Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya, “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 perkara agar sentiasa takut kepada Allah SWT:
1. Takut kepada lidah
Hendaklah mencegah lidah dari perkataan dusta, memfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna atau sia-sia. Sebaliknya, lidah sepatutnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.
2. Takut kepada kalbu
Hendaklah mengeluarkan dari dalam hati rasa permusuhan dan kedengkian. Ini adalah kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana sabda junjungan mulia Rasulullah SAW: “Hasad dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering.”
3. Takut pada pandangan
Hendaklah menahan pandangan terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah. Sebaliknya, kita hendaklah mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat, Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”
4. Takut pada perut
Hendaklah menghindari dari memasukkan ke dalam perut segala makanan dan minuman yang haram. Sebagaimana hadis yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”
5. Takut pada tangan
Hendaklah menahan tangan dari digunakan kepada jalan kemungkaran, sebaliknya hendaklah digunakan pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah SAW: “Allah SWT membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masing-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasukinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”
6. Takut pada kaki
Hendaklah tidak keluar (berjalan) untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Tetapi, sebaliknya berjalan pada ketaatan dan keredhaan Allah SWT serta untuk bergaul dengan para ulama.
7. Ketaatan
Hendaklah melakukan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT serta takut akan riya' dan kemunafikan. Apabila melakukan demikian, termasuklah ke golongan orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firmanNya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan." (QS At-Thur: 17)
"Dan perhiasan-perhiasan. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (QS Az-Zukhruf: 35)
Semoga kita diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amein.
Perasaan takut kepada Allah merupakan salah satu jalan menuju kepada makrifatullah.
Penyakit Hati Punca Penyakit Zahir
Dengki, khianat, fasad, hasad, takabbur, gilakan pengaruh, hawa nafsu dan sebagainya merupakan wabak penyakit hati yang menjadi punca kepada penyakit zahir. Contohnya marah mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan lemah imun badan. Sebab itu nabi bersabda agar kita jangan marah dan ambil wuduk atau berubah tempat. Ini juga dapat dihuraikan daripada aspek tenaga. Tenaga marah bersifat panas dan hangat, kencang dan menghanguskan ketengangan maka tenaga air diperlukan dengan berwuduk. Dengan 7 sifat takut ini, maka akan pastilah penyakit hati itu dapat dibasmi daripada bertunas. Namun kalau sudah bertunas diperlukan jalan lain iaitu penyucian diri yang dimulai dengan TAUBAT.
TAUBAT seringkali difikirkan orang
-terlalu byk dosa maka buat apa taubat
-jahil maka tak guna taubat
-tunggu tua
-muda lagi
-alah sikit saja dosa
Sikap ini terhasil kerana hati itu hampir atau telah mati kena penyakit sifat keji. Makanya bagi menghidupkan kembali mesti mula dengan taubat. Maka TAUBAT itu adalah terlalu mudah kaedahnya yang bermula hanyasanya dengan ISTIGHFAR dengan sepenuh penghayatan zahir dan batin. Ia mencucui dosa dan segala sifat yang mengjhasil tenaga-tenaga negatif yang mengelilingi seseorang itu. Malah dengan ISTIGHFAR yang betul2 "menjadi" saja HATI hidup dan terang benderang, apa lagi hendak diisi dengan zikrullah dan asmaNya, Aduhai lagilah...
TAUBAT itu mudah tetapi sangat payah kerana kekuatan untuk melakukannya terletak pada DIA. Kekuatan inilah yang sangat penting dijaga dipelihara dan dibajai. Kekuatan Ilahiyyah pada manusia roh hati qalbu yang berupa Nur Ilahi dan Nur Muhammad yang rahsia tetapi nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan