Agak pelik kalau orang yang kita hendak bantu tidak bersabar dengan pertolongan kita DAN kita pula yang hendak membantu kena bersabar berdepan dengan karenah ketidaksabarannya. Dalam hal ini saya agak berdukacita terutama sekali jika bantuan dan pertolongan itu bersifat keIKHLASAN.
Makna
Dalam sistem perubatan Melayu tradisional konsep IKHLAS itu ditafsirkan dengan sikap bomoh atau dukun atau perawat yang mengubat pesakit tanpa mengira waktu dan hari hatta jam 1 pagi sekalipun. Jika dipanggil orang atau dijemput orang kenalah dia datang juga mengikuti orang tersebut tanpa memikirkan soal diri sendiri.
Entah bagaimana konsep IKHLAS yang difahami secara samar-samar dalam masyarakat Melayu tradisi dibawa sampai ke zaman moden ini, zaman berkereta besar dan berumah agam, difahami sebagai bentuk yang tiada langsung sebarang imbalan terhadap sesuatu pertolongan.
Jika kita meneliti, bomoh atau dukun atau perawat dahulu mengenakan pengeras. Biasanya pengeras itu dalam jumlah spt 20 sen atau RM 0.25 sen. Ada pengeras diiringi dengan pemberian barang atau perkakas seperti gunting atau pulut kuning hadiah kepada si bomoh. Soal bomoh itu ikut Islam atau TIDAK itu bukan soal pokoknya kerana premisnya mudah; Tidak semua bomoh pakai syaitan atau jin jahat kafir menyihir dan mengubat org sekaligus. Kerana ada bomoh yang benar amalannya dan banyak baktinya serta menolak permintaan utk berbuat khianat kepada sesama muslim dan bangsa.
Dalam zaman ini, khususnya bomoh atau perawat moden mungkin tdk lagi mengamalkan konsep pengeras. Melainkan upah perkhidmatan. Tentang upah perkhidmatan ini, ia bergantung kepada kewajaran. Selagi ia wajar maka upah tersebut harus hukumnya.
Bayangkan konsep IKHLAS ditafsirkan oleh orang Melayu moden sekarang sebagai bomoh atau perawat langsung tdk boleh menetapkan upah di atas perkhidmatannya. Pengalaman membuktikan tanpa menyatakan atau menetapkan upah perkhidmatan yang diberi atau akan diberi, ada Melayu moden sekarang ini tidak beri apa-apa langsung kepada bomoh atau perawat hatta sepuluh sen. Kalau kenduri kendara ada juga hulur 10.00 habis kurang pun. Ini suatu perkhidmatan yang mengubat sakit demi memulihkan kesihatan, apalah sangat dengan penetapan upah perkhidmatan tersebut asalkan ia wajar. Contoh wajar itu ialah upah urut seluruh badan satu jam cthnya, wajar jika dikenakan bayaran RM 50.00 atau RM100.00 sekalipun. Sy sokong ini sebagai wajar. Namun adalah tidak wajar jika dikenakan sehingga RM1000.00 atau RM 10,000 utk upah urut sahaja. Kalau RM50.00 sekali isi minyak kereta sahaja pun masih berkira maka kita tahulah kenapa perubatan tradisional atau alternatif boleh mati atau pupus suatu hari nanti.
Tidak seperti perubatan akupuntur atau ayurdeva yang terus berkembang menjadi suatu aliran perubatan alternatif yang terkenal serata dunia. Perubatan Melayu tradisional nampaknya hanya berkembang dalam lingkungan Alam Melayu semata.
Atas dasar IKHLAS, maka bomoh dihantui TDK boleh tetapkan sebarang bayaran. Kononnya ilmu boleh tawar dan ilmu perubatan tdk boleh dijual beli. Memang ada bomoh atau perawat tradisi yang berprinsip demikian, kita hormat mereka. Namun kita harus ingat zaman dah berubah. Praktikal, masa, kudrat dan fikiran serta tempat diperlukan oleh bomoh atau perawat masa kini bagi merawat pesakit dengan selesa.
IKHLAS itu sebenarnya ialah perbuatan merawat yang semuanya bergantung harap kepada Allah. Tidak menggembargemburkan kehebatan diri hingga menipu orang awam biasa. Perawat yang baik biasanya akan menyatakan secara jujur bagaimana dia merawat (setakat yg boleh diberitahu) dan tempoh masa dan memantau kesihatan pesakit dalam period tertentu agar pesakit tdk merasakan dirinya keseorangan selepas di rawat dan upah telah dibayar. Perawat yang baik juga bersifat mendengar dan empati walau seminit dua utk stp pesakitnya dan membimbing serta memotivasikan mereka jika semangat hidup mereka lemah yang biasanya pada pesakit berat/lama.
Keberkesanan sesuatu perawatan dalam amalan perubatan Melayu sering dikaitkan dengan 'rasi.' Rasi ini suatu keadaan di mana perawat dan pesakit mempunyai harapan sama seimbang dalam berikhtiar merawat penyakit. Walaupun mungkin suatu ketika berlaku tak seimbang namun jika keadaan itu dengan segeranya dapat dibetulkan semula dan rawatan diteruskan maka ke 'rasian' itu biasanya boleh dicapai.
Semuanya bermuara drp niat/doa dan kehendak. Selagi doa/kehendak/niat itu melebihi keraguan/was-was/keputus asaan maka selagi itu harapan sembuh itu ada. Cuma di peringkat paling tinggi sekali ialah diperingkat ijabahnya doa/kehendak/keinginan tersebut oleh Allah Ta'ala.
Bila mana ikhtiar sudah tiba di puncak ini maka kekalkannya sehinggalah Allah akan memberikan kesembuhan ataupu firasat atau ilham lain tentang pesakit. Entri ini saya tulis hasil pembacaan dan hasil kajian sarjana terdahulu. Hakikat sebetulnya boleh tanya bomoh di kg anda sendiri yang mana mungkin anda akan mendapat lebih banyak info drp cakap-cakap atau persepsi umum org terhadap bomoh itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan