07 Mei 2008

Kedudukan Melayu boleh Terhapus?

Akibat sikap tidak mengapa dan terlalu memberi muka
Kedudukan Melayu dalam Perlembagaan boleh terhapus?

* Bagi Melayu yg sedar akan nasib bangsanya tidak kisah dia penyokong BN atau PR memang wajar resah dengan perkembangan sekarang ini. Ada orang Melayu pembangkang sendiri menuduh tindakan Utusan mnonjolkan sikap biadap Karpal dan dap lain sbg strategi politik umno. benar umno juga spt kes di tganu biadap pada raja, namun persoalan utamanya adakah itu satu tiket utk kaum lain juga biadap pada segal yg berkaitan Melayu? itu sebab saya katakan pd mereka, sekarang baik melayu umno, pkr, pas usahlah berlembut dan bagi sangat apa yg cina dan india mahukan. cukuplah. rasanya sudah tiada apa yg dpt diberikan lagi.

kita kembali kepada semnagat nasionalisme sebenar, masalahnya selagi kita tunduk dan mengikut sahaja, selagi itu mereka tidak berhenti menuntut itu dan ini. sampai bila keadaan ini terus dibiarkan sedangkan cina dan india tetap tak bertolak-ansur berkiblatkan China dan India semata... aduhai..

***
Mutakhir ini, suara-suara celupar mempertikaikan nilai, budaya, institusi dan sistem berkaitan bangsa Melayu kian lantang kedengaran. Pendek kata, apa sahaja berhubung dengan Melayu seperti tidak kena, menindas orang lain dan bercanggah dengan globalisasi.
Walhal, 134 tahun lalu atau lebih tepat semasa Perjanjian Pangkor lagi, penjajah British sendiri awal-awal mengingatkan agar para pegawainya tidak mencampuri urusan berkaitan hal-ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Namun, adakah hanya selepas setengah abad kita merdeka maka semangat dan sikap menghormati Melayu sebagai identiti dan teras pembentukan negara bangsa ini sudah tidak relevan lagi?

iri-siri penentangan secara terbuka terhadap institusi raja, kedudukan bahasa, budaya dan maruah agama Islam tidak keterlaluan disifatkan sebagai impak daripada dasar terlalu ’berlembut’ selama ini kepada segala bentuk kebudayaan yang bukan berteraskan kebangsaan.
Puncanya bermula apabila semangat nasionalisme gagal dimengerti dan dihayati. Sedangkan, nasionalisme sebenarnya adalah berpegang pada kebudayaan tempatan seperti yang ditegaskan oleh sarjana Hans Kohn (1891-1971) sejak tahun 1944 lagi. Ini bermakna kecenderungan mengiktiraf kebudayaan asing bukanlah nasionalisme sifatnya.

Pengalaman Indonesia dalam membentuk satu rupa bangsa bermula dengan Sumpah Pemuda pada 1928 juga tidak dijadikan panduan dalam kerangka Malaysia. Pelbagai dasar meliputi pendidikan dan kebudayaan kebangsaan yang diusahakan pada dekad 70-an semakin luntur tidak dihayati.

Kita terlalu tunduk pada suara salakan yang sebenarnya memang susah untuk menghormati institusi raja dan kedudukan Melayu sebaliknya mahukan pula kepelbagaian budaya dan bahasa.
Malangnya, semakin banyak diberi peluang dan ruang semakin kuat lagi tuntutan kedengaran.
Oleh itu, apa yang patut dilakukan mulai sekarang ialah pengukuhan semula ’akar’ negara bangsa ini yang mesti berteraskan Melayu sebagai ciri utama dalam sebarang dasar dan tindakan yang akan dilakukan.

Fahaman songsang ’kepelbagaian membentuk perpaduan’ perlu diteliti semula agar identiti asal negara ini tidak hanyut.

ika semua pemimpin Melayu dari UMNO, PAS dan PKR bersatu untuk tegas mengambil kira faktor kebangsaan seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan maka biarlah sekuat mana pun tuntutan melampau mereka, itu semua tidak akan mengubah apa-apa.

Kuasa politik orang Melayu yang hanya 56 peratus atau 124 kerusi Parlimen daripada ketiga-tiga parti tersebut perlu dipastikan memberi manfaat pada untung nasib orang Melayu pada masa depan.

Sebaliknya, jika ada pemimpin Melayu sendiri hanya pentingkan parti sehingga masih lagi sanggup berkompromi tidak mustahil keadaan dan suara lebih biadap daripada apa yang kita saksikan sekarang kedengaran lagi.

Malah, kedudukan Melayu dalam Perlembagaan juga tidak mustahil boleh terhapus dengan mudah jika pemimpin Melayu masih bersikap tidak mengapa dalam keadaan orang lain konsisten dengan tuntutan mereka yang keterlaluan. Berhati-hatilah usah terlalu banyak ’memberi muka’ lagi.

Mohd Arif Atan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan