30 Julai 2010

Sifat-sifat Manusia dari Syair Hidayat

Ertinya babi dinyatakan pula
Tabiatnya itu sangatlah cela
Niatnya tidak berbuat pahala
Barang kerjanya menjadi bala

Perangainya kera haru-biru
gemar memakai kain yang baharu
jika bekerja tergaru-garu
itulah tanda orang jaharu

Adapun perkara yang ketiga
mengikut tabiaat anjing  celaka
jika berkelahi sangatlah suka
sentiasa bermasam muka

perkara keempat inilah pula
meniru binatang serigala
barang lakunya sangatlah cela
dunia akhirat beroleh bala

tabiat yang kelima meniru ular
ke sana ke mariia menjalar
ke rumah orang pergi membelar
padahnya akan terkena selar

kerana tabiatnya  banyaklah cela
meniru perangai binatang kala
berkeliling kampung membuat bala
alamat dimurkai hak taala

ertinya tikus jahat lakunya
kuat mencuri harta suaminya
dibawai kepada penyimpanannya
niat itu hendak dijualnya

tabiat yang kedelapan meniru sumbang
seperti perangai unggas yang terbang
hatinya itu sangat bercabang
segenap kampung pergi menyembang

ada pun baghal kuranglah malu
bertemu takutnya lidah kelu
meski pun ia hendak dipalu
tidaklah mahu berjalan selalu

tabiat yang kesepuluh sangatlah bahagia
meniru kambing perangai mulia
dipuji oleh sekelian anbiya'
nabi pun serta membenarkan dia.

28 Julai 2010

Kenalah Bersabar

Agak pelik kalau orang yang kita hendak bantu tidak bersabar dengan pertolongan kita DAN kita pula yang hendak membantu kena bersabar berdepan dengan karenah ketidaksabarannya. Dalam hal ini saya agak berdukacita terutama sekali jika bantuan dan pertolongan itu bersifat keIKHLASAN.

Makna

Dalam sistem perubatan Melayu tradisional konsep IKHLAS itu ditafsirkan dengan sikap bomoh atau dukun atau perawat yang mengubat pesakit tanpa mengira waktu dan hari hatta jam 1 pagi sekalipun. Jika dipanggil orang atau dijemput orang kenalah dia datang juga mengikuti orang tersebut tanpa memikirkan soal diri sendiri.

Entah bagaimana konsep IKHLAS yang difahami secara samar-samar dalam masyarakat Melayu tradisi dibawa sampai ke zaman moden ini, zaman berkereta besar dan berumah agam, difahami sebagai bentuk yang tiada langsung sebarang imbalan terhadap sesuatu pertolongan.

Jika kita meneliti, bomoh atau dukun atau perawat dahulu mengenakan pengeras. Biasanya pengeras itu dalam jumlah spt 20 sen atau RM 0.25 sen. Ada pengeras diiringi dengan pemberian barang atau perkakas seperti gunting atau pulut kuning hadiah kepada si bomoh. Soal bomoh itu ikut Islam atau TIDAK itu bukan soal pokoknya kerana premisnya mudah; Tidak semua bomoh pakai syaitan atau jin jahat kafir menyihir dan mengubat org sekaligus. Kerana ada bomoh yang benar amalannya dan banyak baktinya serta menolak permintaan utk berbuat khianat kepada sesama muslim dan bangsa.

Dalam zaman ini, khususnya bomoh atau perawat moden mungkin tdk lagi mengamalkan konsep pengeras. Melainkan upah perkhidmatan. Tentang upah perkhidmatan ini, ia bergantung kepada kewajaran. Selagi ia wajar maka upah tersebut harus hukumnya.

Bayangkan konsep IKHLAS ditafsirkan oleh orang Melayu moden sekarang sebagai bomoh atau perawat langsung tdk boleh menetapkan upah di atas perkhidmatannya. Pengalaman membuktikan tanpa menyatakan atau menetapkan upah perkhidmatan yang diberi atau akan diberi, ada Melayu moden sekarang ini tidak beri apa-apa langsung kepada bomoh atau perawat hatta sepuluh sen. Kalau kenduri kendara ada juga hulur 10.00 habis kurang pun. Ini suatu perkhidmatan yang mengubat sakit demi memulihkan kesihatan, apalah sangat dengan penetapan upah perkhidmatan tersebut asalkan ia wajar. Contoh wajar itu ialah upah urut seluruh badan satu jam cthnya, wajar jika dikenakan bayaran RM 50.00 atau RM100.00 sekalipun. Sy sokong ini sebagai wajar. Namun adalah tidak wajar jika dikenakan sehingga RM1000.00 atau RM 10,000 utk upah urut sahaja. Kalau RM50.00 sekali isi minyak kereta sahaja pun masih berkira maka kita tahulah kenapa perubatan tradisional atau alternatif boleh mati atau pupus suatu hari nanti.

Tidak seperti perubatan akupuntur atau ayurdeva yang terus berkembang menjadi suatu aliran perubatan alternatif yang terkenal serata dunia. Perubatan Melayu tradisional nampaknya hanya berkembang dalam lingkungan Alam Melayu semata.

Atas dasar IKHLAS, maka bomoh dihantui TDK boleh tetapkan sebarang bayaran. Kononnya ilmu boleh tawar dan ilmu perubatan tdk boleh dijual beli. Memang ada bomoh atau perawat tradisi yang berprinsip demikian, kita hormat mereka. Namun kita harus ingat zaman dah berubah. Praktikal, masa, kudrat dan fikiran serta tempat diperlukan oleh bomoh atau perawat masa kini bagi merawat pesakit dengan selesa.

IKHLAS itu sebenarnya ialah perbuatan merawat yang semuanya bergantung harap kepada Allah. Tidak menggembargemburkan kehebatan diri hingga menipu orang awam biasa. Perawat yang baik biasanya akan menyatakan secara jujur bagaimana dia merawat (setakat yg boleh diberitahu) dan tempoh masa dan memantau kesihatan pesakit dalam period tertentu agar pesakit tdk merasakan dirinya keseorangan selepas di rawat dan upah telah dibayar. Perawat yang baik juga bersifat mendengar dan empati walau seminit dua utk stp pesakitnya dan membimbing serta memotivasikan mereka jika semangat hidup mereka lemah yang biasanya pada pesakit berat/lama.

Keberkesanan sesuatu perawatan dalam amalan perubatan Melayu sering dikaitkan dengan 'rasi.' Rasi ini suatu keadaan di mana perawat dan pesakit mempunyai harapan sama seimbang dalam berikhtiar merawat penyakit. Walaupun mungkin suatu ketika berlaku tak seimbang namun jika keadaan itu dengan segeranya dapat dibetulkan semula dan rawatan diteruskan maka ke 'rasian' itu biasanya boleh dicapai.

Semuanya bermuara drp niat/doa dan kehendak. Selagi doa/kehendak/niat itu melebihi keraguan/was-was/keputus asaan maka selagi itu harapan sembuh itu ada. Cuma di peringkat paling tinggi sekali ialah diperingkat ijabahnya doa/kehendak/keinginan tersebut oleh Allah Ta'ala.

Bila mana ikhtiar sudah tiba di puncak ini maka kekalkannya sehinggalah Allah akan memberikan kesembuhan ataupu firasat atau ilham lain tentang pesakit. Entri ini saya tulis hasil pembacaan dan hasil kajian sarjana terdahulu. Hakikat sebetulnya boleh tanya bomoh di kg anda sendiri yang mana mungkin anda akan mendapat lebih banyak info drp cakap-cakap atau persepsi umum org terhadap bomoh itu sendiri.

20 Julai 2010

Terawangan,Meragasukma,Perawat Islam dan Tok Awang Ngah

Belakangan ini, sempat saya melawat beberapa blog yang menceritakan tentang terawangan dan meragasukma. Biasa-biasa sahaja informasinya. Namun saya tertarik dengan blog beberapa perawat Islam yang menukilkan tentang pandangan mata batin ini. Blog RIDAM dan kursus selama 1-2 tahunnya begitu menarik perhatian saya. Kemudian saya menemui pula blog perawat Islam yang lain. Malah ada yang meluahkan kekecewaan dan kehampaan apabila keilmuan yang dimilikinya telah disalah sangka oleh perawat Islam yang lain. Selain daripada bercambahnya kursus perubatan Islam sama ada secara ekspress atau bimbingan berterusan sekali praktikal. Ini suatu perkembangan yang sihat walaupun ada pro dan kontranya. Kalau tidak sebelum ini kursus bersifat metafizik ini lebih didominasi oleh para rakan paranormal yang tidak menggelarkan diri mereka sebagai perawat Islam. Dalam keilmuan tenaga dalam dan sewaktu dengannya terawangan/meragasukma bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik pun. Apabila munculnya individu atau organisasi metafizik bukan jenama perawat/perubatan Islam yang menawarkan kursus  pengajian berkenaan terawangan dan meragasukma ini maka terdengar juga kata-kata yang menyatakan pandangan batin yang terhasil adalah daripada pandangan jin yang menempel pada seseorang itu. Malah ada perawat Islam yang mengingkari wujudnya mata batin atau mata dalam. Selain RIDAM, terdapat pula catatan yang mengemukakan kelemahan terawangan dalam blog perawat Islam. Saya membacanya sambil tersengih sahaja. Saya tidak mahu mengaku saya boleh menerawang, meragasukma atau sewaktu dengannya. Banyak kerja hakiki kena dilaksanakan dahulu. Sewaktu saya menaip entri ini, lebih kurang 40 minit lagi saya ada kelas pengajaran pertama untuk kursus Pengajian Melayu Bersumberkan Islam. Tentang blog perawat Islam yang menyatakan kelemahan terawangan itu, saya tersengih sebab alasannya sangat lemah. Pertama kerana ia tiada dalil jadi  kaedahnya tidak mendapat jaminan perlindungan daripada Allah kerana tidak ikut perubatan sunnah. Saya kagum semangat perawat Islam yang menulis entri tersebut. Pada siri ke2 pula dinukilkan pula pengalaman sebuah pusat rawatan Islam yang tersohor pernah sekali mengembleng seorang pemuda Afrika yang berlum berijazah perubatan Islam untuk menarawang ke kampung halamannya di Afrika. Pemuda Afrika itu melihat begitu banyaknya bomoh hitam yang bela jin dan "diri" pemuda itu telah ditangkap oleh bomoh sihir di sana. Maka berhempas pulaslah perawat Islam senior membantunya pulang ke Malaysia semula dan berjaya. Mulai hari itu pusat rawatan Islam berkenaan tidak mahu ajar terawangan/meragasuka. Beberapa hari lepas saya membelek koleksi novel unik Tok Awang Ngah. Saya terbaca bahagian akhir novel Bajang Peliharaan. Sewaktu 'saya-Tok Awang Ngah-' menerawang mencari punca akar umbi sihir Bajang ini, Tok Awang Ngah dibantu oleh Lebai Cot yang merupakan murid kepada Tok Aji yang datuk kepada Tok Awang Ngah. Sewaktu Tok Awang Ngah tiba di sebuah pondok yang terdapat sebuah tembikar berisi darah dan janin budak sebesar penumbuk, janin itu terbang ke udara. Satu lembaga mengarahkan janin (Bajang) itu menyerang Tok Awang Ngah tetapi TAN dengan haqqul yakinnya menyerang balas menyebabkan Bajang itu sekejap itu jua musnah dan tidak dapat berfungsi lagi. Lembaga itu menangis dan cuba mencampakkan rantai besi untuk memerangkap Tok Awang Ngah. Tetapi jaring besi itu hancur tak bersisa. Tercengang lembaga itu. Tok Awang Ngah pun membaca Surah Yassin sepenuhnya dengan mengulangi dua ayat daripada Surah Yassin sebanyak masing2 100x. Sepanjang bacaan tersebut, tak henti2 lembaga itu dihujani hujan api dari semua sudut sehingga di akhir bacaan Yassin tubuh lembaga itu berlubang-lubang hangus. Tok Awang Ngah disedarkan oleh Lebai Cot. Menjelang pukul 3 pagi anak Mat Natar datang memberitahu bahawa ayahnya Mat Natar mati dalam keadaan berlubang-lubang tubuhnya. Baharulah Saedah menceritakan bahawa dia pernah memetik bunga di halaman rumah Mat Natar. Pengalaman Tok Awang Ngah menarawang dan meragasukma untuk mencari punca penyakit atau sihir khianat atau saka pesakit adalah begitu unik sekali dan semuanya adalah BERJAYA. Kita tidak tahu amalan apakah yang diamalkan oleh Tok Awang Ngah kerana beliau tdk mendetailkannya dalam novel2nya (kalau ada bagitau saya) tetapi TAN menyatakan jin/setan memang tdk akan mampu mengalahkan manusia bilamana manusia itu yakin dan kuat serta teguh taqwanya serta zikirnya mengingat Allah SWT. Dalam blog paranormal atau master2 tenaga dalam, yang menawarkan kursus terawangan/meragasukma ada dinyatakan sebelum kita terawang dan meraga sukma ke alam ghaib tameng diri haruslah mantap. Tameng itu boleh berupa Ayatul Kursi dan apa juga amalan lain termasuk Rajah Kalacakra yang terkenal dikalangan pengamal kebatinan seNusantara. Tameng diri itu perisai diri le, kang ada yang syak kata itu sejenis nama jin atau nenek moyang jin pulak. Kaedah terawangan dan meragasukma ini tidaklah menjadi suatu kewajipan dalam merawat tetapi bagi kes yang berat dan rumit kaedah ini dapat dilakukan dengan JAYANYA dan berhasil JIKA betul pada kaedahnya dan betul pula pengalaman/etika serta kaedahnya. Namun jangan terus menghukum kaedah ini tidak mendapat jaminan daripada Allah kerana tidak ikut sunnah ataupun terdedah kepada bahaya serangan tok moh sihir dan sebagainya hanya kerana diri sendiri tidak mampu berbuat demikian. Ilmu Allah kan meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi. Ini hanya sebagai komentar saya. Saya kata tak semestinya kena guna kedah T/M ini dalam perubatan namun tidak salah juga menggunakannya jika difikirkan perlu. Saya kira dalam hal ini kita kena balik kepada basic iaitu sentiasa menyucikan hati kita daripada sangka buruk dan iri hati sesama kita. Insya Allah MANTAP!

