlas ‘Allah tempat bertumpu segala makhluk’. Berdoa dan berlindung dengan Allah daripada hasutan dan sihir. Hal ini wajar kerana ‘Allah tiada yang setanding denganNya.’

PARA PELAJAR MENGANGGUK MEMAHAMI PENERANGAN SABIL.

SABIL
Saya ucapkan selamat bercuti semester. Tapi, jangan lupa pula tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Muhaimin itu. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh emel atau telefon saya. Insya Allah saya akan bantu sekadar tugas saya sebagai seorang tutor.

SABIL MENUTUP PEN MARKER. MENUTUP PROJEKTOR. MENGEMAS BARANG. BERSALAM DENGAN PELAJAR. MELIHAT JAM TANGAN.PUKUL 6.OO PETANG. MENUTUP PINTU BILIK TUTORIAL DARI LUAR.


CUT TO :

Kalau selepas babak pertama ini ada babak imbas balik di akhir babak 1 ditulis CUT TO FLASH BACK.
Bila nak tamatkan babak flash back pada babak ke 3 akhiri pada babak ke dua dengan DISSOLVE TO END FLASHBACK.
Mudah je kan. Soal macam mana nak masukkan cerita dalam filem/cerekA itu aku bagitau kemudian. Aku nak sambung menaip balik. Banyak masuk ni!
*Aku merasai betapa berfaedahnya meninggalkan orang yang jahil bodoh dan kurang adab ini kerana cita-cita aku sudah separuh tercapai. Alhamdulillah.

AKU PADA TAHUN 2009

Selamat Tahun Baru 2009 semua! Semua orang ada azam. Aku pun ada azam. Moga-moga aku dapat melaksanakan kesemua azam-azam ku itu.

Azam aku yang pertama ialah meninggalkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Ini suruhan Allah. Meninggalkan tu bermaksud meninggalkan berdebat dengan mereka. Hal ini kerana berdebat dengan orang yang jahil, bodoh dan kurang adab tidak mendatangkan apa-apa faedah. Melainkan jika sijahil sibodoh dan sipincang itu mahu berunding untuk mencari kebenaran dengan cara yang benar dan baik. Ini juga suruhan Allah.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik. Sifirnya mudah saja. Kalau kita kita berperangai kurang adab, mulut umpama ketur maka dia bukanlah umat yang mengikuti nabi.

Usaha harus ada untuk mendekati sifat2 Nabi Muhammad s.a.w. Jangan dilihat kepada orang lain. Sebaliknya lihatlah pada diri sendiri. Ok!

Kedua meninggalkan perasaan syok sendri seperti perasan diri sentiasa betul dan benar. Jadilah diri sendiri. Terimalah kekuarangan diri. Gunakan kekurangan diri untuk mencapai hidup yang sempurna. Insya Allah. Anda hebat!

Ketiga kepengarangan. Yap!Aku memulakan tahun 200 9 ini dengan mengarang beberapa skrip drama telemovie, merumuskan konsep sebuah drama bersiri daan sebuah skrip filem yang sudah aku jalankan. Genre?Seram. Seram yang tidak membawa faedah?Ada. Kenalah bijak. Yep inilah azam aku yang ke empat.

Keempat bijaksana. Belajar jadi manusia bijaksana. Salah satu ciri manusia bijaksana ialah tidak melayan manusia yang tidak beradap dan berakhlak. Ingatlah kalau kita baik jgn sesekali mencampuri atau melayan langsung manusia2 kurang adab ini. Ini kerana melayan mereka bermakna melayan kerendahan akhlak mereka. Melayan sifat ammarah mereka. Mahu berkelahi. Alhamdulillah. Setakat ini sahabat dan kawan-kawan yang akrab dan baik dengan diriku melebihi 99%. 1% lagi?Opps. Anggaplah itu syaitan. Tak kiralah syaitan yang nyata atau syaitan yang tak nyata. Hahaha. Jangan mara...

Kelima menjaga hati. Inilah terpenting sekali. Kalau hati tak jaga hancurlah hidup ini. Kata nabi "Sesungguhnya hasad bin dengki itu umpama api yang membakar pahala sepertimana api membakar kayu dan daun-daun kering"

Keenam jaga silaturrahim. Berbaik2lah dengan semua orang. Tapi kalau ada orang yang tak nak berbaik-baik dengan kita biarkanlah dia. Jangan layan. Sebab bila kita tidak melayan orang rendah akhlak yang fitnah umpat dan mengeji kita ni. lama-lama dia akan diam la. Tetapi sebelum dia nak diam tu dia akan melalui suatu proses iaitu proses 'terpantul balik' ke muka sendiri. Misal dia kata hei bajingan!Cacian 'bajingan' itu Allah kembalikan seula ke muka dia. Cubalah nak rasa betapa 'sakitnya hati' ketika itu. Hehehe. Dia akan tambah sakit hati. Biarkan je. Sama ada dia nak hangus atau pulih itu pilihan dia sendiri. Buat baiklah dengan kebanyakan orang. Walau bukan semua membalasnya dengan kebaikan, tetapi engkau akan menemui 99 orang yang baik bersedia bersamamu. Kata seorang tokoh pemikir terkenal, Kafka.

Ketujuh bersenamlah. Elok untuk jantung. Lawannya geram dan marah. Hehehe.

Sekian dulu motivasi tahun baru. Selamat berjaya diri. Tinggalkan remeh temeh maju dengan perancangan dan tawakal kepada Allah. Allah bersama orang yang sabar dan benar.