20 Julai 2010

Terawangan,Meragasukma,Perawat Islam dan Tok Awang Ngah

Belakangan ini, sempat saya melawat beberapa blog yang menceritakan tentang terawangan dan meragasukma. Biasa-biasa sahaja informasinya. Namun saya tertarik dengan blog beberapa perawat Islam yang menukilkan tentang pandangan mata batin ini. Blog RIDAM dan kursus selama 1-2 tahunnya begitu menarik perhatian saya. Kemudian saya menemui pula blog perawat Islam yang lain. Malah ada yang meluahkan kekecewaan dan kehampaan apabila keilmuan yang dimilikinya telah disalah sangka oleh perawat Islam yang lain. Selain daripada bercambahnya kursus perubatan Islam sama ada secara ekspress atau bimbingan berterusan sekali praktikal. Ini suatu perkembangan yang sihat walaupun ada pro dan kontranya. Kalau tidak sebelum ini kursus bersifat metafizik ini lebih didominasi oleh para rakan paranormal yang tidak menggelarkan diri mereka sebagai perawat Islam. Dalam keilmuan tenaga dalam dan sewaktu dengannya terawangan/meragasukma bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik pun. Apabila munculnya individu atau organisasi metafizik bukan jenama perawat/perubatan Islam yang menawarkan kursus  pengajian berkenaan terawangan dan meragasukma ini maka terdengar juga kata-kata yang menyatakan pandangan batin yang terhasil adalah daripada pandangan jin yang menempel pada seseorang itu. Malah ada perawat Islam yang mengingkari wujudnya mata batin atau mata dalam. Selain RIDAM, terdapat pula catatan yang mengemukakan kelemahan terawangan dalam blog perawat Islam. Saya membacanya sambil tersengih sahaja. Saya tidak mahu mengaku saya boleh menerawang, meragasukma atau sewaktu dengannya. Banyak kerja hakiki kena dilaksanakan dahulu. Sewaktu saya menaip entri ini, lebih kurang 40 minit lagi saya ada kelas pengajaran pertama untuk kursus Pengajian Melayu Bersumberkan Islam. Tentang blog perawat Islam yang menyatakan kelemahan terawangan itu, saya tersengih sebab alasannya sangat lemah. Pertama kerana ia tiada dalil jadi  kaedahnya tidak mendapat jaminan perlindungan daripada Allah kerana tidak ikut perubatan sunnah. Saya kagum semangat perawat Islam yang menulis entri tersebut. Pada siri ke2 pula dinukilkan pula pengalaman sebuah pusat rawatan Islam yang tersohor pernah sekali mengembleng seorang pemuda Afrika yang berlum berijazah perubatan Islam untuk menarawang ke kampung halamannya di Afrika. Pemuda Afrika itu melihat begitu banyaknya bomoh hitam yang bela jin dan "diri" pemuda itu telah ditangkap oleh bomoh sihir di sana. Maka berhempas pulaslah perawat Islam senior membantunya pulang ke Malaysia semula dan berjaya. Mulai hari itu pusat rawatan Islam berkenaan tidak mahu ajar terawangan/meragasuka. Beberapa hari lepas saya membelek koleksi novel unik Tok Awang Ngah. Saya terbaca bahagian akhir novel Bajang Peliharaan. Sewaktu 'saya-Tok Awang Ngah-' menerawang mencari punca akar umbi sihir Bajang ini, Tok Awang Ngah dibantu oleh Lebai Cot yang merupakan murid kepada Tok Aji yang datuk kepada Tok Awang Ngah. Sewaktu Tok Awang Ngah tiba di sebuah pondok yang terdapat sebuah tembikar berisi darah dan janin budak sebesar penumbuk, janin itu terbang ke udara. Satu lembaga mengarahkan janin (Bajang) itu menyerang Tok Awang Ngah tetapi TAN dengan haqqul yakinnya menyerang balas menyebabkan Bajang itu sekejap itu jua musnah dan tidak dapat berfungsi lagi. Lembaga itu menangis dan cuba mencampakkan rantai besi untuk memerangkap Tok Awang Ngah. Tetapi jaring besi itu hancur tak bersisa. Tercengang lembaga itu. Tok Awang Ngah pun membaca Surah Yassin sepenuhnya dengan mengulangi dua ayat daripada Surah Yassin sebanyak masing2 100x. Sepanjang bacaan tersebut, tak henti2 lembaga itu dihujani hujan api dari semua sudut sehingga di akhir bacaan Yassin tubuh lembaga itu berlubang-lubang hangus. Tok Awang Ngah disedarkan oleh Lebai Cot. Menjelang pukul 3 pagi anak Mat Natar datang memberitahu bahawa ayahnya Mat Natar mati dalam keadaan berlubang-lubang tubuhnya. Baharulah Saedah menceritakan bahawa dia pernah memetik bunga di halaman rumah Mat Natar. Pengalaman Tok Awang Ngah menarawang dan meragasukma untuk mencari punca penyakit atau sihir khianat atau saka pesakit adalah begitu unik sekali dan semuanya adalah BERJAYA. Kita tidak tahu amalan apakah yang diamalkan oleh Tok Awang Ngah kerana beliau tdk mendetailkannya dalam novel2nya (kalau ada bagitau saya) tetapi TAN menyatakan jin/setan memang tdk akan mampu mengalahkan manusia bilamana manusia itu yakin dan kuat serta teguh taqwanya serta zikirnya mengingat Allah SWT. Dalam blog paranormal atau master2 tenaga dalam, yang menawarkan kursus terawangan/meragasukma ada dinyatakan sebelum kita terawang dan meraga sukma ke alam ghaib tameng diri haruslah mantap. Tameng itu boleh berupa Ayatul Kursi dan apa juga amalan lain termasuk Rajah Kalacakra yang terkenal dikalangan pengamal kebatinan seNusantara. Tameng diri itu perisai diri le, kang ada yang syak kata itu sejenis nama jin atau nenek moyang jin pulak. Kaedah terawangan dan meragasukma ini tidaklah menjadi suatu kewajipan dalam merawat tetapi bagi kes yang berat dan rumit kaedah ini dapat dilakukan dengan JAYANYA dan berhasil JIKA betul pada kaedahnya dan betul pula pengalaman/etika serta kaedahnya. Namun jangan terus menghukum kaedah ini tidak mendapat jaminan daripada Allah kerana tidak ikut sunnah ataupun terdedah kepada bahaya serangan tok moh sihir dan sebagainya hanya kerana diri sendiri tidak mampu berbuat demikian. Ilmu Allah kan meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi. Ini hanya sebagai komentar saya. Saya kata tak semestinya kena guna kedah T/M ini dalam perubatan namun tidak salah juga menggunakannya jika difikirkan perlu. Saya kira dalam hal ini kita kena balik kepada basic iaitu sentiasa menyucikan hati kita daripada sangka buruk dan iri hati sesama kita. Insya Allah MANTAP!

3 ulasan:

  1. Salam tuan rumah, tertarik dgn post ini, saya pernah cuba teknik & petua yg sy baca dlm buku T.A.N.,"Berkelahi Dgn Syaitan", semasa menerawang dan menjadi. Saya boleh menerawang 'sementara' lbh 15 tahun dulu, krn waktu itu saya terkena penyakit sihir, kerap mengantuk & mimpi saya dipaksa dibawa melayang ke suatu tempat (tempat pensihir agaknya) dan disana saya disiksa/dipukul/dilemas/dibakar/dicucuk dsb nya. Dalam mimpi-mimpi yang berlainan itu saya dibawa ke berbagai tempat to' kong cina, wat siam, pondok orang asli, dalam tanah, dalam air dll. Kerap sangat keadaan itu berlaku, kekadang pd waktu yang lain saya dgn mudah menidurkan diri dan menerawang tanpa tujuan, tapi saya tak berani pergi jauh-jauh takut sesat lagi pun saya tak ada pembantu, tiada pengalaman, tidak pernah belajar dari sesiapa, kecuali apa yang saya baca dari buku T.A.Ngah yg mejadi buku kegemaran saya selain SBDJ,
    pengalaman saya bukan pertarungan yg hebat cuma yang kecil-kecil saja cuma guna tumbukan tendangan, tombak, panah saja sekali-sekala panah api. Dari situ pada saya cerita pengalaman T.A.N bukan mustahil.
    Yang mengagumkan saya kebolehan TAN menerawang ke 'masa lalu' dan ke 'perbatasan alam dunia dgn alam barzakh'... Ingin belajar, tapi tahu dari mana? dan sanggup ke saya?
    Fauz

    BalasPadam
  2. Hebat, kalau kita perhatikan dalam buku2nya ada ayat kunci yang digunakan oleh TAN. Kalau tak keberatan boleh saudara emailkan maklumat saudara. Mana tau kita boleh bersua bertukar2 pengalaman. :)

    BalasPadam
  3. salamun 'alaik tuan,
    Saya rasa, TAN adalah seorang yang 'arif tentang ilmu musyahadah...

    Menerawang itu bukanlah sesuatu yang mustahil malahan kalau dikaji ilmu Quantum Fizik dengan lebih mendalam, bunga-bunga penjelasannya ada pada parallel universe theory dan strings theory...malahan, kebanyakan fenomena yang kita rasakan pelik atau tidak masuk akal seperti berjalan atas air, merentas masa ke suatu tempat yang jauh dengan sekelip mata, memindahkan objek dengan sekelip mata, semua itu tidak mustahil. Ilmu itu sudah ada pada diri kita cuma kita sahaja yang tidak mampu meraihnya kerana cermin hati yang masih perlu digilap terang.

    BalasPadam