11 Julai 2010

Tempat Yang Mendamaikan

Ada banyak tempat yang mendamaikan. Pantai, sungai, gunung antara tempatnya yang amat damai. Namun demikian tempat yang paling damai dari segi kerohanian ialah masjid. Dari segi konsep tenaga, di masjid tenaga yang menyelubungi dan membuak-buak merupakan tenaga rohani yang terhasil daripada zikrullah sama ada dalam bentuk Ayat Al Quran dan zikir dalam hati tetamu-tetamu Allah dan curahan rahmat daripadaNya secara terus menerus. Tenaga rohaniah dalam erti kata lain ialah Nur. Duduklah iktikaflah dan berzikirlah dengan zikir apapun pasti Nur menyelubungi kita dan ia tidak dapat melawan segala bentuk susuk atau ilmu penaik seri wajah apapun dalam dunia ini. Kuncinya ialah ikhlas yakni hadir dtg kerana Allah. Kalau tdk memahami ikhlas itu apa, maka niatkan saja hadir sebagai mengikut jejak langkah Nabi Muhammad saw bukannya kerana jemaah, kawan-kawan, ajk masjid, pandangan orang dan adat semata-mata. Cubalah laksanakan, paling mudah, dalam keadaan masjid yang tdk berfungsi sepenuhnya sebagai pembangun ummat pada waktu kini maka kita hadir dan datang ke masjid kerana mengikut jejak nabi dan seketika dengan niat itu maka akan terbukalah pintu kefahaman dan rahmat Allah kepada kita membuak-buak. Maka tdk akan ada lagi alasan bahawa :aku tdk dtg ke masjid kerana ajk masjid itu begitu begini. Jawapannya bahawa dgn NIAT MENGIKUT JEJAK NABI maka semuanya yang negatif terhapus, pintu rahmat terbentang luas sekali maka carilah nikmat Allah yang dibukakan kepada kita dengan zikir, doa dan tawajjuh. Ia sebagai dasar pijakan, dan apabila kita bertafakur/meditasi diluar sekalipun di alam sungai, gunung maka tafakur dan meditasi itu tdk akan menjerumuskan kita ke lembah tipudaya jin dan setan durjana. Dalam kefahaman saya, Nur rohaniah yang terpancar melalui amalan berzikir dan berakhlak mulia merupakan sumber tenaga yang sangat hebat dan infinti. Biarpun tenaga rohaniah ini disebut dgn berbagai sebutan, tetapi laku dan geraknya tetap sama.

08 Julai 2010

Penyakit Hati Punca Penyakit Zahir

Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya, “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 perkara agar sentiasa takut kepada Allah SWT:

1. Takut kepada lidah

Hendaklah mencegah lidah dari perkataan dusta, memfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna atau sia-sia. Sebaliknya, lidah sepatutnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.

2. Takut kepada kalbu

Hendaklah mengeluarkan dari dalam hati rasa permusuhan dan kedengkian. Ini adalah kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana sabda junjungan mulia Rasulullah SAW: “Hasad dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering.”

3. Takut pada pandangan

Hendaklah menahan pandangan terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah. Sebaliknya, kita hendaklah mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat, Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”

4. Takut pada perut

Hendaklah menghindari dari memasukkan ke dalam perut segala makanan dan minuman yang haram. Sebagaimana hadis yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”

5. Takut pada tangan

Hendaklah menahan tangan dari digunakan kepada jalan kemungkaran, sebaliknya hendaklah digunakan pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah SAW: “Allah SWT membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masing-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasukinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”

6. Takut pada kaki

Hendaklah tidak keluar (berjalan) untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Tetapi, sebaliknya berjalan pada ketaatan dan keredhaan Allah SWT serta untuk bergaul dengan para ulama.

7. Ketaatan

Hendaklah melakukan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT serta takut akan riya' dan kemunafikan. Apabila melakukan demikian, termasuklah ke golongan orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firmanNya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan." (QS At-Thur: 17)

"Dan perhiasan-perhiasan. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (QS Az-Zukhruf: 35)

Semoga kita diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amein.

Perasaan takut kepada Allah merupakan salah satu jalan menuju kepada makrifatullah.

Penyakit Hati Punca Penyakit Zahir

Dengki, khianat, fasad, hasad, takabbur, gilakan pengaruh, hawa nafsu dan sebagainya merupakan wabak penyakit hati yang menjadi punca kepada penyakit zahir. Contohnya marah mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan lemah imun badan. Sebab itu nabi bersabda agar kita jangan marah dan ambil wuduk atau berubah tempat. Ini juga dapat dihuraikan daripada aspek tenaga. Tenaga marah bersifat panas dan hangat, kencang dan menghanguskan ketengangan maka tenaga air diperlukan dengan berwuduk. Dengan 7 sifat takut ini, maka akan pastilah penyakit hati itu dapat dibasmi daripada bertunas. Namun kalau sudah bertunas diperlukan jalan lain iaitu penyucian diri yang dimulai dengan TAUBAT.

TAUBAT seringkali difikirkan orang
-terlalu byk dosa maka buat apa taubat
-jahil maka tak guna taubat
-tunggu tua
-muda lagi
-alah sikit saja dosa

Sikap ini terhasil kerana hati itu hampir atau telah mati kena penyakit sifat keji. Makanya bagi menghidupkan kembali mesti mula dengan taubat. Maka TAUBAT itu adalah terlalu mudah kaedahnya yang bermula hanyasanya dengan ISTIGHFAR dengan sepenuh penghayatan zahir dan batin. Ia mencucui dosa dan segala sifat yang mengjhasil tenaga-tenaga negatif yang mengelilingi seseorang itu. Malah dengan ISTIGHFAR yang betul2 "menjadi" saja HATI hidup dan terang benderang, apa lagi hendak diisi dengan zikrullah dan asmaNya, Aduhai lagilah...

TAUBAT itu mudah tetapi sangat payah kerana kekuatan untuk melakukannya terletak pada DIA. Kekuatan inilah yang sangat penting dijaga dipelihara dan dibajai. Kekuatan Ilahiyyah pada manusia roh hati qalbu yang berupa Nur Ilahi dan Nur Muhammad yang rahsia tetapi nyata.



Mengapa Berlaku Penolakan?

Saya mempunyai satu pengalaman di mana di sebuah kedai warung, bila saya memasukinya sahaja, terdapat seorang daripada pengunjung warung mencerlung saya macam tidak puas hati dengan saya. Saya buat derk saja. Sebaik saya letak punggung, pengunjung itu pun bingkas beredar sambil terus mencerlung saya. Saya mengerling dengan ekor mata saja dan jatuhlah pandangan ini pada dua buah cincin yang dipakainya besar gedabak. Ini bukan bermaksud setiap cincin macam mana sekalipun bentuknya mempunyai unsur negatif dan black magic atau white magis (kehkehkeh). Namun dalam kes tertentu ia boleh membuktikan dengan terang dan nyata sekali. Saya pernah sekali, ada saudara mara saya dtg nak berubat. Tak dapat naik ke rumah lagi, rumah saya di tingkat 3, baru cecah anak tangga pertama dah terseok-seok enggan. Saya pun pelik kenapalah lambat sangat tetamu ini, bukanke tadi dah bagitau dah sampai di bawah. Takkan nak tunggu saya jemput naik kot. Fuh, lima puluh anak tangga tu. Darab 2. Tiap2 hari saya senaman. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil pun. Tak ada apa yang hebatnya peristiwa ini tetapi ia tetap membawa suatu petanda. Bukan saya nak dabik dada tetapi inilah kenyatannya apabila berlaku depan mata. Bila saya kaji2 tanya orang2 alim orang2 tua baharulah saya tahu bahawa perkara ini biasa saja berlaku umpama minyak tak boleh bercampur dgn air. Ia bukanlah mustahil pun berlaku pada semua orang namun keberlakuannya itu biasanya mempunyai asbab tertentu yang mungkin ia tdk ada pada orang lain atau awam. Saya pernah juga dengar pglmn rakan yang merawat ini, ada juga yang ditegur oleh pesakit sendiri, "Kenapalah ustaz belajar ilmu macam ini. Bukankah syirik." Kwn sy tu senyum je sambil meneruskan zikirnya. Langsung mencantas sampai k akar umbinya. Apa la sebab syirik pula berzikir dan berdoa kepada Tuhan Rabbul alamin. Semua itu dalam kerangka ikhtiar. Jin memang bijak putar alam tapi selalu juga kantoi dengan mudahnya. Sebenarnya pada semua orang ada potensi itu namun sama ada di bangunkan dan dikembangkan atau tidak sahaja. Dan bagi pesakit, biasanya unsur negatif berlegaran pada dirinya akan sentiasa mengundang pemikiran negatif dalam fikirannya-pada orang biasa terutama penjaga seharusnya TIDAK mengikuti gerak hati pesakit yang sebenarnya mahu menggagalkan ikhtiar untuk merawat penyakitnya. Kadangkala saka dalam badan boleh mempengaruhi pemikiran manusia yang dijadikan rumahnya. SAKA dalam badan memang sukar dibuang dan ambil masa tetapi bukan bermaksud TIDAK boleh sama sekali. BOLEH dgn izinNya jua cepat lambat saja. NAMUN hal ini tidak berlaku (pengaruh unsur negatif dalam cubaannya menggagalkan mengubat) jika pesakit ada punya sedikit amalan dalam dirinya-apatah lagi yang IKHLAS. Dia boleh melawan penolakan itu dgn menyangka baik dan pulangkan kepada Allah yang digerakkan melalui hamba-hambaNya yang dikurniakan ilmu pengetahuan. Buat semua rakan perawat dari aliran mana sekalipun saya salut saudara saudari tuan puan yang bantu membantu menceburi bidang perubatan alternatif ini yang kian mencabar termasuk teknologi neoatlantis yang kian timbul kembali ke permukaan bumi...